Sunday, October 27, 2013

NAK BERCINTA DENGAN SAYA TAK? - KATRINA ADAM




NAK BERCINTA DENGAN SAYA TAK? - KATRINA ADAM | Menarik cerita novel ini. Penulis berani mengangkat masalah 'gay' dan homoseksual, yang semakin menjadi serius dalam masyarakat kita hari ini. Bijaknya, penulis menyelitkan hadis-hadis dan kata-kata pengajaran. Rasanya setakat ini takde lagi novel yang betul-betul menyentuh perlakuan sensitif dan dianggap taboo dalam masyarakat ini. Dalam agama islam, perlakuan ini ditegah dan berdosa besar jika melakukannya. Namun tak ramai yang suka membicarakannya. Dan menerusi novel ini, bukan saja kita dihidangkan dengan kisah perjalanan hidup seorang wanita tabah, Juliana Maz, namun kita juga akan memperolehi banyak pengetahuan mengenai masalah ini, disamping mendapat pengajaran daripadanya.

Juliana Maz, menyintai Eizham, yang menganggapnya hanya adik angkat. Disebabkan perasaan itu, dia sanggup diarah-arah oleh Eizham menyiapkan kertas kerjanya. Setiap kali berbual dengan Eizham di telefon mahupun ketika bertemu, tiada lain yang diharapkan oleh Juliana Maz daripada Eizham melainkan kata-kata cinta dan rindu. Namun hampa. Disebabkan statusnya sebagai 'adik angkat' maka tidak hairanlah Juliana Maz serasi bersama ibu Eizham, Puan Mazwin. Melangkah ke alam pekerjaan, Fatin Nabiha, rakan baik Juliana Maz, sering mengingatkannya untuk menjauhkan diri daripada Eizham kerana Eizham seorang yang mengamalkan gaya hidup sonsang, namun Juliana Maz enggan mempercayainya . Rahsia seorang lelaki bernama Eizham yang tersimpan kemas tanpa pengetahuan orang lain, berterusan sehingga dia akur menikahi Juliana Maz atas permintaan ibunya.

Malam pertamanya, dihabiskan bersama 'lelaki' lain. Seksanya kehidupan Juliana Maz selama menjadi isteri Eizham. Dia dilayan kasar dan acuh tak acuh, sementara Eizham semakin hanyut dengan dunianya. Apabila Juliana Maz mendapati dirinya hamil, Eizham mengamuk kerana tidak mahukan anak, dan kerana kekasarannya, Juliana Maz keguguran. Juliana Maz yang tabah, sekali sekala terhibur dengan layanan baik adik iparnya, Arfaazreen yang sebenarnya ada perasaan cinta yang mendalam padanya. Dalam marah, Eizham melafazkan cerai buat Juliana Maz. Dan bermula daripada itu Juliana Maz nekad membawa diri mengubati hati yang lara, bersama anak yang dikandungnya tanpa pengetahuan orang lain. Mujurlah ada Hani Radiatul, rakannya yang sudi membantunya.


Peritnya hidup bersendirian ditempat orang. Apatah lagi dia sedang hamil. Ada ketika dia hairan dengan perasaan sendiri. Lama menyintai bekas suami, dan sehingga ke waktu itu, dia terkilan kerana tidak mampu membawa Eizham berubah. Dan pada waktu yang sama, dia merindui Arfaazreen yang sentiasa ada bersamanya. Novel yang hebat, diolah dengan baik dan mudah difahami. Lengkap dengan kisah cinta, pengorbanan, ketabahan, pengajaran dan dendam yang wajar dijadikan koleksi bahan bacaan. Syabas penulis!!


Hadis riwayat Ibnu Abbas RA, dia berkata bahawa Nabi SAW bersabda :
Ertinya : Allah melaknat siapa saja yang
berbuat seperti perbuatan kaum Luth. Allah 
melaknat siapa saja yang berbuat seperti 
perbuatan kaum Luth. Allah melaknat siapa 
saja yang berbuat seperti perbuatan kaum Luth.
 


Tajuk : Nak Bercinta Dengan Saya Tak?
Penulis : Katrina Adam
Halaman : 616 muka surat
Harga : RM24/RM27




P/S - Fully Recommended By Lulu Caldina




.

Peluncur Air Berjuang Untuk Hidup Setelah Hilang Kaki Diserang Jerung


Peluncur Air Berjuang Untuk Hidup Setelah Hilang Kaki Diserang Jerung | SAINT-DENIS DE LA REUNION (Perancis) : Seorang peluncur air berusia 24 tahun berjuang untuk hidup di hospital selepas kakinya digigit jerung di pulau di sini, menurut pihak berkuasa. "Kaki kanannya telah putus hingga ke paras paha," pentadbiran tempatan wilayah itu berkata dalam satu kenyataan. Kejadian itu berlaku pada jarak kira-kira 20 meter dari pantai. Dua serangan jerung lain yang dilaporkan di perairan pulau itu pada tahun ini berakhir dengan kematian. Pihak berkuasa berkata mangsa terbaharu, seorang lelaki tempatan, berada di luar perimeter yang dilindungi.

