Thursday, February 19, 2015

Keadaan pelakon Rosyam Nor yang terlibat kemalangan



Keadaan pelakon Rosyam Nor yang terlibat kemalangan | Pelakon dan penerbit, Datuk Rosyam Nor terselamat daripada kemalangan yang berlaku di Jalan Universiti berdekatan dengan Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini pada malam Rabu. Rosyam berkata, ketika kejadian kira-kira pukul 10 malam itu, kereta jenis Peugeot miliknya terbabas dan melanggar pembahagi jalan selepas hilang kawalan akibat hujan lebat. "Alhamdulillah tiada apa-apa yang serius berlaku dan tidak melibatkan kenderaan lain, cuma kemalangan kecil sahaja.

"Ketika kejadian kenderaan saya hilang kawalan ekoran hujan lebat sebelum melanggar pembahagi jalan," katanya. Dalam pada itu Rosyam berkata, kereta miliknya itu mengalami kerosakan teruk namun bersyukur terselamat daripada sebarang kecederaan. "Akibat hentaman kuat kereta tidak boleh bergerak kerana tayar pecah selain beberapa bahagian lain juga mengalami kerosakan," katanya. Sehubungan itu Rosyam berkata, satu laporan polis dibuat di balai polis berdekatan pada petang Khamis berhubung insiden itu. -Mstar




.

Kenali gadis yang miliki rupa menawan ini namun gemarkan sukan angkat berat



Kenali gadis yang miliki rupa menawan ini namun gemarkan sukan angkat berat | Memiliki rupa paras yang menawan seperti anak patung Barbie tidak menghalang seorang gadis memenuhi kehendak hatinya untuk terlibat dalam sukan angkat berat dan menjadi seorang ahli bina badan. Mail Online melaporkan, Julia Vins, 18, yang memiliki sepasang mata menarik serta wajah keanak-anakan dikenali di negaranya kerana berbadan sasa serta berjaya memecah tiga rekod dunia acara angkat berat. Vins berkata, dia mula pergi ke gim ketika berusia 15 tahun dan sejak itu cintanya terhadap sukan bina badan terus menebal sebelum mula berjinak-jinak dalam sukan angkat berat setahun kemudian.

“Saya seorang yang aktif di sekolah, namun semua aktiviti itu tidak selari dengan kehendak hati saya, namun sejak saya mula pergi ke gim, saya tahu apa matlamat hidup saya iaitu membina otot yang besar. “Walaupun, berbadan sasa, saya masih seperti gadis remaja lain yang gemar bersolek dan berdandan, namun sejak terlibat dalam sukan bina badan agak sukar bagi saya mencari pakaian yang sesuai,” jelas Vins.


Bagaimanapun, Vins tidak menolak wujud diskriminasi daripada kaum lelaki yang cemburu dengan kejayaan yang dicapainya ketika ini. “Kaum lelaki mempunyai persepsi tersendiri tentang saya, ada yang menghormati saya atas apa yang saya lakukan dan ada yang tidak menyenanginya. Mungkin mereka cemburu dengan saya,” ujarnya yang kini memiliki 23,000 orang pengikut di laman sosial Instagram. -AP



.

British Panik Kehadiran Kapal Perang Rusia Di Selat Inggeris


British Panik Kehadiran Kapal Perang Rusia Di Selat Inggeris | Tentera Laut Diraja British bertindak memintas sebuah kapal perang milik tentera Rusia selepas ia didakwa sesat dan menghampiri selat Inggeris. Kehadiran kapal tentera Rusia itu menimbulkan kebimbangan terhadap British kerana dilengkapi peluru berpandu, torpedo dan senjata anti-pesawat. Berikutan itu, tentera laut negara berkenaan juga terpaksa mengarahkan kapal perang yang sarat dengan senjata berat untuk mengiringi kapal milik Rusia itu.

