Monday, January 10, 2011

Lagi berita gembira......


Tahniah buat Elyana....
Elyana yang telah mendirikan rumahtangga bersama Khairul Anwar
19 november yang lalu, [KLIK SINI]
kini telah disahkan mengandung....
hooray....

Berita gembira itu dikongsi bersama peminat di blog beliau..




Tahniah Elyana...
Semoga Elyana dan kandungan sihat dan selamat.....
.

Keluarkan 'darah'?

POHON pisang dibalut dengan kain berwarna putih bagi mengelak ia ditusuk orang ramai yang mahu melihat cecair berwarna merah
Sepohon pisang di Bojonegoro, Jawa Timur Indonesia mengeluarkan buah yang kelihatan seperti nenas manakala pohonnya mengeluarkan cecair berwarna merah seperti darah apabila ia ditusuk dengan benda tajam, lapor sebuah akhbar semalam.

"Sudah seminggu rumah saya didatangi ramai orang yang ingin menyaksikan pohon pisang aneh ini," kata pemilik pohon itu, Sutrisno kepada wartawan Detikcom ketika ditemui dirumahnya.
Bahagian tengah pohon itu dibalut dengan kain berwarna putih yang digunakan untuk membalut mayat bagi mengelak orang ramai menusuknya semata-mata untuk melihat cecair berwarna merah keluar.

Menurut Sutrisno, pohon pisang itu tidak menunjukkan sebarang tanda keganjilan apabila ia masih kecil.
Namun, selepas pohon itu membesar, ia mula mengeluarkan buah aneh seperti nanas dan mengeluarkan cecair berwarna merah apabila ditusuk.

Menurutnya, sebulan sebelum pohon pisang itu mengeluarkan cecair berwarna merah, dia bermimpi air telaga di rumahnya melimpah.



.

"My 1st GiveAway in 2011"



Jom join GA Cik Hafidzah.
Syaratnya mudah...
(whoaa orangnya cantik...)
Nak tahu lebih lanjut sila berkunjung ke blog Cik Hafidzah..


Lulu nak tag...
 
 
Tarikh Tutup : 26.02.2011



.

Warna oren (Sokong Belanda?)


Gambar seekor buaya berwarna oren dirakamkan di Sorrento Woods, Venice di sini berhampiran rumah seorang nenek, Sylvia Methen baru-baru ini.

Menurut Methen yang berusia 74 tahun, dia tidak menyangka dapat melihat buaya tersebut semasa pulang dari tempat kerja.

"Saya menganggap ia (haiwan itu) hebat. Saya merakamkan gambar dan menghantarnya kepada cucu saya supaya mereka menganggap saya salah seorang nenek yang hebat di Florida," katanya.

Bukan dia sahaja dapat melihat seekor buaya itu tetapi seorang lagi saksi, Phillip Crosby turut melihat haiwan tersebut.

"Haiwan itu berjemur di atas simen," katanya.
Menurutnya, dia dapat melihat buaya itu dari dalam keretanya.

"Haiwan itu memang berwarna oren. Kulitnya berwarna oren," kata Crosby.
Namun, pakar-pakar hidupan liar yang meneliti gambar itu menyatakan haiwan berkenaan dipercayai berwarna oren kerana ia terkena bahan mengandungi warna tersebut.



.

Marak..


Deretan kedai dan gerai musnah akibat kebakaran di Kampung Titingan di Tawau, awal pagi sabtu. 
Kejadian itu mengakibatkan lima puluh peniaga kecil hilang punca pendapatan 
apabila kedai dan gerai mereka musnah dalam satu kebakaran pada 1.40 pagi tadi. 
Kebakaran ini melibatkan 16 buah kedai papan dan 34 buah gerai menjual sayur-sayuran, 
kuih-kuih dan buah-buahan musnah. 
Namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan




.

Kutip award...Jom.................



