Sunday, February 13, 2011

Nasib baik ada isteri..


Seorang penduduk orang asli cedera parah selepas diserang seekor harimau ketika dia sedang menyumpit di kawasan hutan berhampiran rumahnya di Perkampung Orang Asli Sungai Tiang, Hutan Belum, Gerik 200km dari sini semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gerik DSP Wan Jamil Wan Chik berkata Tambun Gering, berusia 50-an, mengalami kecederaan parah di kepala, badan dan kaki kiri dalam kejadian pukul 9 pagi semalam.

Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Gerik untuk mendapatkan rawatan dan dipindahkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk mendapatkan rawatan lanjut, katanya ketika dihubungi, Ahad.
Wan Jamil berkata semasa kejadian, Tambun dikatakan pergi menyumpit tupai kira-kira 10 meter dari rumahnya.

"Tanpa disedari harimau berkenaan tiba-tiba menyerang mangsa dari arah belakang menyebabkan kedua-duanya bergelut," katanya.

Isteri Tambun yang mendengar jeritan suaminya itu kemudian datang membantu dengan mengetuk kepala harimau itu beberapa kali dengan kayu sebelum haiwan liar itu meninggalkan mereka.
Beliau berkata dengan bantuan Jabatan Orang Asli dan penduduk kawasan itu, mangsa kemudian dihantar ke Hospital Gerik pada pukul 8 malam.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak Shabrina Shariff berkata pihaknya telah mengarahkan anggotanya ke kawasan perkampungan orang asli itu bagi memantau keadaan.

Katanya kalau perlu, anggota Perhilitan akan memasang jerangkap untuk menangkap haiwan berkenaan bagi memastikan penduduk kampung selamat daripada serangan binatang buas itu.
Beliau turut melawat mangsa di Hospital Raja Permaisuri Bainun.



.

Trauma dan mogok makan..


Sekelompok buaya ganas Australia sangat trauma, setelah terkena badai dahsyat lalu. Akibatnya, mereka bersembunyi di bawah air dan mogok makan, demikian dikatakan beberapa petugas taman suaka margasatwa.

Bob Flemming dari Billabong Sanctuary, Townsville, di bahagian timur-laut Australia, mengatakan 12 buaya air masin, sebahagian dari mereka memiliki panjang tubuh sehingga empat meter, memerlukan waktu berhari-hari untuk pulih dari trauma akibat Badai Tropika Yasi, yang berkekuatan maksima.

"Mereka trauma selama dua hari. Mereka bersembunyi di bawah air untuk sementara dan tidak mungkin ke permukaan untuk makan," kata Flemming kepada bilik berita AAP.
Namun Flemming mengatakan, dia tak kehilangan satu haiwan pun selama badai terburuk di Australia itu dalam hampir satu abad. Secara ajaib, badai kuat tersebut juga tak meragut korban jiwa langsung.
"Banyak pokok roboh di sangkar burung dan sebahagian burung, termasuk helang wedgetail, terbang tapi sejak itu mereka telah kembali lagi," katanya.



.

Tingginya awak!











Inilah peragawati/model tertinggi di dunia, Caroline Welz,
dilahirkan 6 July -1986 di Cologne, North Rhine-Westphalia.












Tinggi badan Caroline lebih dari 2 meter iaitu 206 cm dan
dia menjadi ahli dengan club wanita tertinggi di Jerman.












Caroline adalah seorang penjahit baju dan juga part time model.
Kakinya saja sudah sepanjang 130 cm...ngee..



.

Siapa dia??


4 Mei 1928 - Muhammad Hosni Sayyid Mubarak dilahirkan di Kahel-el-Meselha, sebuah kampung di Delta Sungai Nil, anak kedua daripada lima beradik.

1949 - Tamat latihan di Akademi Tentera Kebangsaan Mesir

1950 - Sertai pasukan tentera udara.

1975 - Dilantik menjadi Naib Presiden oleh Anwar Sadat.

1981 - Menjadi Presiden Mesir yang keempat, tujuh hari selepas Presiden Anwar Sadat ditembak mati pada 6 Oktober 1981 kerana menandatangani perjanjian damai dengan Israel.

1980 - Sokong Saddam dalam Perang Iraq-Iran.

1991 - Sokong AS memerangi Saddam selepas Iraq menceroboh Kuwait.

1995 - Terselamat daripada cubaan membunuhnya. Sepanjang 30 tahun pemerintahannya, Hosni terselamat daripada 10 cubaan membunuh.