Mereka menggesa semua pengunjung panta sepenuhnya berhati-hati. Beberapa berpendapat bahawa jumlah yang semakin meningkat sisa dicurahkan ke dalam laut menarik jerung manakala yang lain menyalahkan rizab laut di mana memancing diharamkan untuk kenaikan dalam serangan pada tahun-tahun kebelakangan ini. - AFP





.

Tarikh nikah pelakon Fizo Omar dan model pakaian muslimah, Mawar Abdul Karim



Tarikh nikah pelakon Fizo Omar dan model pakaian muslimah, Mawar Abdul Karim | Kurang dua minggu dari sekarang pelakon Fizo Omar, 28, bakal bergelar suami kepada model pakaian muslimah, Mawar Abdul Karim, 23. Menurut Fizo, buat masa ini keluarga kedua-dua belah pihak sedang sibuk membuat persiapan untuk hari pentingnya itu. "Memang saya sangat sibuk membuat persiapan untuk hari perkahwinan yang bakal berlangsung sekitar dua minggu lagi. Saya harap semua pihak mendoakan agar semua persiapan ini akan berjalan dengan lancar," katanya yang akan mengadakan sidang akhbar pengumuman tarikh pernikahannya di The Curve, Damansara esok.

Fizo memberitahu majlis pernikahannya bakal menjadi satu majlis yang cukup istimewa, meriah dan dipenuhi dengan kehadiran mereka yang terapat dalam kehidupannya. "Bagaimanapun kami tetap akan mementingkan kesederhanaan sebagai teras kepada segala persiapan," kata pemilik rangkaian francais Hot Burger ini. - Utusan




.

Empat penyokong ditembak ketika perlawanan bola sepak



Empat penyokong ditembak ketika perlawanan bola sepak | Empat penyokong ditembak ketika perlawanan divisyen dua di timur laut Brazil, kejadian terbaru membabitkan keganasan di kalangan penonton menjelang penganjuran Piala Dunia 2014 di negara itu. Polis berkata, dua penyokong ditembak di bahagian jari kaki dan dua lagi di kaki mereka dalam pergaduhan sebelum perlawanan di antara kelab America dan Ceara di bandar raya Natal. Dua penyokong dimasukkan ke hospital tetapi dilaporkan selamat. Polis berkata, penyokong Cera yang memandu kereta melepaskan tembakan ke arah penyokong Amerika yang menunggu di luar. - AP




.

Gambar Pertama Empat Generasi Raja-Raja Dirakam


Gambar Pertama Empat Generasi Raja-Raja Dirakam | Gambar pertama yang menunjukkan empat generasi raja-raja British pada masa kini dan masa hadapan telah diedarkan pada Khamis, sehari selepas upacara pembaptisan bakal pewaris terbaharu takhta, Putera George. Salah satu daripada empat gambar rasmi yang dikeluarkan kepada media menunjukkan Queen Elizabeth II duduk diapit oleh tiga bakal raja, anaknya, Putera Charles, cucunya Putera William dan cicitnya Putera George, yang sedang didukung oleh bapanya.

Gambar-gambar telah dirakamkan oleh jurugambar selebriti Jason Bell dalam bilik pagi Clarence House, kediaman rasmi Charles di London, sejurus selepas upacara pembaptisan Putera George di Chapel Royal berdekatan Istana St James pada Rabu. Gambar-gambar lain menunjukkan putera berusia tiga bulan itu bersama ibunya Catherine, Putera Philip, adik kepada Putera William, Putera Harry dan isterinya isteri Charles, Camilla, the Duchess of Cornwall. -DM



.

Gambar tsunami kecil di Jepun


Gambar tsunami kecil di Jepun | Jabatan Kaji Selidik Geologikal Amerika Syarikat (USGS) melaporkan, berlaku gempa bumi bermagnitud 7.3 menggegarkan pantai timur Jepun sehingga mencetuskan tsunami kecil. Pegawai Agensi Meteorologikal Jepun berkata, gempa itu berlaku di luar pantai Honshu, 375 kilometer timur Fukushima. Selepas gempa bumi itu, amaran tsunami dikeluarkan dalam lima wilayah timur namun dibatalkan kira-kira dua jam kemudian. “Berlaku perubahan pada paras laut dengan ketinggian ombak mencecah 55 sentimeter.

Nelayan dan pekerja di perairan diarah memberhentikan segala operasi sehingga diberi tahu,” katanya dalam satu kenyataan. Sementara itu, pengendali loji kuasa nuklear Fukushima, Tokyo Electric Power Company (Tepco) melaporkan, tiada kerosakan atau kenaikan tahap radiasi di stesen berkenaan. Jurucakapnya berkata, beberapa kakitangan diarahkan berpindah ke kawasan lebih tinggi selepas gempa tercetus. Pada Mac 2011, gempa bumi bermagnitud 9.0 berlaku hingga menyebabkan gempa susulan mengakibatkan 19,000 mangsa terbunuh, termasuk tumpahan radiasi di loji jana kuasa nuklear Fukushima Dai-Ichi. - AP





.

