Wednesday, January 26, 2011

Henin retires from tennis

- 0

Justine Henin has announced her retirement from tennis after recurring problems with an injury to her right elbow.

Henin first retired from the game in 2008 as the world number one, and winner of seven Grand Slam titles. She made a comeback in 2010, reaching the final of the Australian Open in her first Grand Slam appearance in the second chapter of her career.

But the 28-year-old's season ended prematurely after an elbow injury flared up at Wimbledon.
She reached the third round of this year's Australian Open before suffering defeat a 6-4 7-6 to Svetlana Kuznetsova.



.

Resepi Orang Bujang..Simple dan Sedap..


Sayur campur ala Lulu..

  • Brokoli
  • kubis bunga
  • sedikit lobak merah
  • lada benggala..
  • bawang putih
  • sedikit sos tiram (kalau byk nak masak, sila lebihkan..jgn terlalu byk-masin)
  • corn flour

Semua jenis sayur, hiris nipis / ikut selera..
bawang puth diketuk.. (pukul jer dengar pisau potong daging tu..ngee..)
panaskan minyak..
masuk bwg putih dulu..
pastu masuk brokoli (paling penting batang dia dulu..
sebab batang kena masak lama sedikit..takut tak masak..
itulah penting, batang, kena hiris agak nipis yer..)
sekali dengan kubis bunga, lobak dan lada benggala..
(main campak jer semua - kan senang..)
Goreng sekejap..(sayur tak bleh masak lama - hilang khasiat - tak sedap..)
Masukkan sos tiram, goreng sekejap..
masukkan corn flour/tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit air..
Jgn terlalu banyak..nanti terlalu pekat.

Untuk perasa, leh letak sedikit garam...
sebab dah masin oleh sos tiram..
tadaa....dah ready....MySpace



.

London dari atas di waktu malam..


London adalah ibu kota England. Kota yang dibangunkan oleh orang Rom di masa lampau dan dulu disebut Londinium ini pada 1 Januari 2005 memiliki penduduk seramai 7,4 juta orang di bandaraya London dan berjuta-juta orang lagi di daerah metropolitannya.

Penduduk London terdiri dari berbagai etnik, budaya, dan agama, serta memiliki dalam hampir 300 bahasa, yang menjadikannya kota paling kosmopolitan dan dinamik di dunia. Penduduk London biasa menyebut dirinya Londoner.

London juga merupakan asal berbagai organisasi, institusi dan perusahaan yang berpengaruh di dunia. London juga merupakan percampuran antara tradisi dan teknologi, serta salah satu tujuan perlancongan utama.
Logo Olimpik London 2012

London termasuk salah satu kota besar di dunia bersama New York, Paris, dan Tokyo. London juga sangat berkembang dalam berbagai bidang seperti kewangan, komunikasi, dan seni. London juga memiliki berbagai istana, muzium, teater, galeri, lapangan terbang, stadium dan yang paling penting adalah sukan bolasepaknya.



P/S - Teringin ke England, menyaksikan secara live/dekat perlawanan chelsea..



.

Newest big cat species

The 'newest' big cat species known to science, the Sunda clouded leopard, has two sub-species, scientists have discovered.
Researchers only realised it was a new species - distinct from clouded leopards living elsewhere in Asia - in 2007.
Now a genetic analysis has confirmed that the cat comes in two forms, one living in Sumatra, the other on Borneo. 
Clouded leopards are the most elusive of the big cats, which include lions, tigers, jaguars, snow leopards and normal spotted leopards. Living across south-east Asia, into China and India, the leopards have larger cloud-like spots than ordinary leopards. 


Sunda clouded leopard Borneo
Captured: Sunda clouded leopard from Borneo taken by an automated camera-trap set up by the Conservation of Carnivores in Tangkulap Forest Reserve on Sabah.

Until 2006, all clouded leopards were thought to belong to a single species. However, genetic studies revealed that there are actually two quite distinct clouded leopard species.

As well as the better known clouded leopard living on the Asian mainland ( Neofelis nebulosa ), scientists determined that a separate clouded leopard species lives on the islands of Borneo and Sumatra.

This leopard is now known as the Sunda clouded leopard ( Neofelis diardi ), though it was previously and erroneously called the Bornean clouded leopard. The two species are thought to have split over one million years ago. 

Since 2008, it has been listed as vulnerable by the International Union for the Conservation of Nature. 


A Sunda clouded leopard from Borneo
Elusive: A Sunda clouded leopard from Borneo, a different subspecies from its Indonesian relative

In 2010, a team of scientists working in the Dermakot Forest Reserve in Malaysia released the first footage of the cat in the wild to be made public.

