Thursday, May 5, 2011

Kemalangan Ngeri


Empat maut manakala dua parah dalam satu kemalangan ngeri di Kilometer 11, Jalan Pasir Mas-Tanah Merah di Kampung Tok Uban, dekat sini malam Rabu.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas ACP Haliluddin Rahim berkata mangsa Mohd Faisal Fakruddin, 16, dari Kampung Chetok, Pasir Mas; Che Samsudin Mat Ghafar, 16, dari Kampung Pasir Jering, Kuala Krai; Ariff Mohd Zain, 35, dari Kampung Chetok, Pasir Mas; dan Wee Tai Kit, 40, dari Kampung Cherang Kota Baharu; mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
Dua mangsa yang cedera parah ialah seorang anak Ariff, Aliff Azhar, 12; dan Hazayudi Mohd Zainal Abidin, 36, dirawat di Hospital Lati dekat sini.

Haliluddin berkata kemalangan berlaku kira-kira 7.20 malam apabila motosikal jenis Honda Wave yang ditunggang Ariff dan anaknya Aliff melawan arus sebelum bertembung dengan sebuah motosikal jenis Yamaha RXZ yang ditunggang Mohd Faizal dan sepupunya Che Samsudin.
"Akibat pertembungan itu, tiga daripada mangsa tercampak ke atas jalan raya lalu digilis dua buah lori dari arah Tanah Merah ke Pasir Mas," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Beliau berkata selepas pertembungan itu, sebuah kenderaan jenis Volvo yang dipandu Hazayudi dari arah Tanah Merah ke Pasir Mas cuba mengelak daripada merempuh mangsa yang terbaring di atas jalan raya, menyebabkan kenderaan beliau masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah kenderaan jenis Proton Saga yang dipandu Wee.



.

'I LIGHT U'


kayuh sampan kayuh perlahan
sampan dikayuh bocor bawahnya
cahaya lampu ikea jadi taruhan
semoga menjadi cahaya hatinya..


whoaa..tak pandai buat pantun..perah otak ni..adeh... Semoga pantun tak seberapa ni, menjadi sandaran buat lulu memenangi hadiah istimewa dari IKEA anjuran Encik Eq ni...hoho..


Makbed, jom join.. tarikh tutup 13 mei ni..11.59 malam




.

giveaway Aromatherapy bear utk 3 org bertuah


Baru jer lulu dapat tahu, lulu menang contest tupperware sebentar tadi.. syukurlah rezeki..
So, mari kita memeriahkan giveaway kak nana....Sila klik pada banner untuk lebih lanjut..
Hadiah yang menarik, cute lak tu.. Owh semoga lulu menang..amin..


Tutup 12.05.2011 pukul 12 malam.. Hoho tak lama jer lagi... jpm klik banner laju-laju...




.

Dilarang merokok, tapi nak cakap apa bila..


Ular sawa yang satu ini mempunyai kebiasaan aneh. Menu santapannya hari-hari bukan daging, seperti kebanyakan makanan ular lainnya, melainkan rokok. Ular sawa ini ketagih kepada rokok. Seperti tidak percaya kepada kelakuan aneh ular peliharaannya, Solihon memanggil penduduk kampung datang untuk datang melihat. Setiap hari, rumah Solihin di Desa Beringin, tidak pernah sepi dari pengunjung.

"Awalnya saya tak percaya, tapi setelah melihatnya sendiri, ular sawa itu benar-benar menghisap rokok," kata Rasimin penduduk Desa Sangger Agung.
Tidak hanya kagum, sebahagian besar pengunjung yang datang juga memberikan rokok kepada pemilik ular itu. Rokok itu dimaksudkan untuk makanan ular sawa bersisik seperti karang warna keemasan tersebut. "Supaya meringankan perbelanjaan rokok pemilik ular," ujar Rasimin.

Solihin menjelaskan bahawa dia menemui ular sepanjang 3 meter itu di gua Batu Tambin, Desa Baengas, kira-kira 3 kilometer sebelum Jembatan Suramadu, sekitar dua bulan lalu. Dia lantas membawa ular itu ke rumah. Namun ketika diberi makan daging, ular itu sama sekali tidak tertarik untuk memakan daging itu.

