Thursday, March 13, 2014

Previu Filem : ‘Fobia Malam Pertama’


Previu Filem : ‘Fobia Malam Pertama’ | SEBUT sahaja tajuk filem ‘Fobia Malam Pertama’, pasti ramai yang mengaitkan cerita ini dengan kisah-kisah yang tidak sepatutnya. Bagaimanapun, filem ini tidaklah seperti yang disangka, malah lebih banyak mesej berguna cuba disampaikan melaluinya. Menurut pengarahnya, Murali Abdullah, filem ini mengisahkan berkenaan masalah sosial yang dilalui golongan wanita dan pada masa sama turut memberi mesej yang berguna buat golongan lelaki. “Sebenarnya cerita ini adalah berdasarkan kisah benar di mana terdapat seorang wanita mengalami fobia untuk mendirikan rumah tangga. “Memang ada beberapa unsur seks yang diselitkan dalam filem ini namun ia tidaklah melambangkan sesuatu yang lucah tapi lebih kepada mesej berguna kepada mereka yang telah mendirikan rumah tangga,” jelasnya ketika ditemui pada majlis tayangan perdana di TGV, One Utama, kelmarin.

Antara pelakon yang terlibat dalam filem ini adalah Azad Jasmin, Shafnida Syuhaimi, Julia Perez, Razali Hussain, Faizal Hussein, Zarina Zainoordin, Khairil Anuar, dan ramai lagi. Berkongsi pengalaman sepanjang menjalani penggambaran, Murali akui berpuas hati dengan komitmen yang diberikan oleh pelakon yang terlibat. “Dari segi pemilihan pelakon, memang semuanya saya pilih sendiri. Bagi saya Azad memiliki bakat lakonan yang tersendiri dan saya percaya kredibilitinya. “Manakala Shafnida pula, walaupun masih baru saya amat yakin dengan kemampuannya kerana dia seorang yang cepat belajar. “Penampilan Julia Perez pula adalah sebagai strategi untuk mempromosikan filem ini di Indonesia. Bagaimanapun, saya juga kagum dengan sikap profesionalnya sepanjang menjalani penggambaran ini,” katanya. Filem terbitan Nusantara Seri Karya (NSK) Sdn. Bhd ini akan ditayangkan di pawagam tempatan mulai 13 Mac ini.


Seronok berlakon bersama adik ipar - Azad Jasmin 


Biarpun kali pertama digandingkan bersama, Azad akui tidak susah mendapatkan keserasian menghidupkan babak-babak romantis bersama adik iparnya, Shafnida. “Memang di luar set hubungan kami agak rapat. Jadi ia lebih memudahkan kerja kami. “Walaupun pada awalnya Shafnida agak kekok kerana pertama kali berlakon, namun dia tidak ambil masa lama untuk sesuaikan diri,” katanya. Kata Azad, walaupun isterinya, Eira Syazira memahami kerjayanya sebagai seorang pelakon, namun itu bukanlah alasan untuk dia melanggar batasan. “Sebagai seorang pelakon, saya harus menjaga sensitiviti supaya ia tidak akan mendatangkan sebarang masalah. “Untuk berlakon bersama adik ipar sendiri, saya tidak ada masalah dan isteri juga memahami,” katanya. Shafnida puas hati dengan lakonan sendiri Tidak mahu mengecewakan kepercayaan yang diberikan kepadanya, Shafnida tekad berikan lakonan yang terbaik untuk filem pertamanya ini.

“Pada awalnya memang saya bimbang untuk bawa watak ini, tapi dengan tunjuk ajar pengarah dan pelakon lain, saya jadi lebih yakin. “Setakat ini saya berpuas hati dengan lakonan saya untuk filem ini, tapi pada masa yang sama, masih banyak yang saya perlu perbaiki untuk jadi yang lebih baik,” katanya. Ditanya bagaimana dia menonjolkan diri berlakon di samping pelakon senior seperti Julia Perez, Shafnida akui lebih fokus dan tidak terlalu bimbang dengan status pelakon lain yang terlibat. “Sepanjang menjalani penggambaran, saya tidak anggap diri sebagai orang baru dalam bidang lakonan. “Kita berlakon atas watak masing-masing dan tidak anggap status baru atau lama sebagai satu halangan untuk saya beri yang terbaik. Yang penting saya lakukan dengan profesional,” ujarnya yang turut akui bersedia menerima kritikan terhadap lakonannya. 'Saya masih trauma'- Julia Perez Berikutan kontroversi yang mendakwa dirinya tidak memiliki permit bekerja juga isu perang di Twitter antara dia dan bekas Presiden Seniman, Zed Zaidi, yang tercetus tahun lalu, Julia yang juga dikenali sebagai Jupe akui masih trauma dengan apa yang berlaku.

