Friday, January 16, 2015

#QZ8501: Nelayan jumpa mayat remaja perempuan


#QZ8501: Nelayan jumpa mayat remaja perempuan | Sekumpulan nelayan Pulau Sembilan menemui satu mayat dipercayai remaja perempuan di perairan Marabatuan, Kotabaru, Kalimantan Selatan. Pengarah Operasi Badan SAR Nasional (Basarnas) Bambang Supriyadi berkata, remaja perempuan anggaran usia 13 tahun ditemui terapung di perairan berkenaan. “Sehingga kini, tiga mayat mangsa AirAsia Indonesia sudah ditemui di perairan berkenaan dan nelayan setempat komited membantu pencarian,” katanya.

Sebanyak 51 mayat mangsa nahas pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 ditemui, manakala 48 mayat sudah dibawa ke Surabaya, Jawa Timur, untuk ditentukan identiti sehingga hari ke-20 pencarian. Operasi pencarian di Selat Karimata masih memberi tumpuan kepada mencari baki 111mangsa nahas yang terdiri daripada penumpang dan kru kabin. - KOMPAS




.

[4 Gambar] Ramai terkejut dengan kemunculan Perdana Menteri di LRT



Ramai terkejut dengan kemunculan Perdana Menteri  di LRT | Kerajaan akan mengenal pasti cara terbaik untuk memperbaiki mutu perkhidmatan pengangkutan awam negara demi keselesaan rakyat, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.


Perdana Menteri berkata, berdasarkan pengalamannya menggunakan perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) pada Jumaat, beliau berkata, masih ada ruang penambahbaikan yang boleh dilaksanakan.


"Selepas menunaikan Solat Jumaat tadi, saya menaiki LRT dari (stesen) PWTC (Pusat Dagangan Dunia Putra) ke KL Sentral bersama-sama warga ibu kota yang lain.


"Ramai juga terkejut melihat saya di sana. Tapi Alhamdulillah, mereka tidak segan untuk memberi maklum balas mengenai sistem pengangkutan awam kita," katanya dalam entri terbaru beliau dalam laman Facebooknya.Dalam entri berkenaan, Najib turut berkongsi beberapa gambar beliau beramah mesra dengan pengguna dan petugas LRT. -Metro




.

#QZ8501: Mangsa nahas disemadikan bersama benda-benda kesayangannya termasuk anak patung


#QZ8501: Mangsa nahas disemadikan bersama benda-benda kesayangannya termasuk anak patung  | Mangsa nahas pesawat AirAsia Indonesia QZ8501, Cindy Clarissa Soetjipto, 15, akan disemadikan bersama anak patung, baju dan pakaian kesayangannya, Selasa depan. Perkara itu didedahkan bapa saudara gadis itu, Hendro Soetjipto sebaik dimaklumkan Pasukan Pengecaman Mangsa Bencana (DVI) yang mengesahkan Cindy adalah mayat terbaru dikenalpasti oleh pasukan itu. Semalam, Cindy yang berasal dari Malang, Jawa Timur dikenalpasti dengan kaedah primer iaitu pengecaman melalui gigi selain baju dan seluar yang dipakai mangsa ketika ditemui pasukan pencari juga sama seperti pakaian yang dipakainya ketika berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda, Surabaya.

 Penyerahan jasad Cindy kepada keluarga diharap mampu meringankan beban kesedihan mereka sejak pesawat itu jatuh di Selat Karimata, 28 Disember lalu. Hendro berkata, keluarganya diminta membawa sejumlah barangan kesukaan milik empat anggota keluarga Soetjipto. “Antaranya ialah anak patung dan beberapa pasang baju milik Cindy, anak bongsu kepada abang saya iaitu Rudy Soetjipto dan Lindawati Anggara.


