Tuesday, August 17, 2010

Contest Ramadhan penuh makna


TQ Makbed for tagged me..
Buat empunya blog, Mish Oura, tahniah sebab usaha untuk buat first contest dah berjaya...more to come ye..Bagi lulu tak pernah lagi, dan ini adalah contest pertama lulu...wah...semakin maju ke depan.. Semoga langkah pertama ni langkah kanan lah ye..(menang lah tu..ngee..)

Untuk syarat-syarat penyertaan leh gi blog beliau.. Mish Oura..

So, pengalaman lulu dibulan ramadhan tu memang banyak..macam orang lain lah..setiap tahun ada je pengalaman berbeza..Tapi untuk contest ni, lulu paling ingat suatu peristiwa..peristiwa besar yang terjadi di negara kita, dan sedikit sebanyak terasa gak..ada kaitan gak lah dengan lulu..

Kisah ni berlaku pada 26 December 1996 (masa tu belum lagi ramadhan)..

Lulu kebetulan berada di Tawau..kebetulan tinggal disana bbrp bln..dan kebetulan sehari sblm ribut greg parents ngan adik berlepas ke Indonesia (tarakan) untuk holiday..Agak lama juga..dlm 3 minggu begitu..
So, lulu tgl dgn abang dan makcik..


Malam 25hb tu, angin memang kuat sangat... Disertai hujan yang lebat mencurah. Dentuman guruh dan paluan kilat mengiringi bertalu-talu. Tempat ni memang selalu juga hujan.. Tapi mlm tu berlainan daripada biasa...Dan berlarutan sehingga keesokkan harinya..


Menjelang 26 December 1996, di tv, lulu terkejut dengan berita...

Rumah dan kediaman di beberapa daerah sekitar Sabah terutama di Keningau mula runtuh dilanda kelajuan angin berkenaan; pelbagai objek mula berterbangan, air sungai mula melimpah dan banjir kilat besar berlaku.

Angin sudah menjadi sesuatu yang menakutkan pada malam itu, ia sudah menjadi ribut ganas. Kebanyakan penduduk yang sedang tidur ketika itu terjaga dalam ketakutan.

Suasana terus menjadi kelam-kabut dan riuh-rendah suara jeritan penduduk yang cemas tenggelam dalam ribut yang semakin menggila. Seolah-olah alam sedang mengamuk malam itu, tidak pernah petaka sedahsyat itu berlaku di kawasan terbabit sebelum ini.

Penduduk meluru keluar dari rumah dalam himpitan perasaan penuh cemas dan takut. Meredah ribut dengan paluan angin dan tikaman air hujan tanpa henti, mereka berlari untuk mendapatkan perlindungan.


RIBUT Greg menyebabkan kemusnahan beberapa kampung di Keningau.


Walaupun sudah hampir 14 tahun tragedi dasyat itu berlaku namun Lulu percaya bagi warga Sabah terutamanya yang tinggal di daerah Keningau meraka tidak akan lupa. Lulu memang tidak berada disitu.. Tidak mengalami pengalaman itu secara langsung.. Tapi, berada disini, sedikit sebanyak memang terasa 'ekor' ribut tersebut..

Ribut Tropika Greg melanda Sabah dengan kawasan paling teruk terjejas adalah Keningau manakala Kota Kinabalu, Papar, Sipitang, Tuaran, Beaufort hanya mengalami kerosakan kecil.

Bencana alam itu dipercayai mengorbankan mangsa paling ramai dalam sejarah tragedi bencana alam di Malaysia; lebih 200 mangsa terkorban dan 102 lagi hilang dalam ribut yang berlaku selama kira-kira lima jam, bermula jam 1 pagi dan berakhir sekitar 6.30 pagi.

Di Keningau, kemusnahan dua kampung berhampiran Sungai Pampang iaitu Kampung Pampang dan Limbawan ibarat ‘padang jarak padang tekukur’ manakala sebuah kampung dikenali Batu Satu atau Kandang Ayam yang didiami kebanyakan warga Indonesia keturunan Tator, musnah sama sekali. Sungai Pampang, Bayayo, Liawan dan Sinagang melimpah dan hujan berterusan menyebabkan sembilan kampung ditenggelami banjir kilat sekali gus merosak dan menghanyutkan sejumlah 500 rumah penduduk di tebing sungai. Kira-kira 3,000 penduduk kehilangan tempat tinggal.

Perhubungan ke Keningau yang terletak kira-kira 131 kilometer dari Kota Kinabalu, terputus berikutan dua jambatan utama di Sungai Liawan dan Pegalan dihanyutkan banjir besar.


Sebahagian bukit berhampiran Gunung Emas di Tambunan pula runtuh dan menutupi jalan raya sekali gus memutuskan perhubungan dari ibu negeri ke Tambunan dan Keningau.

Paling menyayat hati apabila mengenangkan ramainya mangsa yang terkorban. Kebanyakan mangsa maut kerana dipercayai sedang tidur ketika rumah mereka dihanyutkan arus deras dari kawasan bukit di lereng Banjaran Croker antara jam 3 pagi dan 4 pagi.

