Friday, February 27, 2015

Pekerja binaan maut dan seorang lagi parah selepas dihempap palang besi konkrit di tapak projek pembinaan MRT


Pekerja binaan maut dan seorang lagi parah selepas dihempap palang besi konkrit di tapak projek pembinaan MRT | Seorang pekerja binaan maut manakala seorang lagi rakannya parah selepas dihempap palang besi konkrit di tapak projek pembinaan landasan Transit Aliran Ringan Massa (MRT), 1.40 petang tadi. Kejadian runtuhan dipercayai berlaku selepas tali pengikat untuk mengangkut besi ke bahagian atas terputus menyebabkan beberapa palang besi konkrit terjatuh. Menurut jurucakap Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi yang cedera parah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Sementara itu, Mass Rapid Transit Corporation (MRT Corp) dalam kenyataan yang dikeluarkan, hari ini mengesahkan kejadian berkenaan di kawasan pembinaan Portal Samantan. Menurutnya, setakat ini hanya dua pekerja yang terbabit dalam insiden berkenaan dan pihak pengurusan syarikat berkenaan masih menunggu laporan penuh berhubung kejadian itu sebelum mengeluarkan kenyataan lanjut. -Metro



.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!