Saturday, June 28, 2014

PAPA NAK MENANTU - HASRUDI JAWAWI




PAPA NAK MENANTU - HASRUDI JAWAWI | Hehe, siaplah bila Pak Saad sudah naik hantu.. Dek kerana anak tunggalnya Syahirah belum ada tanda-tanda nak beri dia menantu, Pak Saad bagi kata dua pada Irah, agar segera mencari calon menantunya sebelum atau selewat-lewatnya pada hari lahirnya yang ke 50 tahun. Jika tidak Pak Saad akan mengahwinkan Irah dengan Pak Mat jual tempe. Mana mungkin dia mahu dikahwinkan dengan lelaki tua itu.. Ya, Syahirah memang agak terkejut dengan permintaan papanya. Masalah besarnya, Irah ni dahlah berpakaian tak serupa perempuan, kasar, malah pemalas yang amat.

Namun demi tidak mengecewakan papanya, Syahirah berusaha jugalah mencari menantu buat papanya. Dengan bantuan rakan baiknya, Shakir dan Nabila, dia mengubah diri dan mulai keluar janji temu.. Hehe pada mulanya calon calon yang dia temui, memang langsung tak memikat hati, tapi akhirnya pertemuannya dengan Azrin Aidil membuahkan rasa lain macam lak kan. Bila dia ingin memilih Azrin, muncul pula kekasih lamanya, yang mula berusaha meraih kembali hati Syahirah. argh.. pening memikirkan siapa yang bakal terpilih, muncul pula masalah lain. Ada yang tak kena dengan Azrin, dan nampaknya permintaan Pak Saad nak menantu, mungkin belum akan tercapai..



Tajuk : Papa Nak Menantu
Penulis : Hasrudi Jawawi
Halaman : 576 muka surat
Harga : RM22.90/RM25.90





.

2 Penyokong CHELSEA:

y i e n on June 23, 2014 at 12:24 PM said...

mcm best je novel ni :)

Kak Long on June 25, 2014 at 3:48 PM said...

dah berkurun x baca novel.. hihi

jom blogwalking
http://dakkcique.blogspot.com

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!