Monday, January 17, 2011

Dibunuh Kejam Sebelum Ditanam

Anggota polis mengorek tanah tempat mangsa pembunuhan kejam, Taufik Abdul Rahman yang ditanam di belakang sebuah rumah

Seorang pelajar yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu ditemui mati dibunuh secara kejam dan mayatnya ditanam dalam lubang sedalam setengah meter di belakang sebuah rumah di Kampung Sadong Jaya di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, Deputi Supritendan Abdul Rahman Ahmad berkata, Taufik Abdul Rahim, 15, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Semera mati akibat kecederaan parah di kepala dipercayai dibunuh sekumpulan lelaki yang terbabit dalam sindiket curi motosikal serta pecah rumah.

Beliau berkata, penemuan mayat mangsa yang berasal dari Kampung Iboi, Sadong Jaya pada jam 10 pagi ini susulan penahanan seorang remaja berusia 19 tahun di Kampung Sadong Jaya awal Isnin yang dipercayai turut terbabit dalam pembunuhan tersebut.

"Menerusi siasatan awal polis, suspek mengaku terbabit dalam kejadian tersebut dan turut mendedahkan lokasi mangsa ditanam kira-kira 10 pagi ini," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.

Beliau berkata, siasatan awal pasukan forensik di lokasi kejadian mendapati tanah di belakang rumah itu mempunyai kesan baru digali sebelum menemui mayat mangsa yang masih lengkap berpakaian serta berlumuran darah.

Polis, kata Abdul Rahman, juga menemui sebatang kayu yang dipercayai digunakan oleh kumpulan tersebut untuk membunuh mangsa tidak jauh dari lubang tempat mayat mangsa ditemui.

Beliau berkata, berdasarkan laporan awal siasatan, sekumpulan lelaki yang dipercayai daripada geng sindiket curi motosikal dan pecah rumah cuba memujuk mangsa untuk menyertai kumpulan terbabit memandangkan mangsa telah mengetahui kegiatan mereka, namun mangsa enggan.

Berikutan kejadian itu, Abdul Rahman berkata, polis kini turut memburu suspeklain yang dipercayai masih bebas dan terbabit dalam pembunuhan kejam itu.



.

Tikus raksasa di China

Selepas entry ini [KLIK SINI] rupanya ada lagi yang bersaiz raksasa...


Tikus raksasa dengan gigi sepanjang 2.5 cm tertangkap di selatan China. Tikus itu memiliki berat 6 paun.

Penangkap tikus itu yang hanya disebut namanya sebagai Pak Xian mengatakan berhasil menangkap tikus itu apabila dikerumuni ramai orang.

Dia menyangka tikus itu spesies yang bernilai tinggi. Tikus itu melawan ketika ekornya akan ditangkap dan tenang setelah dipegang lehernya.

"Aku telah menangkap tikus yang berukuran seperti  kucing," katanya.

Perhutanan China mengidentifikasikan tikus itu sebagai tikus bambu. Tapi petugas berkata bahawa kenyataan itu masih perlu penelitian lebih lanjut.

Tikus bambu China jarang yang boleh berukuran lebih dari 10 inci. Tikus ini sering ditemui di sebelah selatan China, utara Burma dan Vietnam.

Sementara tikus bambu Sumatera sering ditemukan di barat daya China Yunnan. Di semenanjung Malaysia tikus boleh membesar sehingga panjangnya mencapai 30 inci termasuk ekor dan beratnya boleh mencapai 8 paun.

Tikus raksasa Sumatera pernah diangkat dalam cerita Sherlock Holmes dengan judul The Adventure of a Sussex Vampire. Semua tikus bambu biasanya bergerak kurang lincah dan menghabiskan waktunya didalam lubang.

Tikus bambu China sering disajikan sebagai makanan (blueekk). Tikus terbesar adalah tikus Afrika yang boleh membesar sehingga sepanjang mencapai 36 inci.



.

The dog who got trapped..

Perhaps he dreamed of becoming a sausage dog.
But this Shar-Pei mix got into a tight fix after becoming wedged in a six-inch space between two walls.
The saga of the dog - appropriately nicknamed Wally by his rescuers - began after a complaint was lodged about a barking noise coming from a crawl space near two properties in Riverside County, California.
Animal Services Department spokesman John Welsh said Wally was found wedged between two six-foot-high concrete walls in Cathedral City - dehydrated and weak, but happy.

