Wednesday, December 17, 2014

Berita baik buat peminat novel seram tulisan Ramlee Awang Murshid, Tombiruo: Penunggu Rimba ke layar perak


Berita baik buat peminat novel seram tulisan Ramlee Awang Murshid, Tombiruo: Penunggu Rimba ke layar perak | Jika sebelum ini banyak novel popular terbitan Kumpulan Media Karangkraf dijadikan filem atau drama oleh penerbit luar, kali ini mereka mengorak langkah menjadi penerbit bersama menerbitkan sebuah novel popular Tombiruo: Penunggu Rimba ke layar perak. Novel tersebut ditulis oleh novelis thriller nombor satu Malaysia, Ramlee Awang Murshid, dijangka menemui penonton pada pertengahan tahun hadapan. Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Media Karangkraf, Syamil Fahim Mohamed Fahim berkata, percubaan ini adalah sebagai langkah mula untuk menambah satu lagi cabang dalam bidang seni iaitu penerbitan filem.

“Walaupun Karangkraf tidak terlibat secara menyeluruh, namun kerjasama ini dianggap sebagai permulaan untuk kami mengembangkan lagi empayar Karangkraf. Umum mengetahui, Karangkraf terkenal dengan penerbitan majalah, buku, novel dan akhbar sehinggalah beberapa novel seperti Ombak Rindu, Adam & Hawa, Setia Hujung Nyawa dan yang terbaharu Suamiku En Sotong dan Manisnya Cinta di Cappadocia diadaptasi ke layar perak dan drama televisyen. “Jadi, kali ini kami cuba memainkan peranan berbeza. Kami berharap jalinan kerjasama ini akan menjadi satu pelaburan lumayan selain hasil filem ini dapat dimanfaatkan masyarakat,” katanya dalam sidang media pra pelancaran filem itu Auditorium Muhammad V, di sini, semalam.

Katanya, pemilihan karya Ramlee Awang Murshid berdasarkan populariti dan keunikan yang ada pada novel berkenaan. “Kami mencari kelainan dalam penerbitan filem. Kita dapati, karya Ramlee lain daripada kisah cinta selain novelnya antara paling laris. Kita yakin, apabila novelnya mendapat tempat di hati pembaca, mudah-mudahan filem juga begitu,” katanya. Sementara itu, Ramlee ketika ditemui berkata, pemilihan novel Tombiruo: Penunggu Rimba merupakan kejayaan terawalnya.


“Ia begitu dekat dengan jiwa saya. Tombiruo bermaksud hantu dalam bahasa Kadazan Dusun. Sejak dahulu lagi saya mahu karya ini difilemkan dan tidak sangka Karangkraf dan Ideate Media menjadikan ia satu realiti. “Saya memang suka buat novel triller, lain daripada kebiasaan. Ia berkisarkan seorang lelaki yang membesar di hutan setelah dibuang keluarga pada waktu kecilnya kerana dianggap membawa sial. Jadi, saya harap filem ini akan dapat diterima terutama pengikut novel saya,” katanya. Filem ini mendapat kerjasama antara syarikat penerbitan milik Ramlee, Layar Sunan dan Kumpulan Media Karangkraf, diarahkan sutradara, Nasir Jani.

Selaku pengarah, Nasir tidak menjanjikan kehebatan dalam filemnya, namun mengakui bersedia untuk memikul tanggungjawab yang besar dalam mengadaptasi karya tersebut. “InsyaALLAH, filem ini akan menjadi visual terbaik dalam penceritaan yang ada dalam novel itu sendiri. Sebagai pengarah, saya akan cuba yang terbaik,” ujarnya. Penyanyi Datuk M Nasir, Ito Blues Gang, Mohd Supyan Abd Rahman atau lebih dikenali sebagai Pyan Habib dan Ketua Pegawai Operasi Indeate Media, Zainir Aminullah turut hadir pada sidang media tersebut.




.

