Friday, February 14, 2014

Bapa pukul anak lelaki sampai mati dengan kayu kriket


Bapa pukul anak lelaki sampai mati dengan kayu kriket | Seorang bapa dilaporkan bertindak memukul anak lelakinya berumur 11 tahun sehingga mati dengan kayu kriket di sebuah kawasan luar bandar di Australia, semalam. Kanak-kanak lelaki tersebut, Luke Batt dilaporkan dipukul bapanya, Greg, 54, dengan kayu kriket sejurus selepas kanak-kanak itu selesai menjalani latihan sukan tersebut di Tyabb oval, Mornington Peninsula, 100 kilometer dari tenggara Melbourne, petang semalam. Luke cedera teruk dan maut di tempat kejadian. Laporan turut menyatakan Luke telah ditikam, namun perkara itu tidak dapat disahkan. Komander polis, Doug Fryer berkata, mereka tiba di tempat kejadian dan menemui Greg memegang sebilah pisau. "Apabila alat penyembur lada gagal menghentikan tindakannya, polis melepaskan tembakan ke arahnya (Greg) dan mengenai dadanya.

"Kecederaan yang dialaminya (Greg) menyebabkan dia terbunuh, namun saya tidak boleh memberi sebarang maklumat lanjut," katanya. Lelaki itu kemudian dibawa ke hospital dengan helikopter tetapi meninggal dunia awal hari ini. Fryer berkata, pihaknya masih menyiasat kejadian tersebut. Ibu kanak-kanak tersebut, Rosie Batty terkejut dengan insiden itu dan dia kini trauma selepas mengetahui kejadian itu yang berlaku tidak beberapa meter dari tempat dia berada. Wanita itu berkata, suami­nya itu mempunyai masalah men­tal dan pernah dikenakan tindakan kerana berkelakuan ganas. - AFP





.

1 Penyokong CHELSEA:

hajar on February 14, 2014 at 3:00 PM said...

kenapalah tergamak jadi kejam sgt??

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!