Sunday, September 29, 2013

YA MAULANA - HANA ILHAMI



Novel ini adalah novel terbaru dari penulis PEREMPUAN LINDUNGAN KAABAH. Melalui novel pertama saja, sudah memikat hati, oleh itu hasil tulisan terbaru penulis ini, memang harus dimiliki.

Ya Maulana, mengisahkan Adra Liyana, seorang gadis bandar yang ditugaskan oleh daddynya ke Kampung Pulau Sayak, mengadakan perbincangan dengan Maulana Iqbal bagi memindahkan Pusat Tahfiz Darul Ulum untuk membina sebuah resort bertaraf antarabangsa disitu. Dalam perancangan Tan Sri Haniff, Pusat Tahfiz itu tidak sesuai dalam resort yang bakal dibina kerana perwatakan anak-anak yatim disitu yang berpakaian seolah-olah terorist pada pandangan orang luar negara. Dalam pada Maulana Iqbal tegar mempertahankan Darul Ulum, Adra Liyana yang sedar misinya di kampung itu tidak akan menjadi kenyataan, nekad melakukan sesuatu dengan rancangan teliti dari Rafiqi, kekasih hati yang juga merupakan pekerja kepada daddynya. Adra Liyana ditangkap khalwat bersama Maulana Iqbal dan mahu tidak mahu mereka dinikahkan.

Adra Liyana yang menjadi mangsa dalam rancangan itu, terpaksa menerima kehidupan dalam persekitaran baru dan terikat dengan syarat yang telah dipersetujui suami dan daddynya demi projek resort antarabangsa itu. Kehidupan Adra Liyana yang bebas di bandar  menjadikan dia sukar menjadi isteri Maulana Iqbal, apatah lagi apabila dia diarahkan menutup aurat. Kehadiran Sumayyah memang banyak membantu Adra Liyana menyesuaikan diri. Namun, selepas itu projek resort antarabangsa masih belum dapat diselesaikan. Apatah lagi, meihatkan Adra Liyana mula 'jatuh hati' dengan Kampung Pulau Sayak, dan Rafiqi yang mulai jatuh cinta dengan gadis kampung itu. Mampukah mereka mempertahankan Darul Ulum dari dipindahkan? Dan mari kita selami hati Adra Liyana yang semakin terpikat dengan suami sendiri.. :)



Tajuk : Ya Maulana
Penulis : Hana Ilhami
Halaman : 1021 muka surat
Harga : RM35/RM38




P/S - Recommended by Lulu Caldina





.

Cara mudah mengatasi rasa bosan ketika kuliah


Cara mudah mengatasi rasa bosan ketika kuliah | Jodi Steel menghilangkan rasa bosan dalam bilik kuliah dengan cara unik. Gadis kelahiran Florida ini bakal melukis pehanya sendiri semasa menunggu kuliah pensyarahnya berakhir.


Sebaik pulang ke rumah, Steel akan memuatnaik gambar itu di blognya dan memadamkannya lukisan di pehanya. Uniknya, lukisannya itu menghasilkan gambar-gambar yang mengagumkan dan membuatkan ramai pelawat ke blognya.


Malahan beberapa gambar 'hasil seninya' yang sering mendapat perhatian adalah seperti wajah pelakon dan seniman seperti Joseph Gordon-Levitt serta vokalis Radiohead, Thom Yorke sehingga ke gambar gajah dan kucing.


“Selalunya, orang memang berharap karya seninya dilihat orang tetapi saya sendiri tak berfikir bahawa gambar-gambar ini akan menjadi perhatian orang,” katanya. -DM




P/S - Untuk yang bertudung, cara ni memang tak sesuai lah kan, kena juga lukis kat kertas..hehe




.

Kemunculan terkini Aishwarya Rai



Kemunculan terkini Aishwarya Rai | AKTRES Bollywood, Aishwarya Rai merancang untuk melakukan kemunculan semula dalam industri seni dengan berlakon di samping suaminya Abshisek Bachchan. Seperti dipetik Newkerala.com, pasangan ini akan bekerjasama dengan penerbit Gaurang Doshi berjudul Happy Anniversary dan penggambaran akan dilakukan awal tahun hadapan. Filem tersebut dijangka akan siap sepenuhnya dan berada di pawagam pada tahun yang sama iaitu 2014. Sebelum ini, pasangan ini telah bergandingan dalam filem Dhai Akshar Prem Ke, Kuch Naa Kaho, Guru, Dhoom 2 dan Sarkaar Raj. -AP





.

Saluran baru Astro : A-List (saluran 456) siar filem tersohor dunia


Saluran baru Astro : A-List (saluran 456) siar filem tersohor dunia | Rangkaian televisyen Astro kini telah melancarkan saluran baru berjudul A-List (saluran 456) yang menyiarkan filem-filem alternatif yang mendapat pengiktirafan oleh festival-festival filem antarabangsa di serata dunia. Ketua Pegawai Operasi Astro, Henry Tan berkata, permintaan masyarakat Malaysia untuk menonton filem-filem berbentuk indie atau alternatif dari seluruh dunia kian meningkat dan saluran A-List bertujuan memenuhi permintaan tersebut.

"Selain daripada filem-filem arus perdana keluaran Hollywood, masih terdapat banyak lagi filem berkualiti lain yang menekankan aspek seni dan budaya dan melalui saluran baru ini, peminat filem sedemikian berpeluang untuk menontonnya," katanya. Bermula Oktober ini, saluran A-List akan menyiarkan sebanyak lapan buah filem dalam bahasa asal mereka berserta pilihan sarikata bersesuaian dengan kehendak penonton Malaysia. Untuk maklumat berhubung cara melanggan saluran A-List, sila layari laman web www.astro.com/A-List atau hubungi talian 1300-82-3838. -Bernama





.

Kisah terkini, Angkasawan kedua Negara, Mejar Dr. Faiz Khaleed


Kisah terkini, Angkasawan kedua Negara, Mejar Dr. Faiz Khaleed | Angkasawan kedua Negara, Mejar Dr. Faiz Khaleed, 33, memberitahu dia kini sedang mengenali seorang gadis. Enggan mendedahkan siapa gadis yang maksudkan itu, menurut Faiz buat masa ini dia lebih selesa untuk tidak terlalu terbuka berbicara soal cintanya ini. Mengakui sudah berkenalan hampir setahun, Faiz dengan jujur memberitahu dia masih belum mempunyai perancangan ke arah perkahwinan buat masa ini. "Ya, memang saya sedang mengenali seseorang. Tetapi bagi menghormatinya saya rasa adalah tidak elok untuk saya mendedahkan siapa dia.

"Buat masa ini kami belum merancang apa-apa, bagaimanapun saya janji tidak akan merahsiakan apa-apa jika ada perkara baik yang akan berlaku," katanya ketika ditemui pada majlis tayangan filem Gravity di TGV One Utama, Bandar Utama di sini semalam. Mengenali gadis tersebut melalui rakannya, menurut Faiz antara keistimewaan yang dimiliki teman wanitanya itu adalah sikap memahami. "Saya tidak mahu berkahwin sebab desakan orang lain, biar kami laluinya secara perlahan-lahan. "Dia bukan dari bidang ini, tetapi sangat memahami kerjaya saya, sebab itu saya selesa dengan dirinya," katanya. Faiz dikatakan pernah bercinta dengan pengacara TV3, Nurul Syuhada sebelum hubungan mereka terputus di tengah jalan. - Utusan





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!