Wednesday, November 19, 2014

Subhanallah... Kisah Imam yang merayu pada Mahkamah agar lepaskan pemuda kristian bawa kepala babi di masjid


Subhanallah... Kisah Imam yang merayu pada Mahkamah agar lepaskan pemuda kristian bawa kepala babi di masjid | SEORANG imam terkemuka di British merayu kepada mahkamah supaya melepaskan empat lelaki Kristian yang telah meninggalkan kepala babi di perkarangan sebuah masjid di Blackpool. Tindakan empat lelaki meninggalkan kepala babi tersebut dipercayai satu gurauan (prank) tetapi pihak berkuasa mengambil tindakan tegas kerana ia merupakan provokasi agama.Imam Masjid Central Blackpool itu membuat rayuan kepada mahkamah supaya tidak menjatuhkan hukuman penjara kepada empat lelaki berkenaan meskipun tindakan mereka melampaui batas bagi penganut Islam.

Imam Ashfaq Patel dalam rayuannya berkata," Diatas kesedaran mereka (suspek) terhadap jenayah dan kesilapan yang telah dilakukan, saya tidak fikir mereka perlu berakhir disebalik tembok (penjara)."Bagaimanapun Hakim Graham Knowles dalam keadaan terharu memberitahu,"Anda (suspek) bertuah, kerana sekarang pun imam meminta rahmat terhadap anda dan cuba memahami anda." Keempat-empat lelaki yang digelar samseng oleh media itu kemudian dijatuhi hukuman berbeza dengan Thomas Ashton, 21 (dipenjara 10 bulan), Andrew Warner, 31 (tujuh bulan), Travis Crabtree, 25 (14 bulan) dan Steven White, 28 (lapan bulan).Kepala babi itu ditemui di dalam sebuah beg di tempat letak kenderaan masjid tersebut. Ia didakwa dibawa oleh Ashton dan Crabtree manakala Warner dan White hanya sekadar mengikuti gurauan berkenaan. -AP




.

Artis lelaki berusia 35 tahun ditahan miliki dadah jenis syabu



Artis lelaki berusia 35 tahun ditahan miliki dadah jenis syabu | Seorang penyanyi dan pelakon lelaki berusia 35 tahun ditahan di perkarangan tempat letak kereta di sebuah pusat beli belah di Selayang kerana memiliki satu peket dadah syabu jam 2 petang tadi. Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak Superintendan Muhammed Hasbullah Ali ketika dihubungi berkata, hasil pemeriksaan ke atas artis terbabit menemui satu peket lutsinar dadah jenis syabu seberat 0.3 gram dalam gengaman tangan kiri. Menurutnya, polis kemudian membawa suspek ke Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak untuk menjalani ujian air kencing dan disahkan positif dadah syabu. "Suspek kini ditahan dan akan direman esok bagi membantu siasatan. "Siasatan lanjut sedang dijalankan tangkapan Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan 15 (1) (a) ADB. -Metro



.

Info : Penyakit kronik dikatakan boleh dirawat dengan jus katak.. Ketahui caranya disini..



Info : Penyakit kronik dikatakan boleh dirawat dengan jus katak  | Katak dari Teluk Titicaca menjadi bahan utama dalam pembikinan jus yang menurut beberapa budaya masyarakat Andes, boleh mengubati penyakit seperti semput, paru-paru berair dan lemah tenaga batin. Untuk menghasilkan jus yang banyak dijual di wilayah Andes dan juga di beberapa kawasan di Lima, peniaga Maria Elena Cruz akan menangkap seekor katak dari akuarium kecilnya, mengetuknya hingga mati.

Dia kemudian menyiat kulit amfibia itu dan memasukkannya dalam pengisar bersama-sama lobak, akar maca dan madu. Jus itu berwarna hijau dan Maria menyajikannya dalam gelas kepada pelanggan. “Jus katak boleh membantu mengatasi pelbagai penyakit. Ada yang mendakwa pulih daripada batuk kering selepas meminumnya,” kata seorang pelanggan.

