Monday, January 6, 2014

Gambar pesawat mendarat cemas di lebuh raya


Gambar pesawat mendarat cemas di lebuh raya | Sebuah pesawat ringan membawa tiga orang mendarat cemas di sebuah lebuh raya di Amerika Syarikat (AS) kelmarin ketika beberapa bahagian di negara berkenaan dilanda cuaca sejuk ekstrem. Jabatan Bomba Bandar Raya New York (FDNY) menyatakan, kapal terbang satu enjin itu mendarat sekitar pukul 3.20 petang (waktu AS) di lebuh raya Major Deegan Expressway di sini. “Pesawat itu terpaksa membuat pendaratan cemas kerana mengalami masalah enjin,” kata jurucakap FDNY, Khalid Baylor.

“Kapal terbang itu mendarat di sebuah lebuh raya dan tidak melanggar sebarang kenderaan atau menyebabkan kecederaan kepada orang ramai,” tambahnya. Anggota-anggota bomba yang tiba di lokasi kejadian kemudian membuang bahan api pesawat sebelum memindahkannya untuk mengelak risiko kebakaran. Dua lelaki dan seorang wanita yang cedera dalam insiden itu dibawa ke sebuah hospital untuk menerima rawatan. – AFP




.

Panas : Blogger hiburan dikatakan tiada etika?



Panas : Blogger hiburan dikatakan tiada etika? | KEWUJUDAN blog khususnya yang berkait rapat dengan dunia hiburan semakin banyak. Tetapi agak menyedihkan apabila sesetengah blogger hiburan tidak beretika. Mereka bukan sahaja tidak ada asas kewartawanan malah pakai hentam keromo sahaja. Banyak artis menjadi mangsa laporan yang tidak beretika blog hiburan. Sedangkan akhbar atau majalah mempunyai etika tertentu terutama kesahihan laporan yang ditulis. Sekarang ini semacam sudah menjadi kebiasaan blogger juga turut membuat liputan acara hiburan yang melibatkan artis popular. Itu tidak ada masalah. Tetapi yang menjadi isunya laporan mereka bukan sahaja menyimpang dari fakta malah ditulis sesuka hati. Lebih teruk lagi ada blogger hiburan yang menciplak laporan dari akhbar dan majalah kemudian ditampal dalam blog mereka. Sudahlah mencedok berita orang yang disiarkan di media massa mahupun portal tanpa segan silu, langsung tiada diberikan kredit terhadap berita yang ditulis. Seolah-olah mereka yang melaporkan berita itu.

Pada masa yang sama masyarakat khususnya peminat hiburan menganggap laporan blog lebih telus berbanding akhbar atau majalah. Blogger yang tidak beretika boleh menyiarkan laporan yang tidak sahih tetapi akhbar dan majalah ada etikanya. Laporan yang tidak sahih tidak boleh disiarkan kerana ini tidak adil kepada individu yang diperkatakan dalam laporan itu. Ketika ini semua orang boleh menjadi blogger hiburan. Tidak ada pihak yang menyaring laporan mereka kerana di blog tidak ada pasukan editorial yang berwibawa. Kerana mudahnya menjadi blogger, sesetengah individu merasa sudah mempunyai kuasa untuk menjatuhkan atau menaikkan seseorang artis. Etika merupakan asas untuk mendisiplin diri setiap penulis blog.

Kalau tidak ada etika, blogger terutamanya hiburan akan menulis apa sahaja yang disukai tanpa menghiraukan fakta atau palsu. Blogger hiburan seharusnya memainkan peranan membentuk pemikiran masyarakat melalui hasil penulisan yang tepat dan berkualiti. Oleh itu etika diperlukan sebagai peraturan dalam diri penulis blog itu sendiri supaya menulis berasaskan kepada fakta dan bukannya sekadar sesuka hati ataupun menciplak hasil kerja orang lain tanpa kebenaran. Sebenarnya penulis blog ini mempunyai kuasa untuk menyampaikan pelbagai maklumat kepada masyarakat seterusnya mempengaruhi pemikiran melalui maklumat yang disampaikan itu. Kuasa yang diperoleh itu juga merupakan keperluan untuk seseorang penulis blog menjadi seorang yang bertanggungjawab seterusnya menyumbangkan pengetahuan kepada masyarakat.

