Thursday, August 11, 2011

Mahkamah sahkan perceraian artis

Ikatan perkahwinan pelakon dan penyanyi, Joey dan isteri, Noraini Mohammad Nasir terlerai pada Khamis, selepas Mahkamah Rendah Syariah di sini memutuskan lafaz talak yang dibuat lebih setahun lalu sebagai sah.

Hakim Syarie, Abdul Halim Abdullah pada penghakimannya juga memutuskan bahawa dakwaan rujuk yang didakwa oleh Noraini tidak berlaku, selepas Joey bersumpah bagi menafikan perkara itu.

Joey yang popular dengan lagu Beradu Suratan didakwa melafazkan cerai pada 4 Jun 2010 manakala lafaz rujuk didakwa Noraini berlaku empat hari selepas itu. Dakwa wanita itu, mereka telah menjalani hubungan suami isteri selepas rujuk kembali pada 8 Jun 2010.

 

.

1 Penyokong CHELSEA:

Hanis Azla on August 11, 2011 at 3:11 PM said...

semoga ianya membawa kebaikan utk kedua2 belah pihak..

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!