Mata ular itu terus menatap pada rokok yang dihisap Solihin. Solihin pun menghulurkan rokok itu kepada ular. Ternyata ular itu terus menghisap rokok tersebut. "Sekarang saya cuma beri rokok, sehari boleh habis sebungkus," ujar Solihin.

Untuk memberikan rokok, Solihin menyalakan rokok, lalu dimasukkan ke mulut ular itu.

Kerana keunikkan itu, ramai yang ingin membeli ular itu malahan dengan harga yang mahal namun Solihin menolak dan memilih untuk memeliharanya sendiri.



.

Apa yang penting saya sedang mempelajari untuk menyesuaikan diri


Pelakon Noorkhiriah, 35, mahu melakukan perubahan dalam hidupnya apabila memilih untuk tampil lebih sopan dengan memakai tudung.
Kata Noorkhiriah, tudung yang dipakainya bukanlah tudung litup sebaliknya hanya menutupi bahagian kepala sehingga telinga sahaja.

“Saya tak mahu masyarakat membuat tafsiran yang salah dengan cara bertudung seperti ini. Apa yang penting saya sedang mempelajari untuk menyesuaikan diri ke arah imej bertudung litup secara berperingkat.
"Sebab itu saya memulakan langkah dengan menutup rambut dan telinga saya dahulu. Alhamdulillah, setakat in, bila keluar, saya selesa seperti ini," katanya.


Tambah Noorkhiriah, walaupun dalam proses menukar imej, dia tetap tidak menolak mana-mana tawaran berlakon yang memerlukan dia tidak bertudung buat masa ini.

“Sukar untuk menetapkan bila saya akan bertudung terus kerana takut orang luar salah faham pula. Cuma tindakan ini bukan secara drastik.

"Namun, suami saya, Azfaidzul Antan, sudah mula meminta saya menukar sedikit demi sedikit,” ujarnya yang bakal menemui penonton dalam drama Sekadar Kaabah menerusi saluran TV3.
Dalam pada itu, kerana niat perubahan imej itu, Noorkhiriah mengakui, dirinya mula rasa tidak selesa apabila melakonkan babak yang memerlukan dia memeluk atau berpegangan tangan dengan pelakon lelaki lain.




.

Only just... Sisters give birth to baby girls just ONE minute apart in next door rooms


Two sisters are having a double celebration - after giving birth to two baby girls within one minute of each other, in next door rooms.
Kerry Johnston, 26, and Lee-ann Annan, 24, had been due to give birth nine days apart, but went into labour within just 15 minutes of one another.
They were both taken to Poole Hospital, Dorset, where, unknown to them, they were placed in neighbouring rooms.


After eight and a half hours of labour, Lee-ann gave birth to Bella at 11.53am, and a minute later, at 11.54, Kerry had Jessica.
Bella weighed 8lbs 3oz and her cousin was two ounces heavier. Both sisters, who live five minutes apart, have now left hospital and are celebrating the double birth with their families.
Lee-ann and her husband Wayne, 27, arrived at the hospital at 8am on her due date, April 29 - the day of the Royal Wedding.
At 9.30am, she was followed by elder sister Kerry and her fiance Callum Metcalfe, 29, who had been expecting their baby nine days earlier.
Kerry, a care worker from Three Legged Cross, near Verwood, Dorset, said: 'Wayne and Callum had been calling each other with updates so we knew they were already in the hospital.


'We'd been in a while when the midwife told us that my sister was in the next room.
'I couldn't really believe it. You couldn't put a bet on it.
'An hour or two later, the family all congregated in my room.
'We've been close since we left school and moved out of home, but we were a nightmare as kids.
'We spent a lot of time together shopping for baby clothes when we were pregnant, but never expected this.'
Wayne, who works for the Royal Logistics Corps, said: 'We couldn't believe it.
'We're all really close and spend a lot of time together - we only live five minutes apart.
'Callum first told me Kerry was pregnant when were in the supermarket. I had to laugh, because Lee-ann had only told me she was pregnant that morning.
'Even then, we never thought we'd have the babies at the same time. We thought it would probably be a couple of weeks apart.
'It was only when they both went into labour and phoned their mum Lynn to tell her that we realised the babies might have the same birthday.
'About an hour and a half after Bella and Jessica arrived, we were all in the same room together celebrating. It's absolutely brilliant.'
Callum, a plumber, and Kerry now have three children: Sadie, eight, Harry, three, and  Jessica.
Wayne and Lee-ann, who live in West Moors, a couple of miles from Callum and Kerry, have a four-year-old daughter, Lilly, and baby Bella.