Tetapi dengan sikap sebahagian besar blogger hiburan termasuk yang mendakwa blogger hiburan popular yang tidak beretika dan tidak bertanggungjawab, golongan artis yang menjadi mangsa. Banyak laporan yang dibuat oleh blogger hiburan ini diketahui juga oleh wartawan media cetak dan elektronik. Tetapi mereka tidak melaporkan kerana ada yang tidak sahih. Bagaimanapun blogger hiburan tidak memikirkan status berita yang mereka terima. Artis perlu berhati-hati dalam berkongsi cerita dengan blogger hiburan agar tidak ditokok tambah sesuka hati cerita yang diberikan kepada mereka. Pada masa yang sama peminat hiburan pula jangan terlalu percaya laporan blogger hiburan. Memanglah ada blogger hiburan yang merasakan mereka lebih berkuasa daripada wartawan. Biarlah mereka perasan kerana yang penting jangan terlalu mempercayai blog hiburan. -Utusan





.

Gambar Kwang Soo menangis di Malaysia kerana peminat


Gambar Kwang Soo menangis di Malaysia kerana peminat | Di Korea Selatan sendiri, nama model, pelakon dan penyanyi ini tidaklah disanjung mana. Ramai lagi pelakon atau selebriti lelaki lain menjadi kegilaan di sana berbanding dirinya. Namun bagi sesiapa yang mengikuti rancangan berbentuk ‘variety’ dan ‘gameshow’ Running Man, pasti tidak boleh melupakan bagaimana hidupnya karakter selebriti tinggi lampai ini. Lee Kwang Soo, 28, bukan lagi nama baru di gelanggang hiburan negara itu, namun gara-gara rancangan itu, kelibatnya terus mendadak jadi perhatian dunia khasnya di sekitar Asia. Malah saat ini pun, kehadirannya sentiasa dinantikan peminat tegar program itu yang pastinya juga sudah fanatik kepadanya jauh berbanding sebelum ini hanya bergelar pelakon. Tidak terkecuali, buat kali pertama berkunjung ke sini kelmarin demi peminat Malaysia juga, seperti dijangkakan kehadirannya menerima sambutan luar biasa meskipun datang bersendirian.

 Melihat bagaimana kasih sayang dan sokongan yang ditunjukkan peminat, pelakon siri City Hunter itu jelas turut gagal menahan air mata gara-gara cukup terharu. Terutama sekali pada persembahan klip video singkat yang ditujukan khas buatnya oleh kelab peminat di sini. Umpama sudah bertahun lama dekat di hati dan dikenali, rangkaian kisah hidupnya dipersembahkan penuh indah. Bermula dari zaman kecil sehingga dia mula menapak dalam industri sebagai model, kompilasi lakonan dalam beberapa drama serta rakaman aksi dalam Running Man, diper-sembahkan padanya. Lagaknya yang mulanya tenang, bersahaja dan masih kelihatan kelakar tiba-tiba berganti sebak. Begitulah yang terjadi pada sesi pertemuan sulung Kwang Soo dengan peminat di sini itu di mana cukup singkat, namun memberi makna tersendiri tentunya buat dia dan semua hadirin.

Dibawakan khas oleh penganjur Faith & D Entertainment, King Kong Entertainment dan JS Concert Productions, jejaka itu sekali gus membuka tirai kunjungan artis Korea ke Malaysia untuk tahun ini. Dalam Running Man, dia terkenal dengan sifat baik pada awalnya, namun episod berganti episod, sisi jahatnya mula menonjol di mana pada saat akhir dia dikenali sebagai pengkhianat. Bertubuh tinggi lampai dan kurus, rakan dalam program itu memanggilnya zirafah. Namun menyaksikan sedikit sebanyak peribadi Kwang Soo pada acara bermula jam 6.30 petang di pusat beli-belah Kenanga Wholesale Centre (KWC) itu, dia agak pemalu dan sopan. Dia tidak banyak bercakap, namun apabila diberi arahan untuk membuat pelbagai aksi, yakin dan bersungguh-sungguh dia melaksanakannya. Riak wajahnya amat mencuit hati. Dia melakukan tiga pusingan permainan dengan peminat di mana empat peminat bertuah dipanggil ke pentas untuk meniru aksinya berdasarkan satu perkataan diberi.

Kwang Soo turut menyanyi tiga lagu pelbagai genre di mana pada lagu ketiga, dia memberanikan diri turun bersalaman dengan peminat di bawah pentas. Dia tidak henti-henti mengucap-kan terima kasihnya dan masih tidak percaya peminat di Malaysia memberikan sambutan hangat kepadanya. “Ini semua di luar jangkaan saya dan sungguh terharu dengan kasih sayang anda semua. Saya memang tidak sabar untuk balik Korea dan beritahu rakan Running Man yang lain, Malaysia sangat luar biasa. “Janji saya, tahun ini akan berusaha lebih keras dan terus memperbaiki lakonan saya serta mencuba pelbagai watak mencabar lain. Semuanya khas untuk anda semua. Terima kasih, kamu umpama keluarga baru saya sekarang,” katanya. -HM




.

