Sunday, April 17, 2011

Nicolas Cage Ditangkap Polis


Pelakon, Nicolas Cage, kembali membuat heboh. Penyebabnya bukan filem barunya, 'Drive Angry', atau prestasinya dalam dunia lakonan. Kali ini dia ditangkap polis.

Cage ditangkap kerana mabuk di kawasan French Quarter, New Orleans. Dia juga ditangkap ketika sedang bertengkar mulut dengan isterinya, Alice. Menurut polis, mereka ditahan ketika sedang berada di depan sebuah rumah. Cage mengaku bahawa rumah itu adalah rumah yang mereka sewa. Sementara, isterinya membantahnya. Emosi, Cage lalu menarik lengan isterinya itu.

Tidak hanya itu, Cage memukul-mukul kenderaan yang lalu dan masuk dengan kasar ke sebuah teksi. Seorang petugas yang melihat Cage sedang mabuk teruk, menyuruhnya keluar dari teksi.
Polis tidak ada pilihan lain, selain menahannya. Dia dituduh dalam kes kekerasan dalam rumah tangga, mabuk di tempat umum, dan mengganggu ketenteraman awam.

Cage sering berkunjung ke New Orleans untuk urusan pengambaran. Dia juga memiliki beberapa hartanah disana. Tidak jelas apa yang menyebabkan Cage berkelakuan tidak normal, namun kemungkinan kerana dia memiliki masalah kewangan, meskipun diistiharkan sebagai salah seorang bintang dengan bayaran tertinggi di Hollywood.



.

Lagi artis nak kahwin


Pelakon Ashraf Muslim, 30, menamatkan teka-teki tentang statusnya apabila dia akan bertunang dengan wanita berusia 24 tahun pada 23 April ini di rumah wanita itu di Gombak.

Dia yang menjangkakan akan menamatkan zaman bujangnya pada tahun ini, bagaimanapun enggan mendedahkan nama wanita tersebut yang kini sedang menjalani latihan praktikal sebagai doktor perubatan di sebuah hospital di Melaka.

Kata pelakon yang popular menerusi drama Ustaz Amirul itu, dia belum bersedia untuk mendedahkan tentang buah hatinya itu sehingga tiba majlis pertunangannya nanti.
Selepas majlis pertunangan yang dijangka berlangsung pada pukul 11 pagi itu, pada hari yang sama Ashraf turut akan mengadakan majlis perasmian kliniknya iaitu Pusat Perubatan Islam Al-Hidayah di Gombak pada pukul 12 tengah hari.

Klinik tersebut akan dirasmikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Menurut pelakon filem Aku Masih Dara ini, klinik itu telah beroperasi sejak 11 tahun lalu dan perasmian ini sempena dengan penukaran nama barunya setelah dia menyertai rakan kongsinya, Lokman Abdul Hamid.
“Kalau mahu mengenali siapa tunang saya, jemputlah ke majlis pertunangan dan klinik saya semasa majlis perasmian nanti. Setelah berbincang, kami memutuskan untuk membuat kedua-dua majlis itu pada hari yang sama.

“Kebetulan, rumah dia dan klinik saya agak berdekatan. Menariknya, stesen TV9 juga akan membuat siaran langsung majlis pertunangan dan perasmian klinik saya pada hari itu,” kata pengamal perubatan Islam yang mendalami bidang tersebut sejak dua tahun lalu.

Bercerita tentang hubungan mereka, Ashraf mengenali wanita itu lebih setahun lalu dan berhasrat menyunting wanita itu pada bulan lalu.
“Kami kenal setelah selalu berjumpa di klinik itu dan dia merupakan seorang yang suka merendah diri, bertudung, solehah, sedap mata memandang dan selesa dengannya.
“Yang penting, saya tertarik dengan hati budinya yang suka merendah diri dan baik hati serta selalu menasihati saya.

