Friday, December 12, 2014

Anggota Polis Tembak Kepala Sendiri.. Kerana Cemburu?



Anggota Polis Tembak Kepala Sendiri.. Kerana Cemburu? | Tertekan dengan masalah rumah tangga, seorang anggota polis bertindak membunuh diri dengan menembak kepalanya menggunakan pistol dalam kejadian di perumahan polis di Ibu Pejabat Polis Labuan, malam tadi. Dalam kejadian 11.55 malam itu, mangsa Lans Koperal Mohd Sobri Abd Rahman, 29, ditemui mati oleh isterinya di rumah mereka. Ketua Polis Labuan Superintendan Adzhar Othman berkata, siasatan awal punca kejadian dipercayai masalah rumah tangga berkaitan cemburu namun siasatan lanjut masih dijalankan.

"Sebaik sahaja dimaklumkan mengenai kejadian itu, saya bergegas ke lokasi kejadian dan mangsa disahkan sudah meninggal dunia. "Ketika kejadian berlaku isteri mangsa berada di dalam bilik dan hanya menyedari apabila terdengar bunyi kuat akibat tembakan," katanya ketika dihubungi. Difahamkan, jenazah mangsa diterbangkan ke rumah keluarganya di Gerik, Perak selepas bedah siasat.




.

7 Gambar dan kisah lengkap.. Pesawat Air Asia patah balik berikutan tindakan ganas penumpang ke atas pramugari



Kisah lengkap.. Pesawat Air Asia patah balik berikutan tindakan ganas penumpang ke atas pramugari | Sebuah pesawat Air Asia hari ini terpaksa berpatah balik ke lapangan terbang Don Mueang berikutan tindakan ganas dari dua orang penumpang pesawat yang dalam separuh jalan ke Nanjing, China.


Menurut laporan dari seorang pengguna Weibo yang berada di dalam penerbangan tersebut, pesawat terpaksa berpatah balik selepas satu pasangan China mengasari seorang pramugari dan mengancam untuk melompat keluar dari kapal terbang.


Pengguna itu juga menceritakan kejadian bermula dengan seorang wanita berusia 20 tahun dari Nanjing, yang duduk berasingan dari teman lelakinya, mencurahkan air panas kepada seorang pramugari yang menghantar mee segera untuk wanita tersebut.


Lebih memburukkan keadaan, teman lelaki wanita berkenaan mengancam untuk membunuh diri dengan melompat keluar dari pesawat.


Menurut laporan dari BangkokPost, kejadian berpunca kerana pasangan itu tidak berpuas hati kerana mereka diletakkan ditempat duduk berasingan dalam pesawat.


Pesawat itu terpaksa berpatah balik ke Don Mueang dimana polis menunggu untuk menahan kedua-dua mereka. Bagaimanapun, kedua-duanya tidak mahu keluar dari pesawat tersebut. Mereka akhirnya dikeluarkan dari pesawat tersebut secara paksaan.


Gambar kejadian telah dirakamkan oleh penumpang pesawat lain yang dikongsikan di laman web weibo. -AP




.

Saat menikmati mi yang enak sambil berjalan, menjadikan mimpi ngeri kepada budak ini apabila..



Saat menikmati mi yang enak sambil berjalan, menjadikan mimpi ngeri kepada budak ini apabila.. | Seorang budak lelaki berusia 12 tahun terpaksa menanggung kesakitan akibat tercucuk penyepit makanan pada lehernya ketika sedang menikmati mi sambil berjalan. Jun Chia sebelum itu keluar dari kawasan sekolahnya untuk membungkus makanan kerana lapar dan menikmatinya sambil berjalan untuk pulang ke kelasnya. Bagaimanapun, dalam keadaan kelam kabut itu dia dilanggar bapa rakannya yang menggunakan skuter elektrik menyebabkan Jun Chia terjatuh, manakala penyepit yang dipegang tercucuk pada lehernya.

 Seorang kakitangan sekolah di Wilayah Hubei di sini segera menghubungi ambulans untuk membawa budak lelaki itu ke hospital. Pemeriksaan di hospital menunjukkan sesuatu yang mengejutkan, kedudukan penyepit itu bagaimanapun tidak mengakibatkan kerosakan pada sebarang organ dalaman Jun Chia. Pegawai perubatan Zhou Jen memberitahu media tempatan: "Kami lakukan imbasan CT dan mendapati penyepit itu tidak mengenai trakea, esofagus atau pembuluh darah utamanya.


"Budak lelaki itu memang bernasib baik dan kami juga berjaya melakukan pembedahan untuk mengeluarkan penyepit itu." Beliau menambah, keadaan penyepit yang diperbuat daripada keluli bukannya kayu menyebabkan ada kebimbangan berlaku jangkitan. Selesai pembedahan itu, budak lelaki itu diletakkan dalam pemerhatian dan dijangka dibenarkan pulang hujung minggu ini. -AP




.