A Shar-Pei mix dog sandwiched between two walls has been nicknamed 'Wally' by animal services
A Shar-Pei mix dog sandwiched between two walls has been nicknamed 'Wally' by animal services



Wally is estimated to be about four years old.
Mr Welsh said the animal may have been chasing a cat or a rabbit when he got stuck.
Workers spent about 40 minutes on Friday knocking down one of the walls before pulling the male dog to safety.
Officers guided the dog out with a catch pole for the safety of the officers - and bystanders.

It is believed the dog, which had no identifying tags or collar, got stuck after chasing a rabbit into the too-small space. Rescuers spent 40 minutes knocking down a wall to free him
It is believed the dog, which had no identifying tags or collar, got stuck after chasing a rabbit into the too-small space. Rescuers spent 40 minutes knocking down a wall to free him


Wally was dehydrated but okay, and wolfed down a bean burrito fed to him by an officer
Wally was dehydrated but OK, and wolfed down a bean burrito fed to him by an officer

A worker then fed the dog a bean and cheese burrito, which he gobbled up.
Wally was taken to the the Coachella Valley Animal Campus in Thousand Palms to be treated for dehydration.
If his owner doesn't come forward, he will be put up for adoption.



.

“tangan bertuah cik nico!"



Lulu telah ditag oleh budak cute...
Contest yang menarik....
Jom sama-sama turut serta..
Klik pada banner untuk lebih lanjut yer..


Lulu nak tag :

Mizzshahida
~ Lady ell ~
Mainur Hasnah


Cabutan Bertuah ini akan bermula pada 9 Jan-28 Feb 2011



.

Dua remaja parah, kereta dan motosikal hangus akibat pergaduhan


KANGAR: Dua remaja berusia 17 dan 19 tahun parah akibat terbakar, manakala sebuah kereta dan motosikal hangus dipercayai berpunca daripada pergaduhan di kawasan perumahan Jalan Raja Syed Alwi di sini, pagi tadi.



.

Banner baru MADE BY LULU dah siap..

Salam selamat petang..
Tempat korang hujan gak ke sepanjang hari?
huh, sejuk jer...rasa nak tido jer..
best..best...
boleh malas-malas...


Ngee, banner saya dah siap..
Mekasih untuk yang doakan lulu
agar jadi pandai buat banner..


Banner lama dulu biasa jer..
guna photoscape...

Photobucket


Banner baru ni pun masih biasa...
Rasanya yang paling cantik, tu,
(skrg ni nak kena byr baru dapat..
lulu tak tahu macam mana nak buat...
nanti kena belajar lagi...)
eheh....
Takpe...setakat ni yang baru ni, ok dulu..
lulu suka sangat sebab ada flag chelsea disitu..
berkibar-kibar macam kat stamford bridge
masa ada game..yeah..





Semoga lebih maju selepas ni..yeah..



P/S - makbed bila nak ambik banner yang lulu buatkan?




.