1999 - Bersetuju mengepam gas asli ke Israel dan wilayah Palestin.

2005 - Membenarkan buat kali pertama pilihan raya pelbagai parti yang dimenangi secara selesa oleh Parti Demokratik Kebangsaan (NDP) yang diketuainya. Mengalahkan Ikhwanul Muslimin yang terpaksa meletak calonnya sebagai calon bebas kerana masih diharamkan.

25 Januari 2011 - Beribu-ribu rakyat Mesir menunjuk perasaan membantah pemerintahannya, mencontohi pemberontakan rakyat Tunisia.

28 Januari 2011 - Buat kali pertama lantik naib presiden.

1 Februari 2011 - Umum tidak akan bertanding dalam pilihan raya September ini.
10 Februari 2011 - Ulangi pendirian akan kekal menjadi presiden hingga September

11 Februari 2011 - Berlepas ke Sharm El-Sheikh. Naib Presiden, Omar Suleiman umumkan peletakan jawatan Hosni.



.

Pelik...memang pelik..


Seorang wanita yang nyenyak tidur terjaga selepas mendengar bunyi pelik di ruang tamu rumahnya di Kampung Suasa Beaufort, di sini, sebelum dikejutkan dengan kehadiran ‘ular berkepala dua’ berlingkar di lantai, menyebabkan dia menjerit ketakutan dan hampir pengsan.
Bagaimanapun, ketakutan dialami wanita terbabit hanya seketika selepas haiwan dikatakan ‘ular berkepala dua’ adalah rama-rama bersaiz gergasi yang memiliki corak sayap seperti kepala ular.

Detik mencemaskan dialami Siti Asian Ibrahim, 42, kira-kira 5.30 pagi kelmarin menyebabkan dia terjaga apabila terdengar bunyi dengusan seperti ular dalam rumahnya.
“Saya lena tidur bersama tiga anak terjaga sebaik mendengar bunyi bising di ruang tamu dan menyangka rumah kami dimasuki pencuri,” katanya.






“Saya terdengar bunyi dengusan namun tidak mengesyaki sesuatu kerana ketika membuat tinjauan, saya tidak menemui sesuatu yang pelik,” katanya.

Katanya, ketika melangkah semula ke bilik, dia terkejut apabila terpandang ‘ular’ terbabit dan menjerit ketakutan hingga anak lelakinya berusia 14 tahun terjaga.

“Anak saya lantas menangkap rama-rama berkenaan dan selepas diamati, memang ia bercorak seakan-akan kepala ular.

“Lebih memeranjatkan, haiwan ini mengeluarkan bunyi sama seperti dengusan ular,” katanya.

Menurut Siti Asian, ketika dia cuba mengurung rama-rama, haiwan terbabit terbang melalui tingkap.



P/S - Ular ke rama-rama?



.

Valentine Day


Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, nasihat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) supaya orang ramai menjauhi acara bertemakan sambutan Hari Kekasih atau Valentine Day Isnin ini, hanya ditujukan untuk masyarakat Islam. Timbalan Perdana Menteri berharap isu ini tidak menimbulkan kekeliruan dan perasaan curiga antara kaum di negara ini kerana dari sudut Islam sambutan itu tidak sesuai diraikan oleh umat Islam.
“Nasihat itu adalah untuk memberitahu bahawa dari sudut agama Islam ia (sambutan Hari Kekasih) tidak sesuai, tetapi ia tidak bermakna kita hendak merendah-rendahkan Hari Kekasih atau tidak menghormati kaum lain,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan mesranya terhadap perkhidmatan awam di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau berkata: “Ada amalan yang mungkin dianggap orang lain sesuai tetapi dalam Islam tidak sesuai kerana ada amalan dan kaitan sejarahnya itu tidak sesuai bagi masyarakat Islam. Saya harap perkara ini tidak menjadi perkara yang boleh menimbulkan perasaan curiga”.
Muhyiddin berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abd Aziz semalam yang menasihatkan orang ramai khususnya yang beragama Islam supaya menjauhi sebarang acara atau majlis yang bertemakan sambutan Hari Kekasih bagi mengelakkan mereka terlibat dengan gejala maksiat.