Salam..Selamat petang...
Aloooo Lulu-Pages reader's...
Sihat? Ok ke hari ni?
Cuaca panas terik hari ni..
Huhu, sekejap jer dah berpeluh...
Tekak pun asyik kering jer...


Entry ini adalah mengenai award semata-mata...
Lulu dapat, so skrg bersedia nak publish..
(sesapa nak bagi award lagi, sila-sila...jgn memalu eh..)


Award pertama dah lama dapat..
Huhu baru ada masa nak publish kan..
Betapa malasnya haku....
adeh...

Sebenarnya award ni,
hari tu lulu ada ikut satu giveaway...
Tapi tak bernasib baik..
aka tak menang..
so, sesapa tak menang, dapatlah award..
Kira ok lah tu...
Baik dan murah hati sungguh
Cik penganjur itu...ngee...



Cute sungguh award ini...
Ok ini linknya [KLIK SINI]

kepada semua peserta GA ini tidak kira yg menang atau tidak berjaya, anda semua mendapat penghargaan dari saya, terimalah award ini sempena kesudian korang semua menyertai GA saya ini. silalah tempek award ni di blog masing2 sebagai tanda penghargaan dan tanda terima kasih dari saya kepada u ollsss.. 
Award ini hanya utk 131 seperta GA je tau. yg tak join tu jgn nak gatal2 nak amek... hehehe... nnt saya akan bagi award lain plak kepada korang yang tak join GA ni. itu nanti kite citer lain okeh. sila tempek award GA ni kat sidebar blog memasing ye. 


 "Hah itu kata Pihak penganjur.."



Dan bagi award kedua,




Award kedua ni juga didatangkan khas daripada Cik Syutinie...
Lulu dah jadi follower dia, so, award ni khas buat semua follower blog Syutinie [KLIK SINI]

Yuhu... hehehe ok Tinie nak bg award ni.. 
untuk semua followers Zon2u.. 
amik la hehe
Tinie tengah bermurah ati ni.. singgah-singgahlah lagi sini erk ...




Menariknya kedua-dua award ni, 
persamaan yang nyata...
award yang very the kreatif...kan?



TQ so much....
(Sorry korang, lulu tak boleh tag org lain award ni..Harap maklum..)



.

1st Giveaway Tinie (zon2u)




Mari memeriahkan Giveaway Cik Syutinie...
Ni pertama kali dia menganjurkan giveaway..
HARUS lah kita menyokong.....
Sila klik pada banner untuk lebih lanjut...


Lulu nak tag..



Tarikh Tutup : 14.01.2011




.

"GA:: ole-ole dari Semporna"


Jom join Giveaway ni...
Memang menarik..
Nak join sila klik pada banner yer..


Hadiahnya best...

3 pemenang akan menerima..




dan 4 pemenang saguhati akan menerima..





Tarikh Tutup : 29 Jan 2011




.

Bersatu dengan yang sudah tiada?


Maut tidak dapat memisahkan cinta sejati. Begitulah yang dialami Jaskiewicz Magali dan Jonathan George. Pasangan kekasih ini tetap melangsungkan perkahwinan meskipun calon pengantin lelaki telah meninggal dunia setahun yang lalu.


Seperti dipetik dari laman Telegraph, pasangan yang telah menjalin hubungan asmara selama enam tahun itu awalnya merancang berkahwin di sebuah balai kota di Perancis pada November 2008. Namun, George terkorban dalam sebuah kemalangan motorsikal, dua hari menjelang perkahwinannya.


Setahun berlalu, tapi Magali sukar mengikis rasa cintanya terhadap George. Dengan sokongan keluarga dan sahabat, wanita 32 tahun itu nekad melangsungkan perkahwinan dengan gambar George di sebuah perkampungan di Dommary-Baroncourt, bahagian timur Perancis, pada November 2009.


Magali menggunakan kod sivil yang jarang diketahui orang awam untuk mendapat izin mengahwini seseorang yang telah meninggal. Dalam kod sivil disebutkan, perkahwinan dibolehkankan jika semua syarat formaliti perkahwinan, termasuk perancangan tarikh perkahwinan, telah selesai sebelum salah satu pasangan meninggal.


