Friday, December 20, 2013

Sama cantik sama padan, Aril Pilus AF7 dan isteri Puteri Erma Adlinda Megat Aminuddin


Sama cantik sama padan, Aril Pilus AF7 dan isteri Puteri Erma Adlinda Megat Aminuddin | Penyampai radio ERA, Aril AF7, 28, selamat diijabkabulkan dengan pilihan hatinya, Puteri Erma Adlinda Megat Aminuddin, 27, di kediaman pengantin perempuan di Kampung Padang Enggang, Pasir Hor, Kota Bharu Kelantan hari ini.


Dengan sekali lafaz, pasangan itu sah bergelar suami isteri oleh Imam Mukim Padang Enggang, Abdul Halim Mat Isa pada kira-kira pukul 3.20 petang Aril atau nama sebenarnya Khairil Azam Pilus memberikan mas kahwin dan wang hantaran berbentuk cek bernilai RM15,000 beserta sembilan dulang.


Majlis persandingan kedua-dua mempelai diadakan sejurus selepas akad nikah di lokasi yang sama. Pasangan ini mula berkenalan pada 25 Mei lalu dan selepas tiga bulan menjalinkan hubungan, Aril melamar Puteri yang bertugas sebagai pramugari Saudi Airlines sebagai isterinya. - Utusan






.

Kejadian tragis menimpa pekerja Zoo



Kejadian tragis menimpa pekerja Zoo | Seorang pekerja zoo di sini terbunuh akibat dibaham oleh seekor harimau ketika membersihkan sangkar kelmarin. Menurut kenyataan Zoo Shanghai yang dikeluarkan menerusi laman sosial Sina Weibo, harimau yang berusia tiga tahun itu membaham lelaki yang berusia 53 tahun tersebut sehingga mati. Menurut Shanghai Daily, lelaki tersebut yang dijangka bersara tiga tahun lagi dibaham oleh harimau itu sebelum binatang tersebut diberi makanan. - AFP




.

Bahaya singgah dan guna tandas awam



Bahaya singgah dan guna tandas awam | PERSINGGAHAN di sebuah tandas awam di Ashanti, Ghana menjadi pengalaman pahit bagi Kwabena Nkrumah, 34, apabila kemaluannya dipatuk seekor ular yang tiba-tiba muncul dari dalam mangkuk tandas. Menurut Daily Mail, ketika kejadian, Nkrumah dikatakan sedang menggunakan tandas dan berasa sakit secara tiba-tiba pada kemaluannya. Media tempatan melaporkan, pada mulanya Kwabena menyangka kesakitan itu hanya sekadar perkara biasa, namun selepas mendapati seekor ular hitam melingkar di bawahnya dia hampir pengsan kerana terkejut. "Penjaga pintu menjerit meminta tolong tetapi ia hanya mencetuskan panik di kalangan pengguna tandas yang lain," menurut ghanaweb.com.



.

Insiden menggemparkan di Arab Saudi ! Puluhan al-Quran dibuang dalam pembetungan



Insiden menggemparkan di Arab Saudi ! Puluhan al-Quran dibuang dalam pembetungan | Lebih 50 al-Quran ditemui di dalam sistem pembetungan di bandar Taif dalam satu insiden menggemparkan di Arab Saudi. Menurut jurucakap Suruhanjaya Kebajikan dan Pencegahan Maksiat, kejadian itu dilaporkan oleh seorang pelajar tempatan yang sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di daerah Al-Salama. Susulan daripada itu, pihak berkuasa bertindak segera menghubungi bomba untuk membuka saluran sistem pembetungan tersebut sebelum menemui puluhan al-Quran terbabit.

Media tempatan melaporkan gambar penemuan al-Quran yang telah dikoyakkan sebelum dibuang ke dalam sistem saliran itu turut menjadi perbualan hangat di kebanyakan laman sosial dan ia disifatkan sebagai perbuatan biadab individu tidak bertanggungjawab. Difahamkan, laporan dipetik dari Press TV, insiden sama pernah dilaporkan pernah berlaku pada awal tahun lalu dan ia telah mencetuskan kemarahan banyak pihak kerana kejadian tersebut berlaku di sebuah negara Islam. -AP




.

AWEK ABANG POYO - UMMU WAFA




AWEK ABANG POYO - UMMU WAFA | Pertama kali nampak novel ni pun memang dah terpikat. Tapi sebenarnya pertama kali tu tak beli. Bila balik rumah asyik teringat, so esoknya terus balik ke kedai tu dan pastikan novel ni jadi koleksi lulu :) .. Dengan ilustrasi menarik ditambah lagi dengan sinopsis kat belakang novel, lulu dah tahu yang novel ni memang best dan menarik.