“Kalau boleh saya tidak mahu bertunang terlalu lama dan jika diizinkan Allah, kami mahu segera nikah pada tahun ini,” ujarnya.
Tambahnya: “Sejak sibuk dengan klinik, saya sudah kurang berlakon dan selepas ini akan lebih berhati-hati memilih cerita dan watak demi mengelak timbulnya fitnah.

“Saya akan mengelak dari adegan berpegang-pegangan tangan atau bersentuhan dengan wanita termasuk semasa sesi fotografi. Jadi, saya tidak akan bergambar berdua-duaan dengan wanita dan berharap semua pihak meghormati keputusan saya.”
Dalam perkembangan lain, Ashraf juga muncul di program Nasi Lemak Kopi O di TV9 pada setiap Jumaat, pukul 8 hingga 10 pagi.
Ashraf mengendalikan sebuah slot yang memaparkan tentang cara perubatan Islam.



.

Pendeknya..


Dia dipanggil Laptop oleh rakan-rakannya, kerana di England PC adalah sebutan untuk polis. Namun kerana Robin Port, 29 tahun, hanya memiliki tinggi 5 kaki maka dia dipanggil laptop....

Walaupun bertubuh pendek, Robin Port telah melakukan 17 penangkapan dalam bulan pertama dia bekerja sebagai polis.


Sebelum bekerja sebagai petugas lapangan, dia pada mulanya hanyalah seorang tukang data input bagi kes jenayah..



.

Penyeri hidup..


LAMA memujuk, akhirnya si teruna kacak tinggi lampai ini akur membenarkan sisi peribadinya disingkap. Walaupun tidak sepenuhnya, namun permintaan yang bagai menggoyang pendiriannya itu sudah memadai.

Enggan membiarkan setiap inci dirinya dibuka buat tatapan umum, si empunya nama Syamsul Hirdy Muhid (Diddy) menyifatkan keluarga, perkahwinan dan anaknya bagai satu perhiasan buatnya seorang.

Meskipun dihambat gosip menyorokkan isteri dan anak seperti sesetengah selebriti lain, ia tidak sesekali mengubah pendirian tegasnya, sebaliknya mengharapkan pihak lain menghormati permintaannya.

Peluang merakam gambar bintang kelahiran Akademi Fantasia (AF) musim keempat ini dengan anak kesayangannya, Nadra Aryssa Jauza yang kini berusia empat bulan adalah satu pengalaman indah. Bukan kerana nilai eksklusif menjadi yang pertama, sebaliknya terpukau melihat sifat kebapaan padanya.


“Detik menceritakan semula perasaan dan pengalaman menjadi ayah seperti sekarang adalah sesuatu yang sukar buat saya. Bukan kerana mati ayat untuk menjelaskan, sebaliknya perasaan yang datang dan kekal hingga ke hari ini sukar diterjemah dengan bait kata.

“Bagai desiran melodi yang menyuntik sejuta ketenangan jiwa, Jauza memberikan keindahan hidup buat saya sebagai lelaki.

“Rezeki itu lancar mencurah. Selepas empat tahun mengikat pertunangan, saya dan isteri disatukan. Kemudian, hasrat memiliki cahaya mata pula ditunaikan. Justeru, apa lagi ingin saya persoalkan kerana semuanya indah.

“Perkahwinan dan Jauza adalah pelengkap diri paling sempurna pernah saya alami,” katanya tersenyum sambil mengusap rambut tipis Jauza yang tidak lekang dalam dakapannya.

Mengenali pemuda berusia 26 tahun ini ketika masih di pentas AF kira-kira empat tahun lalu, wajahnya segar dengan lenggok bahasa muda. Kini seakan-akan canggung melihat perubahan diri dan personalitinya. Pelantun lagu Lelaki Di Atas Awan ini tampak matang, tuturnya makin tersusun dan senyumnya meleret. Jelas sinar peribadinya lena diulit bahagia.