Magali berjaya memenuhi syarat itu. Dia membuktikan bahawa dirinya dan George telah hidup bersama sejak 2004. Mereka juga memiliki akaun bank bersama. Dia lalu memperlihatkan gambar gaun pengantin yang akan dikenakan sewaktu perkahwinan.


Dengan bukti-bukti yang cukup kuat, pejabat sivil tempatan akhirnya mengahwinkan Magali dengan pasangannya yang telah tiada. Pejabat Kementerian Dalam Negeri Perancis mengakui, ada 10 perkahwinan seperti ini berlangsung di Perancis setiap tahunnya.



.

Kembali kurus


SEBELUM mengandung, catatan berat pengacara Aishah Sinclair adalah 55 kilogram (kg). Namun, selepas melahirkan anak, beratnya menjadi 70kg. Walaupun memahami fitrah perubahan biologi itu, dia mahu melakukan sesuatu.

Keadaan tersebut telah membuatkan isteri kepada Sheikh Abdul Shahnaz itu membuat keputusan untuk mendapatkan syor pakar demi melangsingkan badannya semula.

Katanya, usaha menguruskan berat badan bukanlah terletak pada semangat semata-mata.

"Selepas melahirkan anak, Soraya Ann pada bulan Ogos tahun lalu, saya sedar bukan mudah untuk menurunkan berat badan yang meningkat sepanjang tempoh hamil.

"Selepas berfikir, saya memerlukan bantuan pakar untuk menyelesaikan masalah itu supaya mendapat hasil yang berkesan dan sihat," katanya ketika diperkenalkan sebagai duta Marie France Bodyline (MFB) di Hotel Hilton, Kuala Lumpur baru baru ini.

Tambah pemilik nama sebenar Aishah Jennifer Mohamed Sinclair itu, semasa mengandungkan Soraya dia tidak pernah berpantang soal makanan.

"Ketika mengandung dahulu, apa yang saya ingin makan saya akan makan walaupun ketika itu pada pukul dua pagi.

"Bagi saya, ketika mengandung kita boleh makan apa sahaja kerana ia umpama satu kemenangan selepas berjaya untuk hamil," jelasnya.

Ujar adik kepada pelakon Ashraff Sinclair itu lagi, selepas membuat kajian tempat untuk mendapatkan khidmat pakar, dia memilih Marie France Bodyline.

"Keputusan itu dibuat kerana bahagian badan saya yang bermasalah seperti perut dan paha. Saya mendapat tahu tentang teknologi pelangsingan badan terkini dan pendekatan yang sederhana dan realistik oleh MFB," tambahnya yang kini berusia 30 tahun.

Di MFB kata Aishah, dia menggunakan rawatan VS3 Radio Wave Body Perfector.

"VS3 Radio Wave Body Perfector adalah satu alatan yang tidak memerlukan pembedahan yang menggunakan teknologi Elos (Electro Optical Synergy) yang digunakan dalam perubatan pembedahan dan aestetik di seluruh dunia.

"Rawatan yang saya lalui sangat selesa dan saya berjaya memperolehi bentuk tubuh badan asal saya semula. Saya juga bertambah yakin memandangkan saya berasa lebih sihat," ujarnya.



Menurut Pengurus Besar Marie France Bodyline, Joanne Yeong, bukti klinikal telah menunjukkan bahawa rawatan tersebut adalah berkesan untuk selulit dan lemak untuk lelaki dan wanita.

"Dalam tempoh dua bulan setengah, berat badan Aishah telah menurun sebanyak 18kg berbanding berat badan asal.

"Dengan program pengurangan berat badan yang selamat dan semula jadi, kami berbangga dapat membantu begitu ramai wanita dan lelaki dalam usaha mereka menjadi lebih kurus sihat tahun demi tahun," katanya.