Lelaki dermawan yang sangat-sangat gilakan publisiti



Lelaki dermawan yang sangat-sangat gilakan publisiti  | Dermawan bilionair Chen Guangbiao yang menggelar dirinya orang paling berpengaruh di China, kini berusaha mendapat gelaran baru - kali ini dalam Rekod Dunia Guinness. Menurut akhbar China Daily, pada asasnya Chen mahu mendapat balasan terhadap semua sumbangan. Menurut bilionaire itu, dia memiliki 4,000 sijil dan 30 sepanduk sutera sebagai mengiktiraf sumbangannya dan mahu anugerah dari Rekod Dunia Guiness pula bagi membuktikannya.

“Jika anda mahu saya memilih antara 100 juta yuan (RM56 juta) dan sijil penghormatan, saya memilih sijil. Saya sukakan penghormatan, melihatnya sebagai kehidupan saya,” katanya. Taikun kitar semula itu awal tahun ini menganjurkan acara kebajikan besar-besarn di New York dan berjanji untuk memberikan wang tunai AS$300 (RM1,050) kepada 1,000 orang gelandangan. Bagaimanapun, janjinya itu tidak ditunaikan.-AP




.

Ditembak mati hanya kerana lewat melaungkan azan



Ditembak mati hanya kerana lewat melaungkan azan | Seorang bilal menembak dua pekerja asing di sini, menyebabkan seorang mati dan seorang lagi cedera. Kejadian berlaku jam 3.30 petang ketika solat Asar di masjid di Ortawwiyah di daerah Majmaah, 30 kilometer dari pusat bandar Riyadh. Ketika polis tiba di tempat kejadian selepas mendapat panggilan daripada orang awam, mereka menemui mayat warga Bangladesh, Mohammed Rafiq Tajul Islam, 32, berlumuran darah. Seorang lagi pekerja warga India yang terselamat, di hantar ke hospital. Menurut sumber, warga Bangladesh itu kebiasaannya akan melaungkan azan bagi pihak bilal itu setiap kali masuk waktu solat.

Tetapi pada hari kejadian dia gagal melakukan tugas itu tepat pada waktunya, menyebabkan bilal berkenaan berang. Kaunselor buruh kedutaan Bangladesh, Moohamed Alam Sar- war memberitahu wartawan, si mati bekerja di masjid berkenaan sejak beberapa bulan lalu. Sementara itu, polis menangkap bilal berkenaan yang dikatakan pesakit jiwa di sebuah hospital berhampiran. Bagaimanapun, siasatan masih diteruskan. - Agensi




.

Ini kisah penduduk sebuah kampung yang rela membahayakan nyawa demi kelangsungan hidup mereka


Ini kisah penduduk sebuah kampung yang rela membahayakan nyawa demi kelangsungan hidup mereka | PENDUDUK di sebuah perkampungan di China menggunakan sebuah 'kereta kabel' yang agak usang untuk membawa semua dari manusia hingga ke barang bekalan, merentasi satu kilometer setiap hari. Keadaan itu mungkin kelihatan hanya menempa maut, tetapi itulah yang berlaku dalam kehidupan penduduk Yushan di daerah Heng, di wilayah Hubei, China.



Tanpa kemudahan kereta kebal itu, mereka terpaksa melalui perjalanan selama lebih sehari setiap kali mahu meninggalkan perkampungan di kawasan pergunungan. Kampung Yushan telah lama didiami sejak beratus tahun dahulu. Mereka jarang sekali perlu keluar di 'dunia luar' melainkan membeli kelengkapan dan bekalan lain, dan tinggal dalam kelompok mereka sahaja. Bagaimanapun, dunia moden telah mengubah segalanya apabila kanak-kanak diberitahu bahawa mereka perlu pergi ke sekolah, dan kebanyakan barangan yang perlu digunakan termasuk televisyen, telefon bimbit dan komputer.


Segelintir penduduk mahu bekerja di luar perkampungan itu tetapi adalah mustahil memandangkan perjalanan untuk merentasi lembah mengambil masa sehari selain perjalanan yang curam dan berbahaya. Keadaan itu diselamatkan oleh satu kemudahan yang diinspirasikan daripada kereta kabel gunung Alps.


Seorang penduduk yang sudah lama menetap di Yushan, Xiong Sun, 79, berkata: "Kami berasa bangga kerana kemudahan ini telah digunakan tanpa masalah selama hampir dua dekad. Ini bermakna kehidupan boleh diteruskan sebagaimana kampung-kampung lain walaupun hakikatnya Yushan terletak di kawasan yang hanya didatangi burung-burung helang. Mereka dapat membeli kabel terpakai dari sebuah resort percutian ski di Eropah dan membuat sambungan dengan kereta kebal buatan sendiri. Perjalanannya hanya mengambil beberapa minit, bagi membolehkan kanak-kanak pergi ke sekolah dan orang dewasa ke tempat kerja. - mirror



.