Ini reaksi Jurulatih Malaysia, Dollah Salleh selepas pasukannya tewas 2-0 dengan Thailand



Ini reaksi Jurulatih Malaysia, Dollah Salleh selepas pasukannya tewas 2-0 dengan Thailand | Perjuangan belum berakhir. Harimau Malaya masih mempunyai 90 minit untuk merubah nasib mereka apabila menerima kunjungan Thailand dalam final kedua Piala AFF di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu ini, tegas jurulatih Malaysia, Dollah Salleh selepas melihat pasukannya tewas 2-0 di Stadium Rajamangala di sini, sebentar tadi. “Kita tidak bermain sebaik ketika menentang Vietnam (separuh akhir kedua) di Hanoi, sedangkan Thailand menunjukkan permainan yang memang sudah kita jangkakan.


“Bahagian pertahanan juga agak goyah malam ini, terutama menerusi kesilapan yang dilakukan pada minit ke-72 (Thailand dihadiahkan sepakan penalti kerana Mohd. Fadhli Shas mengkasari lawan). “Namun dalam bola sepak apa saja boleh berlaku. Kita tewas 2-0 hari ini tetapi kita masih boleh bangkit dan merubah kedudukan apabila beraksi di depan penyokong sendiri. “Saya percaya, pemain kami akan tampil dengan aksi lebih baik apabila menerima kunjungan Thailand di Stadium Nasional, Bukit Jalil,” ujar Dollah. Malaysia beraksi bersama misi mencari kejuaraan Piala AFF buat kali kedua selepas muncul juara pada 2010, manakala Thailand pula bakal hadir dengan reputasi selaku juara tiga kali. - Utusan




.

Orang awam di Kuching gempar asap hitam berkepul di Lapangan terbang Kuching.. Ini rupanya yang terjadi..



Orang awam di Kuching gempar asap hitam berkepul di Lapangan terbang Kuching.. Ini rupanya yang terjadi.. | Orang awam di Kuching hari ini berhampiran Kuching international airport gempar pagi tadi berikutan melihat asap berkepul-kepul di udara.


Rentetan itu telah tersebar khususnya dilaman sosial konon-kononnya sebuah kapal terbang jatuh terbakar.


Namun setelah disiasat rupa-rupanya ia adalah latihan bencana kemalangan kapal terbang di kuching international airport-full scale exercise 2014.


Latihan ini dikelolakan 2 tahun sekali oleh aiport fire and rescue services (AFRS) Kuching. Melibatkan pelbagai agensi kecemasan. -KMS






.

Gambar Perodua MyVi Terbaru Bocor Di Internet



Gambar Perodua MyVi Terbaru Bocor Di Internet | Gambar kereta perodua Myvi baru 2015 new facelift kini tersebar luas di laman sosial. Menerusi laman sosial, tersebarnya foto rekaan terbaharu Perodua Myvi ini dijangka akan memasuki pasaran tempatan pada tahun 2015.


Daripada foto yang tersebar, rekaan model Myvi 2015 dibahagian hadapan nampak lebih garang daripada rekaan Myvi yang terdahulu. Selepas gambar Myvi baru ini tersebar, ramai yang tertanya-tanya berapa agaknya harga yang bakal Perodua tawarkan.. Jom kita sama-sama nantikan kemunculannya.




.

Wanita dikurung sejak setahun yang lalu sehingga sebahagian badannya reput dan membusuk



Wanita dikurung sejak setahun yang lalu sehingga sebahagian badannya reput dan membusuk | Seorang wanita yang menghadapi masalah mental mengurung anak perempuannya dalam bangsal sepanjang tahun, menyebabkan sebahagian tubuh mangsa reput. Aneta Pokorskia, 25, yang cacat ditemui seorang anggota keluarganya baru-baru ini dalam keadaan daging pinggul dan sebahagian pahanya membusuk.


Mangsa dikatakan berdepan dengan masalah kekurangan zat dan cecair dalam tubuh di samping berkutu dan mengalami luka beku. Anggota keluarga yang lain sebelum ini diberitahu ibu mangsa, Maria Pokorskia, 53, anaknya diambil oleh pekerja kebajikan masyarakat setahun lalu. Bagaimanapun, saudara maranya tidak yakin selepas tidak melihat atau mengetahui lokasi mangsa sepanjang tempoh itu. -AP



.

