Wednesday, April 16, 2014

Oh begitu rupanya citarasa Raul Lemos, suami Kris Dayanti



Oh begitu rupanya citarasa Raul Lemos, suami Kris Dayanti | Diva Pop Indonesia, Kris Dayanti memberitahu suaminya Raul Lemos suka melihat dirinya berpenampilan seperti penyanyi popular Hollywood, Jennifer Lopez (J.Lo). Menurut pelantun lagu 'Aku Wanita Biasa' ini, sejak berkahwin dengan ahli perniagaan dari Timor Leste itu, Raul adalah pengkritik setia beliau terutamanya dari imej dan penampilan. "Suami saya suka kalau saya tampil bergaya seperti J.Lo (gelak). Dia selalu memberikan pandangan mengenai imej saya. Katanya, dia suka liha aku berpakai misalnya pakai seluar yang tight, jangan hanya pakai dress", kata Kris Dayanti sewaktu ditemui piak media bertempat di ibu pejabat Warner Music Malaysia, di Mutiara Damansara, semalam. KD berkunjung ke tanah air bagi menyajayakan minggu setiausaha yangg akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), malam ini.


Disamping itu dia yang kali ini turut ditemani suaminya ke sini, mengambil peluang melancarkan album terbarunya, 'Persembahan Ratu Cinta' serta muzik video single 'Bertubi-Tubi'. Sementara itu, bercerita mengenai klip video Bertubi-Tubi, klip video yang menjalani penggambaran di kota Paris itu menggambarkan bertapa dalam perasaan cintanya terhadap suami dan anak-anaknya. Bahkan dia seakan tidak mampu meneruskan kehidupan tanpa kehadiran keluarga tercinta.Lebih istimewa, muzik video tersebut dilancarkan buat pertama kali di Malaysia dan bukan di Jakarta. Kata KD, dia memilih untuk melancarkan muzik video berkenaan di sini sebagai tanda penghargaan terhadap peminat-peminatnya di Malaysia yang tidak pernah jemu menyokong kariernya.

"Muzik video ini mengbadikan saat saya, suami dan aanak-anak saya bercuti di Paris. Kalau saya boleh berkongsi, seperkara yang buat saya berasa sangat istimewa ialah apabila saya menjadi seorang ibu. Di samping suami dan anak-anak, hidup saya lebih berwarna. "Walaupun saya melalui pelbagai dugaan yang datang bertubi-tubi, tapi saya tidak pernah berasa keseorangan kerana saya sentiasa mempunyai keluarga, ibu serta kakak saya yang menyokong saya. "Lagu ini dicipta oleh Melly Goeslow. 'Bertubi-tubi' merupakan satu semangat yang luar biasa untuk saya sebarkan pada masyarakat dan memberi mereka inspirasi bahwa derita itu pasti akan berakhir satu hari nanti dan kebahagiaan pasti akan muncul. Saya rakamkannya sewaktu saya hamil 7 bulan.


Sementara gambar pada kulit album ini pula saya rakamkan ketika saya kandungan saya mencecah 8 bulan", katanya. KD dan Raul berkahwin pada 24 Mac 2011. Mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Ariannha Amora Lemos dan Kellen Alexander Lemos. Penyanyi yang juga popular dengan lagu 'Aku Wanita Biasa' ini sebelum ni mencetuskan kontroversi kerana membuat pengakuan berani yang dia telah hamil sebelum bernikah. Terdahulu, KD telah pun memiliki seramai dua orang anak iaitu Titania Aurelie Hermansyah dan Azriel Akbar Hermansyah hasil perkahwinan pertamanya dengan penyanyi Anang. -MD




.

Misteri lelaki cuba buka pintu pesawat ketika dalam ketinggian 30,00 kaki dan menimbulkan panik penumpang lain



Misteri lelaki cuba buka pintu pesawat ketika dalam ketinggian 30,00 kaki dan menimbulkan panik penumpang lain| TINDAKAN seorang lelaki cuba membuka pintu pesawat milik Southwest Airlines ketika penerbangan berada di ketinggian 30,000 kaki menimbulkan suasana panik dikalangan penumpang dan anak kapal di Amerika Syarikat. Ketika kejadian, pesawat tersebut dalam penerbangan dari Chicago ke California. Cubaan lelaki itu yang mampu membunuh kesemua penumpang dan anak kapal bagaimanapun berjaya disekat selepas dia direbahkan oleh tiga penumpang lelaki yang memeluknya.

Seorang wanita yang merakam detik kejadian, Monique Lawler berkata, penumpang di dalam pesawat mula menjerit dan keadaan menjadi panik apabila lelaki itu cuba membuka pintu pesawat. "Lelaki itu dilihat keluar dari tandas dalam keadaan basah lencun dan terus ke pintu untuk membukanya, tetapi tiga penumpang lelaki berjaya merebahkannya dan memeluk suspek sehingga pesawat mendarat. "Akibat insiden tersebut, juruterbang terpaksa membuat pendaratan cemas di Omaha, Nebraska," katanya. Lelaki itu diserahkan kepada pihak berkuasa di Omaha sebelum penerbangan ke destinasi yang dituju diteruskan selepas itu. Dan punca perbuatannya itu masih dalam siasatan. -AP




.