Penyanyi, Avril Lavigne menghilang sejak September kerana dikatakan punya penyakit misteri



Penyanyi, Avril Lavigne menghilang sejak September kerana dikatakan punya penyakit misteri | Penyanyi, Avril Lavigne yang menghilangkan diri daripada umum sejak September lalu dilapor menghadapi masalah kesihatan yang tidak dinyatakan menerusi satu mesej laman web, Twitternya, baru-baru ini. Laman web, mirror.co.uk memetik Lavigne sebagai memaklumkan, dia berasa teruk kerana tidak mampu memberitahu para peminatnya mengapa dia tiba-tiba menghilangkan diri. “Saya tidak sihat. Saya memohon agar peminat mendoakan saya,” katanya.

 Penyanyi lagu Complicated itu turut mengucapkan terima kasih kepada peminat yang menyokongnya walaupun dia masih belum mengulas atau mengesahkan tentang kesahihan berita tersebut. Lavigne yang juga isteri kepada bintang rock, Chad Kroeger sebelum ini dilapor mengalami masalah dalam kehidupan rumah tangganya. Kroeger menafikan khabar tersebut dan pada masa sama mengakui, keluarganya turut berasa bimbang dengan spekulasi hubungannya dengan Lavigne. -AP




.

Lelaki dicampak dari bumbung bangunan sebelum direjam hingga mati kerana dia seorang gay



 Lelaki dicampak dari bumbung bangunan sebelum direjam hingga mati kerana dia seorang gay | Anggota kumpulan Negara Islam (IS) didakwa membunuh seorang lelaki dengan mencampaknya dari atas bangunan sebelum direjam sehingga mati kerana dia seorang gay. Melalui gambar dimuat naik di laman sesawang pertubuhan berkenaan, sekumpulan lelaki bersenjata dilihat berdiri di atas bumbung bangunan bersama lelaki terbabit yang didakwa disabitkan kesalahan oleh mahkamah. Kejadian itu didakwa berlaku di wilayah al-Furat, utara Iraq.

Satu daripada gambar itu menunjukkan mayat lelaki terbabit terkapar berhampiran batu bata bertaburan, dipercayai digunakan untuk merejamnya. Melalui laporan Daily Mail, sebelum dijatuhi hukuman itu ‘pegawai mahkamah’ membacakan ‘penghakiman’ yang dibuat oleh mahkamah syariah. Ketetapan itu menyatakan, tertuduh dihukum mati dengan dicampak dari tempat paling tinggi di bandar berkenaan kerana mengamalkan seks songsang.

“Kamu juga mesti direjam sehingga mati,” katanya. IS didakwa menggunakan kaedah sama untuk menghukum mati ‘pesalah’ dalam sekurang-kurangnya tiga kejadian berasingan dalam tempoh kurang dari sebulan. Satu daripadanya membabitkan seorang pemuda berusia 20 tahun yang didakwa memiliki gambar homoseksual di dalam telefon bimbitnya di Syria bulan lalu. -AP




.

Luahan hati remaja berusia 15 tahun yang mengaku ketagih dengan najis dadah



Luahan hati remaja berusia 15 tahun yang mengaku ketagih dengan najis dadah | Pada usia muda seawal 15 tahun dia sepatutnya memanfaatkan masa dengan belajar serta melakukan aktiviti sihat, namun amat menyedihkan apabila memilih untuk bergelumang dengan najis dadah. Remaja itu seorang daripada 68 penagih dadah yang ditahan dalam operasi oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di Sentul dan Kepong, semalam. Ketika ditanya, tekanan perasaan dan konflik keluarga di rumah dijadikan alasan menyebabkan dia berjinak-jinak dengan dadah jenis ganja.

Remaja itu berkata, dia mula mencuba ganja pada usia 14 tahun daripada seorang rakan dan akhirnya membuatkan dia hanyut dan terus menjadi hamba kepada najis itu. "Saya beli (ganja) dari rakan untuk hilangkan tekanan. Duduk rumah tak aman. Saya selalu tidur rumah kawan dan itu yang menyebabkan saya belajar mencuba ganja," katanya. -Metro




.

Penemuan mengejutkan objek berupa janin didalam tandas sebuah pasar raya..



Penemuan mengejutkan objek berupa janin didalam tandas sebuah pasar raya.. | Satu objek seakan janin ditemui di lantai tandas pasar raya di Bachang, di sini, malam kelmarin. Kejadian jam 8.30 malam itu disedari seorang pembantu jualan kedai minyak wangi Norhaslia Hafian, 19, sebelum memaklumkan kepada rakannya Fauziah Ismail, 34, untuk mengetahui sama ada objek itu janin atau sebaliknya. Mereka memberitahu perkara itu kepada pengawal keselamatan pasar raya sebelum menghubungi polis.

Menurut Norhaslia, ketika berada di dalam tandas, dia terdengar pintu tandas di sebelah kanannya dihempas kuat, namun tidak mengesyaki apa-apa. "Selepas keluar dari tandas, saya ternampak objek seakan-akan janin itu berada di lantai. Ini adalah pengalaman pertama saya berdepan dengan situasi begini menyebabkan saya panik dan tidak tahu hendak buat apa sebelum memanggil rakan," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini, malam kelmarin. -Metro




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!