PANAS! panas! panas!... Mentor tidak puas hati kerana penerbit menyiarkan segmen protege menangis untuk meraih simpati penonton.
Segmen air mata itu memaparkan Erra Fazira sebagai mentor sedang memujuk protegenya, Salma atau Salmah A.Asis, 21, yang merasakan dirinya tidak cantik berbanding peserta lain.
Kata Erra, cantik adalah subjektif dan setiap orang mempunyai kecantikan tersendiri dan Salma tidak perlu risau kerana program itu memberi penekanan kepada vokal.
Apa pun Salma yang berasal dari Tawau, Sabah itu beruntung kerana mendapat mentor yang menitik beratkan soal imej, maka tampillah gadis itu ala Cinderella untuk persembahan pertama.
Walaupun Erra dan Salma tidak terfikir menggunakan segmen itu sebagai drama raih simpati, namun pada pandangan orang lain ia menjurus ke arah tersebut.
Kebetulan pula, Salma yang mendendangkan lagu Yang Terindah Hanya Sementara dan duet dengan Erra menerusi lagu Pertemuan, Cemburu dan Jendela Hati mendapat markah paling tinggi (80 peratus) berbanding Iqa (55 peratus) dan Aiman (48 peratus).
Salma layak mendapat keputusan itu bukan kerana drama air mata tapi kerana vokalnya memang bagus berbanding dua rakan lain.
Malah juri tetap, Datuk Ramli MS serta juri jemputan, Zainal Abidin turut memuji peningkatan vokal Salma.
"Celine Dion pun tidak cantik. Siapa kata orang tidak cantik tidak boleh menyanyi. Saya tidak ada masalah dengan vokal Salma. Kalau ikutkan, protege kumpulan B ini lebih bersedia dan bagus daripada kumpulan A," kata Ramli jujur.
Sementara itu Edry Abdul Halim yang merupakan mentor kepada Iqa atau Nursyafiqah Nasratullah Mohd. Nor, 25, dari Ampang, Selangor mahu isu drama dan air mata dihentikan.
Katanya, adalah tidak adil kepada protege lain yang tidak mempunyai kisah sedih untuk dikongsi bersama orang ramai.
"Saya sangat kecewa kerana drama sebabak yang ditonjolkan secara tidak langsung ia akan memberi kesan kepada penonton.
"Ini kerana 30 peratus daripada pemarkahan ditentukan menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) daripada penonton, selain 50 peratus daripada juri profesional dan 20 peratus juri awam," katanya.
Bagaimanapun Edry tidak menuding jari kepada Salma kerana apa yang dipapar ditentukan oleh pihak penerbitan termasuk giliran mengadakan persembahan.
Katanya, kenapa tidak diadakan cabutan untuk menentukan siapa yang menyanyi dulu dan terakhir kerana aturan itu juga turut mempengaruhi undian atas faktor kasihan.
Pandangan Edry itu disokong oleh Rahim Maarof yang merupakan mentor kepada Aiman Hakin Ridza Abdoh, 23, dari Shah Alam, Selangor.
Tidak ada pilih kasih
Pengarah dan penerbit eksekutif Mentor musim kelima, Muhamad Sufian Isa berkata, apa yang dipaparkan adalah babak yang terbaik.
"Seperti wartawan, kami pun akan memilih sudut terbaik untuk disiarkan. Tidak ada maksud apa-apa. Ini adalah rancangan realiti, apa yang dipaparkan adalah luahan hati protege kepada mentor.
"Setiap mentor ada strategi kerana itu semua sebahagian daripada corak persembahan program. Apa pun program ini mengutamakan vokal, tidak ada faktor raih simpati," jelasnya.
Sufian turut menepis cadangan agar diadakan cabutan untuk menentukan giliran persembahan di kalangan protege.
Katanya, mereka mempunyai cara tersendiri untuk menentukan siapa yang dahulu dan kemudian tanpa ada isu pilih kasih.
"Minggu ini Iqa dulu, minggu depan mungkin dia jadi protege terakhir menyanyi. Kami sudah ada aturan dan kalau dibuat cabutan, macam mana kalau asyik orang yang sama jadi peserta pertama buat persembahan.
"Lagipun ini bukan kali pertama Mentor ke udara, sudah masuk musim ke lima. Pasti semua orang sudah maklum format yang kami ketengahkan," katanya terus terang.
.
3 Penyokong CHELSEA:
macam ni pun boleh jadi isu kan~pelik la..ape pun suara salma memang mantap! cantik ke tak, belakang kire^^
biasa la tue dunia hiburan...
suka salma!
Post a Comment