Wednesday, April 27, 2011

Panggilan buat semua peserta giveaway~~


Yeah, Giveaway dah pun tamat tepat pukul 11 pagi tadi...[TeKaN]
Untuk yang sudah melayakkan diri sebagai peserta, sila semak nama dan link anda kat bawah ni...
Seperti biasalah, kan, kena cepat dan pantas, andai ada yang tersilap atau terkurang, silalah inform lulu secepat mungkin diruangan komen entri ini...




Selepas masa yang diperuntukkan (mungkin hanya beberapa jam sahaja), tidak ada sebarang keluhan atau apa-apa pembetulan, kita akan ke stage seterusnya, iaitu, penguguman pemenang giveaway ni..
Nampaknya pihak penganjur, Lenloy-Closet sudah tidak sabar untuk menyerahkan hadiah, yang berupa white porch.. Dalam gambar memang lawa, apa rupanya kalau berada ditangan eh? ngee....Siapa agaknya yang bertuah..



Pemenang akan ditentukan oleh Random.org



SENARAI NAMA PESERTA GIVEAWAY
7.lelord 
9.Nana 
10.cikana 
13.Fieda
14.Anim
15.Makbed
17.Nini D
23.Zie 
24.MaIzUrA 
25.Dudu 
27.nurie 
36.fazzlim 
41.CHaRa 
43.maryam 
49.SyUhAdA 
50.nadiah 
57.aanie 
62.Nida 
64.eryzi 
67.Jieda 
68.Lieya
71.ieda 
74.pzah 
80.akma
81.Axie04
85.deyna
86.muCux 
89.nusha2
96.cinda
97.sarah
101.~ Ana ~ 
114.PinkUmmi  
117.Rozsyah
120.ummi-Ai
121. Huda
122.Sya_Cda









Bila agaknya sesuai mengumumkan nama pemenang eh??




.

Ketagihan yang aneh....


Ketika kehabisan silikon untuk menukar wajah, dia menggantikan silikon dengan minyak goreng.
Obses agar kelihatan cantik mendorong seorang wanita Korea menyuntik minyak goreng ke wajahnya. Kecanduan bedah plastik membuat wajahnya tidak dapat dikenali lagi.

Wanita itu adalah Hang Mioku. Wanita yang berusia 48 tahun mengaku pertama kali menjalani pembedahan plastik di usia 28 tahun. Lalu membuatkannya ketagih, bahkan ketika dia pindah bekerja ke Jepun, dia meneruskan obsesnya. iaitu, menjalani banyak pembedahan plastik, yang kebanyakan menukar di bahagian wajah.

Dari operasi ke operasi, bentuk wajah semakin tak berbentuk dan mulai membesar. Namun baginya ketika melihat wajahnya di cermin, dia masih menganggap wajahnya kelihatan cantik.

Sehingga akhirnya doktornya tidak mahu lagi membedah wajahnya, dan menyarankan Mioku untuk bertemu psikiatri. Menurut dokter, Mioku yang obses sudah merupakan gejala dari kelainan psikologi.

Ketika dia kembali ke Korea, wajah Mioku sudah berubah secara drastik, bahkan keluarganya pun sudah tidak boleh mengenalinya. Setelah menyedari wajah anaknya makin membengkak, orangtua Mioku menghantar anaknya ke doktor untuk memperbaiki wajah Mioku.

Sayangnya, perawatan tersebut memakan perbelanjaan besar, dan akhirnya Mioku kembali ke kebiasaan lamanya, iaitu menjalani operasi plastik murah dan tidak selamat.

 Hingga akhirnya, dia menemui doktor yang bersedia memberikan suntikan silikon. Bahkan, doktor tersebut juga memberikan Mioku suntikan dan silikon sehingga dia boleh menyuntikkan silikon sendiri ke wajahnya.

Parahnya, ketika dia kehabisan silikon, Mioku menggantikan silikon dengan minyak goreng, dan menyuntikan minyak goreng ke wajahnya. Bukannya semakin baik, wajahnya semakin rosak dan semakin membengkak.

Mioku mendapat gelaran 'kipas angin berdiri', kerana berwajah besar namun bertubuh kecil.

Kejadian yang dialami Mioku diketahui ramai orang, sehingga sebuah stesen tv Korea menampilkannya di salah satu acaranya pada 2009. Melihat bentuk wajahnya yang sangat rosak membuat ramai penonton merasa kasihan dan memberikan sumbangan untuk mengecilkan ukuran wajahnya.

