Ngeri! Pekerja binaan maut ditimpa runtuhan dinding konkrit | Seorang pekerja binaan warga Bangladesh maut selepas ditimpa runtuhan dinding konkrit ruang pameran yang sedang dalam pembinaan di Jalan Sultan Ahmad Shah, di sini malam tadi. Dalam kejadian 9.20 malam itu, mangsa yang dikenali sebagai Shamsul, 30, mati di tempat kejadian apabila dinding setinggi lima meter dengan lebar 5.6 meter itu menghempapnya.
Penolong Penguasa Balai Bomba dan Penyelamat Lebuh Pantai, Md Suhaimi Md Abdullah, berkata mangsa terperangkap di bawah runtuhan dan mayatnya hanya dapat dikeluarkan pasukan menyelamat pada 10.10 malam. "Mangsa sedang membuat kerja ketika kejadian sebelum dinding itu runtuh. Pasukan menyelamat mengambil masa untuk mengeluarkan mangsa kerana runtuhan dinding itu padat. Punca kejadian masih dalam siasatan," katanya kepada pemberita di tempat kejadian. Mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat. - Bernama
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment