Monday, March 14, 2011

Gila makan lada..Pedas woo


Baru-baru ini seorang wanita dari India memecahkan rekod dunia Guinness dengan aksi superhot. Wanita 28 tahun bernama Anandita Dutta Tamuly ini berhasil memakan 51 buah lada terpedas dari seluruh penjuru dunia -hanya dalam waktu dua minit saja.

Tidak cuma itu, Anandita juga membuat para penonton terperanjat dengan menggosokkan tangan yang penuh biji lada ke matanya.

Jenis lada yang digunakan dalam pertandingan ini adalah bhut jolokia. Terkenal akan kepedasannya yang sangat tinggi, lada dari jenis ini juga masuk ke dalam kategori lada terpedas di dunia Guinness Book of Records pada tahun 2007.

Lada setan ini diketahui memiliki lebih dari 1 juta Scoville Unit (SU) -ini merupakan satu ukuran untuk tingkat kepedasan. Jika diukur dengan ukuran ini lada jalapeno memiliki rentang tingkat kepedasan sebesar 2000-8000 SU, sedangkan sos tabasco sebesar 2500-500SU.

Proses pemecahan rekod yang dilakukan Anandita diawasi oleh seorang tukang masak bernama Gordon Ramsay yang hanya boleh berkata, “Luar biasa…”

Sementara itu Anandita pada sesi wawancara dengan The Daily Telegraph mengatakan tidak pernah merasa pedas.

“Sejak kecil saya selalu makan bhut jolokia dan tidak pernah merasa kepedasan.”

“Bahkan ibu saya selalu menggosokkan pasta lada sebagai ubat. Semenjak itu saya selalu merasa lada adalah salah satu resepi untuk tetap sihat.” ujarnya.

“Lada merupakan cara yang paling berkesan jika saya menderita demam dan selesema. Setelah memakan lada, saya pasti akan terus merasa segar.”

Sebagai tambahan, rekod pemakan lada terbanyak dan terpedas sebelumnya dipegang oleh wanita dari Afrika Selatan. Dia hanya berhasil makan lapan buah lada jalapeno pada tahun 2002 yang lalu.

Aksi ini memang bahaya kerana September tahun lalu seorang tukang masak meninggal dunia setelah cuba makan terlalu banyak lada.






.

40 Jarum Ditemui Dalam Tubuh Bayi


Amalan ilmu hitam meluka seorang bayi di Brazil. Menakjubkan kerana ditukan 40 jarum jahit diketahui berada di dalam tubuh bayi yang tidak diketahui namanya tersebut.

Menurut keterangan ibu dari bayi berusia dua tahun tersebut, pada awalnya bayi itu mengeluh sakit pada perutnya dan seringkali muntah. Ketika dibawa berjumpa doktor dan setelah di x-ray, si Ibu terkejut kerana lebih dari 40 jarum jahit berada di dalam tubuh anak tersebut.

Seperti dipetik dari AFP, 40 jarum jahit ditemui merata-rata di bahagian tubuh bayi itu. Beberapa jarum kelihatan di leher, dada, dan kaki bayi malang tersebut, bahkan salah satu jarum seperti tertancap pada paru-parunya.

Doktor terus berusaha mengeluarkan jarum sepanjang lima sentimeter tersebut. Namun salah satu jarum yang menusuk di organ bayi itu tidak akan dikeluarkan, kerana proses operasi mengeluarkan jarum dikuatiri merosak organ bayi itu.

Ayah bayi itu menjadi suspek tertuduh kerana menurut pihak polis, dia ada mengamalkan ilmu hitam. Hal tersebut terbongkar setelah ibu bayi tersebut menemukan benda mencurigakan di dalam rumah mereka.

Polis juga sudah mendapatkan keterangan dari si ayah, Roberto Carlos Magalhaes. Kononya kejadian ini ada motif dendam dari wanita simpanan Magalhaes, kepada ibu bayi tersebut. Magalhaes sendiri mengaku telah melakukan kejahatan terhadap anak tirinya itu dengan amalan Macabre.

Hingga kini keadaan bayi itu kritikal, tetapi doktor mengakui bahawa bayi tersebut suda mulai menunjukkan tanda-tanda positif setelah mendapatkan rawatan dari hospital.



.