Kementerian Pertahanan British kemudian mengeluarkan kenyataan bahawa kejadian itu tidak menyalahi undang-undang antarabangsa, tetapi ianya telah berlaku ketika ketegangan antara kedua-dua negara. Pada Bulan lalu, jet pejuang British dikerahkan untuk memintas pesawat pengebom Rusia yang membawa senjata nuklear apabila ia dikesan terbang menghampiri Bournemouth. Selain itu, British turut mengesyaki Rusia sedang mengesan kelemahan tentera laut negara itu sebagai persediaan berlaku peperangan. -AP



.

Inilah burger yang dikatakan paling tua di dunia



Inilah burger yang dikatakan paling tua di dunia | Dua lelaki Australia mendakwa memiliki burger yang paling tua di dunia. Casey Dean, Eduard Nitz masing-masing pada ketika itu berusia 14 tahun dan 13 tahun membeli burger berkenaan di sebuah restoran makanan segera. Burger tersebut dibeli untuk rakannya, namun rakannya tidak pernah datang mengambilnya dan burger tersebut disimpan selama 20 tahun. Menurut Casey, dia cukup yakin burger tersebut adalah yang paling tua di dunia.


“Kami berjenaka dengan seorang rakan dengan memberitahunya kami menyimpan burger itu untuknya. Tetapi dia tidak muncul dan kami teringat mengenai burger itu enam bulan kemudian. "Hari berganti tahun dan kini selepas 20 tahun, burger tersebut masih sama dan sempurna di dalam bungkusan asalnya," katanya dipetik Mirror.uk. Menurut rekod, burger itu bukan satu-satunya produk Mcdonald’s yang bertahan bertahun-tahun. Burger keju terakhir McDonald’s dijual di Iceland masih kekal dan bebas cendawan selepas ia dibeli enam tahun lalu. -AP



.

Peliknya nama wanita ini.. Katanya dia memilih nama itu kerana bosan dan inginkan kelainan



Peliknya nama wanita ini.. Katanya dia memilih nama itu kerana bosan dan inginkan kelainan | Bosan dan inginkan kelainan, seorang wanita telah menukar namanya kepada Abcdefg Hijklmn Opqrst Uvwxyz. Abcdefg, 36, sebelum ini dikenali sebagai Ladyzunga Cyborg mempunyai tabiat kerap menukar namanya dan merasakan keperluan untuk sentiasa ‘mentakrifkan semula’ dirinya bergantung kepada ‘mood’. Menurutnya, keputusannya untuk menukar nama adalah kerana saya sentiasa mahukan nama yang sukar untuk disebut.

"Saya menukar nama supaya orang tidak mengenali saya tetapi ia bukan kerana saya telah diganggu tetapi adalah kerana saya sukakan sesuatu yang luar biasa", katanya dipetik Mirror.UK. Abcdefg seorang guru dan kini mengajar seni dan fotografi di tiga buah universiti dan juga pereka fesyen secara sambilan. Dia telah menghabiskan masa selama dua tahun berjuang untuk mendapat kebenaran menukar nama barunya itu. -AP




.

Tukang kebun dijatuhi hukuman penjara tujuh hari kerana curi iPhone



Tukang kebun dijatuhi hukuman penjara tujuh hari kerana curi iPhone | Seorang tukang kebun dijatuhi hukuman penjara tujuh hari oleh Mahkamah Majistret, di sini, atas tuduhan mencuri iPhone 4 dan dompet berisi wang tunai RM47 milik jemaah masjid di Ayer Keroh, Sabtu lalu. Farid Raymee Ab Rahim, 36, dari Ayer Molek, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Norina Maludin selepas pertuduhan dibacakan.


Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa dengan niat curang mencuri telefon bimbit jenama iPhone 4 dan dompet yang mengandungi RM47 yang kesemuanya bernilai RM400 milik Mohd Nasiruddin Mohd Nasir, 21, di Masjid Al-Alami, Ayer Keroh, di sini, pada 1.40 petang, 14 Februari lalu. Justeru, dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa kepada hukuman penjara sehingga 10 tahun atau dengan denda atau kedua-dua sekali. Norina menjatuhkan hukuman penjara tujuh hari ke atas tertuduh bermula hari ini. -Metro




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!