Thursday, August 11, 2011

Suami isteri maut nahas jalan raya


Sepasang suami isteri warga emas maut apabila motosikal yang mereka naiki bergesel dengan tayar belakang sebuah treler mengakibatkan mereka terjatuh dan cedera parah di Jalan Baling-Sungai Petani, berhadapan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Baling/Sik di sini, hari ini.

Kejadian berlaku pada pukul 9.30 pagi ketika mangsa, Yee Fook Wey, 72, dan isterinya, Lew Mee Boon, 60-an, dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Taman Emas, di sini dari pekan Baling selepas membeli keperluan dapur.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Mat Daud Mat Hasan berkata, semasa tiba di tempat kejadian, motosikal itu dipercayai masuk ke laluan kanan sebelum melanggar tayar belakang sebuah treler balak dari arah bertentangan.

"Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan parah di kepala serta badan dan disahkan meninggal dunia di Hospital Baling (HB)," katanya di sini hari ini.
Pemandu treler berkenaan, Mohd. Azlen Che Noh, 34, yang tidak mengalami kecederaan berkata, semasa kejadian dia dalam perjalanan dari Sungai Dua, Butterworth, ke Tanjung Pari untuk mengambil balak.
"Sejurus tiba di lokasi, saya melihat motosikal mangsa masuk ke laluan kanan. Saya cuba mengelak tetapi motosikal itu tetap melanggar tayar belakang treler," katanya.



.

2 Penyokong CHELSEA:

ezumie esbarisma on August 11, 2011 at 2:29 PM said...

amat memilukan T_T

kemboja on August 11, 2011 at 2:46 PM said...

kesiannya..

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!