Wednesday, February 2, 2011

Gong Xi Fa Chai


中國新年快樂..
我希望今年我們帶來了更多的祝福所有


(Kalau tak betul sila maafkan lulu..ngee...)


Happy Chinese New Year...
Gong Xi Fa Chai
Buat semua yang menyambut perayaan ni..
(adakah lulu pun sambut..??...kan my papa chinese..ehek..)
Malam ni kalau main mercun kedebam gedebum....
Jgn bising sampai ke subuh eh....


Gong Xi Fa Chai, Xin Nian Kuai Le, Wan Se Ru Yi, Sen Thi Cie Khang, Nian Nian Yu YI
(Selamat dan sukses, tahun baru yang berbahagia, segala hal bermakna, badan sihat walafiat dan sepanjang tahun memperoleh kelimpahan)


P/S - Selamat bercuti semua...





.

Ditemui mati..


Seorang pegawai penyiasat berpangkat Sarjan ditemui mati bersebelahan keretanya beserta satu kesan tembakan di kepala di satu kawasan tanah lapang di Jalan Mahang, Puncak Alam 2 di sini, Rabu.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Supt Mohd Taib Ahmad berkata Mat Saini Omar, 50, merupakan pegawai penyiasat dari Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam dan sedang bertugas ketika kejadian.

Beliau berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang ramai kira-kira 11.45 pagi berhubung penemuan mayat yang berlumuran darah dan tersandar di luar kereta Proton Wira itu.

"Turut ditemui di sebelah mangsa ialah sepucuk pistol .38 miliknya dengan salah satu daripada lima butir pelurunya telah digunakan dan barangan peribadi mangsa seperti dompet serta telefon bimbit juga ada bersama mangsa.

"Siasatan mendapati tembakan dilepaskan dari arah kiri kepala mangsa dan ketika mayat mangsa ditemui, bonet serta pintu kiri di tempat duduk penumpang depan terbuka," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Turut ditemui ialah sehelai pakaian seragam polis dan beberapa helai pakaian lain dipercayai milik mangsa yang tergantung di bahagian belakang di dalam kereta itu.
Mohd Taib berkata polis setakat ini mengklasifikasikan kejadian tersebut sebagai kematian mengejut dan sedang menyiasat sama ada terdapat unsur jenayah mengenainya.


Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Tanjong Karang untuk bedah siasat.
Mat Saini yang berasal dari Tanjong Karang telah berkhidmat dengan pasukan polis lebih 25 tahun.
Menurut Mohd Taib, Mat Saini telah berkhidmat dengan cemerlang sepanjang perkhidmatannya bersama pasukan polis dan Allahyarham juga tidak mempunyai sebarang rekod disiplin.

Turut melawat tempat kejadian dan juga mangsa ialah Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk A. Thaiveegan dan Ketua Polis Shah Alam,Zahedi Ayob.
Mohd Taib mengesahkan bahawa jenazah mangsa telah dibawa ke Hospital TanjungKarang untuk dibedah siasat.

Allahyarham meninggalkan isteri yang juga kontraktor Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) dan empat orang anak.



.

Lahir dengan 24 jari...




Seorang anak berusia 4 tahun dari China memiliki keunikan pada tangan kanannya.

Xiao Qian, dari Wuhan, daerah Hubei di Cina selatan, memiliki 6 buah jari yang sama di tangan kanannya, tanpa memiliki ibu jari.


Menurut doktor dari hospital Pu’ai, walaupun memiliki 6 jari bukanlah kes yang aneh, namun tetap saja itu merupakan hal yang tidak biasa apalagi jika memiliki 6 jari dimana hampir kesemuanya jari-jari selain ibu jari.

Seperti yang diberitakan Ananova.com, doktor Xin Danmo membedah jari Qian, mengambil jari yang paling kiri dan berusaha menebalkan jari ke-2 dari hujung kiri agar boleh membuatnya menyerupai ibu jari.



Doktor Xin Danmo percaya, keunikan jari Xiao Qian itu disebabkan oleh radiasi atau hubungan kimia dengan si ibu selama hamil.



.

Apa kata hati


PENYERANG Sepanyol, Fernando Torres percaya dia akhirnya boleh memenuhi impiannya untuk memenangi kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah selepas melengkapkan perpindahan ke Chelsea dari Liverpool.

Pemain berusia 26 tahun itu - yang memenangi trofi Euro 2008 dan Piala Dunia 2010 bersama pasukan kebangsaan negaranya - melengkapkan penghijrahan ke Stamford Bridge dengan kontrak lima setengah tahun sekali gus mencatat rekod perpindahan British sebaik sebelum pintu perpindahan ditutup dan kini dia berbangga memanggil dirinya sebagai seorang pemain Chelsea.