“Ada kalanya apabila melihat diri di depan cermin, sesekali ia mengundang gelak kecil. Sekelip mata saya meninggalkan zaman remaja. Kini bukan saja bergelar suami, malah ada tanggungjawab untuk membentuk seorang lagi insan istimewa dalam diri saya. Namun saya percaya, ia ketentuan yang akan memberi lebih rezeki buat saya.


“Tiada apa yang berubah pun dalam diri. Sejak dulu, saya lelaki yang sentiasa bersedia. Soal menjadi ayah adalah sesuatu yang lama saya impikan. Kehadiran Jauza benar-benar memberi impak kepada kami.

“Walaupun masih muda, ia bukan alasan untuk gagal menyempurnakan tanggungjawab. Alhamdulillah, saya dan isteri pentingkan komunikasi dan sentiasa mengambil berat dalam apa saja soal keluarga.

“Bayangkan, saya seolah-olah tidak boleh berenggang dengannya. Ingatan saya hanya berfokus pada dia walaupun jauh meninggalkan rumah untuk bekerja. Setiap hari saya bergegas untuk pulang bertemu Jauza.

“Kelakarnya, Jauza juga seolah-olah memahami keadaan itu dan dia bijak menunjukkan kasih sayangnya kepada saya walaupun masih ‘merah’.

“Jika pulang lewat, dia tidak akan tidur kerana menanti saya kerana setiap hari, dada atau hangat pelukan saya adalah kamar buatnya,” katanya.

Berkali-kali Diddy dan pengurusnya, Badrul Hashim meminta supaya lensa kamera tidak berlaku nakal merakam wajah isterinya yang setia di sisi. Bukan kerana sengaja menyembunyikan insan tersayangnya, sebaliknya Diddy menghormati permintaan si isteri yang enggan terkena tempias publisiti.

“Usah letakkan salah itu pada saya seorang kerana jujurnya isteri saya tidak gemar wajahnya dirakam. Bukan main sorok-sorok daripada tatapan peminat, tapi itu adalah permintaan Allen untuk tidak mengheretnya sekali dalam kancah hiburan. Allen bekerja di luar lapangan saya dan dia punya reputasi sendiri untuk tidak terlalu mendedahkan dirinya.

“Peminat akan faham kerana sejak di AF lagi, mereka sedia maklum status saya sebagai tunangan orang. Sokongan peminat masih ada ketika itu, malah kekal hingga ke hari ini. Justeru, mereka menghormati pendirian saya sebagai individu. Tidak timbul soal menyorokkan isteri atau apa saja andaian yang timbul.


“Saya menghargai setiap apa yang dikurniakan. Kerjaya nyanyian yang stabil, sokongan peminat yang tidak henti-henti serta kebahagiaan diri sebagai suami dan ayah, semuanya ketentuan yang memberi sejuta keindahan.

“Namun saya tidak mahu terlepas setiap satu detik manis itu, dan sebab itu saya ingin meletakkan mana yang peribadi kekal dalam kamar jiwa dan apa yang boleh dikongsikan, pasti ia akan ditatap bersama,” katanya.

Siapa sangka, walaupun anak kelahiran Johor Bahru ini muncul mengejar impian menjadi penyanyi, ada juga berbekas bakat lakonan padanya.

Pernah membintangi drama sebelum ini memberi laluan mudah buatnya untuk tampil menyandang watak Amin menerusi teater muzikal Terima Kasih Cinta (TKC) baru-baru ini.

“Melihat ulasan media dan reaksi balas penonton serta peminat, mereka suka persembahan saya yang tidak seberapa itu. Setidak-tidaknya ia menguatkan lagi semangat saya untuk terus mencuba lapangan lakonan.

“Mungkin selepas ini peminat tidak hanya boleh mendengar nyanyian saya, sebaliknya Diddy Hirdy akan muncul pula sebagai pelakon popular,” guraunya.



.

Setia menunggu mu sampai bila-bila..


