Monday, January 5, 2015

#QZ8501 : Anggota KRI menceritakan kisah sedih menemui mangsa yang juga keluarga masih berada di kerusi penumpang


#QZ8501 : Anggota KRI menceritakan kisah sedih menemui mangsa yang juga keluarga masih berada di kerusi penumpang | Sayu dan sedih. Itu gambaran diberikan anggota pasukan Kapal Perang Republik Indonesia (KRI) Bung Tomo ketika melakukan pemeriksaan ke atas lima mayat masih terikat di kerusi penumpang pesawat AirAsia Indonesia QZ8501, kelmarin. Keinginan untuk membantu menyebabkan pasukan berkenaan sanggup berhadapan cabaran ombak besar dan angin kencang semata-mata untuk mengangkat mayat berkenaan ke atas kapal. Dua baris kerusi penumpang iaitu masing-masing tiga kerusi bergabung kini berada di geladak KRI Bung Tomo.

Masih terdapat genangan air laut pada kerusi beberapa bahagian kerusi penumpang itu. Komandan KRI Bung Tomo, Kolonel Yayan Sofiyan berkata, ketika pihaknya melakukan pemeriksaan, keadaan ombak bergelora disertai angin kencang namun atas semangat mahu membantu, mereka tetap mahu mengambil kerusi yang masih terikat tiga mayat dan terumbang ambing dibawa arus. "Dipercayai tiga mayat itu membabitkan ibu bapa dan anak serta masing-masing masih berada di atas kerusi sambil memakai tali pinggang keledar. Hati kami cukup sayu. -AP




.

[Gambar] Babi hutan rempuh perpusatakaan MMU


[Gambar] Babi hutan rempuh perpusatakaan MMU | Seekor babi hutan merempuh panel dinding kaca pintu belakang perpustakaan Universiti Multimedia (MMU) di sini, 1.30 petang tadi. Berikutan itu, semua penuntut yang berada di dalam perpustakaan berkenaan diminta keluar bagi membolehkan pihak bomba menangkap haiwan liar itu. Ketua Pustakawan MMU Kamal Sujak berkata, babi jantan itu berjaya ditangkap dua jam selepas itu.


"Bahagian utama perpustakaan itu terpaksa ditutup disebabkan keadaan berselerak akibat usaha menangkap haiwan itu. "Binatang liar ini mungkin tersesat dari kawasan hutan berdekatan memandangkan pembangunan pesat sekitar Cyberjaya," katanya. Bagaimanapun, Kamal berkata, ruang bacaan utama 24 jam tetap dibuka seperti biasa. -Metro




.

Sembilan orang maut tercekik sejenis kuih tradisional



Sembilan orang maut tercekik sejenis kuih tradisional | Sembilan orang maut akibat tercekik akibat makan sejenis kuih tradisional Jepun yang digelar mochi sempena menyambut ketibaan Tahun Baharu di negara ini. Menurut laporan media semalam, seramai 18 orang dihantar ke hospital di Tokyo ekoran sesak nafas selepas menjamah kuih tradisional tersebut dan tiga daripada mereka gagal diselamatkan. Akhbar, Yomiuri Shimbun memaklumkan, angka kematian akibat tercekik ketika makan mochi di sekitar Jepun meningkat kepada sembilan orang sehingga kelmarin, manakala 13 lagi turut dilaporkan dalam keadaan serius.

Jabatan bomba menasihatkan supaya orang ramai, khususnya orang tua dan kanak-kanak memotong mochi kepada beberapa bahagian kecil sebelum menjamahnya bagi mengelakkan daripada tercekik. Mochi yang dihidangkan bersama sup sayuran, ozouni itu diperbuat daripada beras pulut dan bersifat melekit serta kenyal yang menyebabkan kuih tersebut sukar ditelan. Mochi selalunya menjadi kuih tradisi bagi menyambut kedatangan tahun baharu masyarakat Jepun dan sering menjadi punca kematian akibat tercekik setiap tahun. – AFP



.

Ratusan penumpang pesawat Etihad Airways terkandas 12 Jam di landasan tanpa makanan



Ratusan penumpang pesawat Etihad Airways terkandas 12 Jam di landasan tanpa makanan  | Beratus-ratus pelancong mendarat dengan selamat di San Francisco namun melahirkan rasa kecewa kerana terpaksa berada selama 28 jam di dalam pesawat termasuk 12 jam di landasan di Timur Tengah tanpa makanan atau mendapat maklumat yang tepat. Emosi para penumpang pesawat Etihad Airways 183 dari Abu Dhabi semakin memuncak apabila penerbangan itu terlewat untuk berlepas selama setengah hari, demikian kata penumpangnya kepada media.

