Sunday, September 22, 2013

13 JAM A380 - EVELYN ROSE




Bila dapat tahu penulis ni ada novel baru, terus jer beli online, mmg sangat tak sabar. Dan benarlah, selepas THE WEDDING BREAKER, novel 13 JAM A380 ini juga tak kurang hebatnya. Memang kena sangat dengan jiwa dan raga lulu hehe..

Novel mengisahkan Hana Sofea yang menaiki penerbangan MAS A380 ke London untuk menyambung pelajaran PHD, menemui jejaka idamannya, Syed Haydar. Benar, impiannya besar, untuk menemui lelaki itu. Dan Impian itu benar-benar menjadi kenyataan. Hanya kerana kesilapan teknikal, tempat duduknya juga milik penumpang lain, dan dia dipindahkan ke kabin kelas pertama. Perjalanan selama 13 jam, terasa sangat singkat malah mereka sempat bergelar kekasih selama 4 jam. Menari bersama, menjelajah seluruh pesawat dan merasai enaknya Caramel Latte. Sungguh, perasaan Hana Sofea semakin mendalam buat jejaka itu.

Namun setibanya di London, mereka berpisah dan Hana Sofea akur, dia perlu sedar realiti sebenar. Di kota London, Hana Sofea mula rapat dengan Fawwaz Hussaini dan keluarganya, jutawan yang punya anak angkat, Emmel yang menyangka Hana Sofea adalah ibunya. Kerana kasihkan Emmel, Hana Sofea bersetuju menjadi pengasuh sambil meneruskan pelajaran. Tiba hari Syed Haydar pulang ke Malaysia, Hana Sofea bergegas ke lapangan terbang, dengan penuh harapan. Namun kecewa, apabila melihat jejaka itu bersama kekasih realitinya.. Selepas itu, Hana Sofea belajar melupakan Syed Haidar, sehinggalah dia dan Fawwaz mula merancang untuk mendirikan rumah tangga. Malah Hana Sofea mula berubah dan mendekatkan diri dengan Tuhan.

Namun, satu hari kemunculan Syed Haydar membuatkan Hana Sofea terkejut, apatah lagi apabila Syed Haidar dengan yakin mengatakan Sofea Hana hanya untuknya. Rancangan Hana Sofea dan Fawwaz untuk mendirikan rumah tangga, tidak sedikit pun mematahkan semangat Syed Haydar untuk memiliki gadis kesayangannya.. Apa akan terjadi dengan Syed Haydar, Hana Sofea dan Fawwaz Hussaini? Mari miliki novel yang sangat menarik ini. Dan nampaknya ada juga terselit watak Ariana Rose dan suaminya (The Wedding Breaker) dalam novel ini.. :)


Tajuk : 13 Jam A380
Penulis : Evelyn Rose
Halaman : 752 muka surat
Harga : RM28/RM31




P/S - Fully Recommended By Lulu Caldina





.

Gambar perkahwinan ini dikatakan paling unik pernah dirakamkan


Gambar perkahwinan ini dikatakan paling unik pernah dirakamkan | Sepasang pasangan pengantin mengambil keputusan untuk mengambil gambar seolah-olah dikejar oleh T-Rex pada hari bersejarah mereka dan ia merupakan gambar perkahwinan yang paling unik pernah dirakamkan. Uniknya, gambar yang diambil itu disertakan bersama para tetamu yang seakan-akan sedang dikejar haiwan ganas berkenaan yang menggunakan teknik ‘photoshop’ oleh jurugambar Quinn Miller. “Tetamu dan pengantin mesti meluru tepat ke kamera. Saya juga perlu melihat ketakutan mereka, bukan riak muka biasa,” katanya.

Pengantin lelaki yang dikenali sebagai James Lowder merupakan peminat dinasor sejak dahulu lagi dan beliau mengakui terpaksa memujuk isterinya, Katie Young untuk menerima idea gilanya itu untuk mengabadikan foto kenangan perkahwinan mereka. Gambar perkahwinan itu telah dimuat naik menerusi laman web Reddit minggu ini dan mendapat beribu-ribu hits dalam masa kurang 24 jam. -AP




.

Ibu bapa yang salah sangka mengakibatkan nyawa anak menjadi taruhan


Ibu bapa yang salah sangka mengakibatkan nyawa anak menjadi taruhan | Ibu bapa kepada seorang kanak-kanak perempuan hanya membuat laporan polis selepas lima jam anaknya ditembak di Hayward, California, Amerika Syarikat. Pegawai polis Mark Ormsby berkata, pada awalnya pasangan itu menyangka darah di tilam anaknya yang berusia 10 tahun itu adalah darah haid, dipetik AP. “Kejadian itu disedari selepas kanak-kanak itu mengadu sakit punggung hingga enggan ke sekolah. Selepas di perisa, mereka menemui kesan tembakan di katil kanak-kanak itu,” katanya. -AP




.

Kisah perkahwinan yang tragis dan menyedihkan



Kisah perkahwinan yang tragis dan menyedihkan | Rancangan He Jingjing dan pasangannya, Lu Lai dari Guangdong, tenggara China untuk mendirikan rumah tangga tetap direalisasikan keluarga kedua-dua belah pihak walaupun wanita itu koma sejak dua tahun lalu. Jingjing turut dipakaikan gaun pengantin ketika upacara tersebut yang diadakan serentak dengan majlis ulang tahun kelahirannya yang ke-28. Bagaimanapun, suasana bertukar sedih ketika doktor mencabut alat bantuan hayat tidak lama selepas Jingjing bergelar isteri. Menurut suaminya, mereka pernah mengimpikan sebuah majlis perkahwinan yang istimewa.

"Jingjing nekad bekerja tanpa henti untuk mengumpulkan wang walaupun keadaan kesihatannya tidak mengizinkan. Akhirnya, dia dimasukkan ke hospital selepas jatuh pengsan pada 2011. "Kami tidak mampu berbuat apa-apa selepas doktor mengesahkan isteri saya koma kerana mengalami kerosakan kekal pada otak," jelasnya. Sementara itu, menurut laporan dipetik dari DailyMail bapa pengantin perempuan, Fang Lu berkata, Jingjing adalah seorang anak yang istimewa dan berhati mulia. "Dia pernah menyatakan hasratnya untuk menjadi penderma organ bagi membantu insan lain meneruskan hidup mereka," katanya lagi. -AP




.

Lelaki dibunuh hanya kerana berebut hendak memasak


Lelaki dibunuh hanya kerana berebut hendak memasak | Hanya kerana berebut hendak memasak, seorang lelaki warga Bangladesh mati ditikam dipercayai oleh rakan serumahnya dalam kejadian di Jalan Wawasan 2, Bandar Baru Ampang, di sini, malam kelmarin. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, kejadian itu dipercayai berlaku antara jam 8.30 malam dan 8.45 malam. Beliau berkata, dalam kejadian tersebut, mangsa berusia 35 tahun itu ditikam pada bahagian rusuk kiri. "Mangsa yang cedera parah dihantar ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 10.15 malam.

"Pemeriksaan menunjukkan terdapat satu kesan tikaman di bahagian rusuk kiri mangsa," katanya, semalam. Menurutnya, susulan itu, polis menahan seorang lelaki yang juga rakan serumah mangsa berusia 28 tahun. "Lelaki itu kita tahan di lokasi kejadian bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya. Beliau berkata, setakat ini motif awal dipercayai ada kaitan dengan hal memasak. Katanya, mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (PPHUKM) untuk dibedah siasat. Difahamkan, rumah terbabit disewa mangsa bersama kira-kira 15 lagi lelaki Bangladesh. -SH




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!