BENARLAH, melepaskan insan tersayang untuk berdepan sebuah hukuman itu terlalu perit. Pedihnya sampai tidak tergambar oleh kata-kata. Mungkin, hanya individu terpilih sahaja diberikan ujian sebegitu dan mampu menangani saat itu.

“Sampai akhir hayat saya sekalipun, saya akan tetap tunggu Ameng. Sebusuk-buruk mana sekalipun dan sejahat-jahat mana sekalipun, dia tetap suami saya, bapa kepada anak saya, Haikal. Dia suami dan bapa yang baik,” itu kata-kata seorang isteri yang masih menebal traumanya.
Sebaknya dapat dikesan walaupun penulis sekadar berhubung di talian telefon. Tangisnya bermula seawal khabar dirinya, penulis usulkan. Dia Sabariah Zakariah, 41, seorang isteri dan ibu yang sedang teruji di segenap penjuru.

“Saya kenal Ameng sejak 1992. Dia tidak jahat seperti sangkaan sesetengah pihak, dia tidak jahat. Jahat sangatkah dia sampai begitu sekali hukuman yang diterima,” rintihnya dalam nada yang tersekat-sekat, bagai tangis yang basah bersiram di setiap urat darah.
Tambah Sabariah, Ameng berpesan, supaya dia selalu ingatkan anak mereka, Wan Amar Haikal.
“Selalu ingat dan kenal akan ayahnya. Pesanan Ameng juga, supaya saya kerap memutarkan apa sahaja klip video karaoke lagu-lagu nyanyian Ameng ketika bersama Spring mahupun solo.

“Dia juga pesan, supaya saya tidak terlalu memikirkan tentang dirinya, takut memudaratkan saya pula. Kalau datang melawatnya di Penjara Kluang, Johor, tolong bawa Haikal bersama,” kata Sabariah.
Hari-hari kelam Sabariah bermula seawal dia dan Ameng ditangkap pada 1 Februari lalu di sebuah hotel di Taman Melaka Raya berikutan tuduhan memiliki dadah.
Sejak saat itu, lebih dua bulan mereka merengkok di dalam penjara di Sungai Udang, Melaka dan dipisahkan oleh dua blok bangunan yang berbeza.

Pada Rabu lepas, Ameng dijatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan 10 kali sebatan oleh mahkamah. Ameng mengaku bersalah atas tiga pertuduhan memiliki dadah dan memasukkan bahan itu ke dalam badannya pada awal Februari lalu. Dakwaan ke atas Sabariah digugurkan, dan dibebaskan daripada sebarang hukuman.
“Sehari sebelum keputusan dibacakan, peguam ada datang berjumpa saya. Katanya, saya mungkin akan dibebaskan jika Ameng membuat pengakuan atas semua dakwaan.


Serik hidup di penjara
“Ameng rela hati mahu mengaku bersalah supaya dia yang menanggung segala hukuman. Dia reda dan mahu saya bebas untuk terus menjaga amanah kami (anak). Dia tak mahu melibatkan saya dan anak. Hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaan saya tapi setidak-tidaknya, saya sudah kenal perit hidup dipenjara. Dua bulan saya terkurung, terpinga-pinga dan menanggung sengsara yang amat sangat, rindukan anak dan suami. Perasaan dalam penjara itu sangat berlainan.

“Itu baru dua bulan, inikan pula untuk tempoh selama lapan tahun. Saya boleh bayangkan azab yang akan ditanggung Ameng tambah lagi dengan 10 sebatan. Saya tahu, dia bukan jenis yang kuat,” luah Sabariah.
Bukan merintih merayu simpati, jauh sekali meminta bantuan, Sabariah hanya mahukan pengertian. Dia juga tidak sedih atau terkilan. Sepanjang kes berjalan, tiada seorang pun rakan atau pihak dalam industri hiburan yang muncul bertanya khabar. Sampai ke tahap itu, hinanya mereka di mata umum.

