Sunday, October 19, 2014

SIAPA AKU DISISIMU - ALINA HAIZAR




SIAPA AKU DISISIMU - ALINA HAIZAR | Izwan yang sedang melakukan urusan kerja di Kelly's Inn memang benar-benar jatuh hati pada anak empunya Kelly's Inn itu, Siti Hajar. Siti Hajar yang punya kecantikan memikat hati dan rajin juga membuatkan rakan baik Izwan sendiri, Azrul miliki rasa yang sama. Keperibadian Siti Hajar menjadikan Izwan nekad memiliki hati gadis itu. Bahagia rasanya hati bila dapat tahu Siti Hajar juga miliki perasaan yang sama. Namun hasrat Izwan untuk menjadikan Siti Hajar sebagai isteri ditentang hebat keluarganya.

Ketika mama dan papa Izwan keluar negara, dia mengambil peluang untuk merealisasikan impiannya untuk memperisterikan Siti Hajar. Bahagianya menempuh hari sebagai suami isteri, tibalah masa mama dan papa Izwan pulang ke tanahair, dan Izwan membawa Siti Hajar bersama untuk diperkenalkan sebagai isterinya. Namun impian itu tidak menjadi kenyataan apabila Izwan dan Siti Hajar yang ketika itu sedang hamil terlibat dengan kemalangan tragis. Menjadikan Siti Hajar hodoh dan tempang sementara Izwan hilang ingatan.

Mama Izwan, Datin Zaiton menggunakan alasan penyakit Izwan untuk memisahkan pasangan suami isteri ini. Pada Siti Hajar, dia minta untuk pulang ke kampung, dan pasti apabila Izwan pulih, Izwan sendiri akan menemui Siti Hajar disana. Rupa-rupanya Datin Zaiton punya rancangan lain. Izwan ditunangkan dengan gadis pilihan Datin Zaiton. Namun kehadiran surat permohonan cerai dari Siti Hajar benar-benar mengejutkan Izwan yang sememangnya langsung tidak mengingati kehadiran wanita itu, apatah lagi mengenai hubungan mereka sebagai suami isteri.

Bagi Siti Hajar, penantian selama bertahun itu menyedarkannya bahawa, dia memang sudah benar-benar kehilangan suami tercinta. Biarlah dia dilepaskan. Datin Zaiton yang tiba-tiba tersedar kesilapannya, berusaha untuk kembali menyatukan pasangan suami isteri ini. Pada Izwan, Siti Hajar begitu asing padanya. Entah kenapa, semakin lama, dia terasa jatuh hati pula walaupun ingatannya masih belum pulih..


Tajuk : Siapa Aku Disisimu
Penulis : Alina Haizar
Halaman : 809 muka surat
Harga : RM30/RM33





.


2 Penyokong CHELSEA:

Mommy Nia on October 16, 2014 at 2:32 AM said...

dah lama tak baca novel, mcm best la pulak

Unknown on October 18, 2014 at 2:00 AM said...

hi , mcm menarik saja...bole lah beli n baca nanti....sy suke baca novel..serius suke...

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!