Pada operasi pertama, doktor bedah mengeluarkan 60 gr cairan asing dari wajahnya, dan 200 gr dari lehernya. Setelah beberapa kali operasi, wajahnya mulai mengecil. Namun, wajahnya masih belum boleh kembali ke bentuk normal.

Akhirnya, Mioku menyedari kesalahannya yang amat terobses ingin cantik. Yang hanya dia inginkan ketika ini adalah wajahnya kembali seperti dulu, seperti sebelum operasi plastik.



.

Memang pandai minta jer kan?

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan melakukan pelarasan gaji tahun ini, berikutan kenaikan harga barangan yang semakin membebankan penjawat awam.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, kenaikan harga barang itu menyebabkan perbelanjaan penjawat awam bertambah lebih RM500 setiap bulan sedangkan pendapatan bulanan tidak berubah.

Penyelarasan yang boleh dibuat dengan mengambil kira purata perbelanjaan tambahan penjawat awam itu sekurang-kurangnya boleh meringankan beban mereka, kata Omar kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau yang ditemui selepas merasmikan mesyuarat agung Kesatuan Pembantu Tadbir Pelajaran (Keptan) Perlis, berkata, Cuepacs juga mencadangkan agar bantuan sara hidup (Cola) semua penjawat awam diselaraskan kepada RM300 sebulan.

Ini kerana katanya, kos sara hidup di luar bandar juga semakin meningkat seperti di bandar.

Omar berkata, Cuepacs juga mencadangkan elaun tetap perumahan untuk penjawat awam yang bergred 40 dan ke bawah dinaikkan kepada RM350 sebulan berbanding RM180 sekarang.

"Mana ada rumah yang boleh disewa RM180 sebulan di kawasan bandar malah di luar bandar juga sewa rumah telah meningkat,” katanya.




P/S - korang memang pandai minta jer kan? dapatnya susah..




.

Peneman yang setia..


SETELAH pemergian Allahyarham Faizal Yusup dan Allahyarham Achik Spin, dua insan yang begitu rapat dengan pelantun lagu Cinta Hanya Sandaran, Siti Nordiana Alias atau Nana mengakui, dirinya agak sepi.

Namun, kehadiran Muhammad Rayyan Nakhaie, 3, anak hasil perkahwinan bersama arwah Faizal sedikit sebanyak mampu menjadi peneman kesepian Nana di kala sunyi.

Jika mempunyai kelapangan, Nana sering membawa Rayyan ke pusat membeli-belah untuk membeli permainan permata hatinya itu.

"Itulah aktiviti yang selalu arwah bapanya lakukan ketika mereka keluar bersama.

"Untuk mengelakkan Rayyan terasa kehilangan bapanya, saya sering membawanya membeli permainan kesukaannya.

"Pada masa yang sama, saya boleh luangkan masa berkualiti bersama Rayyan setelah sibuk dengan karier seni," jelas Nana ketika bertandang ke Studio Utusan baru-baru ini.

Rayyan suka karaoke

SELAIN gemarkan permainan seperti robot dan kereta mainan, ia sesuatu yang menarik apabila Rayyan cukup menggemari aktiviti berkaraoke.

"Seronok melayan keletah Rayyan walaupun ia memenatkan. Sekurang-kurangnya, ia satu senaman buat saya apabila selalu mengejarnya ke sana-sini," seloroh Nana sambil tertawa.

Sekalipun usianya masih kecil, Nana memberitahu, Rayyan cukup suka apabila dibawa ke pusat karaoke.

Kata Nana, walaupun anaknya itu tidak pandai berkata-kata apatah lagi menyanyi, kerenahnya yang cukup aktif di pusat karaoke jelas membuktikan Rayyan begitu seronok.

"Lazimnya, akan ada seorang kawan yang menemani kami berkaraoke.

"Sekiranya salah seorang antara saya atau kawan sedang menyanyi, Rayyan akan melompat-lompat seakan-akan menari mengikut rentak lagu yang sedang dinyanyikan.

"Bagaikan tidak mengenal erti penat, Rayyan akan terus menari selagi muzik berkumandang," terang Nana yang muncul dengan album terbarunya berjudul Semakin Jelas terbitan syarikat rakaman FMC.

Ternyata, Rayyan umpama bintang yang menyinari hidup Nana setelah insan-insan yang pernah akrab dengannya suatu ketika dahulu pergi meninggalkannya buat selamanya.