"Ia sebuah pasukan yang saya suka untuk bertemu mereka. Ia sebuah pasukan yang saya mahu bermain bersama mereka," katanya kepada Chelsea TV.
"Memang selalu sukar untuk bermain menentang Chelsea - satu daripada kelab gergasi di Eropah, sering bertarung untuk merebut setiap kejuaraan disertai mereka.

"Inilah sasaran bagi setiap pemain bola sepak - cuba untuk bermain bagi sebuah kelab ternama di dunia dan saya boleh melakukannya sekarang. Saya amat, teramat gembira. Adalah menjadi impian saya untuk memenangi Liga Juara-Juara dan saya pasti saya boleh, bermain buat Chelsea. Saya fikir semua rakan sepasukan berkongsi impian sama dengan saya dan harapnya kami boleh."

Torres juga ghairah dengan kesempatan untuk menguji dirinya di samping Didier Drogba dan Nicolas Anelka, menganggap penyerang Ivory Coast itu sebagai "penyerang terbaik di dunia".

Bekas peledak Atletico Madrid itu berkata: "Saya peminat utama semua penyerang Chelsea. Ketika saya remaja saya masih ingat Anelka bermain buat Arsenal. Tentunya Drogba antara penyerang terbaik di dunia. Ia satu tanggungjawab besar buat saya bermain di samping mereka kerana mereka memiliki tahap yang amat tinggi."
Perpindahan itu hanya dimuktamadkan petang kelmarin - tiga hari selepas kelab Anfield itu menolak permintaan pemain itu supaya dia berpindah dan dia boleh diturunkan bagi pertemuan menentang Liverpool, Ahad ini.

"Saya terlalu gembira dan berbangga untuk berada di sini, akhirnya, selepas hari-hari sukar yang ditempuhi," katanya. "Akhirnya saya boleh berkata saya seorang pemain Chelsea dan saya amat, amat gembira."
Torres mengakui adalah tidak mudah meninggalkan Liverpool tetapi dia yakin membuat keputusan yang tepat.

"Saya melalui dua, tiga, empat hari-hari yang amat menyukarkan buat saya terutamanya apa yang saya tinggalkan di Liverpool tapi kini saya boleh berkata saya seorang pemain Chelsea," katanya.

"Saya terlalu gembira dan saya pasti melakukan langkah besar dalam karier saya, menyertai kelab seperti Chelsea.

"Saya hanya mahu berada di tahap yang sepatutnya. Ia sebuah kelab hebat dengan tanggungjawab yang hebat. Saya bersedia untuk berdepan cabaran seterusnya."
Torres tidak sabar untuk digandingkan semula dengan bekas rakan sepasukannya di Liverpool dan rakan karibnya, Yossi Benayoun di Stamford Bridge.

"Dia amat bimbang mengenai setiap perkara yang berlaku dua atau tiga hari lalu, dan saya kini amat gembira untuk bermain bersamanya sekali lagi," katanya.
"Harapnya dia akan kembali (daripada kecederaan) secepat mungkin.

"Adalah bagus mendapat seorang pemain sepertinya. Saya mempunyai hubungan baik dengan Yossi dalam dan luar padang. Adalah hebat buat saya untuk menyertai pasukan yang sama dengannya sekali lagi, di sebuah kelab besar seperti Chelsea. Saya tahu semua bekas rakan sepasukan merinduinya - dia seorang lelaki yang baik dan hebat."



.

Udang Sweet Sour cara Lulu


Apa menu lunch korang?
Tadi lulu masak lauk ni..
Simple jer, dan tak perlu nak guna banyak bahan...


  • Udang (nak banyak letak banyak..)
  • Lobak, hiris nipis
  •  Bawang besar, hiris nipis
  • Daun Bawang, potong ikut suka
  •  Sedikit sos cili
  • Sedikit tepung jagung


Panaskan minyak, masukkan bawang besar, tumis sekejap..
Masukkan lobak dan udang....gaul rata sehingga udang kemerahan..
(jangan terlalu lama....) masukkan sos cili..
Gaul rata dan masukkan sedikit air..
Setelah mendidih, bancuhkan tepung jagung dengan sedikit air dan masukkan.
Letak perasa, dan, sedia untuk diangkat..




P/S - Lulu hanya menyediakan resepi yang mudah dan sedap..
Resepi-resepi lulu memang sesuai buat orang bujang, student dan
ibu yang bekerja, tapi masih ingin menyediakan makanan sedap buat keluarga..
Ini adalah kerana lulu suka simple dan biarlah masakan itu sihat...
Cubalah..



