Saturday, January 15, 2011

Elak musibah


Chelsea bakal berdepan Blackburn Rovers di Stamford Bridge malam ini dalam usaha bersaing semula bagi mempertahankan kejua- raan Liga Perdana England.

Pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti makin tertekan kerana skuad bimbingannya itu semakin tergelincir dalam carta liga berikutan prestasi semasa yang kurang baik.
Biarpun tewas 0-1 kepada Wolves pada aksi terakhir liga sebelum ini, Chelsea kini tampak cuba untuk bangkit semula setelah berjaya membelasah Ipswich 7-0 pada aksi Piala FA minggu lalu.

Apa yang lebih penting, pemain tengah Chelsea, Frank Lampard kini sudah pulih dan kembali menemui sentuhan gol selepas dia berehat panjang akibat pembedahan hernia.
"Ia sesuatu yang mengecewakan apabila tidak dapat berada sebahagian dalam pasukan dengan tidak bersama- sama menyertai aksi tempat lawan serta terpaksa berlatih sendirian.

"Saya kini kembali berusaha keras untuk meningkatkan kekuatan diri dan harap saya akan dapat mencu- rahkan keringat untuk pasukan pada baki saingan musim ini," kata Lampard.
Untuk aksi malam ini, majoriti pemain Chelsea bakal kembali sele- pas dibelenggu masalah kecederaan kecuali beberapa pemain yang masih belum pulih seperti John Obi Mikel, Yuri Zhirkov, Alex dan Yossi Benayoun.

Namun, tatkala Ancelotti sedang bergelut untuk menyelamatkan jawatannya, pengurus Blackburn, Steve Kean semakin selesa mengemudi pasukan tersebut yang dijangka mampu menamatkan saingan di enam tangga teratas musim ini.
Malah pemain pertahanan Blackburn, Martin Olsson memberitahu, pasukannya itu semakin berkeyakinan dalam menempuh baki saingan musim ini.

"Kami berjaya menampilkan aksi terbaik dan itulah yang pengurus mahu kami lakukan. Dalam latihan, kami hanya buat aktiviti hantaran, dua sentuhan, tiga sentuhan dan saya rasa kami telah menunjukkan peningkatan.
"Apa pun masih terdapat banyak lagi perlawanan. Kami kini semakin teruja dan selesa untuk beraksi. Itulah yang pengurus mahukan. Dia begitu menyakini kami semua," kata Olsson.


 
.

3 Penyokong CHELSEA:

Fuz on January 15, 2011 at 1:07 PM said...

putus asa sajalah la h LULU.haha

Lulu Caldina on January 15, 2011 at 1:11 PM said...

@Peminat Katie Holmes Tidak mungkin........ekeke

Ikhmal Fadzil on January 15, 2011 at 5:32 PM said...

sruh ancelotti beli torres,99% chelsea bleh slamat..hehe!

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!