Pekin akui salah faham. Tunangnya, Uqaha Senrose tidak curang


Pekin akui salah faham. Tunangnya, Uqaha Senrose tidak curang | DEMIKIAN ucapan pertama yang muncul dari Pekin sebaik saja kontroversi percintaannya bersama Uqasha Senrose yang turut mengheret nama Sharnaaz Ahmad menjadi perhatian ramai. Memohon maaf di atas kekhilafannya, pelakon Paku Pontianak ini berharap kekeruhan yang berlaku antara mereka bertiga segera berakhir. “Saya minta maaf kepada banyak-banyak, termasuk Uqasha, keluarga dan Shar (Sharnaaz). Kami dah duduk berbincang dan semua ini hanyalah salah faham,” katanya yang mengakui terburu-buru menuduh kecurangan kekasihnya bersama sahabat baiknya, Sharnaaz. Sebelum ini, Pekin memutuskan hubungan dengan bakal isterinya itu gara-gara cemburu dengan sahabatnya sendiri. Katanya, perkara itu berlaku di luar kawalan apabila ada beberapa pihak yang menokok tambah dan mengambil kesempatan di atas apa yang berlaku.

“Saya tahu ini salah saya. Namun ada satu sumber yang banyak melaporkan perkara tak betul. “Pada mulanya, apabila saya dapat tahu Uqasha berjumpa dengan Shar, saya sangat marah dan terus membuat tindakan yang tak sepatutnya. Saya tak jawab panggilan dan terus buat persepsi sendiri. "Saya rasa kalau berlaku pada orang lain sekalipun, pasti mereka akan marah bila keluar dengan orang lain atau kawan kita sendiri," jelasnya. Pekin berkata, apabila dia tahu perkara sebenar dia sedar tindakan melulunya membuatkan semua orang kecewa. “Tapi bila kita semua dah duduk berbincang, selesai masalah secara baik, saya bersyukur segalanya jernih dan semuanya telah selesai. “Saya akan lebih hati-hati selepas ini. Saya akui mulut saya seperti longkang dan tidak menerima penjelasan sebelum mengeluarkan kenyataan,” katanya.


Kejutan hari jadi 

Bercerita lanjut mengenai salah faham yang berlaku, kata Pekin, dia tidak menyangka Sharnaaz dan Uqasha bertemu atas tujuan untuk merancang parti hari jadinya. “Saya dah lama berkawan dengan Shar. Jadi, apabila dapat tahu Shar merancang parti hari jadi untuk saya, nyata sangkaan saya meleset. "Saya harap apa yang berlaku tak akan berulang lagi dan saya akan menjaga hubungan persahabatan saya dengan Shar. Saya juga terharu dan tak sabar menunggu apakah kejutan yang dirancang mereka," katanya yang terharu dengan tindakan teman baiknya dan Uqasha itu. Jelas Pekin, dia turut kesal kerana menuduh kekasihnya tanpa usul periksa. “Saya mengakui, Uqasha tidak pernah berlaku curang terhadap saya, Cuma mungkinlah saya terlalu panas hati dan membuat penilaian sendiri tanpa usul periksa. Bila berlaku seperti ini saya juga sangat menyesal,” katanya yang mengakui hubungannya bersama Uqasha kini pulih seperti biasa.


Kahwin tahun hadapan 

Pekin juga memberitahu akan berbincang selanjutnya bersama Uqasha untuk menetapkan tarikh perkahwinan mereka pada tahun hadapan. “Insya-ALLAH, selepas ini saya akan berbincang tentang perkahwinan kami. “Yang pentingnya, ia mestilah disegerakan dan kalau boleh tahun hadapan, selesai segala persiapan perkahwinan,” katanya. Ditanya mengenai dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan dia sengaja mencetuskan kontroversi untuk menangguhkan perkahwinannya itu, Pekin bagaimanapun menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut. Jelas Pekin, dia memang serius dengan Uqasha dan nekad untuk mengahwini wanita itu. “Kahwin bukan perkara main-main. Banyak perkara perlu difikir dan diselesaikan. Lagi pula, jadual kerja saya yang padat menyebabkan masa berlalu begitu cepat,” katanya. -SH




.

Pelajar Malaysia Meninggal Dunia Di New Delhi


Pelajar Malaysia Meninggal Dunia Di New Delhi | Pelajar perubatan tahun pertama dari Sabah, Arnaz V Malitam, 20, meninggal dunia akibat masalah pernafasan atau "cardio respiratory arrest" di Mangalore, Karnataka. Arnaz, pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di KMC Medical College di Mangalore, telah tidak sihat sejak sekian lama dan dimasukkan ke sebuah hospital setempat. Beliau meninggal dunia pada petang Jumaat. Ibu bapa pelajar itu sudah berada di Mangalore. Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi dan Konsul Jeneral di Chennai membantu mereka dalam urusan untuk membawa pulang jenazah pelajar itu pulang ke Malaysia. - Bernama




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!