Friday, January 17, 2014

Beginilah rupa orang tak mandi selama 60 tahun



Beginilah rupa orang tak mandi selama 60 tahun | Seorang lelaki warga Iran dipercayai tidak pernah mandi sejak 60 tahun lalu kerana percaya ‘kebersihan itu sebagai punca penyakit’. Haji, 80, dari Dejgah, berang jika beliau terkena air. Keadaan itu menyebabkan kulitnya menyamai warna tanah dan berkerak. Penduduk berkata, Haji lebih suka memakan daging landak busuk dan meminum 5 liter air sehari dari air takungan bekas karat.


“Dia mengisi rokok dengan najis haiwan,” katanya. Menurutnya lagi, Haji tinggal di ‘rumah’ dalam lubang tanah seperti kubur. "Haji mengalami tekanan emosi hingga membuatkan dia memilih cara kehidupan seperti itu,” katanya yang dipetik TNews




.

Scha Al-Yahya sahkan kehamilan


Scha Al-Yahya sahkan kehamilan | Desas-desus mengenai pelakon Scha Al-Yahya atau nama sebenarnya Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Alyahya, 31, kini sedang mengandung akhirnya terjawab. Dalam laman instagram milik suaminya, Awal Ashaari, 33, sekeping gambar imbasan mengenai kandungan Scha telah dimuat naik hari ini. Menurut Awal, kandungan Scha sudah memasuki trimester kedua dan meluahkan perasaan gembiranya tentang perkara itu. “Syukur alhamdulilalah. Kami gembira untuk mengumumkan bahawa kami dijangka mendapat bayi pertama kami, Insya-Allah. “Scha sudah memasuki trimester kedua kandungannya dan kami bersyukur dengan rezeki ini," katanya. Pasangan pelakon selebriti popular ini diijabkabulkan pada 4 Mei 2012 di Hotel Pullman, Putrajaya Lakeside. - Utusan




.

Gambar teratai paling kecil di dunia



 Gambar teratai paling kecil di dunia | Salah satu spesies teratai air terkecil di dunia yang semakin pupus dilaporkan dicuri dari Royal Botani Garden di Kew, United Kingdom. Menurut jurucakap polis Nymphaea Thermarun, bunga itu didakwa dicuri dari sebuah rumah kaca Princess of Wales Conservatory, barat daya ibu negara.


"Pegawai kami dimaklumkan, tumbuhan itu mungkin digali atau dikail dari atas kolam dari jarak jauh," katanya kepada AFP. Menurutnya, nilai bungan terbabit dianggarkan mencecah ribuan pound memandangkan spesies bunga itu sukar diperoleh dan ianya tersenarai sebagai bunga perlindungan. -AP




.

Tenis Terbuka Australia terganggu dek suhu yang terlampau panas



Tenis Terbuka Australia terganggu dek suhu yang terlampau panas | Suhu yang terlampau panas menyebabkan perlawanan kejohanan Tenis Terbuka Australia terganggu. Laporan menyebut negara itu bakal berdepan dengan gelombang suhu yang lebih panas daripada sedia ada. Di Melbourne, kadar suhu melangkaui 40 C iaitu 41.7 C, semalam. Majlis Iklim Australia berkata, jumlah hari panas dalam negara itu adalah lebih daripada dua kali ganda. Dilaporkan punca utama perubahan iklim adalah gas rumah hijau. Tahun 2013 telah diisytiharkan tahun paling panas dalam rekod Australia.

Penganjur kejohanan tenis itu berkata, perlawanan di luar itu terpaksa di tangguhkan di akhir set perlawanan. Perlawanan di Arena Rod Laver dan Arena Hisense yang bermula 13 Januari itu bakal disambung di kawasan tertutup berbumbung, kata penganjur dalam satu kenyataan. Perlawanan dijadualkan berakhir esok. Selasa lalu, pemain tenis dan budak kutip bola pengsan ketika perlawanan. Penganjur dikritik ekoran membenarkan perlawanan diteruskan. -AP



.

Cara pengarah muda Syamsul Yusof buat persediaan mendirikan rumah tangga


Cara pengarah muda Syamsul Yusof buat persediaan mendirikan rumah tangga | KHABARNYA, pengarah muda Syamsul Yusof memang sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga. Mana tidaknya, dalam usia 30 tahun, pengarah KL Gangster yang juga merupakan pemenang anugerah pengarah filem terbaik di Festival Filem Malaysia ke-23 ini sudah pun mempunyai pelbagai aset, termasuklah baru saja membeli sebuah rumah bernilai lebih RM1 juta di satu lokasi mewah di Kuala Lumpur. Memetik laporan media tempatan hari ini, perkara itu dimaklumkan sendiri oleh bapanya, iaitu Datuk Yusof Haslam. Yusof Haslam yang pada awalnya enggan mengulas mengenai perkara itu kerana menganggap ia urusan keluarga namun mengalah selepas difahamkan media sukar untuk mendapatkan komen Syamsul.

Yusof kemudian tidak menafikan, beberapa persediaan sudah dilakukan oleh anaknya itu sebelum melalui fasa baru kehidupan bergelar suami. "Tentang rumah itu, lebih baik tanya kepada dia sendirilah. Bagaimanapun, pada saya tidak salah kalau dia mahu ada aset sendiri, rumah dan kereta sendiri untuk masa depannya. Sebelum berkeluarga sendiri, dia sudah ada itu semua, jadi itu akan memberi manafaat kepada dirinya dan bakal isteri, serta anak-anak mereka kelak," kata Yusof. Ujarnya lagi, Syamsul selama ini telah bekerja keras dan tidak salah jika ingin menghargai diri sendiri dengan memiliki rumah kediaman mengikut keupayaannya. -SH




.

Gambar bas ekspres terbalik dekat Taiping


Gambar bas ekspres terbalik dekat Taiping | Pemandu bas ekspres dan seorang penumpang, parah manakala lapan yang lain cedera ringan selepas bas ekspres yang dinaiki, terbabas di Lebuh raya Utara Selatan, laluan ke utara di Taiping. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Taiping, Hasna Rashid berkata, bas ekspres yang membawa 23 penumpang itu dalam perjalanan dari Lumut ke Alor Setar, dan terbabas ke kiri jalan di Kilometer 217.5 pada pukul 1.50 tengah hari. "Kesemua mangsa kemalangan dibawa ke Hospital Taiping," katanya.

Beliau berkata, penumpang yang selamat dan tidak mengalami apa-apa kecederaan telah berpindah ke bas lain untuk meneruskan perjalanan ke Alor Setar. Dua puluh anggota dengan dua jentera dari Balai Bomba Taiping dan sebuah dari Kuala Kangsar melakukan kerja menyelamat dan membersih kesan minyak di tempat kejadian, katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Taiping ACP Yusof Mohd Diah berkata, siasatan awal mendapati pemandu bas ekspres itu cuba mengelak daripada terlanggar sebuah kereta, menyebabkan bas terbabas merempuh penghadang tepi lebuh raya sebelum terhumban ke dalam longkang. - Bernama




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!