2 maut dalam kemalangan ngeri di Jalan Bulatan Sigah, Donggongon, Sabah



2 maut dalam kemalangan ngeri di Jalan Bulatan Sigah, Donggongon, Sabah |  Sepasang warga emas maut dalam kemalangan membabitkan empat buah kenderaan tengah hari tadi. Pemangku Ketua Polis Daerah, DSP Azmir Abdul Razak berkata kemalangan itu berlaku kira-kira jam 11.45 pagi di Bulatan Sigah di Donggongon yang membabitkan dua buah motosikal, sebuah treler dan kenderaan pacuan empat roda. Treler itu, katanya, sedang berada di pusingan bulatan menuju ke Tambunan dari arah Penampang Bypass, manakala motosikal yang ditunggang oleh Bunsilak Anastasius Sinto, 69, dan isterinya Tilis Bibiana Jikoni, 65, dan sebuah lagi motosikal ditunggang oleh Wan Mohd Faizal Wan Alias, 33, sedang berhenti di pusingan bulatan itu menuju ke arah Towering.

“Sebuah kenderaan Mitsubishi Pajero yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 80 tahun yang berada di belakang mermepuh kedua-dua motosikal itu dari belakang membuatkan penunggang dan pemboncengnya terhumban ke bawah sebelah kiri treler. “Bibiana terhumban di bawah tayar treler dan diheret beberapa meter,” katanya dalam satu kenyataan. Menurut Azmir, kedua-dua mangsa, Bibiana dan Anastasius mati serta merta di tempat kejadian manakala Mohd Faizal mengalami cedera ringan. Beliau berkata pemandu treler berusia 54 tahun dan pemandu Pajero itu tidak mengalami apa -apa kecederaan.

Mayat kedua-dua mangsa telah di bawah ke Queen Elizabeth Hospital untuk bedah siasat. “Contoh darah kedua-dua pemandu dan mangsa (Anastasius) telah diambil untuk dianalisis,” kata Azmir.Kemalangan itu membuatkan kesesakan jalan raya yang teruk dan menarik perhatian ramai orang untuk menyaksikannya. Seorang lelaki yang berada di tempat kejadian, Dennelton Jepra, 22, yang sedang dalam perjalanan ke tempat kerjanya berkata, kemalangan itu amat mengerikan. “Pelbagai anggota bercerai berai dan berselerak di jalan raya, saya masih tidak dapat makan bila mengingatkan kejadian itu dan baunya,” katanya.



.

Lelaki nekad jadikan teman wanita tebusan dan ugut mahu membunuhnya guna pisau pemotong daging



Lelaki nekad jadikan teman wanita tebusan dan ugut mahu membunuhnya guna pisau pemotong daging | SEORANG lelaki bertindak menjadikan teman wanitanya sebagai tebusan dan mengugut mahu membunuhnya menggunakan pisau pemotong daging. Insiden berlaku di bandar Huizhou di selatan China ketika polis menyerbu rumah lelaki tersebut. Sebelum ini, pihak berkuasa memburu suspek dikenali sebagai Zheng Mengjie, 26, selepas mahkamah mengeluarkan waran tangkap terhadapnya atas pelbagai kesalahan termasuk mencuri. Jurucakap polis, Wen Tsou berkata, pada awalnya mereka hanya mahu membawa suspek ke balai untuk disoal siasat namun situasi menjadi tegang apabila dia enggan bekerjasama.


"Kami mengetuk pintu rumahnya beberapa kali, tapi dia enggan membukanya. Kami tiada pilihan lain selain memecah masuk. "Sebaik sahaja melangkah masuk, dia sudah mengacukan pisau pemotong daging ke leher kekasihnya," katanya. Tsou berkata, mereka cuba memujuk suspek tetapi tidak berjaya dan apabila melihat leher tebusan wanita berdarah, polis terpaksa melepaskan tembakan tepat ke dada suspek. Suspek bernasib baik kerana masih hidup dan sebaik sahaja pulih, dia akan didakwa atas kesalahan cubaan membunuh, kata Tsou. - Mirror




.