Hari Santo Valentine, Hari Valentine atau Hari Memperingati Kekasih ialah satu hari santo yang memperingati Santo Valentine pada 14 Februari sebagai hari tradisi yang mana para kekasih meluahkan rasa cinta sesama sendiri; menghantar kad Valentine, menderma atau menghadiahkan gula-gula. Adalah satu kebiasaan juga untuk menghadiahkan bunga pada Hari Valentine. Perayaan ini dinamakan sempena dua orang lelaki, kedua-duanya syahid Kristian Awal yang berkongsi nama Valentine. Perayaan ini kini dikaitkan dengan asmara dalam lingkungan pengaruh Geoffrey Chaucer pada Zaman Pertengahan Tinggi, apabila mekarnya tradisi cinta asmara.

Hari istimewa ini paling rapat dikaitkan dengan pertukaran surat cinta dalam bentuk "valentine." Lambang-lambang Valentine moden termasuk garis berbentuk hati dan potret Cupid bersayap. Sejak abad ke-19, surat-surat bertulus telah banyak memberi laluan kepada kad ucapan keluaran besar-besaran.Perdagangan Hari Valentine pertengahan abad ke-19 merupakan petanda akan datangnya pengkomersialan perayaan di Amerika Syarikat.Persatuan kad Ucapan A.S. menganggarkan bahawa kira-kira sebilion kad Valentine dikirim di merata dunia setiap tahun, menjadikan Hari Valentine perayaan yang kedua paling banyak pengiriman kad mengekori Krismas. Persautan ini menganggarkan bahawa kira-kira 85% semua kad Valentine dibeli oleh kaum wanita.


Umat Islam di setiap negara tidak digalakkan menyambut perayaan ini, kerana dipercayai akan menyerupai orang kafir menerusi perayaan berskala seni ini.

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: “Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam”.

Kebiasaannya, pasangan yang belum berkahwin menyambut perayaan berskala seni ini akan berakhir dengan aktiviti maksiat seperti berzina, sehingga terjadinya kes melahirkan anak luar nikah, menggugurkan anak dan seumpamanya.



.

Lapah Bangkai...adeh


Bangkai ikan paus spesies Bryde yang ditemui mati terdampar di kawasan pantai Pulau Sayak, Kota Kuala Muda di sini akan dilapah untuk proses penyelidikan.

Pegawai Penyelidik Unit Mamalia Marin Pusat Penyu dan Ekosistem Marin (Tumec), Mohd. Lazim Mohd. Saif berkata, pihaknya akan melapah ikan itu untuk mendapatkan tulangnya bagi kerja-kerja penyelidikan dan pembangunan selain menjadi bahan pameran kepada orang ramai.

"Kita akan memulakan kerja-kerja melapah bangkai ikan paus itu dalam masa terdekat.
"Tulangnya akan diambil untuk kerja-kerja penyelidikan Tumec manakala dagingnya akan ditanam," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Tumec berpejabat di Rantau Abang, Terengganu.
Menurut Mohd. Lazim, Tumec tidak dapat melakukan bedah siasat terhadap bangkai ikan paus tersebut memandangkan kulitnya yang menggelupas kerana dipercayai mati lebih seminggu lalu.
"Bangkai yang sudah lama terbiar itu menyebabkan struktur badannya sudah tidak kukuh. Oleh itu, memadai kita hanya lapah daging dan ambil tulang," ujarnya.



.

hospitalised with heart failure


Oscar-winning actress Elizabeth Taylor is being treated in hospital for heart failure.
The 78-year-old is being treated for symptoms caused by congestive heart failure, a condition she revealed she suffered from back in November 2004.
Her spokeswoman said that the star was admitted to the Cedars-Sinai Medical Center in Los Angeles 'for monitoring' within the last  couple of days.
Sally Morrison said it was not known how long her client might stay in the hospital.
'Her family and close friends are appreciative of the warm support and interest of her loyal fans,' she said. 'But have asked that people respect her privacy and allow her medical team the time and space to focus on restoring her back to health.'
Taylor had been scheduled to attend an amfAR benefit gala Wednesday night in New York, where she was to receive an award alongside President Bill Clinton and designer Diane von Furstenberg, celebrating their dedication to AIDS research.
But she missed the event, with Elton John accepting the honour on her behalf.

He passed along a message from her: 'I am there in spirit and I join you in saluting my fellow honorees and all these extraordinary leaders.
'I am inspired by their example, exhilarated by their vision, and encouraged by their compassion and love. And I love them in return.'
Taylor, who appeared in more than 50 films, won Oscars for her performances in 1960's Butterfield 8 and 1966's Who's Afraid of Virginia Woolf?
But she's been just as famous for her marriages - all eight of them, including two to Richard Burton - and her lifelong battles with substance abuse, her weight and physical ailments, including numerous visits to the hospital for more than 20 major operations and countless treatments.
The actress had near-fatal bouts with pneumonia in 1961 and 1990, and another respiratory infection forced her to cancel all engagements for several weeks in late 1992. She had both hip joints replaced in 1994 and 1995.
Her 2004 diagnosis for congestive heart failure, compounded with spinal fractures and the effects of scoliosis, left her nearly bedridden.
She's also battled ulcers, amoebic dysentery, bursitis, and had a benign brain tumour removed in 1997. In recent years, she has had to use a wheelchair when out in public.