.

Kembali menghapdate....weee................


Weewuu....kembali bersiaran...
Masalah laptop masih belum selesai...
Tak boleh hantar ke 'doktor'...
sebab start esok cuti berhari2 sambut chinese new year...
Takpe, sabtu nanti baru hantar laptop..
Rasanya kena format terus...


Lepas entri ni lulu akan post byk entri yang terbaik dari lulu-pages...
Nak tau, sentiasa update...
Ngee....(dah lunch?)



P/S - Gambar kucing tu cute, kan? Kat sini ada lagi byk gambar dia.. [KLIK SINI]




.

Bila kerja tergendala..


Laptop ni ada masalah..
Bila tengah update blog, dia tetiba blackout..
Entah apa masalahnya..

Sementara nak fikir cara untuk baiki,
lulu cuti update blog dulu...
Doakan laptop ni 'baik'..ngee



.

Torres Pergi, Gerrard akan Menyusul?


Nampaknya kekuatan Liverpool akan hilang satu demi satu. Setelah Fernando Torres, kapten Steven Gerrard juga mungkin akan meninggalkan Anfield.

Torres telah berubah dari jersey merah Liverpool menjadi biru the blues Chelsea dengan rekod perpindahan termahal di England. Kini, giliran Gerrard yang terancam mengikuti jejaknya.

Di Sepanyol, perpindahan Torres dilihat pengurus Real Madrid, Jose Mourinho sebagai peluang besar untuk mendapatkan Gerrard. Mourinho yakin Gerrard akan sangat kehilangan setelah ditinggal sahabatnya yang selama ini menjadi dynamic duo The Reds itu.

Menurut Sport, jika Mourinho bertahan di Real, dia akan menekan Presiden Florentino Perez agar mendapatkan Gerrard di transfer musim panas, Jun 2011. Mourinho memang telah lama mengejar Gerrard. Bahkan, sejak The Special One masih menjadi pengurus Chelsea era 2004-2007. (ya betul..ngee!)

Kini, peluang Mou merealisasikan impiannya terbuka kembali seiring penjualan Torres. Dengan Gerrard (30 tahun) berada di hujung karier dan perlukan trofi juara Liga yang tidak pernah didapatkannya di Liverpool, maka peluang Mourinho semakin besar.

Setelah berhasil meyakinkan Presiden Florentino membawa Emmanuel Adebayor dari Manchester City, Mourinho merasakan dia memiliki pengaruh dalam transfer El Real. Kini, dia berharap boleh meyakinkan El Presidente untuk mendapatkan Gerrard demi memperkecil beza kekuatan dengan musuh tradisi, Barcelona, musim depan.

Mourinho yakin Gerrard 'hanya' dianggarkan Liverpool sekita 30 juta pound. Dan itu bukan masalah bagi El Real yang pernah mendapatkan Cristiano Ronaldo dengan transfer 94 juta euro di musim panas 2009.



P/S - Lagi entri bola, istimewa sempena BPL Live subuh ni... Jom tengok!



Sila abaikan masa perlawanan, sbb masa tersebut adalah masa England..Harap maklum..
Jom BOLA...



.

The first photo of Nicole Kidman and Keith Urban's daughter Faith Margaret

This is the first peek of Nicole Kidman and Keith Urban's daughter Faith Margaret.
The couple recently announced the birth of the baby, who was born via a surrogate.
And last night Urban couldn't resist showing a picture of his bundle of joy to camera crews at the Screen Actors Guild Awards in Los Angeles.

Peek-a-boo: The first photo of Nicole Kidman and Keith Urban's baby daughter Faith Margaret, which Urban revealed to camera crews at the SAG Awards
Peek-a-boo: The first photo of Nicole Kidman and Keith Urban's baby daughter Faith Margaret, which Urban revealed to camera crews at the SAG Awards


New addition: The couple were pictured together on the red carpet at the glitzy ceremony in Los Angeles on Sunday night
New addition: The couple were pictured together on the red carpet at the glitzy ceremony in Los Angeles on Sunday night


Revealing the picture of mother and daughter on his iPhone, country singer Urban cooed: 'She [Faith Margaret] looks just like her [Nicole], don’t you think?'
Nicole also revealed that her and Urban's two-year-old daughter Sunday Rose is loving her new sister.
'[Sunday Rose is] so into [Faith] and she’s crazy about her,' she told Access Hollywood. 
'We really wanted Sunday to have a sibling, so now we’ve got Sunday and Faith Margaret... we’ve got our hands full! We’re really happy.'
Nicole and Keith have always avoided the lucrative magazine route when it comes to revealing the first picture of their children.


 
.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!