Sinopsis Sejuta Cinta Marshanda


MARSHANDA (Marshanda), gadis cantik yang selalu semangat, optimis, pekerja keras dan polos itu sedang dilanda perasaan bahagia. DELVIN (Baim Wong), pria yang selama 6 tahun terakhir menjadi pacarnya akhirnya ingin mengenalkannya dengan mamanya, FARAH Vicky Burki), yang selama ini tidak pernah merestui hubungan mereka. Mereka dipertemukan saat acara wisuda Delvin, dimana Delvin menjadi lulusan terbaik, dan segera akan mewarisi hotel yang selama ini dikelola Farah. Tetapi pertemuan itu tidak seindah bayangan Marshanda, karena Farah tidak ingin anaknya menikahi wanita ‘miskin’. Farah pun mengancam Marshanda.Memang Farah selalu mencari jodoh yang tepat buat Delvin, karena ia mengharapkan Delvin bisa memimpin hotel miliknya yang berkongsi dengan keluarganya BEN (Ben Kasyafani). Tetapi sekali lagi Delvin berhasil membujuk Farah untuk bisa lebih mengenal Marshanda dan keluarganya. Farah pun kemudian meminta Delvin untuk mengundang Marshanda dan mamanya, Asri (Lulu Kurnia), ke rumah.
Namun saat bertemu dengan calon besannya, Bu Asri sangat shock! Karena Bu Farah tak lain adalah sahabatnya dahulu, yang entah kenapa pergi menjauhinya. Farah pun semakin membenci Marshanda setelah tahu kalau Asri adalah ibunya. Farah masih menyimpan dendam masa lalu yang menyebabkan persahabat mereka retak. Farah meminta Asri untuk menjauhi Marshanda dari Delvin atau ia mengancam akan mengungkapkan fakta di masa lalu yang belum diketahui Marshanda. Asri mengalami dilema yang sangat berat, dan ia pun meminta Marshanda untuk menjauhi Delvin secepatnya.
Marshanda bingung, dan ia pun dengan berat hati menuruti keinginan mamanya, walaupun ia sangat mencintai Delvin. Delvin tidak bisa berbuat apa-apa, karena di sisi lain Farah tiba-tiba sakit karena terlalu banyak menelan obat penenang.
Ketulusan cinta Marshanda dan Delvin diuji akan banyaknya kejadian-kejadian yang seolah-olah memang harus memisahkan mereka. Delvin mulai teralihkan perhatiannya oleh gadis lain, MERRY (Alice Sofie Norin), sahabat Marshanda dan Delvin, yang diam-diam selalu berusaha merebut Delvin dari Marshanda. Sedangkan kecantikan, kebaikan dan ketegaran Marshanda juga mengundang perhatian Ben,. Lalu datang ABEL (Ashraf Sinclair), yang walaupun awalnya tidak memperdulikan Marshanda karena selalu bertemu di kesempatan yang salah, namun lambat laun ia mulai memperhatikan Marshanda.
Bagaimanakah selanjutnya kisah hidup Marshanda?..
Rahsia besar apakah yang melibatkan Asri dan Farah, sehingga berdampak kuat akan kelangsungan cinta Marshanda dengan Delvin?..


P/S - Ikuti terus kisah cinta tragis yang akan mengalirkan air mata ini bermula esok, di TV3 isnin hingga khamis, pukul 2 petang..

 

Kolam renang Syaitan?


Aneh tapi benar...
Di Zimbabwe, Afrika, ada kolam renang yang lokasinya berada pada ketinggian 128 meter. 
Hanya orang-orang yang mempunyai keberanian dan tidak phobia ketinggian
yang akan mandi didalamnya.


  Kolam renang ini dipanggil "Kolam Renang Syaitan". 
adakah kerana banyak syaitan mandi disitu?


Lokasi tempat ini adalah di air terjun Victoria, Zimbabwe, Afrika. 


Ketinggian air terjunnya mencapai 128 meter.


Masyarakat sekitarnya dari dulu biasa menyebutnya sebagai "kolam renang syaitan".




P/S - Ngeri!



.

Paling muda

Pemenang paling muda sejak sembilan dekad pertandingan dianjurkan


Teresa Scanlan, 17, dari Nebraska, dinobat sebagai Ratu Amerika semalam, sekali gus muncul pemenang paling muda dalam sejarah sembilan dekad pertandingan berkenaan.

Scanlan menarik perhatian juri dengan memakai gaun petang putih dan menunjukkan bakat dengan bermain piano lagu White Water Chopped Sticks dalam pertandingan bakat.

Ketika pusingan akhir, beliau ditanya mengenai maklumat rahsia kerajaan yang dibocorkan melalui laman web WikiLeaks dan sama ada keselamatan Amerika Syarikat atau hak penduduk untuk mengetahui maklumat sensitif adalah lebih penting.


Scanlan melihat kebocoran itu sebagai satu risikan dan berkata: “Apabila ia membabitkan keselamatan negara, kita perlu fokus terhadap keselamatan dulu kemudian baru hak rakyat untuk mengetahui. Kita tidak boleh biarkan perkara seperti itu berlaku dan ia perlu dikendalikan dengan sebaiknya.”


Tempat kedua adalah Ratu Arkansas, Alyse Eady.