.

Tahniah diatas pertunanganmu


Tahniah Ally Iskandar yang telah selamat bertunang dengan pasangannya, Aishah Zainal,
naib juara Gadis Melayu musim pertama.. (cantik orangnya..)

Tahniah...Tahniah

1'ST GIVEAWAY KAMI "MELITA"


Telah ditag oleh sicantik manis.. Cik Yulia (diriKu).

Mangsa tag :-


Keduaduanya wanita...heeee...itu yang aku jumpa latest update..hah..nasib la ya..
Good luck ye..pemenang dia sorang je tau..so, banyakbanyak lah doa XD
ASSALAMUALAIKUM!

eheh, so lulu adalah pilihan rambang Cik Yulia...
Dan adakah lulu bakal menjadi pemenang contest ini?
wacaa...kena tunggu...
(pls aku nak menang...*tetiba..eheh)

"Semoga Puan penganjur berbahagia dengan suami tersayang yer..."


Lulu nak tag makbed dot com (wakaka panjang gitu) dan nini d..
pass to anda...


Tarikh Tutup : 14.02.2011
(nak msk contest ammar tapi tak reti...huhu)

.

Pencarian 10 Blog Tercantik Pilihan Blogger 2011!





















Sumpah, kalau Kak Nora tak tag lulu, lulu takkan join aktiviti ni..
Bukan sebab pandang rendah dengan penganjur..
Tapi sebab lulu sedar diri, yang blog lulu belum layak masuk dalam
pencarian blog tercantik...

Blog lulu-pages ni tak cantik...
tak kemas...
takde yang luar biasa...
semuanya biasa saje...






Tapi, untuk tidak menghampakan kak nora,
lulu dengan berbesar hati, turut serta dalam aktiviti ni...
waa wish me luck jer yer...
(bila dah tersenarai, tang nak kena undi tu yang payah...
tak suka nak raih undi...huhu..)


Tak mau tag orang..ngee. Tapi, ammar, ogosh, akmall, mainur, kak aleasara,nida,diana,diriKu... dan semua BW malam ni, sila join sekali..
ekeke....


Tarikh Tutup : 28-02-2011



.

Ampunkan daku..

Sedih tengok drama ni tadi..
(tv3 waktu siaran 10-12 malam)
mesti khas untuk sambutan maulidur rasul..
lulu jarang tengok drama melayu..
bukan sebab tak 1 mesia kata najib..ngee..
tapi selalunya drama melayu kita ni suka buat drama berkisar mengenai
kekayaan, kemewahan dan kebaratan..


make-up bukan main tebal..
kereta besar tak hingat..
pastu, kain singkat nampak paha...
tu belum skrip  i-i ikan yu.. (i dan you)..


walaupun drama tadi masih ada antara terselit
keadaan itu, tapi mesej yang dibawa oleh Sheila Rusly,
berkesan dihati dan mmg benar2 terjadi dikalangan masyarakat kita..
kes buang anak dan gejala sosial yang mengakibatkan remaja anak gadis
hamil diluar nikah..


tetiba pula, terasa nak jd macam sheila rusly dalam drama tu..
kasih sayang dan perhatian yang ditunjukkan,
huhu ada berapa ramai masyarakat kita seprihatin itu?


insaf wei...
nasib baik tak kaya...
kalau kaya, nak derma dgn 'org yang tak bernasib baik'...


tadi tgk SITI pun. yang keluarga india tu, huhu sedih..
anak dia terpaksa diberi kpd adik ipar
sebab hidup terlalu susah..
bila budak tu umur 11 tahun (skrg),
dia panggil ibu bapanya makcik dan pakcik..
*bergenang airmata..huhu


Ramai orang susah dinegara kita...
Kalau kita berkemampuan, sudi-sudikanlah membantu mereka..
kalau tak, doakanlah mereka..
semoga mereka dimudahkan segala urusan...
Dan, insya-Allah, pahala buat kita, Allah tidak lupakan..



.


 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!