Mengisahkan Kasdina Alya yang membawa diri ke kota London kerana difitnah dan diaib malah perkahwinannya dibatalkan. Di kota London, dia bekerja sebagai tukang masak. Semangat yang kuat mendorong dia memajukan diri dan ditempat kerja yang sama, dia bertemu Anas Irfan yang bekerja part-time disitu. Walaupun kehadiran lelaki itu bukan setiap hari, namun cukup membuatkan Kasdina meluat dan rimas. Mereka sering bertelaga dan tidak sependapat.

Dalam satu kejadian, Kasdina terhutang budi dengan Anas kerana menyelamatkannya dari dilanggar kereta. Pertolongan itu membuatkan Kasdina terpaksa membalasnya dengan berlakon menjadi kekasih Anas untuk ditunjukkan kepada ibu bapa Anas yang sedang bercuti di kota London. Dan lakonan itu nampaknya harus menjadi realiti disebabkan ibu bapa Anas sangat berkenan menjadikan Kasdina sebagai menantu. Dan selamba, mama Anas terus menyarungkan cincin tunang ke jari Kasdina. Sejak dari itu jadilah Kasdina tunang buat abang poyo itu.

Kerana salah faham mereka terpisah dan masalah menjadi semakin rumit kerana Kasdina pulang ke Malaysia dan tidak dapat dihubungi. Bagi Kasdina pula, dia yakin Anas tidak pernah menyimpan rasa padanya. Sedikit sebanyak perasaan dan masalah Kasdina mula berkurangan kerana dia menghadapi masalah lebih besar di kampung. Jom dapatkan novel yang best ini. Adakah cinta Kasdina Alya dan Anas Irfan akan bersatu akhirnya.? Ketahui perjalanan hidup Kasdina Alya yang rumit namun pada akhirnya dia menemui kebahagiaan...



Tajuk : Awek Abang Poyo
Penulis : Ummu Wafa
Halaman : 569 muka surat
Harga : RM22/RM25




P/S - Fully recommended by Lulu Caldina




.

Akibat sakit perut, wanita 82 tahun terkejut menemui apa yang ada dalam perutnya


Akibat sakit perut, wanita 82 tahun terkejut menemui apa yang ada dalam perutnya | SEORANG nenek berusia 82 tahun dari Bogota, Colombia yang mengalami sakit perut kerana dianggap berpunca daripada bakteria, terkejut selepas mendapati terdapat janin berusia 40 tahun di dalam perutnya itu. Kes dikenali sebagai lithopedion atau bayi batu terjadi apabila anak di dalam kandungan terbentuk di luar rahim. Menurut Dr Kemer Ramirez dari Hospital Tunjueliti Bogota, semasa diperiksa, beliau menyedari terdapat sesuatu yang tidak normal pada abdomennya.

"Ia berlaku kerana janin tidak berkembang di dalam uterus, sebaliknya berpindah ke tempat lain, dalam kes ini bahagian perut pesakit mungkin tidak sesuai untuk perkembangan janin, dan badan bertindak menghasilkan mekanisme pertahanan yang menyebabkan ia kekal di dalam tubuh badan," katanya pada laporan Mail Online. Wanita itu akan menjalani pembedahan bagi membuang janin tersebut yang kebanyakannya terdiri daripada tisu mati. -DM




.

Ayuh sepakat menyokong kempen boikot Israel


Ayuh sepakat menyokong kempen boikot Israel | Kira-kira dua pertiga daripada 1,252 ahli akademik Persatuan Pengajian Amerika Syarikat (Asa), kelmarin sebulat suara menyokong resolusi memboikot Israel. "Semasa perbincangan terbuka baru-baru ini, beberapa ahli meminta kami menggubal draf resolusi yang bertujuan untuk 'menghukum' Israel kerana melakukan penindasan berterusan ke atas penduduk Palestin," jelas jurucakap Asa. Kempen itu juga bertujuan untuk memutuskan hubungan dan kerjasama dengan semua institusi pengajian di Israel yang telah dijalinkan sejak sedekad lalu.

Difahamkan, dipetik dari AFP, persatuan terbesar yang melakukan penyelidikan ke atas sejarah dan adat kebudayaan AS itu turut melancarkan kempen secara dalam talian bagi meraih sokongan masyarakat. Mei lalu, ahli kosmologi Britain, Stephen Hawking menarik diri daripada sebuah persidangan berprestij di Israel sebagai protes terhadap pendudukan rejim Zionis di Tebing Barat. -AFP



.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!