Punca perkahwinan dua ekor monyet diadakan



Punca perkahwinan dua ekor monyet diadakan | SEORANG lelaki di daerah Bettiah dalam negeri Bihar di India mengahwinkan dua ekor monyet peliharaannya dalam sebuah majlis perkahwinan besar-besaran selepas mendapati ia saling menyukai antara satu sama lain. Udesh Mohto, turut membawa ‘pasangan’ itu berarak menaiki sebuah kenderaan SUV yang dihiasi bunga dan kumpulan muzik di sekitar kampung sebagai memberitahu bahawa dua ekor monyet itu telah berkahwin.


Ramdulari, monyet betina dipakaikan gaun manakala Ramu, monyet jantan dipakaikan T-shirt dan dikahwinkan sami Hindu tempatan. “Ramu sudah saya anggap seperti anak sendiri. Apabila saya sedar ia sukakan satu sama lain, saya adakan majlis perkahwinan ini khas untuknya,”katanya. Mahto, membeli Ramu, 13, dari Nepal sebelum membeli Ramdulari di sebuah pesta di kampungnya. – Mirror




.

Jiran ganas dan melampau, datangkan masalah pada penduduk lain



Jiran ganas dan melampau, datangkan masalah pada penduduk lain | Wanita ganas. Itu gambaran terhadap tindakan seorang suri rumah berusia 46 tahun yang gemar menyimbah cat pada kereta, membuang daging babi serta memecahkan lampu dan pasu milik jiran berhampiran kediamannya. Wanita terbabit didakwa kerap mencetuskan masalah dan ketegangan terhadap jirannya di kawasan kediaman berhampiran Seksyen 5, Wangsa Maju di sini sejak beberapa bulan lalu. Difahamkan lapan laporan polis sudah dibuat terhadap sikap panas baran wanita itu yang turut pernah menghalau suaminya dari rumah.

Pemangku Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Deputi Superintendan A Asmadi Abdul Aziz berkata, wanita terbabit kerap melakukan perbuatan itu ketika jirannya keluar bekerja atau tiada di rumah. “Terbaru jam 9 pagi semalam, suspek menyimbah cat pada kereta Perodua Myvi milik anak jirannya yang diletakkan di pekarangan rumah. “Tindakan itu bagaimanapun sempat dirakam seorang jiran lain sebelum diserahkan kepada pihak polis,” katanya.

Anggota polis yang datang ke rumah suspek turut mengugut pihak berkuasa sambil memegang bahan mudah terbakar, namun wanita itu berjaya ditahan atas bantuan abang iparnya. “Suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju untuk siasatan lanjut,” katanya. Beliau berkata, pemeriksaan lanjut mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod psikiatrik, namun jiran suspek mengadu tidak tahan dengan provokasi melampau suspek termasuk membaling daging khinzir ke dapur rumah jiran. -Metro




.

Awas! Syarikat daging halal terkemuka didakwa menipu dan tidak menyembelih mengikut undang-undang islam



Awas! Syarikat daging halal terkemuka didakwa menipu dan tidak menyembelih mengikut undang-undang islam | Sebuah syarikat pembekal daging lembu dari Amerika Syarikat (AS) didakwa atas kesalahan menipu selepas didapati tidak mengikuti piawaian undang-undang Islam dalam proses penyembelihan haiwan. Bagaimanapun, Midamar Corp. yang berpangkalan di sini menafikan dakwaan mereka menjual daging lembu bernilai AS$4.9 juta (RM17.01 juta) kepada pelanggan di Malaysia, Kuwait, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan beberapa buah negara lain tidak mengikuti prosedur halal yang terdapat pada label dan iklan yang dikeluarkan.

 Midamar Corp. dan dua pengarahnya iaitu dua adik-beradik, Jalel dan Yahya Aossey didakwa atas kesalahan bersubahat untuk membuat atau menggunakan kenyataan dan dokumen palsu, menjual jenama daging yang salah serta membuat tuntutan ganti rugi palsu. Turut didakwa adalah sebuah lagi pertubuhan yang diusahakan pasangan adik-beradik berkenaan iaitu Islamic Services of America, salah satu pertubuhan yang mendapat kelulusan untuk mengeksport produk mereka ke Malaysia, Indonesia, Kuwait, Arab Saudi dan UAE.