Disebabkan itu juga, Jupe masih belum bersedia untuk menjejakkan kaki ke negara ini kerana bimbang nyawanya terancam. “Saya masih trauma dengan apa yang berlaku sebelum ini. Terlalu banyak persepsi negatif yang dilemparkan kepada saya sehingga saya fobia. “Sebab itu jugalah saya belum bersedia untuk ke Malaysia. Saya minta maaf sebab tidak dapat hadir ke majlis previu filem ini,” katanya kepada media ketika dihubungi pihak penerbit, kelmarin. Jupe bagaimanapun, sempat berkongsi pengalamannya menjalani penggambaran di negara ini. “Saya suka sukakan Malaysia dan orang-orang di sana. “Banyak pengalaman baru yang saya perolehi sepanjang berada di sana,” katanya akhiri perbualan. -SH




.

MH370 : Misteri lagu 'Get It Started' yang dikatakan ada kaitan dengan kehilangan pesawat



MH370 : Misteri lagu 'Get It Started' yang dikatakan ada kaitan dengan kehilangan pesawat | LAGU Get It Started mula menjadi tumpuan umum apabila liriknya mengandungi elemen yang disifatkan segelintir pihak, ada kaitan denggan kehilangan pesawat MH370. Didendangkan penyanyi rap Amerika, Pitbull bersama artis dari Columbia Shakira, kandungan lagu tersebut menjadi bualan ramai pengguna internet menerusi laman sosial facebook dan Youtube sejak dua hari lalu. Rangkap lirik yang diperkatakan daripada lagu yang diterbitkan pada 2012 itu ialah : Thriller in Manila, knocking them out like Pacquiao. No Ali, No Frazier, but for now it's off to Malaysia. Two passports, three cities, two countries, one day Now that's worldwide, if you think it's a game, let's play. Apa yang menarik perhatian ialah perkataan No Ali (tiada Ali). Now it's off to Malaysia (sekarang ia ke Malaysia).

Two passports (dua pasport), two countries (dua negara), one day (sehari). Now that's worldwide (sekarang ia seluruh dunia) dan volf. Lirik no Ali misalnya, ia dikaitkan dengan warganegara Iran dikenali sebagai Ali iaitu ejen pelancongan yang menempah tiket untuk dua warga Iran ke Eropah di Pataya, Thailand pada 1 Mac lalu. 'Now its worldwide' pula dikaitkan dengan liputan di seluruh dunia mengenai kehilangan MH370 sementara Voli dikatakan perkataan bahasa Itali yang membawa maksud penerbangan. Malah ada yang mengatakan kehilangan MH370 seperti sudah dirancang sekian lama disebabkan lagu itu sudah pun diterbitkan sejak dua tahun lalu. Namun ada jugga pemberi komen cuba meredakan keadaan dengan mengatakan ia sekadar satu kebetulan. -MD




.

MH370 : Haram sebar berita palsu dan tidak sahih - Mufti Kedah


MH370 : Haram sebar berita palsu dan tidak sahih - Mufti Kedah | Mufti Kedah, Datuk Syeikh Muhamad Baderudin Ahmad menyeru seluruh umat Islam menjauhi perbuatan menyebarkan maklumat palsu sehingga menimbulkan fitnah mengenai kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370. Katanya, perbuatan itu adalah haram dan ketika menerima sebarang berita terutama mengenai pesawat MH370 umat Islam perlu memastikan sumber berita tersebut sama ada sahih atau tidak. "Apabila kita dah dapat berita kita perlu pastikan daripada mana datangnya sumber berita tersebut sebelum terus menyebarkannya.

"Dalam ajaran Islam, berita yang tidak benar dan tidak dapat dipastikan kesahihannya haram untuk disebarkannya dan jika terus dilakukan Allah akan melaknat kita. "Perbuatan menyebarkan berita yang tidak sahih perlu dihentikan segera dan kita jangan mengeruhkan keadaan yang sedang dihadapi oleh negara serta ahli keluarga penumpang pesawat berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - Utusan




.