“Mayat Cindy sudah diserahkan kepada kami bersama baju dan jam tangannya yang masih melekat pada jasad. Tidak ada kasut, beg tangan dan barangan lain,” katanya ketika ditemui di sini, semalam. Menurutnya, mereka diminta membawa beberapa barangan peribadi milik Cindy untuk memudahkan proses mengenal pasti identiti ke pusat operasi. “Ada anak patung, selimut dan baju kesukaan anak saudara saya yang kami bawa ke Surabaya sejak awal pencarian. “Kami sudah niat untuk memasukkan benda kesayangan Cindy termasuk anak patung, pakaian, beg dan jam dalam keranda,” katanya. - VIVAnews.




.

Kaki pancing, terkejut menjumpai ikan tilapia tanpa ekor di sebuah lombong



Kaki pancing, terkejut menjumpai ikan tilapia tanpa ekor di sebuah lombong  | Dua kaki pancing, terkejut apabila menjumpai ikan tilapia tanpa ekor di sebuah lombong pasir dekat Mawai, di sini. Mohd Khairul Leman, 30, berkata, ketika sedang menjala, dia bersama bapa saudaranya mendapat tiga ikan tilapia dengan salah seekornya tidak mempunyai ekor.


“Jika hendak kata ia dimakan ikan lain, tiada pula kesan parut,” katanya. Mohd Khairul berkata, hasratnya untuk membela ikan tersebut bagaimanapun tidak kesampaian kerana ikan tersebut mati selepas dibawa pulang ke rumahnya. -SH




.

Kemalangan 5 kenderaan sebabkan jalan sesak sepanjang 1km


  
Kemalangan 5 kenderaan sebabkan jalan sesak sepanjang 1km | Jalan Kuala Terengganu ke Kuala Berang dekat Belukar Gorek di sini mengalami kesesakan sepanjang kira-kira satu kilometer akibat kemalangan membabitkan lima kenderaan semalam. Bagaimanapun, tiada mangsa yang dilaporkan mengalami kecederaan serius dalam kemalangan berlaku kira-kira jam 8 pagi dengan membabitkan empat kereta dan sebuah van itu.

Kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah kereta merempuh bahagian belakang sebuah lagi kereta yang berhenti kerana mahu ke bahu jalan. Akibat rempuhan itu, dua kereta tersebut berpusing dan melanggar tiga lagi kenderaan. Kesesakan jalan yang berlaku kira-kira 30 minit itu bagaimanapun dapat dikawal apabila anggota polis tiba sejurus kemudian. -SH




.

Bila Lisa Surihani hamil...



Bila Lisa Surihani hamil... | BIARPUN belum pernah melalui pengalaman hamil lagi, namun ia bukan alasan buat Lisa Surihani mendalami watak sebagai ibu hamil. Lisa yang tampil melakonkan watak sebagai Aleeya Azmeen dalam filem terbaru terbitan Astro Shaw berjudul Suamiku Encik Perfect 10! mengakui watak tersebut agak mengujinya kerana memerlukan dia mendalami watak Aleeya. "Dari segi watak, karakter Aleeya agak berat kerana dia terpaksa mengandung anak luar nikah dan banyak permainan dengan perasaan.

"Biarpun tidak pernah berpengalaman hamil, tidak menjadi masalah buat saya kerana saya banyak buat pemerhatian sekeliling dengan melihat orang lain yang mengandung supaya saya dapat lagi mendalami watak. "Saya juga banyak berbincang dengan pengarah (Mohamed Feroz Abdul Kader) untuk mengetahui apa yang dikehendaki dan disukainya dalam watak Aleeya Azmeen," katanya ketika ditemui pada sesi pratonton filem berkenaan di Kuala Lumpur.