Kisah Kehidupan Tragis Pelakon Cantik Korea


Meskipun setelah dua tahun berlalu, ramai yang masih tertanya-tanya dengan apa yang menjadi penyebab pelakon Korea, Jang Ja Yeon, memutuskan untuk  mengakhiri hidupnya dengan membunuh diri.

Perlahan-lahan penyebab kematian pelakon tersebut kini mulai diketahui. Pada 6 Mac lalu 'The 8 O'Clock News' yang ditayangkan SBS mendedahkan selama ini Jang Ja Yeon dipaksa untuk melayani nafsu berahi 31 orang lelaki. Fakta itu dibuktikan dengan adanya dokumen yang ditulis tangan sendiri oleh Jang Ja Yeon.

Hal itu ternyata membuat artis cantik ini merasa penat dan tekanan kerana dijadikan mangsa seks kepada  orang-orang penting yang memiliki pengaruh di dunia hiburan di negeri Ginseng tersebut.

Diyakini hal itulah yang membuatkan Jang  memutuskan untuk mengakhiri hidupnya dengan tragis. Dia seperti sudah tidak sanggup lagi menanggung beban hidupnya yang pahit tersebut. Apalagi, selama ini, dia juga harus menjalani kehidupan yang berat dan menyedihkan kerana orang tuanya meninggal.

Orangtua Jang meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya tahun 1999 lalu. Sejak ditinggal orangtuanya, artis kelahiran 8 Disember 1982 ini hidup bersama dengan adik dan kakaknya.

Jang memang memiliki keinginan yang kuat untuk memiliki karier di dunia hiburan. Dia mula mencuba untuk bersaing didalam industri hiburan di negaranya tersebut.


Dengan berbekal kemahuan yang keras, usaha Jang Ja Yeon tidak sia-sia. Dia memulakan kariernya sebagai artis dengan membintangi iklan di tv. Wajahnya yang cantik membuatkan dia mendapatkan tawaran untuk membintangi serial drama.

Perubahan terbesar dalam kariernya adalah ketika dia mendapatkan watak di drama 'Boys Before Flowers' yang memegang watak utama sebagai Lee Min Ho. Di serial yang dibuat berdasarkan cerita dari Jepun 'Hana Yori Dango' ini, Jang sebagai Sunny. Sunny adalah salah satu trio yang selalu memusuhi dan iri dengan pelakon utama wanita di serial tersebut.

Setelah itu, artis yang menutup mata pada usia 26 tahun ini kembali mendapatkan tawaran untuk membintangi filem. Dan Jang mendapatkan dua filem sekaligus. Pada saat kematiannya, sebenarnya Jang sedang menunggu dua filemnya yang akan segera direlease. Dia berlakon untuk filem 'They Are Coming' dan 'Penthouse Elephant'.

Dari tulisan yang dibuatnya sebelum dia membunuh diri, didapati pengurusan artisnya tidak jujur. Dan Jang menghadapi kesukaran ketika menjalani hidupnya sebagai seorang artis.

Pengurusan artis tempat dia bernaung didapati telah mengeksploitasi dan menuntut Jang untuk melayani lelaki-lelaki yang memiliki pengaruh dalam industri hiburan Korea dengan alasan untuk melancarkan kariernya sebagai artis. Dia dipaksa tunduk kepada peraturan tersebut.

Sebelum kematiannya, artis ini diketahui menderita kemurungan sehinga harus mendapatkan perawatan perubatan selama setahun.

Sebelum ditemui bunuh diri dibilik, di rumahnya di kawasan Bundang Seongnam, pada 7 Mac 2009 lalu, kakaknya mengatakan adiknya itu sempat mengeluh kerana mengalami stres yang serius dan ingin mati. Dia mengatakan hal tersebut kepada kakaknya melalui telefon.

Setelah tidak boleh ditelefon, kakaknya memutuskan untuk pulang ke rumah dan menemui tubuh Jang yang telah tergantung dibiliknya.


Kematian Jang dipercayai kerana bunuh diri. Tetapi, catatan yang dibuat Jang membuat polis melakukan siasatan ke pejabat pengurusannya. Polis menangkap bekas pengurus Jang, Kim Sung Hoon di Jepun.
Dia dihukum percubaan penjara selama 2 tahun dan harus menjalani khidmat masyarakat selama 160 jam.



.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!