Luahan Hati : Suami yang dinikahi selama 4 tahun sebenarnya gay


Luahan Hati : Suami yang dinikahi selama 4 tahun sebenarnya gay | Hasrat seorang wanita mahu memilik sebuah keluarga bahagia berkecai apabila mendapati suaminya lebih berminat dengan kaum sejenis. Biarpun usia perkahwinan sudah menjangkaui empat tahun, namun sikap suaminya yang enggan berubah menyebabkan rumahtangga Marina (bukan nama sebenar), 30, berakhir di tengah jalan. Lebih mengejutkan, wanita terbabit mengakui dia masih dara walaupun selama ini tinggal sebumbung dan tidur bersama suaminya. Menurut Marina yang kini tinggal bersama keluarga di salah sebuah daerah di negeri ini, dia mula mengenali dan rapat dengan bekas suaminya yang dua tahun lebih tua daripadanya ketika bekerja di sebuah syarikat swasta di negeri ini. Bagaimanapun, katanya, pada awalnya, dia menyedari lelaki berkenaan mempunyai sifat meragukan menerusi gerak-gerinya serta pergaulan sepanjang berkawan dengannya.

Malah, saudaranya juga ada memberitahu mengenai perangai lelaki berkenaan semasa sekolah dahulu yang sukakan rakan sejenis. “Pada mulanya niat saya baik, mahu mengubah dirinya supaya menjadi seorang lelaki sejati biarpun tahu dia bersifat begitu. "Kami mengikat pertunangan pada 2006 dan pernah hampir putus asa dan mahu putus tunang tapi tidak jadi. Sehinggalah kami berkahwin pada Mei 2007,” katanya. Menceritakan sepanjang detik perkahwi-nannya, Marina berkata, dari kaca mata luar memang nampak rumahtangganya bahagia apatah lagi sikap bekas suami yang lembut tutur katanya dan pandai mengambil hati ahli keluarga lain. Tetapi perasaan saya Tuhan sahaja yang tahu, lebih-lebih lagi apabila kehendak serta tuntutan naluri seorang isteri tidak dapat dipenuhi.

“Dia romantik pun bila kami sambut hari jadi atau ulangtahun perkahwinan apabila suami belikan kek dan kami rai bersama. Kami hanya tidur umpama adik beradik, seolah-olah tiada apa yang berlaku. Cuma dia hanya akan mencium pipi saya setiap kali mahu keluar pergi kerja,” katanya. Marina berkata, dia mula tertekan apabila dimarahi dan mula diugut akan diceraikan menyatakan keinginan untuk mendapatkan anak. “Tambah menyakitkan hati saya apabila dia lebih rapat pada kawan lelaki sehingga saya tengok hubungan mereka luar biasa,” katanya. Akibat tidak tahan dengan keadaan itu, katanya, dia terpaksa memohon agar suami melepaskan dirinya sehingga akhirnya mahkamah memutuskan penceraian itu pada Oktober 2011. Menurutnya, dia sungguh menyesal dengan perkahwinannya itu tetapi apa yang mampu dilakukan kerana semua yang berlaku adalah suratan takdir. -SH





.

YES, BOSS! - AREILA SAHIMI




YES, BOSS! - AREILA SAHIMI | Aryana berjaya mendapatkan kerja sebagai pembantu peribadi aka setiausaha kepada seorang lelaki yang kacak namun selalu menjengkelkan dan berlagak bagus. Bagi membuktikan kesetiaan dan kecekapannya, setiap tugas yang diberikan oleh bos, Ilham Irfan disambut dengan 'Yes, Boss! Dia akan pastikan semua tugas dibuat sebaiknya termasuk menguruskan kekasih-kekasih bosnya. Memang ramai sehinggakan Ilham Irfan sendiri pun tak boleh ingat hehe.

