Saturday, January 15, 2011

Misi bermula


Pemain No. 1 dunia, Rafael Nadal dijangka berdepan Robin Soderling atau Andy Murray pada semi final Kejohanan Tenis Terbuka Australia dalam misinya muncul sebagai pemain pertama dalam tempoh 42 tahun memenangi kesemua empat gelaran utama berturut-turut.

Pada majlis undian semalam, Soder- ling dan Murray berada dalam satu ke- lompok bahagian atas bersama Nadal yang kini memburu kejuaraan Grand Slam keempat berturut-turut selepas memenangi Terbuka Perancis, Wimbledon dan Terbuka Amerika Syarikat tahun lalu.

Nadal bakal mengikut jejak langkah legenda Australia, Rod Laver yang menyapu bersih empat gelaran Grand Slam berturut-turut jika dia menjuarai Terbuka Australia yang akan membuka tirainya Isnin ini.
Bagaimanapun, bintang Sepanyol itu berkata, dia tidak terlalu memikirkan perkara tersebut, sebaliknya berazam tampil dengan permainan terbaik.

"Semua orang bertanyakan kepada saya mengenai hal itu. Bagi saya, tekanannya masih sama dengan perlawanan perlawanan lain kerana saya mahu melakukan perkara yang betul dan bermain dengan cemerlang.

"Kita hanya tunggu dan lihat, namun saya tidak merasakan tekanannya (untuk mendapat empat gelaran Grand Slam berturut-turut)," kata Nadal.
Persedian Nadal bagi menghadapi Terbuka Australia agak terganggu dengan masalah kesihatan yang dihada- pinya ketika ini.

Nadal mengakui, prestasinya mungkin sedikit terjejas ekoran masalah kesihatan itu.
"Penting bagi saya untuk memperbaiki sedikit demi sedikit rentak permainan saya. Banyak kali saya memulakan perlawanan dengan persembahan yang kurang memuaskan tetapi menamatkannya dengan cemerlang.

"Bagaimanapun, sukar untuk memberitahu sama ada saya sudah bersedia atau tidak," ujarnya.

Nadal akan memulakan kempen Terbuka Australia dengan menentang pemain Brazil, Marcos Daniel sebelum dijadualkan bertemu pilihan ke-15 dari Croatia, Marin Cilic.
Soderling yang juga naib juara Terbuka Perancis 2009, dijadualkan menentang pemain Itali, Potito Starace manakala Murray bertemu Karol Beck dari Slovakia.

Bagi saingan wanita, ratu Denmark, Caroline Wozniacki dijadualkan menentang Justine Henin dari Belgium pada aksi suku akhir.
Wozniacki yang tampil selaku pemain No. 1 dunia sejak Oktober tahun lalu, kini dalam usaha memburu gela- ran sulung Grand Slam.

Peluang Wozniacki untuk menjuarai Terbuka Australia kali ini tampak terbuka luas selepas juara Grand Slam sebanyak 13 kali, Serena Williams tidak beraksi kerana mengalami kece- deraan kaki.
Namun, Wozniacki telah memulakan kempen musim ini dengan rentak hambar apabila tewas kepada pemain ranking ke-32 dunia dari Slovakia, Dominika Cibulkova pada pusingan kedua Kejohanan Antarabangsa Sydney, Selasa lalu.



.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!