Bagaimanapun, tidak ada bukti saintifik untuk mengesahkan kebaikan jus itu. Katak dari spesies Telmatobius culeus itu dikenali dalam kalangan penduduk tempatan sebagai katak air Titicaca dan disenaraikan sebagai hampir pupus oleh Kesatuan Antarabangsa Untuk Pemuliharaan Semula Jadi. Peminat jus itu, Cecilia Cahuana, 35, mendakwa jus itu mengandungi banyak vitamin dan protein. Kebanyakan pelanggan Cruz berasal dari wilayah Andes. - Agensi




.

Kekasih bapa saudara potong kemaluan budak lelaki berusia tiga tahun kerana main telefon



Kekasih bapa saudara potong kemaluan budak lelaki berusia tiga tahun kerana main telefon | Seorang budak lelaki berusia tiga tahun menjalani pembedahan menyambung semula kemaluannya selepas ia dipotong kekasih bapa saudaranya pada 7 November lalu. Menurut kanak-kanak itu, kekasih bapa saudaranya berang kerana dia menggunakan telefon pintarnya untuk mendengar muzik ketika wanita itu mandi. Wanita itu bertindak memotong kemaluannya sebagai cara untuk melepaskan kemarahannya. Ketika kejadian, ibu mangsa tiada di rumah kerana menuai jagung. Kanak-kanak itu dikejarkan ke hospital di Zhengzhou, tempat dia menjalani pembedahan selama enam jam untuk menyambung semula zakarnya sebelum dihantar ke Beijing untuk rawatan selanjutnya. Doktor di First Hospital Universiti Peking berkata, pembedahan itu berjaya dilakukan dengan baik. -AP



.

2 lelaki maut dalam kemalangan kereta pacauan empat roda bertembung dengan bas di Jln Lahad Datu-Sandakan



2 lelaki maut dalam kemalangan kereta pacauan empat roda bertembung dengan bas di Jln Lahad Datu-Sandakan | Dua lelaki termasuk pemandu pacuan empat roda (4WD) maut apabila kenderaan dinaiki mereka bertembung dengan bas ekspres di Kilometer 21 Jalan Lahad Datu - Sandakan berhampiran simpang Kampung Jeroco, dekat sini, awal pagi tadi. Menurut sumber, dalam kejadian pada jam 2.40 pagi itu, kedua-dua mangsa dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian.

Sementara itu, katanya, tiga penumpang bas ekspres yang cedera dikejarkan ke Hospital Lahad Datu manakala 34 penumpang yang lain termasuk pemandu bas dalam keadaan selamat. Difahamkan, mayat kedua-dua mangsa dibawa ke bilik mayat Hospital Lahad Datu untuk siasatan lanjut. -Metro




.

Inilah roller coaster tertinggi di dunia



Inilah roller coaster tertinggi di dunia | Sebuah permainan roller coaster paling tinggi di dunia bakal menjadi tarikan terbaharu di taman tema Walt Disney World di sini. Roller coaster setinggi 173 meter (m) dan mampu mencapai kelajuan mencecah 104 kilometer sejam (km) itu dijangka memberi pengalaman berbeza apabila dibuka pada tahun 2016. Presiden kelab peminat roller coaster Amerika Syarikat (AS), Michael Kitchen berkata, permainan yang dikenali sebagai Skyscraper direka bagi memberikan keseronokan luar biasa kepada pengunjung. “Permainan ini membawa anda ke tahap yang lebih tinggi yang tidak pernah dicapai oleh mana-mana roller coaster di seluruh dunia.


“Walaupun masih dalam proses pembinaan tetapi para peminat roller coaster sudah tidak sabar-sabar untuk menaikinya,” katanya. Rekod binaan roller coaster paling tinggi ketika ini dipegang oleh Kingda Ka yang terletak di taman tema Six Flags Great Adventure di New Jersey, AS dengan ketinggian mencecah 138m. Menurut laporan daripada Roller Coaster DataBase, King Ka juga memegang rekod permainan roller coaster kedua paling pantas di dunia dengan kelajuan mencecah 205 km/j. – Agensi



.