Tambahnya, Aishah adalah satu contoh terbaik dalam usaha mengembalikan bentuk dan berat badan ideal.



.

Buang ibu demi kekasih asing


“Selama membesarkan dia, saya tak pernah terfikir yang dia tergamak membuang ibu sendiri,” rintih seorang ibu yang kini hidup merempat sejak enam bulan lalu selepas ‘dibuang’ anak perempuan tunggalnya akibat penangan cinta lelaki Iran.

Ibu itu yang hanya mahu dikenali sebagai Ani, 47, kini menumpang berteduh di rumah rakan dan berpindah-randah dari satu kediaman ke kediaman lain di Seremban, Negeri Sembilan serta Selayang di sini, dengan hanya membawa lima helai pakaian.

“Saya tidak menumpang lama di rumah orang dan berpindah-randah dari rumah rakan ke rumah rakan lain selepas tinggal dua atau tiga hari. Saya tidak ada sesiapa dalam hidup ini. Selepas suami meninggal dunia pada 2008, hanya anak perempuan tunggal itu yang menjadi tempat saya bergantung.

“Namun, perkenalannya dengan seorang lelaki Iran menerusi Internet mengubah hidup saya. Saya dihambat lelaki itu keluar dari rumah manakala anak pula langsung tidak peduli, malah ‘menghiris’ hati saya apabila sanggup meminta saya pergi jauh daripada hidupnya,” katanya yang ditemui, semalam.

Menurutnya, sebelum ini keluarganya hidup bahagia, malah perkahwinan anak perempuannya dengan seorang lelaki tempatan menghadiahkannya seorang cucu lelaki.
“Saya tidak bekerja, tetapi mujur arwah suami meninggalkan sedikit wang dan sebuah kereta kepada saya.

“Begitu juga dengan anak perempuan saya, dia berkahwin dan mempunyai kerja yang baik dengan gaji antara RM7,000 hingga RM8,000 sebulan. Dia juga membeli sebuah apartmen di Subang Jaya dan meminta saya tinggal di situ selepas kematian suami saya,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, hidupnya musnah selepas anaknya jatuh cinta dengan seorang pelajar sebuah kolej swasta warga Iran berusia 25 tahun kira-kira dua tahun lalu.

“Demi pelajar kolej swasta itu, anak saya sanggup meninggalkan suami, berhenti kerja dan duduk serumah dengan lelaki itu.

“Dia berubah, nasihat saya dibalas dengan kata-kata kesat, malah kunci apartmen miliknya yang menjadi tempat tinggal saya ditukar apabila saya keluar ke rumah rakan selepas dimintanya atas alasan kawan kekasihnya yang datang dari Iran mahu menumpang sementara waktu,” katanya.

Ani berkata, ketika cuba bertanyakan mengapa kunci ditukar, lelaki Iran terbabit menghalaunya keluar dari apartmen itu di depan anaknya dengan alasan dia cuba mengganggu kehidupan mereka.

“Saya tidak ada sesiapa di dunia ini kecuali anak saya. Dia nyawa dan jiwa saya, tetapi semuanya musnah sekelip mata disebabkan orang asing.

“Kereta milik saya juga dilelong bulan lalu kerana bayaran ansuran tertunggak dan sejak Jun lalu, saya menumpang ihsan rakan, tetapi berapa lama boleh berteduh di rumah orang menyebabkan saya sering berpindah-randah selepas beberapa hari.

“Mungkin satu hari nanti, saya terpaksa tinggal di bawah jambatan kerana tidak memiliki apa pun, sudahlah tiada harta, anak kesayangan pula membuang saya,” katanya.




.

Anjing baham lembu


Pemilik ternakan di FELDA Tenang rugi RM80,000

JERTIH: Pemilik ternakan di FELDA Tenang, Hulu Besut dekat sini, mendakwa mengalami kerugian besar apabila lembu ternakan mereka sering diserang anjing liar sejak empat bulan lalu.

