Lapan penduduk Gaza termasuk dua remaja dan empat pejuang Palestin maut ketika ketegangan di sempadan wilayah Palestin itu dengan Israel terus memuncak selepas serangan udara dan roket dilancarkan sejak beberapa hari lalu.
Mangsa maut dalam dua serangan berasingan Israel di bahagian timur Gaza City, semalam sehari selepas berlaku pertumpahan darah dan keganasan.
Dua yang terkorban berumur 11 dan 16 tahun, sementara empat lagi merupakan anggota kumpulan pejuang Jihad Islam, lapor sumber pejuang Palestin dan perubatan.
Kumpulan perubatan berkata, dalam kejadian pertama, empat maut apabila tembakan meriam Israel mengenai sebuah rumah di Shejaiya.
Jurucakap pasukan kecemasan, Adham Abu Selmiya berkata, rejim Zionis melancarkan serangan tersebut ke atas sekumpulan remaja yang sedang bermain bola sepak.
Mereka yang maut dikenal pasti sebagai Mohammed al-Helu, 11; Yasser Ahad al-Helu, 16; Yasser Hamad al-Helu, 50; dan Mohammed Harara, 20 tahun.
Selmiya berkata, seramai 12 yang lain turut cedera dalam kejadian itu dengan empat daripadanya berada dalam keadaan kritikal.
Beberapa jam kemudian, empat anggota pejuang Palestin terbunuh dalam satu serangan udara Israel di kawasan kediaman di Zeitun yang terletak berhampiran.
Mereka dikenali sebagai Mohammed Abed, Saada Heles, Adham al-Harazine dan Mohammed Atya al-Harazine.
.
1 Penyokong CHELSEA:
kita hanya mampu mendoakan..
=)
Post a Comment