Kisah sebenar disebalik kejadian aneh di Makkah



Kisah sebenar disebalik kejadian aneh di Makkah | Umpama malam! Itu gambaran langit sekitar Makkah yang dikatakan bertukar kemerah-merahan pada Jumaat lalu dikatakan berpunca daripada fenomena ribut pasir. Biarpun keadaan itu sebenarnya biasa bagi warga Makkah, ia mencetuskan suasana tidak keruan di tempat lain yang penduduknya kurang tahu mengenai fenomena berkenaan. Ia bertambah kalut apabila klip video 59 saat yang memaparkan keadaan Makkah ketika itu - gelap dan berdebu - menjadi viral di laman sosial selepas dimuat naik pada Jumaat lalu. Menurut rakyat Malaysia yang juga Penterjemah Khutbah Masjidil Haram, Mohamad Nurul Hafiz Abdul Latif, 30, kejadian itu bukan pelik di kalangan penduduk Arab Saudi kerana berlaku saban tahun.

"Fenomena itu kerana ribut pasir. Oleh itu, kejadian selepas solat Jumaat lalu yang dihebohkan di Malaysia itu bukannya pelik,” katanya yang menetap di Tanah Suci sejak sebelas tahun lalu. Sementara itu, menurut portal berita Sabq, pejabat Presiden Meteorologi dan Persekitaran (PME) melaporkan hujan dan ribut petir diiringi angin debu terus melanda beberapa kawasan di Qassim, Riyadh dan Timur manakala di bahagian utara suhu berkabus.

Tambah portal itu, pihak pertahanan awam mengeluarkan amaran kepada warga Jeddah dan Makkah menerusi laman sosial agar menjauhi pantai, lampu jalan dan pokok selama beberapa jam bagi mengelak kemalangan. Ribut dengan debu juga berlaku di Makkah Madinah, Hail, Al-Jouf dan sempadan utara sementara hujan lebat muncul di Asir Al-Baha dan Jazan pada petang Ahad. Hujan lebat turut menggangu laluan trafik di lebuhraya Harmain mengakibatkan kenderan bergerak perlahan. Pada kejadian Jumaat lalu, ribut pasir dan hujan lebat turut menyebabkan berlaku banjir sekitar Makkah sehingga merosakkan kenderaan dan kediaman penduduk. -AP



.

Status sebenar juara Akademi Fantasia 2014, Firman..sudah kahwin dan punya anak?



Status sebenar juara Akademi Fantasia 2014, Firman..sudah kahwin dan punya anak? | Belum sampai dua minggu Mohd. Firman Bansir yang lebih popular dengan panggilan Firman bergelar juara program Akademi Fantasia 2014 (AF 2014), penyanyi kelahiran Sabah itu sudah dipalit dengan kontroversi apabila didakwa sudah berkahwin dan mempunyai anak. Bagaimanapun, Firman yang kini popular dengan lagu Di Pintu Mu menafikan sekeras kerasnya dakwaan tersebut yang mula hangat diperkatakan peminat sejak semalam di laman sosial. “Belum, belum. Saya belum berkahwin atau pernah berkahwin. Apa lagi mempunyai anak. Saya masih bujang,” katanya sambil ketawa. -Kosmo




.

Pembuli Jalan Raya Ditahan Kurang 24 Jam Selepas Kejadian



Pembuli Jalan Raya Ditahan Kurang 24 Jam Selepas Kejadian  | Pembuli jalan raya yang didakwa mengganggu dan merosakkan kereta seorang wanita di Jalan Subang Jaya USJ - Shah Alam dilaporkan telah ditahan polis, kurang 24 jam selepas kejadian itu. Facebook 'Friends of BN' telah berkongsi imej pembuli yang melakukan perbuatan tersebut dan memuji polis yang bertindak pantas. "Lelaki yang telah membuli dan merosakkan kereta seorang wanita semalam (Isnin) telah ditahan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM). Tahniah PDRM kerana tindakan yang cepat," menurut posting di Facebook itu, Selasa.