Kejadian serangan anjing liar itu didakwa kali kedua berlaku di tanah rancangan itu dalam tempoh berkenaan sehingga menyebabkan peneroka kerugian lebih RM80,000.

Peneroka, Zakaria Mat Nor, 45, berkata sekumpulan 20 anjing liar sering menyerang lembu ternakan yang dilepaskan di tanah rancangan itu dan berpuluh lembu mati akibat cedera diserang anjing.

“Ia kejadian kedua berlaku dalam tempoh empat bulan lalu dan kejadian sama berlaku tahun lalu menyebabkan penternak mengalami kerugian kira-kira RM25,000 apabila lebih 40 lembu dibaham anjing hutan.

“Dalam kejadian terbaru, tiga lembu menjadi korban selepas serangan anjing berkenaan menyebabkan ternakan cedera parah,” katanya.

Beliau berkata, sebahagian besar peneroka menternak lembu dan dilepaskan di dalam ladang sawit milik FELDA berkenaan berhampiran hutan simpan Gunung Tebu.

Peneroka percaya anjing liar berkenaan datang daripada hutan simpan berhampiran dan sukar mencari makanan, menyebabkan ia masuk ke kawasan FELDA berkenaan untuk mencari makanan.
"Serangan berlaku pada awal pagi dan petang serta ada kalanya ketika tengah hari. Bagaimanapun, setakat ini tidak ada lagi kejadian anjing menyerang manusia.

"Masalah ini timbul semula selepas Jabatan Perhilitan membawa keluar perangkap yang dipasang dan keadaan itu meresahkan peneroka terutama membabitkan lembu pawah,” katanya.

Peneroka berharap pihak berkuasa termasuk FELDA dan Jabatan Perhilitan membantu menangani masalah itu bagi mengelak peneroka terus menanggung kerugian lebih besar.

"Kita melaburkan modal yang besar untuk menternak lembu dan apabila berlaku kejadian seperti ini ia memang menyedihkan kerana kami tidak dapat menjual hasil ternakan yang mati dan cedera akibat diserang anjing liar daripada hutan simpan berhampiran.

"Penduduk tidak mampu mengatasi masalah ini sendirian kerana bimbangkan bahaya keselamatan diri. Kami sangat berharap pihak berkaitan dapat mengambil tindakan segera dalam menyelesaikan masalah ini," katanya.




.

Selamat jalani pembedahan



Kanak-kanak mangsa asid, Nurul Dahyatul Fazlinda Mat Haizan, 9, selamat menjalani pembedahan wajah selama kira-kira lima setengah jam di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini semalam.

Pembedahan membuang parut dan menampal kulit muka itu diketuai Pakar Perunding Pembedahan Plastik,Dr. Najiha Syarida Zakaria dengan dibantu beberapa pembantu perubatan hospital berkenaan.

Menurut ibu kanak-kanak itu, Che Ku Huzaimah Che Ku Awang, 29, anaknya dimasukkan ke bilik pembedahan pada pukul 12.30 tengah hari dan dibawa keluar kira-kira pukul 6 petang.

“Alhamdulillah semuanya selamat namun buat masa sekarang, Lin (nama panggilan Nurul) dalam keadaan separuh sedar kesan ubat bius.

“Tetapi dia ada beritahu dia rasa sakit dan merengek bila jururawat nak masukkan ubat,” katanya yang bimbang melihat keadaan Lin menahan kesakitan ketika ditemui di HSNZ semalam.



.

Abang maut, adik parah ditikam



Kunjungan dua beradik ke sebuah pusat hiburan di Pekan Inanam, di sini, awal pagi semalam, berakhir tragedi apabila seorang mati ditikam, manakala seorang lagi parah.

Herman Abdul Rahman, 22, mati akibat cedera parah di rusuk kanannya, selepas dipercayai terbabit dalam pergaduhan di pusat hiburan itu, manakala adiknya, Faizal, 19, parah ditikam dua kali di pinggang, dalam kejadian pada jam 1 pagi itu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Ahmad Sofi Zakaria, berkata polis sedang mengesan beberapa suspek yang dikenal pasti terbabit dalam pergaduhan berkenaan.

