Cubaan membunuh kekasih kerana hutang | Gara-gara enggan membayar hutang teman wanitanya, seorang lelaki di China sanggup mengheret teman wanitanya dan memaksa mangsa masuk ke dalam saluran pembetungan sedalam 3 meter. Menurut media tempatan, mangsa dipercayai terperangkap selama 60 jam sebelum diselamatkan pejalan kaki yang mendengar tangisan dan jeritannya meminta tolong. "Saya cuba untuk memanjat keluar menggunakan pakaian sendiri yang diikat menjadi tali, namun gagal," kata wanita dari bandar Haiku itu.
Mangsa yang hanya dikenali sebagai Guo mendakwa teman lelakinya bertindak demikian kerana enggan membayar hutang berjumlah 100,000 Yuan (RM55,000). Menurut DailyMail, susulan daripada kejadian menggemparkan tersebut, teman lelaki mangsa telah ditahan atas cubaan membunuh Guo. Ketika disoal siasat, suspek akhirnya mengaku bahawa dia melakukan tindakan itu kerana tidak dapat membayar hutang mangsa. -AP
.
2 Penyokong CHELSEA:
mcm2 la..nsib baik x mati..ishh
mcm2 la..nsib baik x mati..ishh
Post a Comment