.

Gambar mayat Osama bin Laden mengerikan


Kakitangan pentadbiran Amerika Syarikat (AS) bercanggah sama ada mahu mendedahkan gambar mayat Ketua Al-Qaeda, Osama bin Laden selepas penyokong teori konspirasi dan kumpulan Taliban mempersoalkan sama ada dia benar-benar telah mati, lapor sebuah akhbar semalam.
Presiden AS, Barack Obama keberatan menyiarkan imej tersebut kerana keadaan mayat Osama yang berlumuran darah dengan kesan kecederaan yang teruk.

Obama berpendapat pendedahan imej mayat Osama sebagai tidak menghormati orang yang telah mati dan boleh mendatangkan tindak balas negatif.
Pengarah Agensi Perisikan Pusat (CIA), Leon Panetta sebaliknya berkata, foto ketua Al-Qaeda itu hanya menunggu masa untuk didedahkan kepada umum.

Berikutan tiada bukti bergambar bahawa Osama telah mati, terdapat dakwaan bahawa dia sebenarnya tidak dibunuh.
Dalam isyarat bahawa isu pendedahan imej Osama sedang hangat dibincangkan, White House menegaskan keputusan mengenainya masih belum dibuat selain menekankan tentang keadaan mayat Osama yang mengerikan.

"Boleh dikatakan bahawa gambar mayat Osama itu mengerikan," kata jurucakap White House, Jay Carney.
Beberapa pegawai kanan tentera mengesahkan kepada stesen televisyen CNN bahawa terdapat tiga set gambar Osama.

Set pertama dirakam semasa serbuan ke vilanya dan dipercayai menunjukkan mayat dua adik-beradik dan mayat anak lelaki Osama.
Set kedua yang juga set gambar paling jelas menunjukkan gambar mayatnya yang mengerikan di sebuah pangkalan tentera di Afghanistan.

Mayat Osama dilaporkan berlubang di sebelah atas sebelah matanya dengan satu lagi lubang pada bahagian jantung selepas dia mati ditembak komando AS dalam serbuan di lokasi persembunyiannya di bandar Abbottabad, Pakistan pada malam Ahad lalu.



.

Perceraian itu sungguh menyakitkan


SETIAP wanita yang mendirikan rumah tangga bersama belahan jiwa mereka pasti mahu ikatan suci yang dibina akan terus kekal sehingga ke akhir hayat.
Apatah lagi dengan kehadiran cahaya mata dilihat mampu mengukuhkan lagi kerukunan dan keharmonian perkahwinan yang dibina atas dasar cinta itu.
Namun, sebagai seorang hamba Allah SWT, setiap insan harus percaya dan berpegang teguh kepada ketentuan Qada dan Qadar apabila apa yang diharapkan itu tidak berakhir dengan kebahagiaan yang berpanjangan.

Tanyalah kepada mana-mana wanita, pasti tiada siapa yang mahukan perkahwinan mereka berakhir dengan perceraian walaupun gelora dan badai rumah tangga adalah perkara yang tidak boleh dielakkan.
Begitu juga dengan wanita jelita bernama Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim atau lebih dikenali dengan nama pentas, Fiza yang mengakui hatinya cukup terusik apabila membicarakan tentang perceraian.
Apatah lagi perceraiannya dengan bekas suaminya, Ahmed Farriq Zainul Abidin adalah berpunca daripada agenda pihak tertentu yang ternyata mahu melihat istana cintanya runtuh bagaikan istana pasir.

Sehingga kini, dia kesal dan teramat sedih dengan fitnah yang tersebar luas sehinggakan perkahwinannya yang pada mulanya dapat diselamatkan akhirnya terkandas di pertengahan jalan.
"Kalau diikutkan, saya tidak mahu lagi bercerita tentang perceraian ini kerana saya lebih selesa untuk menumpukan fokus serta perhatian saya terhadap dunia seni.
"Tetapi, mahu atau tidak, kadang-kala apabila memikirkan kembali apa yang berlaku, hati saya menjadi geram dengan fitnah yang melanda perkahwinan saya.