“Ameng sudah reda, dia juga pesan supaya saya jangan berdendam dengan sesiapa, jangan menidakkan kerja pihak media, jangan marah jika dicemuh masyarakat. Saya reda dengan semua ini. Selepas saya dibebaskan, hanya Iskandar, salah seorang bekas ahli kumpulan Spring yang berhubung dengan saya. Dia yang banyak memberi sokongan. Saya hargai sangat sesiapa yang hubungi saya bertanyakan khabar,” katanya yang kini menetap bersama anak dan keluarga di Melaka.

Nasib ada keluarga serta kawan-kawan yang memberi sokongan dan setelah hampir seminggu dibebaskan, wanita itu masih tidak ke mana-mana, tidak mampu untuk bertemu sesiapa.
“Saya jadi takut untuk jumpa orang. Nak tengok akaun Facebook pun takut. Pantang duduk seorang, pasti menangis,” katanya yang sudah memasang tekad untuk pulih daripada sejarah hitam.
Tutup perbualannya, doa Sabariah, biarlah Ameng tenang menadah hukuman dunia.
“Semoga dia tenang dan sentiasa mengingati Tuhan,” ungkapnya perlahan.



.

Saya tidak cintakannya..


PANTANG dia kalau soalan-soalan mengenai kisah peribadinya diajukan. Mengenali dirinya, gadis kecil molek ini memang cukup tegas dengan pendiriannya bila tiba soal peribadi.
Pasti sepantas kilat Sharifah Amani akan menepis pertanyaan dengan berkata “Saya tak akan bercakap mengenai hal ini. Maaf sangat.”

Namun, apabila hubungannya dengan pelakon Azma Aizal Yusof atau Isma Yusof mula dihidu pihak media dan peminat, dia bagaikan tidak dapat lari dari dihambat pertanyaan.

Semuanya mahu mendapatkan kepastian sahih daripada mulut aktres yang mesra disapa Nani sendiri.
Semuanya gara-gara tindakan berani pasangan ini meletakkan status In a relationship di laman sosial Facebook masing-masing. Isma pula meletakkan label In a relationship with Sharifah Amani yang membuatkan seolah-olah memang ‘sah’ Amani dan Isma sedang dilamun cinta.

Menguatkan lagi kekecohan orang ramai mengenai ‘cinta’ mereka adalah melalui beberapa keping gambar mesra, saling berdakapan yang tersiar meluas di beberapa buah blog hiburan tempatan.
Bertanyakan hal ini kepada empunya diri, Pancaindera menemukan jawapan yang berbeza daripada Nani.
Dalam nada suara yang agak perlahan dan sedikit emosi, kata Nani, hubungannya dengan pelakon drama bersiri Sindarela itu tidak lebih sekadar kawan.

“Nani dengan dia cuma kawan sahaja. Tidak lebih dari itu. Kenapa hal ini perlu diperbesar-besarkan?” katanya ringkas.
Menurut Nani, dia tidak menyangka orang ramai mudah percaya akan hubungannya dengan pelakon yang dikenali semasa pementasan teater Hamlet pada tahun 2005.

“Lepas Hamlet, kami bersama dalam drama bersiri Emel Emelda dan seterusnya Sindarela. Jadi jelasnya hubungan itu tidak ada yang lebih dari cuma kawan sebab kami dah biasa digandingkan bersama,” katanya.
Malah, mengenai ucapan I Love You yang tertera dalam salah satu status mereka di Facebook, jelas Nani, ia cuma ucapan yang biasa dikatakan olehnya kepada semua orang.
“Orang yang kenal Nani, mereka akan tahu Nani ni macam mana orangnya. Nani cakap I Love You kepada semua orang. Jadi tak ada yang luar biasa,” ujarnya.

Mula melontarkan emosi kurang senang mengenai isu ini, kata Nani dia tidak dapat menyembunyikan rasa kecewanya terhadap segelintir pihak yang suka menjaja cerita cintanya.
Luah Nani, ini kerana sejak awal lagi dia sudah meletakkan garis panduan bahawa dia tidak gemar soalan peribadi menjadi topik utama.

