Tuesday, January 21, 2014

Negara ini cipta rekod baharu


Negara ini cipta rekod baharu | Seramai 5,084 kanak-kanak melukis mural secara serentak dalam tempoh tiga minit setengah ketika sambutan ulang tahun ke-100 Terusan Panama mencipta rekod baru dalam Rekod Dunia Guinness, kelmarin. Media tempatan melaporkan, ribuan budak itu menghasilkan lukisan mural terusan yang terletak di persiaran El Prado di Panama City. Sebelum ini, rekod melukis secara serentak dipegang oleh 3,860 pelukis di Arab Saudi. Terusan sepanjang 80 kilometer mengendalikan lima peratus perdagangan maritim global tersebut dirasmikan pada 15 Ogos 1914. Difahamkan, projek perluasan terusan terbabit terpaksa dihentikan kerana masalah kewangan, dipetik dari laporan AFP.




.

Pendedahan mengejutkan.. Ada sindiket pengguguran bayi berdasarkan jantina sejak 2010


Pendedahan mengejutkan.. Ada sindiket pengguguran bayi berdasarkan jantina sejak 2010 | Pihak berkuasa China menumpaskan sindiket pengguguran bayi berdasarkan jantina dipercayai beroperasi sejak 2010 di negara itu. Semalam, jurucakap Kementerian Kesihatan memaklumkan, seramai 10 individu turut ditahan ketika serbuan dilakukan ke atas sebuah klinik di bandar Zhengzhou. "Hasil siasatan awal mendapati lebih 1,000 wanita menggunakan 'perkhidmatan' di premis tersebut," katanya., dipetik dari laporan Al Jazeera. Minggu lalu, seorang doktor di Beijing dijatuhi hukuman mati selepas disabit bersalah kerana menjual tujuh bayi kepada sindiket pemerdagangan manusia terbabit yang dipercayai untuk pasaran luar. -AP




.

Gambar ikan paus kembar siam



Gambar ikan paus kembar siam | SEEKOR ikan paus kelabu kembar siam atau berkepala dua ditemui mati di Laguna Ojo de Liebre, Mexico. Penemuan pertama kali paus kelabu atau nama saintifiknya Eschrichtius robustus mengejutkan saintis marin. Saintis American Cetacean Society Alisa Schulman-Jangier berkata, anak paus itu memiliki satu badan dengan dua kepala. “Ia dilahirkan tidak cukup bulan atau keguguran. Paus itu hanya berukuran 2.1 meter berbanding ukuran normal 3.6 hingga 4.8 meter yang biasanya terdapat di perairan Artik," katanya, menurut laporan National Geographic. Menurutnya, kehadiran paus spesies tersebut di perairan Mexico merupakan perkara luar biasa berbanding spesies minke yang biasa ditemui terutamanya ketika musim mengawan. -AP



.

Kisah negara terkecil di dunia dengan keluasan 21 kilometer persegi


Kisah negara terkecil di dunia dengan keluasan 21 kilometer persegi | Republik terkecil di dunia dengan keluasan 21 kilometer persegi dan hanya 10,000 warganegara iaitu Kepulauan Nauru yang terletak di Lautan Pasifik telah memecat satu-satunya magistret negara itu - seorang warga Australia - dan menghantarnya pulang ke negara asalnya dengan serta merta. Dalam perkembangan yang berkaitan, kerajaan negara itu juga turut membatalkan visa ketua hakim negara tersebut - juga seorang warga Australia ketika dia sedang bercuti di negara asalnya - menyebabkannya tidak dapat kembali bertugas. Magistret Peter Law, tidak diberikan sebarang isyarat atau indikasi mengenai pemecatannya itu.

Ketua Hakim Nauru, Geoffrey Eames yang visanya pula dibatalkan, menyifatkan tindakan tersebut ada kaitan dengan kepentingan politik. Eames sebelum ini telah mengeluarkan satu injunksi ke atas Presiden Nauru, Baron Waqa dalam usahanya untuk menghalang pemecatan Law tetapi kemudiannya mendapati yang visanya telah dibatalkan sebaik sahaja dia tiba di lapangan terbang untuk kembali ke kepulauan itu.

 Seorang kakitangan di Jabatan Penerangan Nauru ketika dihubungi oleh agensi berita AFP diberitahu yang kontrak Law telah ditamatkan berkuatkuasa serta merta tanpa menyatakan apakah alasan di atas pemecatan tersebut. Mahkamah Magistret Nuaru telah dijadualkan untuk mendengar kes 40 orang pemohon suaka politik yang didapati melancarkan rusuhan ketika ditahan di pusat tahanan penyeludupan dan pemerdagangan manusia minggu ini. Adalah tidak pasti sama ada pemecatan magistret tersebut mempunyai kaitan dengan kes perbicaraan 40 pemohon suaka politik itu.-AP




.

Penyanyi Saida Tarudin dedah jejaka yang bertakhta dihati kini


Penyanyi Saida Tarudin dedah jejaka yang bertakhta dihati kini | Penyanyi yang semakin manis bertudung, Saida Tarudin mengakui beliau kini sedang mengenali hati budi seorang jejaka yang bernama Apit. Memetik kenyataan di portal gua.com.my, kakak kepada penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza itu berkata, dia sudah mengenali jejaka berstatus duda tersebut selama dua tahun. Namun Saida enggan mengklasifikasikan hubungan mereka sebagai cinta. Kini mereka dalam fasa mengenali antara satu sama lain dan Saida menjelaskan yang dia senang dengan sikap memahami jejaka itu.

 "Alhamdulillah, saya sedang mengenali dirinya. Kini kami sedang menyelami hati budi masing-masing. Apa yang saya boleh katakan sekarang, saya hanya mahu 'go with the flow' dan mahu hubungan ini berjalan mengikut aturan langkah demi langkah (step by step)," "Kami saling memahami dan itu membuatkan kami senang untuk berkawan. Dia seorang yang berfikiran matang. Saya mempunyai anak, dia juga mempunyai anak. Jadi, apabila dia berfikiran sebegitu, perhubungan kami berjalan lancar dan boleh pergi jauh. Umur bukan penghalang, apa yang penting dia berfikiran matang," ujar Saida yang berusia 38 tahun, manakala jejaka tersebut berumur 34 tahun. -MD




.

Takziah : Bapa pelakon Ezany meninggal dunia


Takziah : Bapa pelakon Ezany meninggal dunia | Bapa kepada pelakon Ezany Nizariff meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Bainun di Ipoh, Perak awal pagi ini akibat serangan jantung. Allahyarham Mohd. Nizarif Mohd. Idros, 68, yang meninggal dunia pukul 5.10 pagi ini dimasukkan ke hospital itu sejak semalam, selepas dibawa ke Hospital Kuala Kangsar pagi semalam akibat pitam. Adik Allahyarham, Mohd. Muzaini berkata, arwah masih boleh bercakap semasa dirawat di hospital di Ipoh sebelum disahkan meninggal dunia pagi ini. "Ketika menghembuskan nafas terakhir, Ezany yang merupakan anak sulung daripada tiga beradik turut berada di sisinya," katanya ketika ditemui di rumah keluarga itu di Taman Perlis di sini hari ini. - Utusan




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!