"Saya pasrah dengan apa yang berlaku dan sehingga sekarang pun, hubungan saya dengan bekas suami dan keluarga mertua masih lagi baik seperti biasa.
"Apa yang saya harapkan cukup-cukuplah dengan cerita kurang enak dan dusta yang berterusan dilemparkan kepada saya," tegas Fiza saat diajak berbicara tentang kehidupannya kini.
Wanita berusia 31 tahun itu ditemui pada majlis pelancaran program terbaru Astro Prima yang berlangsung di Saloma Bistro, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Fiza dan Ahmad Feriq mendirikan rumah tangga pada tahun 2006 dan hasil perkahwinan mereka telah dikurniakan dengan dua orang cahaya mata comel, Ferra Aryanna, 3, dan Feeya Adyrra, 2.
Entah di mana silapnya, Fiza sendiri tidak mengerti mengapa ada pihak yang seakan-akan dengki dan iri hati dengannya sebaik sahaja dia meluahkan hasrat untuk kembali aktif sebagai seorang pelakon.

Hasratnya hanya satu iaitu mahu mengisi masanya dengan dunia yang cukup dicintainya di samping dapat bertemu kembali rakan-rakan seperjuangan selepas berehat kerana menumpukan perhatian kepada keluarga.
Tetapi, nampaknya keikhlasannya untuk mencari rezeki yang halal dalam bidang ini mula diragui lebih-lebih lagi selepas dirinya terheret ke kancah kontroversi bersama seorang jurukamera, Abdul Malik Marwi yang merupakan bapa kepada pelakon remaja, Erin Malek.

Memang tidak dinafikan, nama Fiza dan Malik cukup hangat diperkatakan sepanjang tahun lalu lantaran gosip yang bertebaran mengatakan mereka mempunyai hubungan sulit.
Keadaan menjadi lebih parah apabila Fiza dikatakan menjadi punca utama keretakan rumah tangga Malik dengan isterinya sehingga menyebabkan hubungan Erin dan Fiza dikatakan agak tegang.
Mengulas tentang kisah itu, Fiza perlahan-lahan menghela nafas sambil menyisir rapi rambutnya yang panjang mengurai itu.

"Apa yang berlaku antara saya dan Malik hanya Allah sahaja yang tahu kebenarannya. Hubungan saya dengannya tidak lebih hanyalah sebagai seorang sahabat dan ia kekal sehingga ke hari ini.
"Sebagai kawan, saya rasa bukanlah satu kesalahan untuk kami berkongsi cerita dan masalah yang dihadapi tetapi nampaknya, ada pihak yang mengambil kesempatan itu lalu menyebar fitnah.

"Saya sendiri tidak faham mengapa kisah saya berkawan dengan orang lain tidak pula dihebohkan. Sebaliknya hubungan saya dengan Malik pula dijaja dan diperbesarkan.
"Akhirnya, yang menjadi mangsa adalah saya dan Malik. Pastinya penyebar fitnah itu kini berasa puas apabila melihat rumah tangga kami runtuh dan musnah," cerita wanita kelahiran Pulau Pinang ini panjang lebar.
Tambah Fiza, orang luar hanya tahu berkata dan bercerita sedangkan realiti sebenarnya, mereka tidak tahu dan ia bukanlah seperti yang disangka.

Lantaran tersebarnya cerita yang tidak berasas itu, gelaran perampas, wanita gatal dan pelbagai label negatif dengan pantas diberikan kepada Fiza.
Hanya melempar sekuntum senyum, Fiza tidak kisah dengan apa yang mahu diperkatakan masyarakat tentang dirinya.

"Sebenarnya dari dulu lagi saya digelar dengan pelbagai panggilan negatif. Mungkin ada kaitan dengan watak yang sering saya bawakan dalam drama (ketawa).
"Saya tidak kisah apa yang orang nak kata tentang saya kerana kini saya mahu meneruskan hidup dan fokus kepada kerjaya serta anak-anak.
"Setakat ini, enam bulan menjalani kehidupan sebagai seorang ibu tunggal, semuanya dalam keadaan baik. Saya gembira dengan kehidupan saya sekarang," kata pelakon drama rantaian Natasha, Suraya dan Shah Jehan ini lagi.



.

Lulu tak kira, nak juga lompat-lompat..yeah


Entah dah berapa kali lompat-lompat yang menggambarkan kegembiraan minggu ni..ekeke...
Dan rasanya hari ni, memang wajib kena lompat lagi..
err, bagus maa, itu 'resepi' nak kurus...owh...lompat-lompat..
makbed jangan lompat..bahaya!!