Bayi istimewa yang lahir dengan kembar parasit selamat dibedah


Bayi istimewa yang lahir dengan kembar parasit selamat dibedah | Sekumpulan pakar bedah China berjaya membuang anggota badan berlebihan pada seorang bayi yang lahir dengan mempunyai empat tangan dan empat kaki di sebuah hospital di selatan negara ini, baru-baru ini. Akhbar tempatan, Global Times yang memetik kenyataan ketua doktor bedah Pusat Perubatan Kanak-Kanak dan Wanita Guangzhou, Yu Jiakang berkata, bayi tersebut sepatutnya mempunyai pasangan kembar, namun kembarnya tidak membesar dengan sempurna. Jiakang berkata, bayi berusia 13 hari itu mempunyai satu kepala namun kembarnya bercantum pada badan menyebabkan beratnya menjadi lebih tiga kilogram apabila dilahirkan pada 2 April lalu. “

Bahagian anggota badan yang berlebihan itu mencecah berat kira-kira 600 gram. “Kini bayi itu dilaporkan stabil selepas menjalani pembedahan empat hari lalu," katanya. Bapa bayi itu yang hanya dikenali sebagai Chen berkata, dia membawa anaknya ke banyak hospital untuk mengetahui keadaan bayi tersebut sebelum menjalani pembedahan. Katanya, tiada doktor yang mampu menjelaskan situasi yang berlaku pada bayi itu dan dia menyalahkan dirinya kerana tidak menjaga isteri semasa mengandung. “Saya hanya sibuk bekerja dan mengabaikan tanggungjawab untuk membawa isteri saya melakukan pemeriksaan di hospital," katanya. -AP




.

7 Gambar fenomena bulan berdarah atau Blood Moon yang boleh dilihat di beberapa tempat di dunia



7 Gambar fenomena bulan berdarah atau Blood Moon yang boleh dilihat di beberapa tempat di dunia | Satu fenomena gerhana bulan penuh yang digelar 'bulan berdarah' berlaku semalam. Gerhana tersebut yang menyebabkan bulan kelihatan merah seperti darah boleh disaksikan oleh penduduk di selatan dan utara Benua Amerika.







Fenomena 'bulan berdarah' kali ini merupakan yang pertama daripada empat gerhana serupa yang diramalkan berlaku dalam tempoh dua tahun akan datang. Gerhana itu berlaku apabila bulan melalui sebahagian daripada bayang-bayang bumi. - Agensi






.

Kejadian kanibalisme paling ngeri membabitkan adik beradik di Wilayah Punjab


Kejadian kanibalisme paling ngeri membabitkan adik beradik di Wilayah Punjab | Seorang lelaki ditahan semalam kerana disyaki melakukan kanibalisme selepas kepala bayi baru lahir ditemui di rumahnya. Lelaki itu pernah dipenjara kerana kesalahan memakan daging manusia tiga tahun lalu. Polis menyerbu rumahnya di sebuah kawasan terpencil di wilayah Punjab selepas jirannya mengadu bau busuk dan menjumpai kepala bayi berusia dua hari di dalam rumahnya. Pemilik rumah, Mohammad Arif mengaku memakan bayi itu selepas abangnya ‘mencuri’ mayat bayi itu dari tanah perkuburan di Kampung Darya Khan, kira-kira 300 kilometer ke selatan Islamabad, kata polis. Arif dan abangnya, Farman Ali ditahan selepas memakan mayat manusia di kampung sama pada April 2011. Mereka dihukum penjara dua tahun dalam kes yang menggemparkan Pakistan.

 “Arif ditahan dan mengaku abangnya membawa mayat bayi baru lahir itu dari tanah perkuburan berdekatan,” kata Ameer Abdullah, ketua polis daerah Bhakkar, tempat terletaknya kampung itu. “Arif memberitahu polis mereka berdua memasak mayat bayi itu dan memakannya.” Tiada peruntukan undang-undang dalam kanun keseksaan Pakistan bagi kesalahan kanibalisme. Begitu juga kes pada 2011, Arif hanya dituduh tidak menghormati mayat dan mengganggu ketenteraman awam. Dalam kes tiga tahun lalu itu, polis menjumpai mayat wanita berusia 24 tahun yang mati disebabkan kanser di rumah mereka.

Mayat itu tidak berkaki dan mereka dipercayai memakannya. Polis melancarkan gerakan memburu Ali, kata Ameer manakala Arif akan menjalani ujian psikiatrik. Jurucakap polis di balai polis Darya Khan, Zafar Iqbal memberitahu isteri dan ahli keluarga mereka meninggalkan kedua-dua beradik itu beberapa tahun lalu. “Jiran membuat laporan mengenai bau busuk dan polis menyerbu rumah itu serta-merta. “Kami menahannya dan menemui kepala seorang bayi. Arif mengaku memasak dan memakan mayat bayi itu,” kata Zafar. - AFP




.

Inilah salah satu sebab, bahaya jatuh cinta melalui laman sosial



Inilah salah satu sebab, bahaya jatuh cinta melalui laman sosial  | Kemaruk dilamun cinta dengan kekasih Internet yang dikenali tidak sampai tiga jam melalui laman sosial, seorang eksekutif muda terjebak dalam perangkap seorang gadis yang kemudian bertindak memeras ugutnya tidak sampai 10 minit selepas selesai meluah perasaan. Menurut sumber, mangsa mula mengenali suspek pada jam 12 tengah malam Khamis lalu sedang melayari laman sesawang di rumah sewanya di Kawasan Perumahan Rantau PETRONAS di kawasan Kerteh, dekat sini.

Dipercayai, mangsa berusia 36 tahun dari Kuantan itu ‘cair’ dengan pujuk rayu suspek yang mendakwa dirinya seorang gadis berdarah kacukan Cina dan Eropah sehingga sanggup merakam dan mengirimkan gambar ‘berahinya’. Sumber berkata, kerana terpedaya, mangsa kemudiannya turut memberikan nombor telefon bimbit kepada gadis yang memperkenalkan diri sebagai Alexa itu. “Suspek memujuk untuk melihat fizikal mangsa tanpa berpakaian dan mangsa tanpa banyak soal turut menghantar gambar-gambarnya dalam keadaan memberahikan itu kepada gadis berkenaan.-HM





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!