Monday, January 26, 2015

Mahkamah perintah Aidil Zafuan bayar nafkah dua anak lelakinya bersama bekas isteri, Rita Rudaini, RM3000 sebulan



Mahkamah perintah Aidil Zafuan bayar nafkah dua anak lelakinya bersama bekas isteri, Rita Rudaini, RM3000 sebulan | Rendah Syariah Subang Bestari, di sini, hari ini, memerintahkan pemain pertahanan skuad Johor Darul Takzim (JDT), Mohd Aidil Zafuan Abd Razak, 28, membayar nafkah dua anak lelakinya sebanyak RM3,000 sebulan. Hakim Syarie Abdul Halim Abu Samah memutuskan demikian selepas meneliti tuntutan dan keterangan serta dokumen yang dikemukan Zafuan dan bekas isterinya, pelakon Rita Rudaini atau Rita Rudaini Mokhtar, 39, di mahkamah.

Abdul Halim juga memerintahkan Aidil Zafuan membayar jumlah itu ke dalam akaun bank milik bekas isterinya itu selewat-lewatnya sebelum 5 haribulan bermula Februari ini. Mahkamah turut memerintahkan kedua-dua pihak membayar kos. Terdahulu, dalam penghakimannya, mahkamah menolak tuntutan Rita, selaku plaintif berkaitan dengan bayaran susu, lampin pakai buang, makan minum serta pengasuh berikutan ia tidak selari dengan dokumen yang dikemukakan kepada mahkamah.

Bagaimanapun, mahkamah mendapati terdapat kewajaran untuk tuntutan perubatan yang dikemukakan plaintif kerana ia adalah keperluan asas walaupun plaintif gagal membuktikan anak-anaknya mendapat rawatan secara konsisten setiap bulan. Mahkamah juga mendapati menjadi kewajaran untuk defendan membayar sewa rumah RM3,000 sebulan untuk rumah yang didiami plaintif dan anak-anaknya kerana tiada tindakan diambil oleh defendan untuk memindahkan mereka daripada rumah itu. -Metro



.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!