Led by Mr Andreas Wilting of the Leibniz Institute for Zoo and Wildlife Research in Berlin, Germany, the researchers captured images of a Sunda clouded leopard walking along a road.

Now Mr Wilting and colleagues have published new research which reveals even more about this mysterious cat.

They sampled 15 Sunda clouded leopards living on Borneo and 16 living in Sumatra, conducting molecular and genetic studies to reveal their origin.

The researchers also examined the skulls of 28 further Sunda clouded leopards and the fur coats of 20 specimens held in museums, as well as the coats of cats photographed on both islands.

'Although we suspected that Sunda clouded leopards on Borneo and Sumatra have likely been geographically separated since the last Ice Age, it was not known whether this long isolation had caused them to split up into separate sub-species,' said Wilting.

But his team's analysis confirms that the cat comes in two forms, a Bornean subspecies N. d. borneensis and the Sumatran subspecies N. d. diardi.

Their results are published in the journal Molecular Phylogenetics and Evolution. 




.

Temui ajal dalam tali air

Hajat seorang tukang kebun Istana Anak Bukit untuk menghantar kuih seri ayu di sebuah kafeteria hospital berkecai apabila dia maut selepas diserang sakit jantung ketika dalam perjalanan ke premis itu di Hutan Kampung di sini semalam.

Kejadian pukul 8.30 pagi itu mengakibatkan motosikal yang ditunggang Roslan Hashim, 52, terbabas ke dalam tali air hingga menyebabkan berpuluh kuih seri ayu yang dibawa di dalam bakul bertaburan.
Mayat yang lengkap beruniform dengan logo istana tersebut ditemui di sisi motosikalnya oleh orang ramai sebelum menghubungi polis.

Difahamkan mangsa yang menetap di Taman Aman, Anak Bukit di sini menggunakan batas ban yang merupakan laluan pintas untuk menghantar kuih yang dibuat isterinya untuk dijual di kafeteria Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) sejak enam tahun lalu.

Isteri Roslan, Remlor Rejab, 50, memberitahu, suaminya keluar rumah pada pukul 7 pagi dan dia dimaklumkan mengenai kejadian itu kira-kira dua jam kemudian.



.

Pelajar histeria cuba cederakan guru

Seorang guru cuba menenangkan seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Ranggam yang mengalami histeria
Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Ranggam di sini kecoh apabila beberapa pelajarnya diserang histeria sehingga cuba mengancam nyawa guru serta pelajar lain. Selain cuba membaling guru dengan cermin tingkap, ada juga pelajar yang diserang histeria itu mengeluarkan pisau cuba mencederakan pelajar lain sebelum berlari ke arah jalan besar.

Timbalan Pengerusi Persatuan Ibu Bapa Guru sekolah berkenaan, Baalozaman Mohd. Noor yang berada di tempat kejadian berkata, serangan histeria itu bermula pukul 8 pagi ketika pelajar baru hendak memulakan sesi persekolahan.
"Tiba-tiba seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga menjerit-jerit lalu memecahkan cermin tingkap dan membaling ke arah guru tetapi berjaya dielak oleh guru berkenaan.

"Selepas itu ia berjangkit pula kepada pelajar perempuan lain menyebabkan keadaan sekolah menjadi kelam-kabut," katanya.
Beliau berkata, sebaik sahaja kejadian histeria membabitkan pelajar perempuan reda, ia kemudian menyerang pelajar lelaki pula.

"Keadaan menjadi lebih kecoh apabila seorang pelajar mengeluarkan pisau dan cuba menyerang pelajar lain sebelum berlari ke arah jalan besar sehingga menyebabkan dia hampir dilanggar kereta," katanya.
Sementara itu, tinjauan mendapati kebanyakan pelajar sekolah berkenaan telah pulang ke rumah masing-masing bagi mengelak kejadian tidak diingini.

Tinjauan juga mendapati cermin tingkap dan pasu bunga bertaburan akibat dipecah oleh pelajar-pelajar yang diserang histeria tersebut.
Utusan Malaysia difahamkan ini bukan kali pertama kejadian histeria berlaku di kalangan pelajar sekolah berkenaan.

Dalam pada itu seorang pelajar, Noorhafidah Abdulah, 15, berkata, dia dan rakan-rakannya berharap pihak sekolah mencari jalan bagi mengatasi masalah histeria itu kerana ia mengganggu persekolahan dan menakutkan mereka.

