Monday, March 23, 2015

ASAM PEDAS UNTUK DIA - NUREEN MIRZA



ASAM PEDAS UNTUK DIA - NUREEN MIRZA | Disebabkan novel ini popular selepas di dramakan, lulu segera tak lepaskan peluang untuk memiliki novel hebat ini, dan melengkapkan lagi koleksi-koleksi novel sedia ada. Perjalanan hidup Ainin Sofiya memang beranjau, selepas kematian suami akibat kemalangan jalan raya dan meninggalkan dia bersama anak sekecil Arisha. Kehidupan mereka memang sangat susah apatah lagi Ainin juga punya tanggungjawab lain iaitu mak dan adiknya Faiz yang tergolong dalam golongan kurang upaya.. Dan untuk itu, Ainin membuat nasi lemak dan sedikit kuih muih untuk dijual. Terhimpit dengan kekangan wang, Ainin mula menjadi pembantu rumah dirumah Hajah Fauziah. Nampaknya keluarga majikannya begitu serasi bersama Ainin. Masakan Ainin memang sering mendapat pujian. Dan tanpa sedar kehadiran Ainin mendapat perhatian dari salah seorang anak majikannya, iaitu Ziyad.

Kerana asam pedas masakan Ainin, Ziyad benar-benar terpikat. Ainin dilamar dengan alasan untuk membantu masalah kewangan Ainin dan keluarga. Namun perkahwinan yang dirahsiakan dari semua orang itu, membuatkan hati Ainin terluka, apatah lagi terpaksa menahan rasa melihat suami sendiri akan mengahwini wanita lain. Kepulangan adik Ziyad, Zarul membuatkan Ziyad tertekan disebabkan adiknya itu tanpa segan silu menunjukkan minat mendekati Ainin. Walaupun dengan status 'janda beranak satu' Zarul sanggup mengahwini Ainin. Suatu hari, Ainin menghilangkan diri, membuatkan Ziyad benar-benar hilang arah. Dia kemudian mengambil keputusan memutuskan pertunangan dan memberanikan diri berterus terang dengan keluarganya, hubungan sebenar antara dia dan Ainin.

Sebuah kisah yang santai, dan sebenarnya, tak selalu drama adaptasi akan sehebat novel yang ditulis. Tapi, untuk drama novel ni, hebat, memang hebat. Malah lulu suka sangat dengan lagu yang dinyanyikan oleh Farhan tu.. Tahniah penulis :)


Tajuk : Asam Pedas Untuk Dia
Penulis : Nureen Mirza
Halaman : 517 muka surat
Harga : RM21/RM24



  .  

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!