Sunday, October 6, 2013

JODOH ITU MILIK KITA - SARA AISHA




JODOH ITU MILIK KITA - SARA AISHA | Bila novel ini didramakan, baru nak terhegeh-hegeh memiliki novel ni. Dan yeay, jalan ceritanya memang best sangat, rugi tak beli dari awal. Dah lah cerita best, masa baca tu terbayang-bayang pelakon drama tu, Farid Kamil dan tiz Zaqyah.

Hari perkahwinan yang sepatutnya indah buat Dahlia, menjadi kacau disebabkan pengantin lelaki sendiri, yang juga tunangnya, Syafiq nekad tidak hadir dalam majlis itu dan lari keluar negara mencari bekas kekasihnya, Alya. Demi menjaga nama baik keluarga Dahlia, Aariz Danial yang juga abang Syafiq, sanggup menggantikan tempat adiknya, untuk dinikahkan dengan Dahlia. Ya, perkahwinan itu terjadi tanpa adanya cinta, namun Aariz Danial bersedia menjadi suami Dahlia.

Walaupun terasa dikhianati oleh tunang sendiri, Dahlia yang terluka mula bahagia melayari kehidupan suami isteri bersama Aariz Danial. Aariz merupakan seorang yang sangat penyayang malah suka mengusiknya. Meskipun mereka hanya umpama sahabat, namun tanpa mereka sedari wujudnya rasa cinta yang membuatkan mereka terasa saling memerlukan. Kehadiran Syafiq ketika Dahlia ke Tawau atas tuntutan kerja, membuatkan Aariz rasa serba tak kena. Dalam hati dia tahu, Dahlia bukan untuknya, Dahlia adalah untuk Syafiq dan mahu tidak mahu dia kena rela melepaskan Dahlia walaupun dia mula sepenuh hati menyayangi isterinya. Dan benar, Aariz melakukan pelbagai cara untuk membuatkan Dahlia bencikannya, namun tidak berjaya. Keadaan semakin serius, apabila Syafiq ternyata umpama duri dalam daging yang berniat untuk memporak-porandakan hidup Aariz dan merampas Dahlia. Kenapa Syafiq begitu bencikan Aariz Danial?? Berjayakah rancangan jahat Syafiq? Jom beli novel ini :)



Tajuk : Jodoh Itu Milik Kita
Penulis : Sara Aisha
Halaman : 766 muka surat
Harga : RM26/RM29




P/S - Fully Recommended By Lulu Caldina




Kisah penyanyi Madonna dan Al-Quran


Kisah penyanyi Madonna dan Al-Quran | Ikon pop Amerika Syarikat (AS), Madonna mendedahkan dia kini sedang mempelajari al-Quran. Penyanyi berusia 55 tahun itu berkata, mempelajari kitab suci al-Quran adalah penting kerana semua agama mengajar kebaikan. "Bagi saya adalah penting untuk mempelajari semua kitab suci, terutamanya al-Quran, kerana setiap agama mengajar kita untuk menjadi baik," katanya dalam satu artikel yang disiarkan dalam majalah fesyen Harper's Bazaar. Madonna berkata, dia kini turut menyalurkan dana untuk membina sekolah bagi kegunaan kanak-kanak perempuan di negara-negara Islam.

Dalam wawancara tersebut, penyanyi kelahiran Michigan itu turut mendedahkan dia pernah mengalami pelbagai peristiwa pahit termasuk menjadi mangsa rogol. Katanya, ketika kejadian dia diacukan pisau oleh mangsa sebelum dirogol. "Kejadian berlaku ketika saya masih remaja dan baru tiba di bandar raya New York, dan peristiwa hitam itu berlaku di atas bumbung pangsapurinya. "Tinggal di New York bukanlah seperti yang saya gambarkan sebelum ini dan bandar tersebut tidak mengalu-alukan kedatangan saya," ujarnya. Bagaimanapun, Madonna tidak mendedahkan maklumat lanjut tentang kejadian rogol tersebut. - AFP





.

Gagal mengandung kerana makan makanan yang terlalu banyak yis



Gagal mengandung kerana makan makanan yang terlalu banyak yis | Seorang wanita Britain yang mencuba pelbagai kaedah selama lima tahun untuk mendapat anak, akhirnya dikurniakan cahaya mata selepas dia berhenti makan roti. Julie Cummings, 37, dari Bromsgrove, Worcestershire berkata, pada mulanya dia mengambil pil kesuburan selama dua tahun, tetapi masih gagal untuk mengandung. Dia dan suaminya, David, 50, membuat keputusan untuk melakukan persenyawaan tabung uji (IVF) dan dia mula berhenti makan makanan yang mengandungi kandungan yis yang tinggi. Namun, beberapa minggu sebelum memulakan prosudur itu, dia telah disahkan mengandung.

