Friday, October 18, 2013

Bayi lelaki baru lahir ditinggal dalam sebuah kotak



Bayi lelaki baru lahir ditinggal dalam sebuah kotak | Seorang bayi yang dipercayai baru dilahirkan dijumpai orang awam di dalam kotak di hadapan sebuah rumah di Jalan Panglin 1, Taman Perling di sini, malam tadi. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Ruslan Hassan berkata bayi lelaki yang menangis ketika ditemui itu dibaluti dengan kain lampin dan dipakaikan baju.

"Bayi itu berada dalam keadaan normal dan tiada sebarang kecederaan padanya. Kita percaya berdasarkan keadaan tali pusat dan kesan darah, bayi itu baru dilahirkan," katanya ketika dihubungi hari ini. Ruslan berkata, bayi berkenaan yang ditemui kira-kira 10.30 malam kemudiannya dihantar ke Hospital Sultanah Aminah. Kes disiasat kerana membuang bayi. - Bernama



P/S - Sekadar gambar hiasan




.

Siapa yang buat ugutan bunuh terhadap pelajar AF ini?


Siapa yang buat ugutan bunuh terhadap pelajar AF ini? | Sekadar gimik untuk melariskan rating Akademi Fantasia 2013 (AF 2013) atau ia sememangnya benar-benar berlaku? Itu persoalan yang timbul daripada kes ancaman bunuh terhadap salah seorang pelajar program tersebut, Nabila. Menjelaskan perkara itu, Penerbit Eksekutif AF 2013, Mackenna Singh mengakui pihaknya telah membuat laporan kepada pihak berkuasa bagi menjamin keselamatan Nabila serta peserta lain dalam program tersebut. “Memang benar kami menerima ancaman bunuh terhadap Nabila pada lewat malam hari Jumaat dan laporan polis telah dibuat pada hari Sabtu lalu atas faktor keselamatan. “Kami tidak dapat mengenal pasti siapakah dalang yang terbabit dalam kes ugutan bunuh itu kerana pengguna laman sosial Facebook terbabit menggunakan akaun palsu,” ujarnya.

Mesej ancaman bunuh yang diterima melalui akaun sosial rasmi Facebook AF 2013 itu mengutuk persembahan serta kualiti suara Nabila hingga sanggup membaling batu ketika pelajar itu membuat persembahan kelak. “Saya kira ia agak melampau sebenarnya hingga seseorang itu sanggup membenci pelajar AF 2013 semata-mata tidak berpuas hati dengan persembahannya dan mengugut untuk membunuhnya.

“Saya percaya ugutan ini tiada kena-mengena dengan sejarah silam pelajar atau keluarganya. Buat masa sekarang, biar pihak polis melakukan siasatan cuma pihak kami akan mengambil langkah berjaga-jaga dan tidak membenarkan pelajar-pelajar keluar daripada akademi,” katanya. “Ancaman ini berlaku mungkin juga kerana kami membenarkan pelajar-pelajar ini berinteraksi dengan dunia luar melalui beberapa buah laman sosial seperti Instagram, Facebook dan Twitter. “Apabila dimaklumkan ugutan ini terhadap pelajar terbabit, dia sudah takut dan agak tertekan. Tapi kami berjanji akan menjaga keselamatan pelajar-pelajar AF 2013 hingga tamat program ini,” tegasnya. -MD




.

Apa lagi dengan Miley Cyrus


Apa lagi dengan Miley Cyrus | TIDAK habis-habis rupanya kisah mengenai penyanyi yang dilihat seksi ketika menyanyikan lagu Wrecking Ball miliknya di dalam klip video. Mungkin kerana itu, Miley Cyrus telah ditawarkan bayaran yang sangat lumayan untuk mengarah sebuah filem porno. Bayaran sebanyak RM3.2 juta (US$1 juta) adalah satu jumlah yang sangat besar buat bintang yang bukan sahaja berjaya dalam nyanyian, malah dalam bidang pengarahan juga.

Namun demikian, sehingga ketika ini, Cyrus masih belum membuat sebarang persetujuan dan kenyataan tentang tawaran fantastik itu. Adakah dia akan menerimanya atau sebaliknya akan diketahui kemudian. Seperti laporan TMZ, gadis berusia 20 tahun itu telah menerima surat tawaran dari pengeluar kandungan khusus buat orang dewasa, GameLink.