.

Bila artis lamar artis


Penyanyi dan komposer terkenal Indonesia, Anang Hermansyah mengejutkan peminat apabila melamar penyanyi jelita, Ashanty sebagai kekasihnya semasa mereka muncul dalam program hiburan, Dahsyat yang disiarkan secara langsung di stesen televisyen RCTI, lapor laman detikhot semalam.

Menurut bekas suami Krisdayanti itu, insiden tersebut berlaku secara spontan selepas pengacara Dahsyat iaitu Olga Syahputra dan Raffi Ahmad tidak henti-henti mengusik dan bertanya tentang hubungannya dengan Ashanty.

Wajah bapa kepada dua cahaya mata itu dikatakan terus bertukar menjadi merah padam dan gementar, sebelum dia terus meluahkan isi hatinya kepada Ashanty dalam program itu.
Ashanty yang merupakan anak bongsu daripada lima beradik dikatakan memberi jawapan dengan menerima lamaran cinta Anang dalam keadaan malu-malu.

"Ini bukan gimik," kata Anang sebaik sahaja ditanya oleh pihak media Indonesia tentang luahan cintanya kepada Ashanty.
Sementara itu, Ashanty yang memiliki Sarjana Kemasyarakatan dari Universiti Paramadina mengaku dia baru mengenali duda tersebut.


"Aku selalu bilang (kata) kalau kita maksain (paksa) seperti apa Allah tidak mempertemukan, tapi kalau ini jodohnya pasti dimudahkan jalannya," jelas Ashanty.
Pasangan duet lagu Jodohku itu difahamkan mengenakan baju berwarna merah jambu sedondon sewaktu hadir ke studio RCTI di Kebon Jeruk, Jakarta Barat semalam.



P/S - Dah macam terdesak sangat kita tgk..huhu



.

The newborn bird who refused to face the camera for a family photo



They’re only three days old, but it’s not hard to spot who’s going to be the troublemaker.
As these seven fluffy ducklings lined up on a log to get a good look at the big world facing them, it seemed like an ideal opportunity for a family photo.
Except that one member of the brood took it as a moment to express his individuality – and turned his back to the camera.

He then stood up and accidentally caused the whole brood to fall off their perch at Pennywell Farm, near Buckfastleigh, Devon.
 
Farmer Chris Murray, 60, said: ‘The ducklings had been incubated and this was their first outing after they hatched three days ago.
‘The weather was so glorious we thought it would be lovely for them to get outside and enjoy the sunshine.
‘Ducklings are wonderful, inquisitive animals and they love to walk in a line.



Farmer Chris Murray, 60, said: ‘The ducklings had been incubated and this was their first outing after they hatched three days ago.
‘The weather was so glorious we thought it would be lovely for them to get outside and enjoy the sunshine.
‘Ducklings are wonderful, inquisitive animals and they love to walk in a line.


‘They all followed each other and walked across the log to sit there and get a better vantage point, as ducklings like to be able to survey their surroundings.
‘It was so funny as they were all facing the same way staring at the camera out  of curiosity, apart from one who sat with his back to it, before deciding to stand up and make all the others tumble off like dominos.’ 



.

Pilihan hatiku bukan suami orang..


Selepas digosip kononnya mempunyai hubungan dengan suami orang, akhirnya pelakon dan penyanyi, Elly Mazlein mengumumkan akan bertunang dengan pengarah filem dan drama, Azmi Mohd Hata.
Majlis pertunangan akan diadakan 29 Mei depan di Kelab Ekuestrian Bukit Kiara itu menjawab teka-teki dan pelbagai tuduhan termasuk dia sudah menjadi isteri kedua.

Mengenali Azmi yang juga pengarah filem Duhai Si Pari-Pari dan beberapa drama tempatan sejak tiga tahun lalu sebelum serius sekitar pertengahan 2009, Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlin Syed Hanafi menyifatkan hubungannya dengan pengarah berusia 36 tahun itu sebagai sesuatu yang istimewa.

“Saya yakin Azmi adalah lelaki yang boleh memimpin saya ke gerbang kebahagiaan dan membina keluarga sejahtera. Malah saya percaya dia seorang yang bertanggungjawab, menghormati orang tua dan seorang yang penyayang hingga membuatkan saya mengambil keputusan menerima lamarannya.