Dalam lena yang tidak menyedari apa-apa itu, rumah mereka hanyut dibawa arus bersama penghuni di dalamnya yang tidak sempat menyelamatkan diri.

Sebaik ribut berakhir sebaik siang menjelma, operasi menyelamat dan mencari mangsa segera dijalankan.

Ketika itulah, pemandangan ngeri jelas kelihatan dengan mayat bergelimpangan dalam keadaan mengerikan termasuk ada yang bogel dan tersangkut di tunggul kayu selain mayat kepala bayi terpacul daripada kemaluan ibu yang turut terbunuh. Beberapa mayat turut ditemui dalam rangka rumah yang dihanyutkan banjir kilat.

Hari pertama gerakan menyelamat dijalankan, 107 orang disahkan terbunuh dan kira-kira 150 lagi hilang. Mayat semua yang terbunuh ditemui pasukan pencari dan penyelamat di sepanjang tebing lima sungai utama itu.

Polis, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Sabah Air Sdn Bhd (Sabah Air), bomba, Jabatan Pertahanan Awam (JPA3), beberapa jabatan dan agensi kerajaan selain penduduk setempat terus menjalankan operasi mencari mangsa.

Bagaimanapun, kerja mengeluarkan mayat mangsa tragedi di beberapa sungai agak sukar kerana mereka tertimbus di dasar serta ditindih pokok dan kayu serta lumpur tebal selain kurang peralatan dan kelengkapan bomba untuk dibawa ke lokasi kejadian berikutan terputusnya hubungan jalan darat antara Keningau dan daerah lain.

Pada hari ketiga gerakan mencari dijalankan, 15 lagi mayat mangsa tragedi ribut itu dijumpai. Seterusnya dari hari ke hari, mayat dijumpai berterusan dan statistik angka korban bertambah dari semasa ke semasa.

Menjelang ketibaan tahun baru 1997, mayat terus ditemui dan selepas dimakan hari, jasad yang ditemui semakin mengerikan dan dalam keadaan reput serta busuk.


Cerita tragis tragedi Ribut Tropika Greg tidak pernah tamat walaupun tidak ramai lagi yang berbual mengenainya. Sepuluh tahun berlalu, kejadian itu terus kekal di dalam ingatan ribuan mangsa yang terselamat.

Berbalik kepada lulu, sebaik mendengar berita itu, lulu terus terfikirkan keluarga yang holiday ke Indonesia.. kesana mereka menaiki kapal..Dan kerana ribut itu, laut bergelora dan membahayakan kepada nelayan dan sebaran aktiviti di laut.. Kebetulan, keluarga lulu memang ada bercadang trip ke sulawesi menaiki kapal..

Dan sepanjang hari tu lulu menunggu khabar dari Indonesia.. Risau sangat..
Dan mummy call pada pagi 27hb tu..alhamdullilah semuanya selamat.. Tidak ada apa-apa berlaku keatas mereka dan holiday mereka diteruskan.. Memang disana berlaku ribut dan angin kencang..Tapi tidaklah teruk..

Mereka akhirnya balik ke Malaysia pada 10hb january 1997 genap 1 ramadhan 1417.. Ramadhan itulah yang paling beerti buat lulu..Syukurlah semuanya selamat..

So..Inilah entry saya untuk contest ni..Harap2 leh menang ye Mish Oura..

Saya tag kawan saya..yang merupakan pengunjung setia blog ni..

6 Penyokong CHELSEA:

Hanis Azla on August 17, 2010 at 4:33 PM said...

all the best lulu. Minta2 lulu menang.

Anonymous said...

wah.. ni mmg entry kisah benar ni..
thnks yea join.. GooD Luck ya..
salam Ramdhan...

Lulu Caldina on August 17, 2010 at 11:22 PM said...

TQ Hanis..saya tag awak sekali yer..
ok mish Oura..hope lulu menang..ngee..

Ce'gu JAERA on August 18, 2010 at 5:25 AM said...

Hai Lulu Caldina. Thanx kerana tag saya. Sgt2 Terharu rasanya..

Ekceli saya ni new blogger. Dan saya tak paham la mcm mana nak join tu. Saya kena join melalui blog awak ke atau terus join di blog Mish Oura tu?

Sori ye, saya kurang paham. Ini pertama kali saya kena tag dan join peraduan seperti ini.. Hihihihi..

Salam Ramadhan.

Lulu Caldina on August 18, 2010 at 12:51 PM said...

Gen2merah, saya pun new blogger.ini 1st contesr saya..takpe, cuba ke blog mish oura dan tgk syarat2nya.. ceritakan pengalaman ramadan awak, post kat blog sendiri n link kan ke blog mish oura..try la..

Ce'gu JAERA on August 18, 2010 at 1:44 PM said...

ooooho, macam tu ya. Baru saya faham. Bah, thanx for the info ya.. Nanti saya akan join ini peraduan

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!