 'Posting' tersebut mendorong pengguna Facebook memuji PDRM kerana mengikuti perkembangan isu yang dikongsi di media sosial. Identiti pembuli jalan raya itu tidak jelas kecuali fakta bahawa dia menetap di Subang Jaya dan memandu kenderaan utiliti sukan (SUV). Gambar kejadian itu pertama kali dimuat naik pada pagi Isnin oleh mangsa, Alisia Thean, di laman Facebooknya. "Bertemu dengan pembuli jalan raya ketika dalam perjalanan ke tempat kerja hari ini. Dia mengetuk tingkap saya, bertanya kepada saya apa yang saya mahu, meludah di cermin, merosakkan 'wiper' dan melipat cermin sisi kereta saya," tulisnya.

Thean berkata, dia sedang memandu ke tempat kerja dan telah membunyikan hon kepada pemandu SUV itu kerana sering menukar lorong, apabila dia tiba-tiba memberhentikan kereta di tepi jalan dan berjalan menuju ke keretanya. Sebanyak 15 gambar yang kemudiannya dimuat naik menunjukkan seorang lelaki pertengahan umur keluar dari kenderaannya dan berjalan menuju ke kereta wanita itu sebelum merosakkan pengelap cermin dan meludah di bahagian cermin hadapan kereta. Wanita itu kemudian membuat laporan polis selepas komen-komen mendesak supaya dia berbuat demikian. Lelaki itu telah ditahan polis di kediamannya sekitar tengah malam pada hari yang sama. -Mstar




.

Misteri bau busuk di flat rupanya berpunca dari mayat wanita


Misteri bau busuk di flat rupanya berpunca dari mayat wanita | Mayat seorang wanita berusia 70 tahun ditemui dalam keadaan berbau busuk di dalam rumah di Flat Medan Tengku, Jelutong, 8 malam tadi. Jurucakap polis berkata, mayat Koay Saw Khoon ditemui tanpa pakaian di dalam bilik berhampiran katil dalam keadaan kembung dan berbau busuk. Beliau berkata, warga emas itu dipercayai sudah meninggal dunia sejak beberapa hari lalu berikutan beberapa jiran tidak melihatnya yang sering keluar rumah setiap pagi untuk bermesra dengan penduduk setempat.

 "Penemuan mayat wanita itu akhirnya menjawab segala persoalan mengenai bau busuk di kawasan kejiranan itu dan mayatnya dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat. "Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR) dan punca kematian masih disiasat sama ada disebabkan penyakit tua atau masalah lain," katanya. -Metro




.

Tiga beranak maut dalam kemalangan Perodua 
Alza bertembung treler



Tiga beranak maut dalam kemalangan Perodua 
Alza bertembung treler | Hasrat tiga beranak untuk melawat ahli keluarga yang kemalangan tidak kesampaian apabila mereka maut selepas Pero­dua Alza yang dinaiki bertembung dengan sebuah treler dalam kejadian di Kilometer 6, Jalan Bandar Al Muktafi Billah Shah (AMBS)-Pasir Raja, di sini pagi semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu, mereka yang maut ialah Ibrahim Salim, 67, dan dua anaknya iaitu Rizal Zhafri, 22, dan Suliana, 28. Difahamkan, kesemua mangsa dalam perjalanan dari Kampung Pasir Raja untuk melawat seorang lagi anak Ibrahim iaitu Mohd. Fikri, 20, yang terlibat dengan kemalangan berasingan di Paka sejam sebelum itu iaitu kira-kira pukul 8 pagi.

