Thursday, November 27, 2014

Pemain Kriket Australia Maut Terkena Balingan Bola



Pemain Kriket Australia Maut Terkena Balingan Bola | Seorang pemain kriket Australia, Philip Hughes tidak sempat menyambut hari ulang tahun kelahirannya yang bakal tiba tiga hari lagi apabila meninggal dunia di Hospital St Vincent di sini. Hughes disahkan meninggal dunia pada Khamis selepas koma sejak petang Selasa akibat terkena bola yang dilontarkan skuad lawan dalam satu perlawanan kriket.Dalam kejadian itu, bola yang dilontarkan Sean Abott terkena belakang kepala Hughes dan menyebabkan mangsa tidak sedarkan diri di atas padang.


Hughes kemudian dikejarkan ke Hospital St Vincent dan berada dalam keadaan koma sebelum diumumkan telah meninggal dunia oleh badan Kriket Australia selepas. Doktor pasukannya, Peter Brukner memberitahu pemberita, Hughes menghembuskan nafas terakhir dalam keadaan sempurna tanpa bertarung dengan kesakitan. Ketua Pasukan Kriket Australia Michael Clarke yang mewakili keluarga mangsa telah menyampaikan ucapan dengan penuh hiba.


Dalam keadaan berani melihat kenyataan itu, Clarke berkata,"Kami pilu kerana kehilangan orang yang dicintai iaitu Philip. "Sejak beberapa hari lalu kami mengharungi hari yang mencabar hati. Kami juga berterima kasih kepada keluarga, rakan, pemain, badan Kriket Australia dan orang ramai. "Kriket merupakan hidup Philip dan sebagai keluarga kami sentiasa kongsikan sayangnya terhadap kriket bersama-sama." -AP





.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!