"Kami tidak mahu pindah sekolah kerana sekolah ini mengeluarkan ramai pelajar yang memperoleh 8A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR)," katanya.

Sementara itu, pengusaha kantin sekolah tersebut, Norhazirah Hassan mendakwa, bilangan pelajar mengunjungi kantin sekolah berkurangan sejak kejadian histeria berlaku di sekolah berkenaan.
Beliau yang tinggal di kantin tersebut mendakwa sering diganggu makhluk halus pada waktu malam.

"Kadang-kadang saya terdengar pintu diketuk tetapi apabila dibuka tidak ada orang. Ada masanya 'dia' mengganggu seperti menggeletek kaki ketika kita tidur," katanya.
Menurut Norhazirah, kejadian tersebut menyebabkan dia rugi dan menghadapi kesukaran untuk membayar sewa kantin berkenaan.



.

Bakal hilang kaki kiri pula


Mangsa renjatan elektrik bervoltan tinggi, Muhamad Hairuman Miskon yang baru kehilangan kedua-dua belah tangannya minggu lalu, bakal berdepan satu lagi dugaan apabila doktor mengesahkan salah satu daripada kakinya akan dipotong.

Ketua Aduan Majlis Belia Malaysia, HM Rizan ketika dihubungi berkata, pihaknya mendapat berita sedih itu petang semalam.

"Saya sendiri terkejut apabila doktor memaklumkan Muhamad Hairuman akan dimasukkan ke dewan bedah petang esok (hari ini) bagi membolehkan kaki kirinya dipotong.

"Kami rasa sangat sedih dan terkejut tetapi doktor memberitahu perkara itu terpaksa dilakukan atas faktor perubatan," katanya ketika dihubungi di sini petang semalam.



.

Apa pula kata Nora?


“Saya lega kerana Jejai sudah menceritakan perkara sebenar,” kata aktres Nora Danish (gambar) berhubung kenyataan bekas suaminya yang menegaskan dia tidak ada kaitan dengan perpisahan ahli perniagaan itu dengan pelakon Fasha Sandha.

“Saya nafikan gosip yang mengaitkan percutian saya dengan keluarga Jejai di Jepun sebagai punca perpisahan mereka sedangkan hubungan sudah putus dua bulan sebelum itu,” katanya.

Nora atau nama sebenar, Nora Danish Mohd Hanif, 29, berkata dia perlu bertegas dalam perkara itu kerana tidak mahu namanya dikaitkan lagi.

“Saya tidak mahu orang salah faham dan mengaitkan saya dalam perkara itu. Saya kena bertegas kerana sampai bila-bila pun saya akan dikaitkan dengan perkara ini,” katanya.

Nora berkata, sebelum ini dia sedih kerana sering dikatakan masuk campur dalam hubungan Jejai atau Rizal Ashram Ramli, 34, dengan Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 27.

“Saya sedar ada spekulasi yang sering mengaitkan nama saya kononnya mengganggu hubungan mereka.

“Walaupun gosip itu tidak menyebut nama, saya sedar ia ditujukan kepada saya tetapi saya cuma diam dan membiarkan masa menentukan. Sekarang sudah jelas dan terjawab,” katanya yang dihubungi, semalam.

Menurutnya, dia tidak ada hak untuk masuk campur dalam urusan perhubungan Jejai dengan Fasha kerana mereka bukan lagi suami isteri.

“Kami sudah lama bercerai dan kalau satu hari nanti mereka ditakdirkan berkahwin pun saya tidak ada sebarang masalah.

“Saya sendiri mengaku sedang mengenali seseorang ketika ini seperti yang Jejai katakan dalam akhbar,” katanya.

Nora berkata, sebelum mereka bercuti di Jepun pada 30 Disember lalu, Jejai ada menceritakan kepadanya hubungannya dengan Fasha sudah dua bulan berakhir.

“Saya cuma mendengar saja kerana saya tidak mahu mengambil tahu tetapi bersyukur kerana Jejai memberi kenyataan tidak mengaitkan saya dan saya tidak tahu mengenai kenyataan itu sehinggalah membacanya di akhbar.

“Sebelum ini saya sedih kerana ada sesetengah orang hanya mendengar pandangan sebelah pihak saja dan membuat spekulasi sendiri tanpa meminta penjelasan saya,” katanya.

Mengenai kenyataan Fasha, Jejai masih menghubunginya dan menghantar SMS sepanjang ahli perniagaan itu bercuti, Nora berkata, dia tidak tahu apa-apa.

“Mereka sudah putus dua bulan sebelum kami pergi Jepun, kalau Jejai hantar pun mungkin sebagai kawan yang bertanya khabar.

