Wednesday, August 3, 2011

Ikan Masak Sos..

Klik untuk tumbesaran dan buat air liur meleleh..


Bila berpuasa ni, apatah lagi dah dekat nak berbuka, 
memang sibuklah kan fikir nak berbuka dengan apa..
Nak beli kat Pasar Ramadan, ataupun nak masak sendiri..
Tapi, bagi lulu, lebih elok masak sendiri..
Lagi terjamin kebersihannya, dan lebih sedap rasanya..
Jimat duit poket..

Masalah, bekerja, tak sempat masak???
Sila lihat resepi lulu, ringkas, sedap dan mudah..
main campak-campak jer, kompem sedap..ngee..

  • ikan, terserah nak ikan apa, nak ikan macam dalam gambar pun sedap..
  • asam jawa
  • Bawang besar
  • tomato
  • sos cili
  • tepung jagung, bancuh dengan air 
  • perasa..

Mula-mula, goreng ikan selepas di sapu dengan garam dan asam jawa..
lulu lagi suka macam tu, walaupun masak berkuah, sebab ikan tak berbau hanyir..
Bila dah masak, ketepikan..
Panaskan sedikit minyak, masukkan bawang besar yang dihiris beserta tomato yang sudah dipotong kecil. Bila dah sedikit layu, masukkan sos cili.. agaklah yer, banyak ikan, banyaklah sos.. nak berkuah, kan??
Lepas tu masukkan sedikit air, gaul rata, masukkan perasa..
sedikit tepung jagung yang sudah dibancuh air (untuk memekatkan kuah.. Org cina memang tak boleh dipisahkan dengan tepung jagung..)
Dah agak pekat, masukkan ikan (tak nak masuk pun takpe, terus tuang kat ikan..)
ok, dah siap 1 juadah...
Mudah, kan??



.

8 Penyokong CHELSEA:

Baiz Mamat on August 3, 2011 at 3:33 PM said...

berselera nye..mr baiz nak boleh?

Lulu Caldina on August 3, 2011 at 3:36 PM said...

@Mr.Baiz skrg tak boleh, sebab puasa..ngee

MizzTina on August 3, 2011 at 3:44 PM said...

boleh msk menu ni utk buka nt... :)

Rozita Ceritaita on August 3, 2011 at 3:46 PM said...

wah lulu masak... rajin2... jimat lg tu.. akak pun suka masak kalau sempat.. harini nak buat steamboat sendiri kat rumah..

Makbed on August 3, 2011 at 4:39 PM said...

menariks. buleh cuba.

Unknown on August 3, 2011 at 4:56 PM said...

resepi yang menyenangkan keje memasak petang nanti..lalala

Ct Arina on August 4, 2011 at 9:47 AM said...

saye pun terror masak ni! ;D

Lulu Caldina on August 4, 2011 at 9:57 AM said...

@Ct Arina yeah :)

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!