Monday, November 11, 2013

Raja dibaling dengan tomato


Raja dibaling dengan tomato | Kumpulan aktivis pembangkang Rusia, kelmarin bertindak membaling tomato ke arah Raja Belanda Willem-Alexander ketika baginda mengadakan lawatan di negara itu. Agensi berita Ria Novosti melaporkan tindakan tersebut dilakukan sebagai protes terhadap kematian Alexandre Dolmatov yang dipercayai membunuh diri kerana kecewa selepas tuntutannya untuk mendapatkan perlindungan di Netherlands ditolak, Januari lalu. Susulan daripada insiden itu, dua aktivis yang disyaki melakukan perbuatan tersebut telah ditahan pihak berkuasa, dipetik dari laporan AFP.




.

Inilah Gadis pemenang Ratu Universe 2013



Inilah Gadis pemenang Ratu Universe 2013 | Penyampai televisyen berusia 25 tahun dari Venezuela, Gabriela Isler dinobatkan sebagai Ratu Universe 2013 pada majlis gilang gemilang di Moscow, semalam. Juri, termasuk bintang rock Aerosmith, Steven Tyler memilih Isler daripada 86 peserta yang mengambil bahagian dalam pertandingan yang disaksikan berjuta-juta penonton di seluruh dunia itu. Pemenang tahun lalu, Olivia Culpo dari Amerika Syarikat memakaikan mahkota berlian di kepala Isler, yang mengenakan gaun malam berwarna perak berkilauan. Kemenangan Isler adalah yang ketujuh bagi peserta Venezuela dalam pertandingan Ratu Universe dan ia juga dianggap sesuatu yang amat membanggakan.


Pencapaian membanggakan 


Selepas pertandingan itu, Isler melambai ke arah sekumpulan wartawan dan berdiri bersebelahan penganjur acara itu yang juga jutawan terkemuka Amerika Syarikat, Donald Trump. “Saya amat terharu. Saya tidak dapat meluahkan apa yang saya rasakan ketika ini kerana terlalu gementar,” katanya. “Saya masih lagi dalam keadaan terkejut tetapi bersyukur dan gembira berada di sini.” “Ia terlalu menyeronokkan dan satu kejayaan besar,” kata Trump yang menganggarkan penonton televisyen bagi rancangan itu melebihi satu bilion.

Dalam pusingan temu bual yang menjadi penentu pertandingan itu, Tyler bertanyakan kepada Isler yang memenangi Ratu Venezuela tahun lalu mengenai kebimbangan utama beliau. Dia berkata: “Saya percaya kita perlu mengatasi semua kebimbangan dan ini akan menjadikan kita lebih kuat.” katanya yang bercakap dalam bahasa Sepanyol melalu seorang penterjemah. Isler atau nama penuhnya Maria Gabriel de Jesus Isler Morales adalah penyampai televisyen Venevision di Venezuela. Beliau bakal memperagakan sepasang pakaian renang yang direka khas bertatahkan bernilai AS$1 juta (RM3.17 juta). Ratu Universe sebelum ini, Culpo terdahulu muncul di pentas dengan mengenakan pakaian renang putih bertatahkan berlian, delima dan zamrud. -AGENSI




.

Hasrat terakhir Allahyarham pelakon Ahmad Busu



Hasrat terakhir Allahyarham pelakon Ahmad Busu | Allahyarham pelakon Ahmad Busu, 60, sempat menunaikan hasratnya untuk bertemu sanak-saudara dan rakan-rakan rapatnya di Perak sebelum meninggal dunia pada Ahad malam. Anak kedua Allahyarham, Mohd Afiq Ahmad Busu, 28, berkata, Allahyarham meminta untuk bertemu dengan saudara terdekat mereka yang masih tinggal di negeri tersebut pada minggu lalu. "Pemergian ayah memang tidak dijangka, dia seperti biasa sahaja dan tiada pula menunjukkan apa-apa sikap lain. "Namun pada minggu lalu dia ada meminta kami untuk membawanya ke Perak untuk bertemu dengan keluarga dan saudara mara kami yang masih lagi berada di sana, " ujarnya.

Tambahnya, Allahyarham turut memberi pesanan terakhir kepadanya dan adik beradik yang lain agar sentiasa menjaga ibadah dan tidak meninggalkan solat.Sementara itu, jelas Afiq, Allahyarham dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang dekat sini sejam sebelum menghembuskan nafas terakhir akibat demam.


"Ayah tidak menghidap apa-apa penyakit sebelum ini, dia hanya demam biasa pada Sabtu lalu dan kami bawanya ke hospital semalam (Ahad) selepas keadaan demam yang semakin teruk dan kesukaran bernafas. "Sebelum ini, pada tahun 2009 dia pernah dimasukkan ke hospital akibat diserang strok," ujarnya. Pelakon yang popular pada tahun 80-an menerusi rancangan Pi Mai Pi Mai Tang Tu dengan memegang watak sebagai Mat Deris meninggal dunia selepas Maghrib iaitu kira-kira pukul 7. 05 malam pada Ahad.Allahyarham meninggalkan seorang balu dan empat orang anak. -Mstar




P/S - Al-Fatihah 




.