“Saya tidak berbohong atau sengaja merahsiakan hubungan ini kerana daripada awal lagi saya sudah memberitahu yang hanya akan bersuara jika perkara itu benar-benar sah.



.

Artis menangis kerana isteri


Penyanyi Siti Sarah Raisuddin, 27, sudah mengandung dua bulan selepas mendirikan rumah tangga dengan pelawak, Shuib (Sepah) pada 26 Februari lalu.
Menurut Sarah, ketika menerima pengkhabaran berita tersebut, Shuib yang turut berada disisi menangis sambil memeluknya.

“Selepas hari terakhir penggambaran filem Man Sewel Datang KL, saya rasa sakit perut dan Shuib membawa saya ke klinik.
“Tetapi bila doktor buat pemeriksaan dan ujian kehamilan dan dapati saya mnegandung, Shuib tanpa rasa malu menangis dan memeluk saya,” katanya ketika ditemui pada pelancaran filem Man Sewel Datang KL, di sini, Selasa.

Tambah Sarah, suaminya itu terlalu berharap untuk mendapatkan cahaya mata dalam masa terdekat ini.
“Setiap kali saya sakit perut atau loya-loya tekak, dia akan berharap saya mengandung dan kami telah buat beberapa pemeriksaan kehamilan.
“Tetapi hampa, sehingga saya nasihatkan dia jangan terlalu berharap kerana saya yang akan rasa sangat teruk jika tidak mengandung,” ujarnya.
Katanya, sejak berkahwin mereka semamangnya mengharapkan kehadiran cahaya mata bagi menceriakan rumah tangga.

“Saya bersyukur mengandung pada usia ini kerana saya sudah lama bersedia untuk jadi seorang ibu dan mempunyai keluarga yang lengkap.
“Malah kami merancang untuk mendapat empat orang cahaya mata,” katanya.
Sementara itu, Shuib yang berada disisinya memberitahu dia sangat terharu ketika mendapat tahu berita gembira tersebut.

“Saya yang paling gembira sehingga tak menghiraukan doktor yang berada di situ. Ketika bawa Sarah ke klinik, hati saya sudah terdetik yang dia mengandung.
“Alhamdulilah apa yang saya jangkakan betul, memang sukar untuk gambarkan perasaan saya apabila bakal melangkah ke satu fasa lain dalam hidup,” ujarnya.
Pasangan ini baru sahaja selesai penggambaran filem Man Sewel Datang KL dan berduet untuk lagu Cinta Itu Nyawasebagai lagu tema filem tersebut.

Shuib bakal melakonkan watak utama sebagai Man yang mempunyai penyakit sewel, berasal dari kampung dan berhijrah ke Kuala Lumpur setelah melihat kejayaan rakan sekampungnya yang bekerja di ibu kota.
Sementara Sarah pula melakonkan watak salah seorang kekasih Man bernama Salbiah. Dia memiliki sebuah butik di Kuala Lumpur dan mula mengenali Man setelah terlibat dengan kes ragut
Filem terbitan Work Move Production Sdn Bhd ini turut membariskan pelakon-pelakon handalan seperti Razali Hussein, Julia Ziegler, Rosnah Mat Aris dan Fida Ibrahim dan dijangka ditayangkan pada November depan.




.

Dimana suamiku..


“Hati saya remuk sejurus mengetahui suami tersesat, akhirnya ditemui tidak bernyawa dan lebih menyedihkan dia tidak sempat menimang cahaya mata pertama yang diidamkannya,” kata Norziah Zulkifli, 26, yang sedang mengandung empat bulan, selepas jenazah suaminya, Abdullah Zubair Ismail, 27, dilaporkan tersesat di Bukit Larut, Ahad lalu, ditemui pasukan penyelamat dalam keadaan muka tersembam dalam lopak air, pagi semalam.

Mangsa, guru sejarah di Sekolah Menengah King Edward VII dikatakan melakukan riadah dengan mendaki bukit berkenaan bersendirian kira-kira jam 10 pagi Ahad lalu, sebelum kehilangannya disedari rakan serumah pada petang hari sama.

Norziah yang ditemui di bilik jenazah Hospital Taiping berkata, suaminya ada menghubunginya malam Sabtu lalu bagi menyatakan hasratnya mendaki bukit berkenaan.
“Bagaimanapun saya tidak setuju dan menasihatinya membatalkan rancangan itu, namun dia tetap mahu meneruskan keinginan itu.