Jelas pelakon filem Sepet ini lagi, ia bukan kerana dia bersikap sombong, tetapi dia cuma mahu permintaan kecilnya ini dihormati semua pihak.
“Bayangkan, sudah dua tiga hari ni Nani dikejar pihak media yang mahu mendapatkan pertanyaan mengenai hal ini.

“Nani sedih sebab Nani tak berapa sihat kebelakangan ini dan susah nak bercakap. Tetapi ada segelintir daripada mereka yang tak memahami keadaan Nani.
“Nani harap ini kali terakhir Nani keluarkan kenyataan mengenai hal ini. Cukuplah. Nani cuma tak mahu keluarga terasa dengan sikap Nani,” katanya menutup bicara.



.

Akan nikah Julai ni..


SAAT ini mungkin lelaki ini orang yang paling gembira. Gembira apabila akan disatukan dengan wanita idaman, seterusnya bergelar suami pada bulan Julai nanti.
Tidak mahu terus larut dalam emosi yang cukup indah itu, debar hati semakin kencang apatah lagi tarikh 1 Julai semakin hampir.

Bagi Tomok inilah saat yang dinanti-nantikan olehnya sejak dahulu lagi. Hampir lapan tahun menyulam cinta bersama wanita yang bertakhta di hatinya itu, dia sedar banyak tanggungjawab yang perlu dipikul tatkala bergelar suami nanti.

Untung penyanyi ini apabila persiapan majlis kahwinnya itu sudah lebih separuh disiapkan. Semuanya sudah diatur oleh dia dan keluarga sejak awal tahun 2011.
Memilih gadis yang hanya dikenali dengan nama Ayu sebagai suri hatinya, Tomok sedar tidak mudah untuk dia mengemudi layar nanti memandangkan dia merupakan insan seni yang cukup dikenali.
Sudah resam anak seni, habis cerita akan dikorek untuk diketahui umum. Atas dasar itu sudah pasti Tomok perlu memilih calon isteri yang benar-benar bersedia untuk berhadapan dengan pelbagai kemungkinan yang mendatang.

“Memang saya berdebar dengan perkahwinan ini. Mungkin sudah tiba masanya untuk saya melangkah ke satu fasa yang lebih mencabar memandangkan ini fitrah semula jadi manusia.
“Saya tidak mahu menyorok perkahwinan seperti orang lain. Bagi saya perkara yang baik seharusnya dikongsi bersama apatah lagi dengan peminat yang sudah setia menyokong kerjaya seni saya sejak kecil lagi.

“Ini masa yang benar-benar sesuai. Insya-Allah seboleh-bolehnya Tomok mahu peminat sama-sama mendoakan kebahagiaan saya nanti,” jelas Tomok yang kini mencecah usia 27 tahun.
Mengulas lanjut mengenai bakal isterinya itu, penyanyi Berlari memberitahu dia cukup bertuah kerana wanita tersebut benar-benar memahami dirinya sebagai anak seni yang tidak pernah lekang dengan kontroversi.

Sambil menyifatkan dia sebagai insan yang sangat memahami, kata Tomok dia cukup gembira memadangkan Ayu masih lagi setia dengan apa juga onak dan duri sepanjang perkenalan mereka.
“Bila sudah kenal lama, saya pasti dia cukup memahami saya. Jadi saya tidak fikir ada apa-apa masalah yang akan timbul selepas kami berkahwin disebabkan saya seorang artis.
“Sama juga halnya dengan hal populariti. Ada orang cukup takut untuk berkahwin. Ada yang kata kalau berkahwin dalam usia yang masih muda populariti akan hilang dan peminat akan lari.