Antara peserta yang bertanding ialah Ratu Delaware, Kayla Martell, yang menempatkan diri sehingga ke peringkat separuh akhir. Martell mengalami sejenis penyakit, alopecia areata, yang menyebabkan beliau kehilangan semua rambutnya ketika berusia 10 tahun. Beliau menyertai pertandingan itu dengan mengenakan rambut palsu.

Tahun ini adalah ulang tahun ke-90 Ratu Amerika Syarikat.

Pihak penganjur turut menganjurkan program pencapaian dan memberikan biasiswa kepada golongan wanita muda terbabit.

Pada 2010, kumpulan terbabit membantu memberi lebih AS$45 juta (RM139.5 juta) wang tunai dan biasiswa.

Seramai 53 wanita dari seluruh negara terpilih dalam pertandingan pada peringkat setempat sebelum mereka ke Los Angeles untuk menyertai pertandingan akhir yang diadakan semalam.

Sebagai Ratu Amerika Syarikat, Scanlan akan ke seluruh negara tahun depan dan membantu meningkatkan kesedaran mengenai masalah pemakanan.

Ratu Amerika 2010, Caressa Cameron dari Virginia, 22, menjadi duta muhibah bagi Children’s Miracle Network dan beliau menghabiskan masa sepanjang tahun membantu meningkatkan kesedaran mengenai HIV/AIDS.



.

Pemandu paling tampan di China


Seorang pemandu berusia 27 tahun disebut-sebut paling tampan dan seksi di China setelah gambarnya beredar di dunia maya. Pemandu itu bernama Xiong Xingyuan (27) dan berasal dari Wuhan, China.

Xiong menjadi sensasi di dunia maya dan ramai pengguna di beberapa forum mengatakan dia mirip dengan idola remaja Hongkong, Daniel Wu.

Dengan ketinggian 180 sentimeter, Xiong telah memandu selama tujuh tahun setelah dia lulus dari sekolah. Orang mengelarnya Shuai Xiong atau si tampan Xiong dan dia digambarkan sangat fashionable dan cute.

Tidak hanya dari segi fizikal, Xiong juga seorang pemandu yang sangat berhati-hati dan melayan penumpang dengan baik. Sebagai tambahan, selama dia menjalankan tugas, dia belum pernah mengalami kemalangan.

Meskipun digilai perempuan dan gadis muda, Xiong menyatakan dia hanya menjalankan tugasnya. "Kita harus melayan penumpang seperti keluarga kita. Kami ingin memastikan mereka merasa nyaman di bas dan kita tidak boleh melanggar peraturan di jalan.

Daniel Wu
 
Dia juga menegaskan dirinya tidak pernah berusaha mencari perhatian seperti perusahaan lain tuduh. "Di dalam industri perkhidmatan, kita harus melakukan tugas dengan baik. Saya bukan seorang bintang.." kata Xiong.



.

"Contest cintai alam sekitar".


Contest yang menarik...
Dan semestinya, lulu mencintai alam sekitar..
Contest yang harus disertai dan diberi sokongan,
kerana pihak penganjur sendiri telah mempelawa lulu untuk join contest ini...
(Terima kasih Ammar sebab setia bersama Lulu-Pages..)
Nak join dan lebih lanjut, boleh klik pada banner..


Langkah-langkah untuk menangani Pencemaran Alam Sekitar :
  • Mengharamkan pembakaran sampah-sarap di kawasan terbuka
  • Menguatkuasakan undang-undang untuk mengawal pembebasan gas-gas beracun dari kilang-kilang dan kenderaan .
  • Membina kilang-kilang jauh dari kawasan perumahan
  • Mengawal aktiviti pembinaan , perlombongan dan pembalakan
  • Menyedarkan orang ramai supaya menjaga kebersihan alam sekitar
  • Menjalankan proses kitar semula bahan-bahan buangan. 



Ekeke, kerana tak pandai nak edit gambar, 
tapi nak juga beri sokongan buat Ammar,
terimalah gambar yang hancuss ni...

Hadiahnya memang lumayan..
Wang ringgit wooo...
Semoga lulu menang..



Tarikh tamat : 14.02.2011



.

Buaya raksasa di Zimbabwe


Buaya raksasa seperti yang pernah kita lihat di filem-filem Hollywood ternyata memang ada di dunia nyata.