“Kita percaya lebih seorang yang melakukan serangan, Kita juga yakin dapat melakukan tangkapan dalam masa terdekat kerana identiti beberapa suspek sudah diketahui,” katanya ketika ditemui Berita Harian di sini, semalam.

Beliau berkata, polis menerima panggilan daripada orang awam mengenai kejadian itu kira-kira jam 1.50 pagi.

“Sebaik tiba di lokasi, kita menemui seorang lelaki terdampar di atas jalan dengan kesan darah di bahagian rusuk kanan dipercayai akibat ditikam dengan menggunakan benda tajam,” katanya.




.

Parah terjatuh pangsapuri


Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun berada dalam keadaan kritikal selepas terjatuh dari tingkat tiga sebuah blok pangsapuri di Taman Bukit Permai dekat Cheras di sini kelmarin.

Semasa kejadian pada pukul 4.30 petang itu, mangsa dan ibunya baru pulang dari rumah neneknya yang terletak tidak jauh dari tempat kejadian.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku ketika ibu mangsa yang mendukung adik kanak-kanak malang berusia dua tahun itu berhenti di anak tangga untuk memperbetulkan kedudukan anak yang didukungnya.

Selepas itu, wanita tersebut terkejut mendapati anak kedua daripada tiga beradik yang sebelum itu berjalan di depannya telah tiada.
Wanita itu mendakwa dia juga terdengar bunyi seperti objek terjatuh dari tangga dan sebaik ditinjau dia mendapati anaknya itu telah terjatuh dan berada di tingkat bawah.




.

Anjing membunuh?


Seorang pelancong warga Ireland terbunuh dalam keadaan mengerikan akibat cedera parah di lengan dan paha, dagu hampir tercabut manakala kedua-dua telinganya putus akibat digigit sepasang anjing peliharaan jenis Mongrel di sebuah ladang organik di Teluk Bahang, dekat sini, pagi semalam.

Pelancong berkenaan, Sullivan Maurice, 50, baru tiba di ladang organik berkenaan bersama teman wanitanya, warga Poland berusia 28 tahun, kira-kira jam 11 pagi kelmarin, untuk menjadi sukarelawan serta merakam gambar pokok durian yang ditanam di ladang itu.

Pemilik ladang organik itu yang dikenali sebagai Teoh, 41, berkata mangsa bersama teman wanitanya sudah mesra bersama sepasang anjing peliharaannya sejak tiba di ladang terbabit dan mereka juga bermain-main dengan dua anjing hitam itu petang kelmarin.


Menurutnya, dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi semalam, dua anjing jinak itu tidak diikat manakala dua warga asing yang dikenali melalui perbualan Internet itu baru saja turun dari rumahnya yang terletak di atas bukit iaitu kira-kira 50 meter dari tempat kejadian.

“Ketika kejadian, isteri saya yang berada di dalam rumah terdengar bunyi anjing menyalak dengan tiba-tiba. Apabila hendak turun ke bawah bagi menolong Maurice, ia sudah terlambat.

“Kami tidak sangka anjing yang sudah mesra bersama Maurice sejak kelmarin, menggigit sehingga menyebabkan kematiannya dalam tempoh 24 jam berkenalan,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.

Menurutnya, dua anjingnya itu akan diserahkan kepada Jabatan Perhilitan Pulau Pinang untuk tindakan lanjut dan tidak menyangka niat baik Maurice bersama teman wanitanya mengundang padah kepada mereka.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Hatta Md Zin, berkata pihaknya difahamkan mangsa bersama teman wanitanya datang ke ladang berkenaan untuk merakam gambar bagi disiarkan pada laman web pasangan itu.

Menurutnya, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di lengan dan paha, dagu hampir tercabut manakala kedua-dua telinga putus akibat gigitan anjing itu.

TRAUMA...kekasih mangsa sebak.

“Kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk dibedah siasat,” katanya ketika dihubungi semalam.

Teman wanita mangsa enggan ditemui wartawan dan dilihat menghubungi seseorang dipercayai memaklumkan berita malang itu.

Dalam pada itu, carian di Internet mendapati anjing Mongrel itu campuran banyak baka dan kerana itu ia mudah dipelihara, malah makanannya sayur, nasi serta sampah organik.

Anjing coklat muda dan hitam jenis itu boleh mencapai berat sehingga 18 kilogram serta berukuran antara 38 dan 57 sentimeter tinggi.



.

Keputusan Anugerah juara lagu 25 - UPDATED


Salam..Selamat malammm...
Eheh, dating korang dah selesai..
AJL pun dah habis...
Tahinah buat Ana Rafali...
(Suka fashion dia- baju kurung..simple jer..
Tengok, tak payah dedah sana sini, boleh pun menang...ngee)


Dengan kemenangan Tolong Ingatkan Aku ciptaan sepenuhnya dan nyanyian oleh Ana Raffali telah berjaya membawa pulang hadiah berupa trofi dan wang tunai keseluruhansebanyak RM35,000.
Tolong Ingatkan Aku telah berjaya mengalahkan 13 buah lagu lain iaitu Cinta Sempurna nyanyian Yuna dan ciptaan dia sendiri, Berlari (Tomok/ Tomok & ShazeeIshak/ Tomok), Pelita (A.P.I/ Loque), Kebahagiaan Dalam Perpisahan (Shahir/Edry Abdul Halim), Noktah Cinta (Hafiz/ Ajai/ Sheikh Qalam), Drama King (Taja/ Tun Teja).
Sementara bagi naib juara dimenangi oleh lagu Drama King ciptaan Taja sertalirik oleh Tun Teja yang dinyanyikan oleh Black dan Meet Uncle Hussain sekaligus membawa pulang hadiah trofi dan wang tunai RM15,000.
Dalam pada itu, pemenang tempat ketiga berjaya dimenangi oleh laguNoktah Cinta ciptaan Ajai dan lirik oleh Sheikh Qalam nyanyian Hafiz yang turut berjaya menggondol hadiah trofi dan wang tunai RM12,000.
Bagi pemenang persembahan terbaik diraih oleh Faizal Tahir menerusi lagu Hanyut (trofi & wang tunai RM10,000) dan vokal terbaik dinobatkan kepada Hafiz menerusi lagu Noktah Cinta (trofi & wang tunaiRM10,000).

Mesti korang terkejut dan tak sangka,
Ana Rafali boleh menang...
Lulu pun terkejut sebenarnya...
Tapi bila dengar dia nyanyi balik last tu,
lagu tu mmg best..


macam yang lulu cakap,
yang terbaik pasti menang...
Hampess....Ramai teka Faizal Tahir..
Yuna, Black...
Semua tak tepat...


Secara keseluruhannya, AJL tahun ni,
biasa jer...Lulu tau ramai minat, dan ramai jugaa tak minat...
Kira lulu ni 50-50...
Sbb setahun sekali woo baru ada AJL..
(Maklum, time langgar dgn bola-Lulu suka tgk game bola)...
Tapi yg paling bestnya tadi adlh persembahan Siti...
mabeles you....
(Rindu Siti..)



Tahniah menyu, menang tipis 1-0 keatas liberpul....
Malangnya chelsea takde live..
(mungkin bagus begitu memandangkan prestasi yg kurang memberansangkan..huhuhu)
Tapi setakat lulu post entry ni, chelsea menang besar
(game belum habis) 5-0 ke atas Ipswich..




*



OK..OK...GAME DAH HABIS...


  • Kalou 33’
  • Sturridge 34’, 52’
  • Edwar
  • ds 41’ (o.g.)
  • Anelka 49’
  • Lampard 78’, 79’

Finally...Bleh senyum...ngee.....


P/S - Mimpi indah, korang..bye...




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!