 "Mereka secara berterusan memberitahu kami bahawa pesawat akan berlepas 15 minit dari sekarang, 20 minit dari sekarang, 30 minit dari sekarang dan akhirnya ambil masa selama 12 jam," kata penumpang Thomas Piani kepada pemberita di San Francisco. Para penumpang berkata anak kapal itu memberitahu mereka bahawa lapangan terbang Abu Dhabi terlalu sesak dengan penerbangan lain yang turut terkandas. Etihad, syarikat penerbangan nasional Emiriah Arab Bersatu menerusi kenyataan berkata, kabus tebal menjadi punca banyak penerbangan terpaksa ditangguhkan. Syarikat penerbangan itu memohon maaf atas kesulitan pelancong namun berkata kelewatan adalah di luar kawalannya. -AP




.

Pendedahan mengenai laman sosial Facebook dan Twitter ini memang mengejutkan



Pendedahan mengenai laman sosial Facebook dan Twitter ini memang mengejutkan | Laman media sosial Facebook dan Twitter, didakwa membenarkan penyebaran Islamophobia atau benci terhadap Islam dengan cara enggan memadam beratus-ratus status yang bersifat menghasut. Pertubuhan antara agama, Faith Matters mendakwa, antara status bersifat berat sebelah yang dimuat naik menerusi dua laman sosial itu termasuk tuduhan orang Islam sebagai perogol, fidofilia dan disamakan dengan barah.

Dalam satu contoh mengejutkan, seorang pengguna Facebook merujuk perbuatan memenggal kepala penduduk Barat di Syria dengan berkata: ‘Bagi setiap individu yang dipenggal oleh anggota militan kumpulan Negara Islam (IS), kita harus mengheret 10 lagi pengganas ke jalanan dan menyembelih mereka, memfilemkannya dan meletakkannya di Internet’.

Namun bagi sesetengah kes tertentu, pemilik akaun laman sosial yang bertanggungjawab memuatnaik status berunsur kesat itu tidak digantung, malah statusnya juga tidak dibuang, menurut satu laporan The Independent yang dipetik portal Mail Online. Pengarah Faith Matters, pertubuhan yang mewujudkan talian bagi mangsa keganasan anti-Islam, Fiyaz Mughal berkata, beliau kecewa dengan laman-laman sosial itu yang tidak melaksanakan tindakan tegas berhubung penyebaran status berunsur menghasut tersebut.

“Tindakan Facebook dan Twitter yang enggan memadam status berbaur hasutan tidak boleh diterima dari segi moral,’’ katanya. Facebook dalam pada itu mendakwa, pihaknya perlu ‘memastikan keseimbangan yang betul’ antara kebebasan bersuara dan mengekalkan ‘satu suasana yang dipercayai dan selamat’ manakala Twitter menegaskan bahawa, kesemua laporan yang melanggar peraturan laman sosial itu akan disiasat. Sejak empat bulan lalu, kumpulan-kumpulan Islam telah mengumpulkan butiran tentang penyalahgunaan Internet dan melaporkannya kepada Facebook dan Twitter.-AP




.

Penagih dadah habiskan masa 2 hari terperangkap dalam almari yang dipercayai dikunci



Penagih dadah habiskan masa 2 hari terperangkap dalam almari yang dipercayai dikunci | Dua penagih dadah menghabiskan masa dua hari terperangkap dalam almari yang mereka percaya dikunci sehingga polis membebaskan mereka dan mendapati almari itu sebenarnya tidak pernah berkunci. Amber Campbell, 25, dan John Arwood, 31, memecah masuk ke Pusat Marin dan Sains Alam Sekitar di Daytona, Florida dan memasuki almari itu untuk menghisap dadah. Selepas khayal, pasangan itu dipercayai terlupa cara untuk keluar dari almari itu dan terperangkap selama dua hari sebelum mereka akhirnya menelefon polis, kelmarin.

 Polis yang pergi ke bangunan itu menemui almari tempat pasangan itu bersembunyi kerana bau najis yang amat busuk. Almari itu penuh najis dan air kencing pasangan berkenaan. Polis juga menemui beberapa peralatan menghisap dadah di dalamnya. Dalam keterangannya kepada polis pasangan itu berkata, mereka dikejar orang yang tidak dikenali selepas menceroboh pusat berkenaan menyebabkan mereka menyorok di dalam almari itu. - Agensi




.

#QZ8501 : Imam Besar cadang korban nahas yang sudah reput dan tidak boleh dicam dibiarkan tenggelam di laut



#QZ8501 : Imam Besar cadang korban nahas yang sudah reput dan tidak boleh dicam dibiarkan tenggelam di laut | Imam Besar Masjid Istiqlal semalam mencadangkan supaya korban nahas pesawat AirAsia Penerbangan QZ8501 yang sudah reput dan tidak boleh dicam dibiarkan tenggelam di laut. “Jika keadaan mayat sudah terlalu reput dan tidak boleh dicam, biarkan saja ia di dalam laut,” kata Ali Mustafa Yaqub (gambar) kepada akhbar Republika. Menurutnya, tidak salah untuk berbuat demikian kerana Islam membenarkan menenggelamkan mayat orang yang meninggal dunia di atas kapal yang masih lama untuk sampai ke daratan. “Kerana jika menunggu untuk sampai ke darat, jenazah akan reput dan membusuk,” kata Ali Mustafa.