Steve Curle berhasil mengabadikan seekor buaya raksasa di Zimbabwe yang sering memakan haiwan ternakan masyarakat bahkan juga manusia. Buaya ini di bunuh di Zimbabwe dekat Mozambik.

Sayangnya tidak disebutkan mengenai panjang dan berat dari buaya raksasa ini. Tapi panjangnya dianggarkan sekitar 15-16 kaki.



.

“Contest & Giveaway Special From Denmark”


Tertarik dengan Contest ini...
So, jom kita meriahkan....
Dari tajuk Contest, maka secara otomatiknya
kita boleh agak, penganjur berada dimana sekarang...
ngee..Semoga berjaya dinegara orang...
Nak join sila klik pada banner yer..


Dari kelantan ke Copenhagen
coretan pengalaman dari perantauan



Bermula pada 17.01.2011 Jam 12:01am waktu Malaysia ataupun 7:01pm waktu Denmark.
Tutup kedai pada 16.02.2011 Jam 11:59 pm waktu Malaysia (Jam 6:59pm waktu Denmark)




.

Mengaku Buta IT

 Aktres Meriam Bellina mengakui dia buta teknologi maklumat (IT) kerana tidak mempunyai akaun facebook ataupun Twitter seperti kebanyakan artis Indonesia lain.
“Saya memang ketinggalan dari segi teknologi maklumat. Biasanya saya hanya menghantar mesej pesanan ringkas (SMS) kepada anak saya. Komputer riba pula digunakan untuk bermain permainan komputer saja. Malah, permainannya pun tidak banyak,” ujar Meriam ketika ditemui di Tanah Abang, baru-baru ini.

Meriam artis ternama Indonesia pada era 80-an juga mengakui tidak memiliki walaupun satu akaun jaringan sosial. Menurutnya, sekiranya ada akaun yang menggunakan namanya sekalipun, itu pasti perbuatan orang tidak dikenalinya kerana dia sendiri memang tidak pernah mempunyai akaun sedemikian. Memang ada akaun menggunakan sama saya tetapi itu palsu. Saya tidak tahu siapa yang melakukannya. Saya langsung tidak tahu bagaimana mahu mengakses facebook. Begitu juga dengan Twitter,” tambahnya.
“Ada rakan yang menyuruh saya menyenaraikan mereka dalam akaun facebook saya tetapi saya jadi bingung kerana tidak memahami apa yang mereka katakan,” jelasnya lagi.


P/S - Lagi berita mengenainya [KLIK SINI]


.

Polis trafik cedera kejar mat rempit



Seorang anggota polis trafik berpangkat koperal cedera di leher akibat tertusuk ranting pokok hiasan setelah terbabas ketika mengejar seorang remaja yang melanggar sekatan jalan raya di Gong Badak dekat sini hari ini. Difahamkan, kejadian pukul 11.45 pagi itu berlaku ketika mangsa, Robuan Ahmad, 51, dan beberapa rakan setugasnya sedang mengadakan operasi sekatan jalan raya di kawasan berkenaan.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustapa berkata, ketika itu, muncul seorang remaja yang menaiki motosikal tanpa memakai topi keledar dan nombor plat kenderaannya itu dalam keadaan meragukan.
Menurutnya, mangsa kemudian cuba menahan sebelum mengejar remaja itu yang tidak memberhentikan kenderaan sebaliknya terus memecut melarikan diri.

"Malangnya, ketika sedang mengejar suspek sambil menaiki motosikal, remaja itu tiba-tiba cuba merentasi pembahagi jalan untuk ke arah bertentangan.

"Keadaan itu menyebabkan motosikal yang dinaiki mangsa terlanggar belakang motosikal remaja itu sebelum terbabas lalu terjatuh di atas pokok hiasan sehingga sebatang ranting tertusuk di lehernya," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat mangsa di Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini hari ini.

Jamshah memberitahu, pihaknya sudah mengenalpasti identiti remaja terbabit tetapi setakat ini suspek masih belum ditangkap.

Ketika ditanya mengenai pembedahan di leher Robuan pula, Jamshah memberitahu, segalanya berjalan lancar berdasarkan kepada maklumat doktor yang bertugas.
"Keadaan beliau stabil. Kami mendoakan Koperal Robuan cepat sembuh dan kembali bertugas," ujar beliau.


