KUANTAN – Hanya kerana dituduh mencuri peralatan sembahyang di sebuah pondok penyembahan Hindu, seorang buruh koma selepas dibelasah sekumpulan lima lelaki dalam kejadian di Ladang Jabor, Kemaman dekat Terengganu kelmarin.
Lebih malang, A. Ravi, 35, yang mengalami pendarahan dalam otak dan putus urat mata didakwa ditinggalkan dalam keadaan parah di hadapan Pondok Polis Jabor, Kemaman tanpa dibawa ke hospital dalam kejadian pukul 10 malam itu.
Dia yang sudah berkahwin dan mempunyai dua anak kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) selepas dibawa oleh ahli keluarganya.
Ibu mangsa, S. Thilagam, 49, berkata, dia tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku kerana kecurian itu tidak pernah dilaporkan dan tiada bukti yang boleh mengaitkan anaknya melakukan perbuatan tersebut.
Katanya, dia mengetahui mengenai kejadian itu selepas dihubungi oleh penduduk Kampung Perasing, Jabor yang mengenalinya dua jam kemudian.
“Dia memberitahu anak saya telah ditinggalkan di hadapan Pondok Polis Jabor dan meminta saya supaya datang membawanya pulang ke rumah kami di Taman Datuk Abd Rashid di sini.
“Saya dan seorang anak lelaki kemudian bergegas ke sana dengan menaiki sebuah kereta. Sebaik tiba di rumah, saya terkejut apabila mendapati dahi kiri anak saya bengkak dan berdarah manakala matanya merah,” ceritanya ketika ditemui di HTAA semalam.
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment