Saturday, November 20, 2010

Ibu gajah berlawan dengan buaya


LUSAKA - Seekor ibu gajah menunjukkan tekadnya berlawan dengan seekor buaya yang menarik belalainya, lapor sebuah akhbar semalam.

Sebuah akhbar menyiarkan detik-detik ibu gajah itu mengheret buaya tersebut dengan kuat ke tebing Sungai Luangwa di Taman Negara Luangwa Selatan di Zambia baru-baru ini.

Buaya itu akhirnya terpaksa melepaskan belalai daripada mulutnya kerana ibu gajah tersebut mengheretnya ke tebing sungai.

Ketika kejadian, gajah itu sedang minum air bersama seekor anaknya.



.

Tom Cruise panjat puncak Burj Khalifa


DUBAI, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) - Pelakon terkenal yang gemar melakukan aksi lagak ngeri, Tom Cruise memanjat puncak menara bangunan Burj Khalifa di Dubai untuk satu adegan dalam filem terbarunya, Mission Impossible IV, lapor sebuah akhbar semalam.

Cruise dilihat berada di puncak bangunan yang berketinggian 828 meter itu kelmarin.

Kembali memegang watak sebagai perisik Ethan Hunt dalam filem berkenaan, Cruise sebelum ini berlari di bahagian tingkap di bawah dek peninjau menara tersebut yang berada di tingkat 124 untuk satu adegan kejar mengejar.


Dalam satu sidang media minggu lalu, Cruise memberitahu bahawa dia akan menghabiskan banyak masa di bangunan tersebut.

"Saya tidak boleh memberitahu perinciannya, tetapi saya akan berada di atas sana," kata Cruise.
Seorang jurucakapnya menjelaskan, Cruise sudah agak lama membuat persiapan untuk aksi itu.

"Dia percaya jika aksi lagak ngeri itu dilakukannya sendiri, penonton akan lebih percaya wataknya dalam filem tersebut," katanya.



.

Prestasi United makin tenggelam


Prestasi Manchester United semakin tenggelam selepas beberapa kelab Liga Perdana England berjaya menunjukkan peningkatan musim ini.
Perkara tersebut diakui sendiri oleh perancang skuad The Red Devils, Darren Fletcher.

"Standard dalam saingan Liga Perdana England kini sudah mula mempamerkan peningkatan dan pasukan-pasukan yang bersaing juga semakin baik.
"Berdasarkan pengalaman kami (United) musim lalu, ia adalah satu saingan liga yang sukar dan kamu sendirisudah tercicir banyak mata.

"Jika dahulu empat kelompok teratas liga sudah boleh diramal- kan tetapi kini ia terbuka kepada mana-mana kelab sekalipun," jelas Fletcher.
Setakat ini, United merupakan satu-satunya kelab yang masih belum kalah dalam saingan liga musim ini tetapi sekadar menghuni tangga ketiga.

Skuad kendalian Alex Ferguson itu masih berjaya mengekal- kan rekod tanpa kalah apabila mencatat enam kemenangan dan tujuh seri sepanjang 13 perlawa- nan.
Begitupun, daripada enam kemenangan yang dicatat United itu, mereka hanya berjaya mela- kar satu kemenangan di laman sendiri manakala lima lagi adalah seri.

Justeru, skuad The Red Devils kini sudah tidak mahu terlepas tiga mata penuh apabila beraksi di laman sendiri.
Ia bakal bermula dengan pertemuan menentang Wigan Athle- tic dalam aksi saingan liga di Old Trafford malam ini.

Sebagai rekod, The Red Devils menang kesemua perlawanan dengan Wigan sejak kelab tersebut beraksi dalam saingan liga utama pada 2004.
Begitupun, Fletcher tidak mahu memandang mudah ujian daripada Wigan kerana percaya kelab tersebut telah semakin mantap berbanding sebelum ini.

Pada pertemuan itu nanti, penyerang muda Mexico, Javier Hernandez sudah pasti akan terus diberi kepercayaan mengetuai jentera serangan skuad The Red Devils.
Ini kerana, Wayne Rooney masih belum pulih daripada kecederaan buku lali yang dialaminya ketika ini.



.

Kem Liverpool tempang


Kem Liverpool dilihat tempang menjelang pertemuan menentang West Ham United dalam saingan Liga Perdana England di Anfield awal pagi esok.

Ia gara-gara kecederaan pangkal paha yang dialami kapten skuad The Reds, Steven Gerrard.
Gerrard, 30, mengalami kecederaan tersebut ketika beraksi bersama skuad kebangsaan England yang tewas 1-2 kepada Perancis pada aksi persahabatan di Stadium Wembley, Khamis lalu.

Memburukkan keadaan, jurulatih kecergasan Liverpool, Darren Burgess mendakwa, Persatuan Bola Sepak
(FA) England melanggar perjanjian yang telah diperse- tujui sebelum ini.
Jelas Burgess, Gerrard sepatutnya dikeluarkan lebih awal pada pertemuan itu.
"Semua persatuan di England dan FA England sukar untuk mempercayai kecederaan yang dialami Gerrard. Secara terang-terangan melanggar perjanjian dan sejarah silam," kata Burgess.

"Mereka juga bersikap amatur dan kini kami terpaksa menanggung akibat daripada sikap tidak amatur mereka. Sudah tentu memalukan," jelasnya.
Dilaporkan, skuad The Reds kini ter- paksa melupakan khidmat Gerarrd untuk tempoh sekurang-kurangnya tiga atau empat minggu sebelum pemain itu kembali pulih.

Tanpa kelibat Gerrard, Christian Poulsen dijangka akan diberi peluang untuk menera- jui jentera tengah selepas seorang lagi perancang, Lucas dikenakan hukuman gantung enam perlawanan.
Poulsen, 30, yang dibawa masuk dari Juventus tidak beraksi sejak kekalahan 1-2 Liverpool kepada Black- pool pada 3 Oktober lalu.

Selain, Gerrard, 'ayam tambatan' Liverpool, Fernando Torres juga masih belum pasti akan diturunkan ekoran masalah buku lalinya cedera manakala Dirk Kuyt pula masih dalam proses pemulihan untuk kembali pulih, juga kecederaan buku lali.



.

Misi sukar Ancelotti


Pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti berdepan misi sukar apabila berkunjung ke Stadium St. Andrew bagi menentang Birmingham City dalam saingan Liga Perdana England malam ini.

Ini kerana, skuad The Blues sedang menghadapi detik-detik sukar selepas beberapa pemain utama menga- lami kecederaan yang serius.
Selepas tewas mengejut 0-3 kepada Sunderland Ahad lalu, Ancelotti terpaksa menerima satu lagi kejutan yang hebat.

Ia gara-gara kecederaan misteri yang dialami kapten, John Terry se- hingga memaksa pemain pertahanan England itu berehat untuk tempoh sebulan.
"Saya terpaksa mengharungi segala dugaan ini. Saya tahu saya tidak akan cergas sepenuhnya untuk beraksi pada pertemuan menentang Birmingham," kata Terry.

"Masih belum ada tanda-tanda bila saya akan pulih sepenuhnya dan ia mungkin berlanjutan untuk tempoh seminggu ataupun sebulan."

Selain Terry, seorang lagi tonggak pertahanan Chelsea, Alex mengalami kecederaan lutut.
Alex perlu berehat untuk tempoh enam minggu selepas dia menjalani pembedahan baru-baru ini.

Tanpa kelibat dua tonggak tersebut, Ancelotti pastinya mempertaruhkan kepercayaan kepada Branislav Ivanovic dan Paulo Ferreira bagi mengetuai benteng pertahanan skuad kendaliannya itu.
Dalam masa yang sama, Ancelotti turut menghadapi situasi yang sama di bahagian tengah.
Frank Lampard terpaksa berehat untuk tempoh tiga minggu ekoran kecederaan pangkal paha manakala Michael Essien masih digantung dua perlawanan.

Jelas Ancelotti, penyerang Chelsea, Didier Drogba pula masih belum cergas sepenuhnya.
"Dia (Drogba) masih perlu menjalani latihan dan dia mengambil masa untuk kembali cergas sepenuh- nya.
"Tidak dinafikan dia telah bekerja keras untuk pasukan ini tetapi dia mudah berasa penat kerana tidak menjalani latihan sepenuhnya ketika dia sedang sakit."




.

Mayat amah di tempat pembuangan sampah


Indonesia semalam menuntut satu siasatan dijalankan berikutan satu laporan yang menyatakan seorang amah, Kikim Komalasari telah dibunuh oleh majikannya dan dibuang ke tempat pembuangan sampah, sekali gus menjadi kes kedua berkaitan penderaan amah di Arab Saudi pada minggu ini.

"Sangat mengejutkan dan ia tidak berperikemanusiaan. Saya amat berharap penjenayah itu akan dihukum," kata Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono yang mempengerusikan mesyuarat kabinet bagi membincangkan keperluan melindungi ratusan ribu warga Indonesia yang bekerja di negara Asia Barat.

Menteri Buruh Indonesia, Muhaimin Iskandar menyatakan, satu pasukan kedutaan telah dihantar ke Abha, Arab Saudi untuk meninjau dakwaan bahawa seorang amah berusia 36 tahun dibunuh oleh majikannya.
Leher Kikim dilaporkan dikelar selain dia didapati mengalami luka serius di tubuhnya.

Laporan itu didedahkan semasa satu pasukan pegawai Indonesia dihantar ke Arab Saudi untuk mencari keadilan dan memberi bantuan perubatan kepada seorang lagi amah, Sumiati Salan Mustapa, 23.
Sumiati dimasukkan di hospital sejak 8 November lalu di Madinah.

Majikannya didakwa mencederakan Sumiati dengan api, mematahkan jari tengah dan memotong bibirnya dengan menggunakan gunting.
Pada awal minggu ini, badan Pemantau Hak Asasi Manusia yang berpangkalan di New York menggesa Arab Saudi, Jordan dan Kuwait supaya lebih serius untuk melindungi pekerja asing di negara mereka.



.

Kereta dalam gaung timbulkan tanda tanya


Penemuan sebuah kereta Kia Optima yang terbenam ke dalam selut dari ketinggian 100 meter di Kilometer 35.4 Lebuh Raya Karak di sini berhampiran terowong Genting Sempah menghala ke ibu negara kelmarin menimbulkan pelbagai misteri.
Kereta berwarna perak itu dipercayai terjatuh dari Jalan Bentong Lama, Batu 18 di sini sebelum ia ditemui oleh penunda kereta, Wong Kam Wai, 31, pada pukul 3 petang.
Namun Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, sehingga semalam polis menolak wujudnya unsur jenayah atau kemalangan yang boleh dikaitkan dengan penemuan kereta itu.
"Kalau berlaku kemalangan, mesti pembahagi jalan sudah remuk seperti dilanggar. Jika ada jenayah mesti ada mangsa di sekitarnya," kata beliau ketika dihubungi di sini semalam.
Kereta Kia Optima yang berharga lebih RM100,000 itu ditemui ketika Kam Wai sedang menaikkan sebuah kereta Satria Neo yang terbabas di Kilometer 35.4 Lebuh Raya Karak.
Dalam pada itu, satu sumber berkata, ketika ditemui kunci kenderaan ada pada kereta itu namun enjin tidak dihidupkan.



.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!