Surat itu telahpun dikirimkan kepada Miley pada 9 Oktober lalu dan seperti dalam kandungan surat itu, pihak GameLink sangat yakin bahawa pemilihan Cyrus sebagai pengarah adalah sangat tepat sekali. "Kami yakin bahawa sebagai wanita abad ke-21 yang cukup terkenal, Cyrus adalah pilihan ideal. "GameLink dengan sukacitanya menawarkan tawaran yang sangat berharga buat Cyrus untuk mengarah sebuah filem buat orang dewasa," kata TMZ dalam laporannya. -AP




.

Kisah yang pelik dan tak masuk akal.. namun benar-benar terjadi



Kisah yang pelik dan tak masuk akal.. namun benar-benar terjadi | Ketua badan kehakiman Iran, Ayatollah Sadeq Larijani, akan membuat keputusan hari ini berhubung kes seorang pengedar dadah yang telah menjalani hukuman gantung, namun masih lagi hidup selepas menjalani hukuman di tali gantung. Penjenayah tersebut yang dikenali sebagai Alireza M, 37, disahkan mati oleh doktor selepas 12 minit di gantung dalam sebuah penjara di timur laut Iran. Namun, pada keesokan harinya kakitangan bilik mayat di bandar Bojnourd mendapati penjenayah berkenaan masih lagi hidup. Beliau kini beransur pulih di hospital, pada ketika pakar undang-undang berbeza pandangan sama ada dia perlu menjalani hukuman gantung buat kali kedua atau tidak. - AFP




.

Menu khas? Sandwich cacing dalam pesawat


Menu khas? Sandwich cacing dalam pesawat  | Seorang penumpang terkejut apabila mendapati sandwic dihidangkan pesawat Air India mengandungi cacing. Ketika kejadian penumpang tersebut dalam penerbangan dari New York ke New Delhi. “Kami kecewa apabila aduan tidak dilayan sejak dua minggu lalu,” katanya dipetik AFP. Jurucakap syarikat penerbangan Prasad Rao berkata, pihaknya masih melakukan siasatan berhubung kejadian itu. -AFP




.

Anak seolah dirasuk tikam bapa sampai mati


Anak seolah dirasuk tikam bapa sampai mati | Ibarat dirasuk syaitan, seorang lelaki menikam bapanya dipercayai dengan menggunakan parang dan pisau sebelum mencekik warga emas berusia 70 tahun itu sehingga mati di rumahnya di Flat Sri Melaka, Cheras, di sini awal pagi ini. Menurut sumber, kejadian pukul 2.30 pagi itu disedari beberapa penduduk yang terdengar jeritan mangsa semasa sedang bersantai di taman permainan di kawasan terbabit lalu bergegas menuju ke unit kediaman terbabit. "Setibanya mereka di situ, suspek sedang memegang sebilah parang yang berlumuran darah di ruang tamu manakala mangsa ketika itu masih bernyawa tetapi berada dalam keadaan separuh sedar di dapur.

"Penduduk mengarahkan suspek mencampakkan senjata tetapi dia enggan sebaliknya berlari ke dapur dan mencekik bapanya yang ketika itu sudahpun dalam keadaan parah," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Tambah sumber lagi, bagi mengelak suspek bertindak lebih agresif terhadap mangsa, saksi bersama seorang lagi rakannya menangkap lelaki itu lalu mengikatnya sementara menunggu polis tiba. Ketika polis tiba di lokasi, katanya, suspek didapati berada dalam keadaan 'tidak menentu'. "Polis kemudian merampas sebilah parang dan pisau yang dipercayai digunakan untuk membunuh mangsa.

"Mangsa telah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) tetapi disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan. Hasil pemeriksaan, terdapat tiga kesan tikaman di tubuh mangsa," katanya lagi. Kata sumber itu lagi, kes tersebut masih dalam siasatan dan suspek juga sedang direman. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut tetapi enggan mengulas lanjut. - Utusan



P/S - Gambar sekadar hiasan




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!