Menurut Ketua Polis Daerah Dungun, Supritendan Ahmad Zai­lani Yaacub, kemalangan dipercayai berlaku apabila kenderaan dinaiki keluarga terbabit terbabas ke sebe­lah kanan jalan selepas melalui satu selekoh sebelum bertembung de­ngan treler yang datang dari arah bertentangan. “Semua mangsa yang mengalami cedera parah di bahagian kepala, dada, tangan dan kaki meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu lori tersebut pula dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya di sini hari ini. Tujuh anggota bomba dari Ba­lai Bomba dan Penyelamat AMBS bergegas ke tempat kejadian sebaik sahaja menerima panggilan kira-kira pukul 9.15 pagi bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Dalam pada itu, seorang lagi anak mangsa, Rashdan Ibrahim, 27, ketika ditemui berkata, dia menerima pesanan daripada arwah kakaknya yang memaklumkan adik mereka, Mohd. Fikri, 21, terlibat dalam kemalangan di Paka dan bergegas untuk turut sama ke tempat kejadian. “Namun, belum sampai ke tempat kejadian, saya menerima berita ayah bersama dua adik-beradik saya pula terbabit dalam kemalangan ketika dalam perjalanan untuk melihat adik,” katanya. Dia yang tinggal di Kampung Kuala Abang Dungun memberitahu, kesedihan akibat kehilangan ibu tercinta, Zaharah Yahaya, 58, tiga bulan lalu masih belum berakhir dan kini dia kehilangan ayah serta dua adik beradiknya pula dalam sekelip mata.

“Saya sangat sedih dengan kematian kesemua ahli keluarga saya dan kini saya dan Mohd. Fikri menjadi yatim piatu,” katanya yang memberitahu kali terakhir dia ke Kampung Pasir Raja ialah pada Khamis lalu untuk membawa ayahnya ke Dungun bagi menikmati makan tengah hari di sebuah kedai makan di situ. Sementara itu, Ahli Dewan Unda­ngan Negeri (ADUN), Bukit Besi, Ros­lee Daud memberitahu, arwah Ibrahim merupakan seorang yang peramah dengan penduduk kampung. “Arwah suka berseloroh bersama penduduk kampung dan mudah mesra dengan orang ramai dan dia juga sangat disenangi ramai. “Saya juga ada menelefon arwah dua hari lepas bertanyakan khabar selepas dia kehilangan isteri kira-kira tiga bulan lalu,” katanya yang mengakui telah lama mengenali Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Abang Him Pasir Raja itu. -Utusan




.

Lagi kilang dan premis membuat roti ditutup kerana kotor



Lagi kilang dan premis membuat roti ditutup kerana kotor  | Enam kilang dan premis membuat roti diarahkan ditutup selama 14 hari selepas gagal melakukan kerja pembersihan dan keselamatan pengendalian makanan yang memuaskan dalam Ops Premis Bersih Kali 19/2014 yang dilakukan secara serentak di seluruh negeri, semalam. Dalam operasi bermula dari jam 9 pagi hingga 1 petang itu, operasi berkenaan, 26 kilang dan bakeri diperiksa ialah dua di daerah Timur Laut, lapan (Barat Daya), empat (Seberang Perai Utara), enam (Seberang Perai Tengah) dan enam di Seberang Perai Selatan membabitkan lokasi di Air Itam, Jalan Datuk Keramat, Bayan Baru, Sungai Ara, Butterworth, Kepala Batas, Nibong Tebal, Sungai Bakap, Bukit Mertajam dan Sungai Rambai.

Timbalan Pengarah Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Jabatan Kesihatan negeri Ku Nafishah Ku Ariffin berkata, operasi itu membabitkan 93 pegawai dan anggota Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Jabatan Kesihatan negeri selain dibantu pegawai dan anggota Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). "Daripada 26 premis yang diperiksa, enam diarahkan ditutup selama 14 hari selepas gagal mematuhi aspek kebersihan dan keselamatan pengendalian makanan termasuk penemuan najis tikus, lipas dan lalat serta kawasan memproses roti yang kotor dan menjijikkan. "Ada sesetengahnya membiarkan makanan terdedah dan diletakkan berhampiran tong sampah yang tidak ditutup manakala adunan tepung yang siap diproses diletakkan berhampiran tandas tidak ditutup dan diselenggarakan dengan sempurna," katanya. -Metro



.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!