Menyentuh mengenai gandingannya bersama Aaron, Lisa berkata, keserasian yang wujud memudahkan mereka untuk bekerjasama di dalam filem ini. "Biarpun kami pernah bergandingan dalam filem Ombak Rindu, namun ia hanya untuk beberapa babak sahaja. Filem ini merupakan pertama kali kami digandingkan bersama. "Bagi saya sendiri komitmen yang ada sebagai pelakon profesional membuatkan kami berdua serasi di layar perak dan keserasian itu wujud secara semula jadi," katanya. Turut dijayakan Normah Damanhuri, Jasmin Hamid, Syazwan Zulkifly, Raja Ilya dan Jehan Miskin, filem ini akan ditayangkan bermula 22 Januari ini. -SH





.

#QZ8501 : Operasi naikkan badan pesawat gagal



#QZ8501 : Operasi naikkan badan pesawat gagal  | Ketua Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas), Bambang Soelistyo berkata, operasi menaikkan badan pesawat AirAsia QZ8501 yang terhempas akibat cuaca buruk pada 28 Disember lalu, dari dasar laut setakat ini menghadapi kegagalan. Pihak berkuasa menggunakan belon dalam usaha menaikkan badan pesawat Airbus A320-200 tersebut dan misi mencari mayat mangsa masih diteruskan. Bambang berkata, misi mengesan mayat mangsa masih diteruskan walaupun sekiranya tiada mayat ditemukan dalam badan pesawat tersebut. “Kejayaan dan kegagalan merupakan sebahagian daripada setiap misi dan apabila misi ini tidak lagi berkesan dan cekap, operasi ini akan dihentikan,’’ katanya.

Badan pesawat itu masih mempunyai sebelah sayap dan berukuran sepanjang 26 meter. Dalam pada itu, seorang pegawai agensi menyelamat, S.B. Supriyadi berkata, satu pasukan penyelam terdiri daripada 15 anggota melakukan pemeriksaan di badan pesawat tersebut hari ini. “Mereka akan melihat jumlah mayat yang masih terperangkap dalam badan pesawat itu,’’ katanya. Beliau berharap lebih 100 penyelam akan menyertai operasi itu selepas penilaian awal dilakukan. – AFP




.

Akhirnya.. Penerbit buku mohon maaf mengenai kandungan buku yang memaparkan hubungan lelaki dan lelaki dalam salasilah keluarga



Akhirnya.. Penerbit buku mohon maaf mengenai kandungan buku yang memaparkan hubungan lelaki dan lelaki dalam salasilah keluarga | Pihak penerbit buku Dokumen, Standard, Kurikulum dan Pentafsiran (DSKP) Sejarah tahun empat memohon maaf kepada semua murid dan ibu bapa atas kesilapan pencetakan yang berlaku di dalam buku tersebut. Wakil Produksi syarikat Penerbitan Bagus Sdn Bhd yang hanya mahu dikenali sebagai Mei berkata, pihaknya amat kesal dengan apa yang berlaku dan berjanji akan lebih berhati-hati di masa akan datang. “Kami minta maaf kepada semua, saya mohon beri kami tempoh untuk kami lakukan pembetulan dan mencetak semula buku itu,” katanya.

Sebelum ini, heboh di media sosial apabila kandungan buku latihan murid tahun empat yang bertajuk ‘Keluarga Harmoni’ itu memaparkan gambar hubungan antara lelaki dan lelaki dalam salasilah keluarga. Sehubungan itu, pihak syarikat penerbitan itu memberitahu akan menarik semula stok yang diedarkan dan akan digantikan dengan yang baharu. Ditanya bagaimana kesilapan itu boleh terjadi, Mei berkata kesilapan berlaku pada format komputer pencetakan.