Reaksi Nora Danish terhadap dakwaan sebuah program tv mengenai seorang selebriti yang sempat meloloskan diri ketika serbuan di sebuah premis haram


Reaksi Nora Danish terhadap dakwaan sebuah program tv mengenai seorang selebriti yang sempat meloloskan diri ketika serbuan di sebuah premis haram | Pelakon, Nora Danish Mohd. Hanif, 32, menegaskan beliau tiada kaitan dengan serbuan pihak berkuasa tempatan (PBT) terhadap sebuah kelab hiburan di Petaling Jaya, awal pagi Sabtu lalu. Nora melalui rakaman video yang disiarkan portal MIG Online berkata, majlis sambutan hari lahirnya berlangsung di sebuah restoran bersebelahan dengan kelab hiburan berkenaan.

 “Sekalipun restoran dan kelab hiburan itu di bawah pengurusan yang sama, macam mana saya nak tahu premis itu beroperasi dengan sah ataupun tidak. Bukankah itu kerja pihak berwajib. “Jadi, bukan saya yang melakukan kesalahan, tetapi pemilik premis berkenaan," katanya. Nora dalam pada itu turut melahirkan kekesalan dengan laporan sebuah program televisyen baru-baru ini yang memaparkan sedutan serbuan itu seolah-olah beliau yang bersalah. - Utusan




.

MH370 : Penyiasat Amerika Syarikat mendapat penemuan baru?



MH370 : Penyiasat Amerika Syarikat mendapat penemuan baru? | Penyiasat Amerika Syarikat (AS) mengesyaki pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 meneruskan penerbangan selama empat jam selepas ia terputus hubungan dengan pusat kawalan trafik udara, lapor The Wall Street Journal. Syak wasangka itu adalah berdasarkan data daripada enjin pesawat berkenaan yang dimuat turun secara automatik dan dipancarkan ke permukaan darat sebagai sebahagian daripada rutin program penyelenggaraan. - AP




.

Syarikat penerbangan tambang murah cetus kontroversi dengan perkenal uniform yang terlalu singkat


Syarikat penerbangan tambang murah cetus kontroversi dengan perkenal uniform yang terlalu singkat | Sebuah syarikat penerbangan tambang murah Jepun mencetuskan kontroversi apabila ia memperkenalkan uniform dengan skirt yang terlalu pendek untuk kakitangan kabinnya sehingga menimbulkan kemarahan ramai. Malah tidak kurang juga yang menyifatkan tindakan itu boleh mengundang gangguan seksual ke atas para pramugari penerbangan tersebut. Syarikat penerbangan itu, Skymark Airlines kini mendapat tentangan daripada Kesatuan Kakitangan Kabin mereka sendiri yang menganggap pakaian seragam yang diperkenalkan itu sebagai terlalu pendek sehingga mendedahkan boleh dikatakan kesemua bahagian paha pemakainya.


"Kami sangat khuatir kerana rekabentuk skirt itu boleh mencetuskan masalah termasuklah gangguang seksual ke atas pemakainya," demikian kata satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Persekutuan Kakitangan Kabin Jepun. "Skymark menegaskan yang pakaian seragam itu hanyalah semata-mata untuk menarik perhatian pelanggan tetapi ini hanya menunjukkan yang pihak syarikat melayani pihak wanita seperti satu bahan komoditi," tegas persekutuan itu lagi. Komen yang dikirimkan ke laman web kesatuan syarikat penerbangan itu antara lain menyebut yang kakitangan kabin tidak akan dapat menumpukan perhatian ke atas tugas mereka secara efektif kerana bimbang mereka akan menjadi mangsa tenungan para penumpang ataupun penumpang akan mengambil kesempatan dengan merakamkan dari bawah foto skirt pendek mereka itu menggunakan telefon bimbit.


Skymark bagaimanapun menolak tanggapan negatif pihak kesatuan itu dan merancang untuk meneruskan perancangan mereka dengan memperkenalkan pakaian seragam dengan skirt pendek itu menjelang musim bunga akan datang dalam penerbangan domestik yang menggunakan pesawat Airbus A330. Bagaimanapun, Presiden Skymark, Shinichi Nishikubo memberitahu para pemberita yang pihak syarikat tidak akan memaksa mana-mana kakitangan kabin yang enggan memakai pakaian seragam baru itu nanti. Kata Nishikubo, mereka kesal kerana niat baik untuk mempromosikan syarikat telah disalah tafsir dan dipandang serong oleh ramai pihak. -AP





.

