Saturday, June 28, 2014

China gempar dengan berita ini



China gempar dengan berita ini | China digemparkan dengan seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang dipercayai peminum arak termuda di dunia, menurut laman web, Mail Online. Kanak-kanak berkenaan, Cheng Cheng dilaporkan pertama kali mengambil arak seawal umur 10 bulan dan pada usianya satu tahun, dia mampu menghabiskan sebotol bir tanpa mengalami sebarang kesan sampingan. Ibu bapa Cheng Cheng yang berasal dari wilayah Anhui, turut dilaporkan sukar untuk memberinya susu serta minuman ringan kerana Cheng Cheng lebih menggemari minuman keras. Hal itu menyebabkan para doktor mendesak ibu bapanya untuk mengambil tindakan segera bagi mengubah tabiatnya untuk mengelak organ dalaman kanak-kanak berkenaan daripada rosak yang mampu membahayakan nyawa. Segalanya bermula ketika dia masih bayi dan bapanya memberinya minum setitis wain supaya dia berhenti menangis.


Ibu saudaranya, Cai Teng berkata, setiap kali keluarganya mengeluarkan botol arak, dia mendesak untuk meminum sebahagian daripadanya. Ibunya yang bimbang tentang tindakan undang-undang yang bakal dihadapi olehnya dan suami, telah berusaha mengubah tabiat kanak-kanak itu. Namun dia berkata, Cheng Cheng sering mencari botol minuman keras dan mereka terpaksa menyembunyikannya di tempat yang tidak diketahui kanak-kanak itu. Tambah Teng, Cheng Cheng akan menangis ketika melihat ahli keluarganya minum arak pada musim perayaan. "Kadang-kadang dia akan menangis dengan kuat, jadi kami tidak mempunyai pilihan selain memberinya sedikit minuman itu," katanya. -AP



.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!