“Kami bukan sengaja kesilapan pada ‘setting computer’, sehingga keluar gambar lelaki dan lelaki,” katanya. Menurut Mei, pihaknya memerlukan masa satu hingga dua minggu untuk berbuat demikian dan meminta untuk orang ramai bersabar. “Kami harap ibu bapa dan guru boleh bersabar kita akan cetak dan ganti semula semua buku yang dibeli. Ibu bapa atau pihak sekolah tidak perlu mengemukakan resit pembelian hanya kembalikan yang lama dan kita akan ganti yang baharu,” katanya. Ditanya berapa banyak buku terjual, beliau enggan mengulas lanjut dan hanya memberitahu hampir semua sekolah rendah menggunakan buku latihan itu. Bagaimanapun, pihaknya memaklumkan isu kandungan seks di dalam buku murid tahun lima yang tersebar di media sosial bukan datang daripada syarikatnya. -SH




.

Kisah lelaki yang dilahirkan dalam keluarga serba kekurangan, namun bekerja keras untuk mendapatkan apa yang diingini


Kisah lelaki yang dilahirkan dalam keluarga serba kekurangan, namun bekerja keras untuk mendapatkan apa yang diingini | Walaupun hidup dalam serba kekurangan, ia bukan alasan untuk lelaki ini meneruskan cita-cita menjadi polis dan membantu keluarganya. “Ayah tolong tampar pipi saya,” itulah apa yang keluar dari mulut M Taufik Hidayat kepada bapanya Triyanto ketika mendapat tahu dia lulus temu duga menjadi polis. Menurutnya, dia berusaha keras untuk mencapai cita-citanya. Dia yang dilahirkan dalam keluarga serba kekurangan, sedikit pun tidak merungut, malah bekerja keras untuk mendapatkan apa yang diingini.

Pendapatan bapanya sebagai buruh binaan tidak cukup untuk menampung keperluan hidup seharian mereka sekeluarga. Justeru, dia terpaksa bekerja sebagai penggali pasir untuk membantu keluarga. Selepas lulus sekolah, dia terpaksa menahan hasratnya melanjutkan pelajaran, sebaliknya dan bekerja sebagai pembantu perpustakaan. Tidak lama selepas itu, dia membuat keputusan untuk berhenti dan nekad meneruskan cita-citanya.

Berkat doa bapanya, Taufik lulus dalam pemilihan polis Disember tahun lalu dan mengikuti pendidikan di Sekolah Tinggi Polis. Di sebalik kegembiraan itu, M Taufik tetap perlu tabah kerana untuk bertugas, dia terpaksa berjalan sejauh 7 kilometer dari rumahnya di Jongke ke balai polis. Biarpun memulakan perjalanan selepas Subuh, dia sering sampai lewat ke pejabat dan mengundang rasa curiga majikannya. Selepas memberikan penjelasan, dia dipinjamkan motor oleh majikannya. - Agensi



.

Entah nak rasa respek atau pelik.. Wanita berjaya curi tv plasma dengan sembunyi dalam kain yang dipakai



Entah nak rasa respek atau pelik.. Wanita berjaya curi tv plasma dengan sembunyi dalam kain yang dipakai | Seorang wanita berjaya mencuri sebuah televisyen plasma di sebuah pasar raya di sini dengan menyembunyikan alat elektrik tersebut di dalam kain yang dipakainya. Rakaman sebuah kamera keselamatan di pasar raya itu menunjukkan wanita berkenaan masuk ke premis berkenaan dengan seorang rakannya sebelum berpura-pura melihat peralatan elektrik yang dipamerkan. Beberapa saat kemudian wanita itu dilihat mengambil sebuah televisyen plasma dan terus memasukkan ke dalam kainnya sebelum berjalan keluar dari pasar raya tersebut dengan tenang.


Seorang pekerja pasar raya berkenaan, Jacint Ramirez Callas, 25, berkata, wanita itu hanya mengambil masa 13 saat untuk melarikan televisyen berkenaan tanpa disedari sesiapa. “Dia kelihatan seperti seorang profesional dan juga mempunyai paha yang kuat kerana boleh mengepit televisyen berkenaan. “Saya hairan kerana televisyen tersebut tidak terjatuh dan dia juga boleh berjalan seperti biasa,” katanya. – Agensi




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!