P/S - Kesian polis-polis ni tau kalau ada ops mat rempit..Lulu pernah tengok sendiri betapa bahayanya kerja mereka berhadapan dengan mat rempit yang nekad melarikan diri tanpa memperdulikan keselamatan orang lain..



.

Tempah ajal jual heroin


KUALA TERENGGANU - Seorang duda anak dua tidak pernah mengambil iktibar dan serik walaupun pernah menjalani hukuman penjara selama 34 tahun enam bulan serta 16 sebatan atas kesalahan dadah dan khalwat sejak 1982.

Khamis lalu mungkin menjadi hari terakhir buat lelaki berusia 55 tahun itu untuk menikmati erti kebebasan apabila hayatnya mungkin berakhir di tali gantung selepas ditahan bersama 19 botol heroin seberat 96.95 gram bernilai RM30,000.

Suspek yang berasal dari Kuala Besut, Besut itu ditahan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.
Ketika serbuan pada pukul 6 petang di tempat letak kereta depan Masjid Tengku Tengah Zaharah, Kuala Ibai dekat sini, suspek dipercayai sedang menunggu pelanggan untuk menjual dadah tersebut dengan menaiki sebuah kereta Honda Accord miliknya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Supritendan Roslan Abd. Wahid berkata, pemeriksaan menjumpai sembilan botol heroin berada dalam poket seluar manakala bakinya ditemui di dalam kereta.
Katanya, selain itu, polis turut merampas wang berjumlah RM3,100 yang dipercayai diperoleh hasil daripada penjualan dadah.

"Suspek baru dibebaskan dari Penjara Marang pada penghujung bulan Jun tahun lalu dan terus aktif melakukan jenayah sama. Dia juga merupakan seorang penagih heroin dan mula bergiat sejak 1977," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Menurut beliau, pada 1982 suspek telah dipenjara selama 20 tahun dan 6 sebatan atas kesalahan memiliki dadah.

"Dia terus meringkuk dalam penjara selama 10 tahun dan 10 sebatan selepas ditangkap atas kesalahan memiliki dadah 16 tahun kemudian," kata beliau.
Roslan memberitahu, pada 2007, suspek sekali lagi menjalani hukuman penjara selama empat tahun juga atas kesalahan melibatkan dadah sebelum ditambah enam bulan lagi atas kesalahan khalwat.

Kata Roslan, soal siasat mendapati suspek yang direman sehingga Khamis ini mendapatkan bekalan dadah dari negara jiran sejak Julai tahun lalu dan mengedar di Kuala Besut dan di sini.




 
.

Maut dirempuh pacuan empat roda


Seorang ketua jurulatih Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) maut selepas motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah pacuan empat roda di Kilometer 6 Jalan Lama Papar-Kota Kinabalu di sini semalam. Kejadian berlaku pukul 6.50 pagi ketika mangsa, Mohd. Faizal Silong Abdullah, 48, dalam perjalanan dari rumahnya ke Kem PLKN Ovai di sini.

Ketua Trafik daerah, Asisten Supritendan Fauzi Sahat berkata, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di seluruh bahagian badan."Semasa kejadian, mangsa yang merupakan Ketua Jurulatih PLKN Ovai dalam perjalanan ke kem berkenaan dari rumahnya

"Sebaik sahaja tiba di tempat kejadian, sebuah pacuan empat roda dari Kota Kinabalu ke Bongawan dikatakan memasuki lorong bertentangan sebelum bertembung dengan motosikal yang ditunggangi mangsa," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Menurut Fauzi, mayat mangsa dihantar ke Hospital Papar untuk bedah siasat dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Beliau memberitahu, polis telah menahan pemandu kenderaan pacuan empat roda berkenaan untuk siasatan lanjut.

"Siasatan awal mendapati pemandu kenderaan jenis Toyota Hilux berusia 21 tahun itu dipercayai mengambil minuman keras sebelum terbabit dalam kemalangan itu," katanya.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan pengguna jalan raya supaya tidak memandu dalam keadaan mabuk dan mematuhi peraturan jalan raya.

Katanya, tindakan tegas mengikut undang-undang akan dikenakan kepada sesiapa sahaja yang melanggar peraturan jalan raya.



.


.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!