Hari ni Yuyu si comel, dah follow lulu-pages...
Hoho, dah lama nak difollow oleh si comel ni, tapi tak tahu macam mana caranya..
Hari ni dia follow lulu... meh lompat-lompat..
yuyu jom lompat!!
Thanks yuyu....
Ps buat yuyu, hah inilah salah satu sebab, kenapa yuyu leh jadi blogger yang berjaya..
Sebab, yuyu selalu alert pada blogger lain, tak kira blogger tu pemes ataupun tak..
(Korang nak berjaya? Jom berbudi bahasa dengan semua org..yeah)
Dan bila ke blog cik yuyu, lulu selalu tgk yuyu (eh macam lebih kurang je nama ni), balas komen blogger lain kat blog dia.. Tengok? Betapa berbudi bahasanya budak comel ni...
Hoho...Tingkatkan usaha, kukuhkan prestasi..
Lepas ni blog yuyu pasti akan terus maju kedepan..
Y................u.................y.......................u.........
tunggu lulu....meh ganding tangan maju bersama..
(siapa lagi nak ikut...hoho)



Korang dah follow lulu?
Meh join lulu-pages.. Encik Ben dan En Eq juga yuyu comel dah join..anda bila lagiiiiiiii???




P/S - perasan tak iklan advertlets tu..




Hoho.. ada iklan VAVI lah...




.

KAIN COTTON FREE BUAT BAJU RAYA ~ YEAH


Kata orang, kita kena berhati-hati dengan apa saja yang kita hajatkan.. betul tak? Tapi rasanya tak salah, bila kita menghajatkan sesuatu yang baik...


Untuk kain cotton, lulu memang suka kain cotton, dan memang sedang mencari kain cotton untuk dibuat baju kurung asli buat hari raya nanti.. maklumlah buat baju dari kain cotton ni selesa dipakai dan ayu jer eh...ekeke... Tapi bila tengok harga..Hoho semeter RM30, 4 meter dalam RM120 (belum masuk kos penghantaran lagiii), gulp, memang tak mampu wei, nuff nuff, bilalah nak beranak pinak..ngee...


Lulu pernah hajatkan kata-kata diatas dalam salah satu entri baru-baru ni... Dan, mungkin agaknya rezeki lagi (oWh lulu sangat bersyukur, sejak akhir2 ni, memang banyak rezeki berkaitan blog ni yang lulu terima, dan semoga selepas ni akan datang rezeki yang lebih banyak lagi...sehinggakan boleh dikongsi dengan semua orang..amin..)



Dan, lulu menerima kain cotton (gambar diatas), untuk buat baju raya....yeah apa yang dihajatkan, memang telah ditunaikan... Dan bagi berkongsi kegembiraan bersama-sama, lulu bersama penaja kain ini, nak offer kain cotton buat raya...semuanya cantik dan harganya memang berpatutan...
(Korang boleh bandingkan harga dengan blog-blog yang menjual kain cotton..)



ENGLISH COTTON


Lawakan, polka dot ni?




English cotton ni : RM 120  (4 Meter)




SWISS COTTON



















Swiss cotton ni, memang lawa..siyes..huhu rambang mata pilih...

Harga : RM 100  (4 Meter)



COTTON






Nampak tak yang nombor 7 tu? Hah yang tu macam lulu punya, cuma colour ada terang sikit..




Yang nombor 14 tu, bunganya kecik, cute sangat...



Harga bagi kain diatas RM 100 (4 Meter)..



Harap maklum, lulu hanya tolong promosikan eh, kain-kain diatas bukan milik lulu,
walaubagaimanapun, kalau nak beli, kos penghantaran PERCUMA (yeah~special buat anda),
TAPI offer ini hanya sehingga 5 mei, jam 12 tengah hari...
Lepas tu, segala urusan jual beli, BO LAYAN..
Tiada urusan tempah/booking...(maaf-siapa cepat dia dapat!)



BERMINAT? Email Lulu : lulu.caldina@gmail.com



.

Dia ditikam bertubi-tubi sebelum pelakunya bertindak minum racun


Angkara cemburu, seorang janda muda beranak dua mati ditikam bertubi-tubi di dada, perut dan leher oleh tunangnya di sebuah stesen minyak di Jalan Perusahaan Perai, di sini hari ini.

