Monday, January 26, 2015

Gambar Bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo yang sanggup jadi pengemis kerana peminat



Gambar Bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo yang sanggup jadi pengemis kerana peminat | Bintang bola sepak antarabangsa Cristiano Ronaldo sanggup menyamar sebagai pengemis semata-mata mahu memberikan kejutan buat peminat ciliknya. Cristiano Ronaldo yang memilih untuk menjadi seorang pengemis telah menyarungkan baju yang menampakkan dia sedikit berisi dan juga memakai jambang palsu serta berambut panjang. Sudah pasti penampilannya berbeza dan tidak seorang pun yang mengenali dirinya.

Menurut laporan Mirror.UK, Kapten Portugal itu juga turut mempamerkan aksi bermain bola sebelum memberikan kejutan kepada seorang budak lelaki dengan memberikan sebiji bola yang ditandatanganinya. Kehadiran Ronaldo mula disedari orang ramai apabila dia mula menanggalkan jambang dan juga rambut palsunya itu di hadapan peminat cilik tersebut.


Aksi Ronaldo itu dirakamkan oleh seorang penyanyi terkenal Sepanyol, Juan Pena yang turut berada di tempat kejadian. Peminat yang begitu gembira dengan kehadiran pemain bola sepak kesayangan mereka tidak melepaskan peluang untuk bergambar dan Ronaldo juga begitu sabar melayan karenah mereka. Ronaldo atau lebih dikenali dengan panggilan CR7 sebelum ini cukup terkenal dengan sikap peramah dan sering memberikan kejutan untuk peminat tersayang. -AP




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!