“Saya tak rasa kata-kata itu benar. Peminat sudah pandai menilai dan tidak timbul soal lari memandangkan orang sekarang lebih melihat pada produk yang kita keluarkan.
“Kalau lagu atau apa sahaja produk baik, peminat akan tetap suka. Tak perlulah saya takut dengan hal-hal yang tak pasti memandangkan hidup kita perlu diteruskan.
“Sebab itu saya sangat mengharapkan agar jodoh ini berkekalan sampai akhir hayat. Ini yang pertama dan ini yang terakhir” katanya lagi.



.

Saya kesal


BERCAKAP tentang artis yang seorang ini, seolah-olah tiada sebarang cerita baik pernah dicatatkan. Yang ada cuma cerita negatif menambah buruk keadaan seterusnya meletakkan dia dalam kancah kebencian peminat.

Bukan sekali dia ‘terkena’. Banyak kali juga hatinya tercalar disebabkan perkara tersebut. Lantaran itu, dia menjadikan kerja-kerja seni sebagai keutamaan kedua. Tambahan pula urusan pengajian kolej dan rutin harian lain menyebabkan dia perlu berdiam diri seketika.

Dalam pada itu, cerita buruk dan label kurang baik masih kedengaran. Dilabel artis bermasalah, orang jahat, penagih dadah, seksi terlampau dan pelbagai lagi tanggapan negatif ditelan bulat-bulat.
‘‘Bohonglah kalau saya tak terasa apabila orang bercakap perkara buruk tentang saya. Bila saya dikaitkan dengan ikon negatif. Buat saya cukup tertekan membawa nama Zarina Anjoulie Lavocah ke sana dan ke mari.

‘‘Bahkan, keadaan semakin buruk apabila saya berterusan dilabel sebegitu. Jadi sepanjang tempoh enam tahun saya berada dalam industri ini terus memendam rasa,’’ bicara awal Zarina memutik rasa kesalnya.
Sebagai manusia biasa, pelakon filem Mimpi Moon ini juga tidak terlepas melakukan kesilapan. Namun kekesalan itu sering dianggap tak serius di kalangan masyarakat. Malah ada yang mengatakan Zarina ini pandai bermain wayang.
Sebab itu, dia sering menjadi bahan umpatan dan bualan atas kesilapan yang pernah dilakukan. Apabila segala kesalahan masa sekarang dikait dengan perbuatan lampau.

‘‘Saya akui memang tak ada kuasa untuk menahan orang dari bercerita tentang saya. Kalau mereka tak suka, saya tak akan menghalang. Tapi janganlah sampai maruah saya dipijak sesuka hati. Apatah lagi melibatkan nama keluarga,’’ sesal Zarina lagi.
Ditanya adakah wanita yang menginjak usia 24 tahun ini sudah puas larut dalam populariti, segera dia menafikan.

Hujahnya, dia tahu bahawa kemasyhuran tak membawa seseorang artis itu ke mana-mana. Tidak mendatangkan sebarang hasil dan bersifat sementara.
‘‘Saya tahu agak sukar untuk mengubah persepsi masyarakat terhadap insan seperti saya. Tapi saya tak mudah kalah. Saya tetap akan terus berjuang. Saya mahu buktikan bahawa artis muda seperti saya ada wawasan sendiri.

“Sebab kebanyakan artis muda sekarang banyak melebihkan publisiti. Mentaliti ini perlu diubah kerana kecantikan dan popular tak berkekalan.
‘‘Saya mahu cemerlang dalam akademik. Sekarang ini saya dalam usaha untuk mendapatkan A-Level dalam undang-undang usai pengajian dalam bidang penyiaran tahun ini.
‘‘Saya tahu masa depan dalam dunia lakonan ini tak lama. Saya sudah merancang masa depan saya. Insya-Allah semua berlancar lancar,’’ terang anak kepada pemilik Untie Ainis Kampung Cafe di Nilai, Negeri Sembilan ini.


Perang dengan Faezah Elai?
Mengulas tentang status Facebook Zarina berbau sindiran terhadap individu bernama Faezah Elai, pelakon drama muzikal Kampus ini berulang kali mengatakan tiada komen.