“Selepas hampir tiga tahun bercerai, ini kali pertama saya mengikut keluarga bekas suami bercuti,” katanya.



P/S - Gambar tu gambar lama..Tapi lulu suka tengok..Dah ler orgnya cantik, bila pakai tudung...ngee lagiii ayu..



.

Besarnya banglo tu..



Pihak berkuasa sedang menyiasat sebuah banglo 18 bilik yang dihuni oleh Ummu Jah, isteri kedua pengasas ajaran Al-Arqam, Allahyarham Ashaari Mohamad bersama lapan anaknya sejak Jun tahun lalu di Haramain, Mekah.

Menurut sumber, Ummu Jah, 57, perlu mengeluarkan belanja dianggarkan sebanyak RM240,000 (Riyal 294,762) setahun atau lebih kurang RM20,000 (Riyal 24,563) sebulan kepada pihak ketiga untuk banglo yang masih belum dapat dipastikan sama ada dimiliki oleh seseorang atau pihak bank.

Ummu Jah menetap di situ sejak 28 Jun 2010 bersama anak-anaknya hasil perkahwinannya dengan Ashaari atau lebih dikenali dengan gelaran Abuya.

“Siasatan mendapati, Ummu Jah telah membuka dua restoran yang dinamakan Restoran Ashaari di Mekah dan Jordan. Kita percaya dia mendapat pulangan yang agak lumayan untuk menampung kehidupannya di sana termasuk membayar banglo itu.



.

Sah dan sahih..Tapi okey ke?


Sah dan sahih, terbukti di media - media berita hari ni....
Vokalis dan pengasas kumpulan Dewa, Ahmad Dhani, 
dari Indonesia dipilih sebagai pengetua Akademi Fantasia (AF) 
musim ke-9 yang akan memulakan siarannya April depan..

Tak faham, kenapa nak pilih orang luar..
Sedangkan ada ramai lagi orang yang berbakat di Malaysia..
Tindakan ni seolah-olah menjahanamkan industri muzik kita
dan mengangkat industri muzik Indonesia...

Rasanya rating akan turun..
Wee, siyes, lulu pun dah berapa season tak tengok sangat..
Dah x berkualiti..



.

Best ke jadi orang Singapura?



Bintang filem Hong Kong, Jet Li (gambar) secara terbuka mengisytiharkan, Selasa, yang beliau telah pun memperoleh kerakyatan Singapura kerana mahu anak-anaknya mendapat pendidikan dwi-bahasa di negara ini.

Li - yang filem-filem lakonannya termasuklah filem Hollywood seperti "The Expendables" dan "The Mummy: Tomb of the Dragon Emperor" berkata, keputusannya untuk menukar kerakyatan itu turut dipengaruhi oleh suasana ‘aman’ di Singapura yang bebas daripada dihendap paparazzi.

"Anak-anak saya akan memperoleh pendidikan dwi-bahasa iaitu bahasa Inggeris dan Mandarin yang baik di republik ini dengan kestabilan sosial dan yang lebih penting kehidupan mereka akan bebas daripada gangguan paparazzi," katanya.

Li, yang kini berada di negara ini untuk menghadiri satu kerja amal juga menyatakan rasa terujanya dengan reaksi dan respons yang ditunjukkan oleh masyarakat Singapura terhadap hasratnya untuk bertukar kerakyatan.

"Saya telah memegang pasport Amerika dan tinggal di negara itu selama lebih 20 tahun dan tidak ada sesiapapun pun memperkatakan tentang hal itu tetapi setelah saya membuat keputusan untuk berhijrah dan memohon kerakyatan Singapura, tiba-tiba semua orang rasa hairan dan bercakap mengenainya," katanya.
Jet Li yang dilahirkan di Beijing tidak pula menyatakan sama ada dia kini melepaskan kerakyatan Amerika atau China tetapi undang-undang Singapura melarang rakyatnya memegang dwi kerakyatan atau pasport.

Singapura menjadi pilihan para selebriti antarabangsa khususnya dari Hong Kong kerana reputasinya sebagai sebuah bandar raya yang paling selamat di Asia dan sistem percukaiannya yang rendah dan tidak membebankan.

Selain Jet Li, seorang lagi artis terkenal Hong Kong yang telah pun menjadi rakyat Singapura ialah Gong Li, yang menempah populariti menerusi filem "Farewell My Concubine" dan kemudian "Memoirs of a Geisha."
Gong Li, memperolehi kerakyatan Singapura pada tahun 2008.



.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!