Menurutnya, pengebumian di laut itu diterangkan dalam beberapa kitab. Ia boleh dilakukan dengan cara mengikat pemberat pada jenazah. Bagaimanapun, berkait dengan nahas AirAsia yang menyebabkan 162 penumpang dan kakitangannya terbunuh, membawa jenazah ke darat boleh dilakukan sekiranya mayat tidak reput dan boleh dicam. Namun, beliau berkata, pengebumian perlu disegerakan, khususnya membabitkan mereka yang beragama Islam, sesuai dengan ajaran agama, sebaik segala proses pengecaman, termasuk ujian DNA dilakukan. Sehingga semalam, gerakan mencari dan menyelamat masih lagi berusaha mencari sebahagian besar mayat mangsa di Laut Jawa. Lebih 30 sudah ditemui. Usaha mencari kotak hitam pesawat itu giat dijalankan, membabitkan pasukan dari beberapa negara jiran. -AP




.

Pelancong alami mimpi ngeri ketika bercuti di Taman Tema



Pelancong alami mimpi ngeri ketika bercuti di Taman Tema | Seorang pelancong berhadapan detik-detik cemas selepas satu permainan yang dinaikinya di sebuah taman tema di bandar ini tersangkut, ­menyebabkan dia tergantung pada ketinggian 24 meter selama satu jam. Pelancong dari Kanada tersebut menaiki sebuah permainan yang dikenali sebagai SlotZilla di mana dia akan meluncur melalui satu talian kabel sepanjang 533 meter. Bagaimanapun, alat yang digunakan untuk membantunya meluncur tiba-tiba tersekat ­menyebabkan lelaki tersebut tergantung pada ketinggian 24 meter.


Lelaki itu dipercayai tergantung selama setengah jam sebelum seorang pengunjung yang melihat kejadian tersebut menghubungi bomba untuk meminta bantuan. Sekumpulan anggota bomba yang tiba di tempat kejadian beberapa minit kemudian terpaksa menggunakan tangga khas untuk menyelamatkan lelaki tersebut. Sementara itu, jurucakap SlotZilla berkata, pihaknya telah memulangkan semula wang pelanggan tersebut dan turut menaja makan malam percuma untuk lelaki itu serta pasangannya di sebuah hotel di sini. – Agensi




.

Bas rempuh kedai gambar di Jalan Sultan Iskandar



Bas rempuh kedai gambar di Jalan Sultan Iskandar | Orang ramai yang bersarapan di sebuah restoran terkejut apabila sebuah bas secara tiba-tiba merempuh tiang konkrit di depan sebuah kedai gambar di Jalan Sultan Iskandar, dekat Pekan Lama Ipoh, di sini, semalam. Dalam kejadian jam 7.25 pagi, bas henti-henti yang dipandu seorang lelaki berusia 61 tahun dan membawa lima penumpang termasuk seorang konduktor bas dalam perjalanan dari Tanjung Rambutan ke Stesen Bas Medan Kidd. Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Ipoh, Deputi Superintendan Wan Sharuddin Wan Omar berkata, kemalangan membabitkan dua kenderaan itu menyebabkan sebuah bas terbabas lalu melanggar bahagian depan tiang konkrit di hadapan sebuah kedai gambar.

“Setiba di tempat kejadian, bas yang dipandu lelaki berkenaan dipercayai hilang kawalan lalu melanggar bahagian belakang sebuah bas di laluan sama sebelum terbabas dan merempuh tiang konkrit di depan kedai gambar berkenaan. “Ketika kejadian, bas berkenaan membawa lima penumpang termasuk seorang konduktor bas, manakala pemandu sebuah lagi bas tidak membawa penumpang. Semua penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya. Wan Sharuddin berkata, pemilik kedai berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan. Menurutnya, akibat pelanggaran itu, pemandu bas terbabit lebam di dada, sementara pemandu sebuah lagi bas tidak mengalami sebarang kecederaan. -Metro



.

Misteri kehilangan seorang lelaki sejak hampir setahun lalu kini terjawab


Misteri kehilangan seorang lelaki sejak hampir setahun lalu kini terjawab | Misteri kehilangan seorang lelaki hampir setahun lalu terjawab apabila mayatnya ditemui dalam gaung di Kilometer 16 Jalan Keningau-Kimanis. Rangka Sharif Marzuki, 28, ditemui dalam dalam lori satu tan oleh orang ramai yang kebetulan sedang melakukan kerja pembersihan di kawasan itu, pada 3.55 petang. Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Douglas Taong, berkata berdasarkan maklumat tertera pada lori berkenaan, polis pergi ke sebuah rumah dipercayai ahli keluarga mangsa.


"Menurut ibu mangsa, Sharif sudah lama tidak pulang ke rumah dan mereka terputus hubungan sejak Januari tahun lalu. "Bagaimanapun, tiada laporan polis dibuat berhubung kehilangan mangsa. Mangsa disyaki terbabas lalu jatuh ke gaung tanpa disedari sesiapa. "Rangka mangsa dihantar ke Hospital Keningau untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.  -Metro




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!