Ambank : Senjata yang digunakan suspek kini ditemui



Ambank : Senjata yang digunakan suspek kini ditemui | Polis menemui senjata yang digunakan suspek dalam kejadian rompakan dan pembunuhan seorang pegawai operasi AmBank, Norzita Abu Talib, di Subang Jaya pada 23 Oktober lalu. Senjata jenis pump gun itu ditemui di dalam longkang di Jalan Subang Persiaran Penaga, kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian pada pukul 11 pagi tadi. - Utusan




.

16 Gambar kesan tragedi taufan Haiyan.. Mangsa umpama zombi



16 Gambar kesan tragedi taufan Haiyan.. Mangsa umpama zombi | Beribu-ribu mangsa Taufan Haiyan yang letih dan kelaparan, menyelongkar runtuhan dan timbunan sampah sarap untuk mendapatkan sisa makanan dan air bersih, sambil mencari anggota keluarga dan sanak-saudara yang hilang. Seorang pelajar perubatan dan penduduk tempatan, Jenny Chu berkata, beliau tidak lagi dapat mengenali kampungnya.




“Semuanya sudah tiada. Rumah kami hanya tinggal rangka dan kami kehabisan makanan dan air. Kami mencari makanan di mana saja, malah van yang membawa bekalan makanan turut dirompak.



“Penduduk yang letih dan lapar kelihatan seperti zombi, ketika menyelongkar sampah sarap sambil menutup hidung dan mulut untuk menahan bau mayat yang kian mencengkam,” katanya.






Mencari mayat 

Pegawai bandar raya, Tecson John Lim, berkata pihaknya bekerja sepanjang mangsa untuk mencari mayat dan menghantar bekalan kepada mangsa, ketika perbuatan mencuri dilaporkan semakin menjadi-jadi, ketika usaha mengawal keadaan dan memulihkan komunikasi giat dijalankan.





 “Kami dimaklumkan mengenai perbuatan mencuri dan pusat beli belah dan pasar raya. Mereka mengambil apa saja, termasuk barangan seperti televisyen yang boleh ditukar dengan makanan,” katanya.



Lim berkata, pihaknya tidak mempunyai tenaga kerja yang cukup untuk menangani keadaan yang berlaku. “Kami mempunyai 2,000 kakitangan tetapi hanya 100 datang bekerja, manakala yang lain terpaksa mengendalikan keluarga masing-masing,” katanya. -AP





.

Nafsu pelik sekumpulan warga asing


Nafsu pelik sekumpulan warga asing | Sekumpulan lelaki warga asing dipercayai menjadikan alat boneka seks sebagai pemuas nafsu serakah susulan penemuan pelbagai alat perangsang seks dan anak patung menyerupai wanita dalam serbuan Jabatan Imigresen Terengganu di sebuah rumah kongsi di Kampung Telaga Putat, di sini, kelmarin. Ketua Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Terengganu Mohd Shahrir Khalil berkata, pelbagai peralatan itu ditemui dalam sebuah kotak yang disembunyikan di salah sebuah bilik dalam serbuan kira-kira jam 2 pagi dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), sekali gus membongkar aktiviti ‘gelap’ penghuni di rumah kongsi berkenaan.


Beliau berkata, hasil siasatan lanjut, seorang daripada penghuni mengakui semua peralatan seks itu miliknya dan turut digunakan rakannya yang lain bagi memuaskan nafsu masing-masing. “Walaupun warga asing itu mengaku hanya akan mencari peralatan itu bagi memuaskan nafsu dan tidak membabitkan wanita, kita bimbang ia membahayakan anak-anak gadis tempatan di lokasi berhampiran jika dibiarkan berleluasa. “Jika aktiviti tidak bermoral ini tidak dibendung, ia boleh mendatangkan bahaya kerana lokasi rumah kongsi ini begitu hampir dengan kawasan perkampungan. -HM




.

Dimana Suspek Bunuh Pegawai AmBank Bersembunyi Selama Ini?



Dimana Suspek Bunuh Pegawai AmBank Bersembunyi Selama Ini? | Suspek kes bunuh dan rompak pegawai AmBank di Subang Jaya menjadikan bangunan serta rumah kosong sebagai lokasi persembunyian selama 19 hari ketika dalam buruan polis. Mengesahkan perkara itu, Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata suspek bersembunyi di beberapa buah rumah serta bangunan kosong sekitar Lembah Klang dan Johor. "Bagaimanapun, suspek dipercayai melarikan diri menggunakan pengangkutan awam seperti bas dan teksi untuk keluar dari Lembah Klang menuju ke Johor sejurus selepas kejadian pada 23 Oktober lepas.

"Ketika berada di sana (Johor), suspek juga cuba mendapatkan bantuan sindiket pemalsuan dokumen pasport bagi melarikan diri ke negara jiran," katanya. Suspek ditahan di Kampung Belungkor, Kota Tinggi, Johor pada kira-kira 7 pagi Ahad. Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, dalam twitter beliau pada Ahad, memaklumkan bahawa suspek ditahan di Johor serta mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang membantu polis.

Dalam kejadian 23 Oktober lepas, pegawai AmBank Subang Jaya Norazita Abu Talib, 37, maut ditembak suspek ketika membuka peti besi dalam bilik kebal bank berkenaan. Mangsa, yang berkhidmat selama 16 tahun dengan bank itu, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala setelah ditembak dengan 'pump gun' oleh suspek. Suspek turut melarikan diri dengan hasil rompakan wang tunai RM450,000. - Bernama





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!