Defenden didakwa dengan 91 tuduhan lain atas kesalahan membuat kenyataan palsu pada sijil eksport, membuat tuntutan ganti rugi palsu dan pengubahan wang haram. Pasangan adik-beradik itu, yang masing-masing berusia 40 dan 44 tahun mengaku tidak bersalah dan dibebaskan selepas kes mereka disebut di Mahkamah Persekutuan di Cedar Rapids. Peguam bela, Michael Lahammer berkata, Midamar Corp. tetap akan mempertahankan pendirian mereka berdasarkan ‘rekod hebat’ mereka menghantar serta mengimport produk berkualiti selama 40 tahun dan akan menentang setiap dakwaan yang dilemparkan. “Kerajaan tidak mempunyai hak untuk mengawal apa-apa perkara berkaitan agama. Dakwaan terhadap penipuan status halal adalah disebabkan polisi ‘satu saiz untuk semua’ yang diamalkan oleh kerajaan,” jelas Lahammer. – AP




.

Pasangan remaja dirikan rumahtangga jadi viral di laman sosial



Pasangan remaja dirikan rumahtangga jadi viral di laman sosial | Mengejutkan apabila satu pasangan remaja berusia 15 dan 17 tahun mendirikan rumah tangga akhir bulan lalu hingga menjadi 'viral' dan tersebar secara meluas di laman sosial Facebook kebelakangan ini. Difahamkan, pasangan terbabit Muhd Muaz Mislan, 15, dan Nur Izzati Amiera Ishak, 17, dinikahkan pada 30 November lalu selepas mendapat persetujuan keluarga kedua-dua belah pihak.

Muhd Muaz, dalam satu entri di laman sosial Facebook miliknya sehari selepas majlis itu menafikan perkahwinan pada usia muda itu disebabkan mahu menutup perkara negatif sebaliknya atas dasar keluarga. "Asal (apabila) kahwin muda je (saja) mesti orang cakap macam-macam, benda itu Muaz dah sedia awal sebenarnya. "Perkahwinan Muaz bukan atas dasar sebab bunting ke, dia nak mati ke (atau) apa benda semua la (lain-lain hal) tetapi atas dasar keluarga," katanya dalam entri Facebook miliknya, semalam. -Metro



.

Hah Kantoi! Negeri mana yang punya catatan rekod tertinggi buka dan habiskan masa lihat pornografi di Internet



Hah Kantoi! Negeri mana yang punya catatan rekod tertinggi buka dan habiskan masa lihat pornografi di Internet  | Orang-orang dari Pantai Timur Malaysia menghabiskan masa yang paling lama untuk melihat pornografi di internet, sebuah syarikat video dalam talian mengesahkan. Statistik oleh Pornhub mendedahkan bahawa pengguna internet di Kuala Terengganu menghabiskan purata 12 minit dan 58 saat untuk setiap lawatan sama ada untuk mencari atau melihat visual. Warga Malaysia di Kuala Lumpur menduduki tempat kedua, dengan purata 12: 29. Ini diikuti oleh pengguna internet di Kota Bahru dan Miri, yang mencatatkan penerokaan dengan purata 12: 27 seorang, bagi setiap lawatan.

Ini adalah tempoh masa lanjutan yang dilakukan Pornhub secara global bertajuk 'Who Lasts Longest' dengan mengumpul dan memperincikan masa yang digunakan di laman web oleh orang-orang di seluruh dunia. Empat bandar di Malaysia mencatatkan purata penggunaan Pornhub lebih tinggi berbanding Malaysia sendiri (12: 05), yang merupakan antara yang tertinggi di Asean. Filipina (14: 22) mendahului senarai sebagai salah sebuah negara yang mana penggunanya adalah paling tinggi (atau paling lama) di dunia.


Malaysia diikuti oleh Myanmar (10: 54), Indonesia (10: 11), Singapura (9: 50), Brunei (9: 45), Laos (8: 28), Vietnam (8: 24), Thailand (8: 15) dan Kemboja (8: 07). Bercakap kepada The Star, Naib Presiden Pornhub Corey Price berkata sesetengah negara mungkin telah mencatatkan tempoh masa yang lebih lama untuk setiap lawatan kerana mereka telah mencari video yang betul. "Kadang-kadang, proses pemilihan boleh memakan masa, justeru ia tidak menghairankan apabila jumlah pelbagai diperolehi di laman web kami," katanya. -Mstar




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!