"Sebelum menjalani IVF, saya dinasihati oleh pakar makanan supaya berhenti makan makanan yang mempunyai kandungan yis yang tinggi dan mengamalkan gaya hidup sihat. "Bagi tujuan itu, saya berhenti makan kentang, roti bawang putih serta roti bakar dan hanya makan sayur-sayuran, buah-buahan, selain makanan tambahan" katanya. Cummings yang berkahwin dengan David pada 2005, akhirnya mengandung dan selamat melahirkan cahaya mata pada Januari 2011. Menurutnya, sebelum ini dia disahkan dijangkitan kulat yang dikenali sebagai Candida Albicans kerana pengambilan makanan mengandungi yis, yang menggangu kitaran haidnya. - AGENSI





.

Sadako 3D, filem seram Jepun



Sadako 3D, filem seram Jepun  | HANTU Sadako kembali menghantui apabila Sadako 3D 2, sebuah lagi filem seram buatan Jepun, bakal menemui penonton pada 10 Oktober ini. Lari dari filem pertamanya, Sadako 3D 2, tidak lagi menampilkan sosok kanak-kanak yang berambut panjang dan menyeramkan keluar daripada TV sebaliknya disesuaikan dengan teknologi zaman sekarang seperti telefon pintar dan komputer riba. Menariknya, Sadako 3D 2 menggunakan format 'smartphone 4D' yang memungkinkan penonton menyaksikan filem ini dengan kesan khas 4D. Menurut penerbitnya, Tsuyoshi Kobayashi, sesuatu yang baru akan dibawa dalam Sadako 3D 2.

“Saya berharap saya boleh meniupkan angin baru ke dalam filem ini,” katanya. Tambahan pula, filem arahan Tsutomu Hanabusa ini tetap tampil dengan elemen-elemen kejutan yang tentunya mengundang debaran hebat kepada penonton. Beberapa tahun berlalu selepas insiden sumpahan klip video tetapi masih lagi berlakunya beberapa kematian misteri tetapi sebab sebenarnya masih tidak diketahui. Pada masa sama, terdapat juga beberapa insiden kehilangan dilaporkan. Ketika siasatan dijalankan, terdapat beberapa petunjuk yang mengaitkan kejadian berlaku dengan sumpahan klip video yang berlaku sebelum ini. Dan, seorang kanak-kanak perempuan misteri dikatakan adalah kunci penyelesaian kepada pelbagai kejadian aneh ini. -SH




.

Tragis : Gadis OKU rentung dalam kebakaran



Tragis : Gadis OKU rentung dalam kebakaran | Seorang gadis orang kelainan upaya (OKU) ditemui rentung di rumahnya di kawasan Perumahan Awam Kos Rendah Panching, Jalan Sungai Lembing dekat sini pagi semalam. Nor Adibah Mohamad, 16, ditemui rentung oleh pihak bomba dan penyelamat di dalam sebuah bilik kira-kira 11 pagi. Seorang jiran Wahid Awang, 49, berkata, beliau merasa terkilan kerana gagal menyelamatkan mangsa. "Saya cuba menendang pintu bilik mangsa beberapa kali namun tidak berjaya lalu terpaksa keluar menyelamatkan diri selepas api mula marak di bahagian bumbung beserta asap yang terlalu tebal," katanya. Beliau berkata beliau sedang menunggang motosikal sebelum ternampak api menyambar bahagian atap dapur rumah milik ibu bapa mangsa iaitu Mohamad Jaafar dan Rafiah Salleh. "Saya segera ke rumah itu untuk membantu selepas melihat Rafiah yang kelam kabut di luar rumah dan memberitahu anaknya masih terperangkap di dalam rumah," katanya.

Abang mangsa Azizan, 29, berkata, beliau tidak berada di rumah ketika kejadian. "Saya hanya mengetahui mengenai kebakaran selepas saya dihubungi dan lalu segera pulang namun segalanya sudah musnah dan paling memeranjatkan apabila diberitahu adik saya rentung. "Walaupun mengidap down sindrom, dia seorang yang peramah dan suka bergurau dengan kami dan jiran-jiran," tambahnya. Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Anuar Hassan berkata, pihaknya menghantar 20 anggota bersama empat jentera untuk memadam kebakaran namun gagal menyelamatkan rumah itu yang musnah sama sekali. Sebuah lagi rumah yang berkembar dengan rumah itu turut rosak, katanya. Punca kebakaran belum diketahui. - BERNAMA





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!