MH370 : Misteri telefon bimbit terjawab



MH370 : Misteri telefon bimbit terjawab | Laporan beberapa ahli keluarga penumpang yang mendakwa berjaya menghubungi telefon bimbit penumpang yang menaiki pesawat MH370, terus mengusutkan lagi teori kehilangan kapal terbang yang membawa 239 penumpang itu ketika operasi mencari dan menyelamat masuk hari kelima, hari ini. Profesor William Webb dari Akademi Kejuruteraan Diraja Britain ketika menjawab isu itu berkata, telefon bimbit penumpang sepatutnya tidak akan berfungsi kerana mungkin berada di dalam air, di luar kawasan liputan dan juga kehabisan bateri. “Dalam kes yang didakwa ahli keluarga mangsa, deringan yang didengari mungkin nada sebelum panggilan itu memasuki perkhidmatan peti suara,’’ katanya kepada MailOnline. Sementara itu, seorang lagi pakar telekomunikasi, Alan Spencer berpendapat deringan tersebut membuktikan telefon bimbit itu tidak berada di dalam air. Katanya, telefon bimbit hanya akan berbunyi jika dihidupkan dan berada di dalam kawasan liputan.

Ini bermakna, jika telefon bimbit itu benar-benar dapat dihubungi, pesawat itu telah mendarat di daratan dan di lokasi yang mempunyai liputan berbanding di dalam hutan atau kawasan laut. Sementara itu, Dr. Martyn Thomas dari Institut Teknologi dan Kejuruteraan tampil dengan teori yang men dakwa kehilangan MH370 mungkin melibatkan kerosakan alat komunikasi secara tiba-tiba. Martyn menjelaskan, proses penyahmampatan secara mengejut yang berlaku di dalam pesawat boleh menyebabkan semua penumpang, krew dan juruterbang pengsan atau terbunuh, sekali gus merosakkan peralatan komunikasi. Dalam senario itu, katanya, pesawat terbabit mungkin terbang secara sendiri melalui sistem panduan automatik dan berada pada jarak kira-kira 3,218 kilometer dari lokasi kejadian sebelum mendarat atau terhempas. -Utusan




.

MH370 : Penjelasan Bomoh Ibrahim Mat Zin atau digelar Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP mengenai ritual yang dibuat di KLIA


MH370 : Penjelasan Bomoh Ibrahim Mat Zin atau digelar Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP mengenai ritual yang dibuat di KLIA | Bomoh Ibrahim Mat Zin, pada Rabu, mengadakan sesi kedua upacara ritual dalam usaha untuk membantu mengesan kapal terbang Malaysia Airlines MH370 yang hilang. Ibrahim, yang menggelarkan dirinya Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP dengan gelaran Datuk Mahaguru menjalankan acara ritual di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Dia diiringi oleh beberapa pembantu dan menggunakan air Zam- Zam, dua biji kelapa, tongkat dan karpet ajaib. Sesi yang telah diadakan di Anjung Tinjau KLIA menarik perhatian ramai orang. "Tujuan ritual adalah untuk melemahkan semangat buruk supaya penyelamat boleh mencari pesawat jika memang ia telah terhempas," katanya kepada pemberita.

Ibrahim berkata, ritual-ritual simbolik telah digunakan untuk banyak generasi. Dia menjelaskan bahawa apa yang dilakukan adalah kehendaknya sendiri walaupun terdapat laporan bahawa pemimpin-pemimpin negara telah mengundangnya. Pada Isnin, Ibrahim menggunakan teropong diperbuat daripada buluh dan mata kail semasa sesi pertama ritual di KLIA untuk membantu mengesan pesawat yang hilang. Bernama melaporkan bahawa Ibrahim, yang mempunyai 50 tahun pengalaman sebagai bomoh menjadi popular selepas menawarkan perkhidmatan untuk mencari mangsa-mangsa dalam beberapa kes besar seperti tragedi Highland Towers dan kes Mona Fendy. Video 25 saat sesi kedua ritual Ibrahim telah tersebar. -Mstar




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!