Wednesday, December 3, 2014

Wanita maut ditikam di pusat beli-belah oleh suspek berpakaian purdah



Wanita maut ditikam di pusat beli-belah oleh suspek berpakaian purdah | Polis Abu Dhabi sedang menyiasat kematian seorang wanita dari Amerika Syarikat (AS) yang ditikam di tandas sebuah pusat beli-belah oleh suspek berpakaian purdah, lapor media rasmi hari ini. Motif bagi serangan di Boutik Mall Isnin lalu bagaimanapun masih tidak jelas. Saksi berkata, wanita berusia 37 tahun yang bekerja di sebuah sekolah tadika di Abu Dhabi, ditikam oleh penyerang yang berpakaian jubah hitam, bersarung tangan dan berpurdah.

"Mangsa ditikam dengan objek tajam selepas berlaku pertengkaran di tandas perempuan," kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Abu Dhabi, Kolonel Rashid Bourscheid dipetik akhbar The National. "Polis masih cuba mencari punca serangan itu dan identiti suspek yang melarikan diri," katanya. Wanita Amerika itu meninggal dunia selepas dibawa ke hospital. Polis tidak menamakan mangsa terbabit tetapi menyatakan dia sudah bercerai dan mempunyai dua anak kembar berusia 11 tahun. - AFP




.

1 Penyokong CHELSEA:

Cikgu Aini on December 4, 2014 at 8:34 AM said...

Ngeri... be careful even this is not in Malaysia but still have to be careful. May Allah safe us. Amin

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!