Aryana tersepit antara bosnya dan ibu kepada bosnya, Datin Rokiah Kamsan kerana arahan Datin jelas meminta Aryana menapis wanita-wanita yang mendampingi anaknya. Dan pada Aryana, dia diminta carikan calon menantu yang baik-baik terutamanya berpakaian sopan. Namun pada suatu hari, tiba-tiba bos Aryana, Ilham jatuh hati pandang pertama pada seorang wanita, dan Aryana diarahkan untuk mengajarnya memikat hati si wanita. Mendapat tahu niat serong wanita itu mendekati bosnya, Aryana melakukan sesuatu untuk menyelamatkan Ilham Irfan.

Ilham Irfan mengamuk menyedari Aryana cuba memburuk-burukkan 'bakal isterinya'. Aryana dipecat. Dan rasanya sudah terlambat ketika dia menyedari Aryana berkata benar, dan tiba-tiba dia yakin Aryana berada ditempat yang paling istimewa dalam hatinya. Namun, ada lelaki lain yang sedang memikat Aryana ketika itu.. hehe


Tajuk : Yes, Boss!
Penulis : Areila Sahimi
Halaman : 457 muka surat
Harga : RM19/RM22





* Dengar cerita novel ini akan diadaptasi ke drama..




P/S - Fully Recommended By Lulu Caldina

The Nation melaporkan kenapa jumlah ibu muda di Thailand meningkat



The Nation melaporkan kenapa jumlah ibu muda di Thailand meningkat | Bilangan ibu muda di Thailand dilaporkan semakin meningkat dan negara itu kini menduduki tempat kedua tertinggi di Asia, lapor The Nation semalam. Dengan kadar 54 kehamilan daripada setiap 100,000 gadis remaja di bawah usia 18 tahun, angka terbabit meletakkan Thailand di belakang Laos kerana memiliki ramai ibu hamil daripada kalangan belasan tahun, kata seorang pegawai semalam.


Kehamilan bawah 15 tahun 

Angka itu berdasarkan laporan Pejabat Statistik Kebangsaan 2013 juga adalah melebihi daripada standard yang ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Dunia bagi ibu hamil iaitu 15 bagi setiap 100,000 remaja.-TheNation



.

Inilah sebab permohonan pertukaran Guru dibeku


Inilah sebab permohonan pertukaran Guru dibeku | Tiga negeri di Semenanjung dikenal pasti mempunyai lebih guru yang menyebabkan permohonan pertukaran ramai pendidik dari luar ke negeri terbabit terpaksa dibekukan. Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata Kelantan mencatat jumlah lebihan guru paling ramai, iaitu 30,000, diikuti Terengganu dan Kedah, masing-masing mempunyai lebihan 10,000 guru. Katanya, ramai guru berasal dari tiga negeri terbabit bertugas di luar terutama di Sabah dan Sarawak, memohon bertukar ke negeri kelahiran mereka, tetapi terpaksa ditangguhkan atas alasan itu. “Antara masalah lain ialah mereka yang memohon tidak memenuhi kekosongan opsyen (aliran) yang diperlukan. Ramai pemohon daripada aliran Bahasa Melayu, sedangkan keperluan ialah guru Bahasa Inggeris atau pemohonnya guru Sejarah tetapi keperluan adalah untuk mengajar Sains,” katanya.



Mesyuarat khas 

Sehubungan itu, Idris berkata, mesyuarat peringkat kementerian akan diadakan pertengahan bulan ini bagi membantu guru yang mempunyai alasan kukuh untuk bertukar seperti ibu atau ayah sakit, hendak bersama isteri atau suami yang sudah lama tinggal berjauhan selain masalah keselamatan atau sakit. “Kementerian bersimpati dengan masalah yang disuarakan guru terbabit, terutama masalah keluarga seperti suami isteri yang berjauhan dan kesihatan ibu bapa,” katanya selepas menyampaikan bantuan pendidikan antara RM500 hingga RM1,000 kepada pelajar miskin di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut di sini, semalam. Sementara itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Besut berkata, Kementerian Pendidikan akan menyiasat dan menyemak harga makanan dan minuman di kantin sekolah seluruh negara bagi memastikan tiada kenaikan melampau yang boleh membebankan ibu bapa serta pelajar.

“Setakat ini, kementerian tidak menerima sebarang aduan daripada pentadbir sekolah atau ibu bapa mengenainya. Pengusaha kantin sekolah tidak sepatutnya menaikkan harga makanan dan minuman atas alasan kenaikan harga barangan seperti gula sehingga membebankan pelajar,” katanya. Dalam perkembangan lain, beliau meminta semua ADUN dan Ahli Parlimen melaporkan kepada kementerian jika ada pelajar yang bermasalah dan tidak dapat bersekolah kerana dibelenggu kemiskinan. -BH




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!