Ungkapan tersebut ialah: Oh by way FAEZAH ELAI, I got voted 5 top sexiest n most beautiful woman in malaysia n of course no1 would n my kakak fasha, did u..well bottom line is u didn‘t even make it to d top 10.. So take that. Wit all d jobs uve been gettin people still don‘t think ur all that anyway. Till u make 2 d list n get 2 me in FHM then we‘ll talk. Ur still now where near me. Ur a joke by d way.

Mengulas lanjut Zarina berkata: ‘‘Jujurnya saya enggan mengulas tentang perkara ini, letihlah dengan permainan media. Selalu sangat manipulasi cerita.
‘‘Apabila keluar saja cerita tentang saya, semuanya cerita buruk. Diputar belit sewenang-wenangnya. Lari sungguh daripada fakta sebenar,’’ katanya bersungguh-sungguh, enggan mengulas.
Bercerita lanjut tentang persamaan nama Faezah Elai dengan nama dramatis Faezah Elai, wanita ini punya alasan sendiri.

‘‘Dalam dunia ini, mungkin ada nama yang sama dengan nama individu yang dimaksudkan (dalam status). Tapi saya tetap enggan mengulas tentang perkara ini,’’ tegasnya.
Ditanya kenapa Zarina menyalahkan media dalam mengkhabarkan perkara tidak baik tentang dirinya, wanita ini punya sebab tersendiri.
‘‘Minta maaf sebenarnya saya sudah hilang kepercayaan kepada media. Adakah anda boleh menuduh saya kerana berasa begitu? Selepas segala peristiwa yang berlaku mengapa saya perlu jadi bodoh untuk jatuh kepada ‘perangkap’ media,’’ katanya dalam nada cukup geram.

Media seolah-olah menghentam belakangnya tanpa memberi peluang kepadanya dengan cara yang lebih adil.
‘‘Saya tahu media ada kuasa untuk mempercayai setiap peristiwa yang dilaporkan.
‘‘Sebab itu, saya bersikap lebih optimis kali ini, tak mahu dipergunakan lagi. Saya hanya akan menjawab seandainya perlu. Itu pengajaran yang saya dapati setelah beberapa kali terperangkap.
‘‘Peristiwa-peristiwa hitam yang berlaku sebenarnya menjahanamkan karier saya. Cukuplah!,” bicara akhirnya.



.

Inilah 9 Jenis Nama Anak Setan !


Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan :

1. Zalituun

Duduk di pasar / kedai ~ Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin

Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.


3. A'awan

Menghasut sultan / raja / pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Terlena dengan kedudukan / kekayaan hingga terabaikan kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf

Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (contohnya: disko, kelab malam dan tempat yang ada minuman keras).


5. Murrah

Merosak dan melalaikan Allahh dan orang yang suka muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam kemewahan dan glamour sementara.

6. Masuud

Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa saja penyakit yang keluar dari kata-kata mulut.


7. Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...)

Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar terjadi keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

 8. Walahaan

Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat serta ibadat-ibadat kita yg lain.

9. Lakhuus

Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api / matahari




.

Yeah Torres dah score......


Baru lepas tengok chelsea main tadi...
Walaupun Torres bukan player first eleven, tapi, jangan korang tak tahu....Torres dah score tadi...
Golllll..................... Tendangan bersahaja, dan bola cantik meluru ke tiang gol...
Siapa kata Torres dah hilang seri? dah hilang aura....
Tengok, boleh gak score, kan..
Cuma, gol tu tak dikiralah.... Offside..ekekke...
Kira gol ler tu, kan...


Tahniah chelsea menang menentang WBA di gelanggang lawan...
dengan jaringan 1-3, gol oleh drogba, kalou dan lampard...


P/S - Tak sabar tengok Blues army pakai jersey baru....dan, Rafael Nadal menang VS Andy Murray dalam semifinal sebentar tadi~Monte Carlo Master's... Lepas ni final dengan David Ferrer...



.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!