“Dia sempat menghubungi saya pada jam 8.30 pagi hari Ahad lalu ketika keluar bersarapan pagi. Itulah panggilan terakhir sebelum dia gagal dihubungi,” katanya.

Norziah yang kini menjalani latihan praktikal perguruan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Burung, Tanjung Karang, Selangor, berkata kali terakhir dia bertemu suaminya ialah Isnin minggu lalu, di Taiping.

“Masih teringat kata-katanya yang tidak sabar bergelar bapa dan mendukung cahaya mata pertama kami. Malang hasratnya itu tidak kesampaian,” katanya yang melangsungkan perkahwinan November tahun lalu.

Difahamkan, operasi mencari dan menyelamat mangsa bermula kelmarin, bertukar duka apabila pasukan menyelamat menemui jenazah mangsa terbaring kira-kira 2.8 kilometer dari kaki bukit berkenaan.
Ketika ditemui, jenazah mangsa yang tertiarap dalam lopak berair manakala kasut kanannya tercabut, selain kesan darah di kepala dan kening kiri.

Mangsa dipercayai terjatuh dari lereng bukit setinggi lebih tiga meter tidak jauh dari kawasan air terjun di hutan simpan bukit peranginan berkenaan. Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusuf Mohd Diah yang ditemui di lokasi kejadian berkata, operasi mencari dan menyelamat mangsa bermula jam 10 pagi kelmarin disertai anggota polis, Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Rela, Jabatan Hutan dan Kelab Team Penyelamat Taiping (Taiping Off Road Club).




.

Apa korang akan buat dalam situasi ini?


PERASAAN gembira seorang kakitangan Universiti Tenaga Nasional (Uniten), Nurul Wahida Nazli, 26, memiliki kereta pertama dalam hidupnya 'terencat' apabila ia rosak belum sampai sehari kereta itu digunakan.

Menurut Nurul Wahida, beliau membeli kereta jenama Proton jenis Persona 1.6 berwarna perak daripada syarikat ejen penjual kereta iaitu Paling Inovatif Sdn. Bhd., yang beroperasi di Cheras.
"Saya sangat kecewa apabila kereta yang saya beli rosak walaupun belum sampai sehari ia digunakan. Antara komponen yang rosak ialah lampu isyarat, lampu brek dan lampu utama tidak berfungsi.

"Selepas itu saya hantar kembali kereta kepada agen untuk dibaiki, namun mereka enggan bertanggungjawab dan menganggap perkara itu masalah biasa," katanya.
Nurul Wahida ditemui pemberita selepas menghadiri sesi pendengaran di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) di sini hari ini.
Menurut Nurul Wahida, setelah kecewa dengan jawapan ejen berkenaan, dia telah membawa kereta tersebut ke pusat jualan Proton untuk merujuk masalah yang dihadapinya.

"Setelah ke pusat jualan Proton, saya mendapat jawapan sama yang mana mereka enggan bertanggungjawab. Malah pihak Proton menyalahkan pihak Paling Inovatif Sdn. Bhd. dalam hal tersebut.
"Bagaimanapun setelah kereta saya diperiksa, pihak Proton mendapati masalah yang dihadapi kereta saya disebabkan pendawaian kereta telah digigit tikus dan mereka bersetuju membaiki jika ada pihak sanggup menanggung kosnya iaitu sebanyak RM3,178,45," katanya.

Menurut Nurul Wahida, dia pada mulanya berbincang dengan pihak Paling Inovatif Sdn. Bhd., agar mereka menanggung kos yang dikenakan untuk membaiki kereta tersebut, namun tiada kata sepakat dicapai.
"Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk membawa kes ini ke TTPM, saya tidak dapat bertahan lagi kerana sudah empat bulan kereta saya tersadai di pusat jualan Proton walaupun ansurannya saya bayar tanpa tertunggak," katanya.

Setelah meneliti hujah kedua-dua pihak, Presiden TTPM, Mohd. Nasrim Mohd. Salleh memerintahkan Paling Inovatif Sdn. Bhd., dan Proton Edar Sdn. Bhd. secara bersama menanggung kos baik pulih kenderaan tersebut iaitu sebanyak RM3,178,45.
Dalam penghakimannya, Mohd. Nasrim mengarahkan Paling Inovatif Sdn. Bhd. dan Proton Edar Sdn. Bhd. menjelaskan kos tersebut dalam tempoh 14 hari seperti yang dipersetujui.




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!