Mayat Karimah Jusoh, 25, yang juga pekerja stesen minyak berkenaan ditemui dalam keadaan menyayat hati, terbaring serta berlumuran darah di sebuah bilik salin pakaian di premis tersebut sekitar pukul 7.30 pagi ini.
Kira-kira tiga jam kemudian, tunang mangsa yang berusia 35 tahun pula dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) dekat sini dipercayai akibat meminum racun.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, kejadian dipercayai berlaku tidak lama selepas mangsa memasuki bilik berkenaan untuk menyalin pakaian kerana dijadual memulakan tugas pukul 7.30 pagi.
“Terdapat saksi di premis berkenaan ternampak suspek masuk dan keluar dari bilik berkenaan ketika mangsa hendak menyalin pakaian sejurus tiba untuk memulakan tugas.

“Curiga kerana mangsa tidak muncul memulakan tugas walaupun sudah pukul 8 pagi, saksi pergi ke bilik berkenaan dan menemui mangsa terbaring berlumuran darah,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Difahamkan, Karimah yang berasal dari Perlis, mempunyai sepasang anak lelaki dan perempuan berusia lima dan tujuh tahun yang kini dijaga oleh kakaknya.
Mangsa yang bercerai pada 2009, bertunang sejak tujuh bulan lalu dan berhasrat melangsungkan perkahwinan pada Hari Raya Aidilfitri ini.

Abdul Rahim memberitahu, hasil pemeriksaan lanjut, polis menjumpai sebilah pisau sepanjang kira-kira 30 sentimeter yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu.
Polis kemudian menerima laporan bahawa tunang mangsa dikejarkan ke HSJ kira-kira pukul 11.30 pagi selepas dipercayai meminum racun. Petang ini, lelaki itu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital tersebut berikutan keadaannya semakin tenat.




.

Apa jadi bila..


Sepasang suami isteri warga emas nyaris maut selepas kediaman mereka di Jalan Magazine di sini dirempuh sebuah kereta awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi itu, pasangan berusia 70-an yang sedang menonton televisyen di ruang tamu itu dikejutkan dengan satu rempuhan yang kuat dari bahagian hadapan rumah mereka.

"Tiba-tiba sahaja sebuah kereta berada dalam rumah tidak jauh dari tempat kami menonton televisyen.
"Mujur kami sempat melarikan diri sebaik mendengar rempuhan itu dan tiada kemalangan mahupun cedera ringan yang berlaku ke atas saya dan juga suami," kata wanita yang enggan dikenali itu di rumahnya di sini semalam.

Akibat rempuhan yang kuat katanya, bahagian bawah tingkap rumah berusia kira-kira 150 tahun yang berhias dengan jubin bercorak klasik itu rosak teruk manakala dinding rumah retak.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut (IPDTL), Asisten Komisioner Gan Kong Meng, berkata, kejadian rempuhan itu melibatkan sebuah teksi dan kereta Perodua Myvi termasuk sebuah kereta Proton Saga yang diletakkan di hadapan rumah terbabit.



.

Kematian tragis..


Pasangan suami isteri warga emas ditemui mati dibunuh dengan kesan tikaman dan dikelar leher di Kampung Gementi, dekat Bentong awal pagi semalam.

Mayat Muhamad Yusof@ Abdul Rashid Samah, 71, seorang kontraktor ditemui terlentang di tepi pintu tandas bilik tidur, manakala isterinya, Timah @ Fatimah Pachu, 68, terbaring di tepi katil kira-kira jam 1 pagi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner T Narenasegaran, berkata ketika kejadian pasangan berusia 71 tahun dan 68 tahun itu tinggal berdua dipercayai sedang tidur di bilik tidur utama di tingkat atas rumah dua tingkat.
Beliau berkata, polis bergegas ke lokasi kejadian selepas dihubungi penduduk yang terdengar bunyi bising dan jeritan kuat dari rumah mangsa.

“Mangsa dipercayai dibunuh menggunakan pisau namun polis masih mengesan senjata yang digunakan.

“Siasatan awal, polis hanya menemui sebatang cangkul dalam rumah terbabit yang dipercayai turut digunakan untuk mencederakan pasangan berkenaan,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Narenasegaran berkata, polis menolak kemungkinan mangsa disamun berikutan siasatan mendapati tiada kesan rumah di pecah masuk.
“Semua barang berharga milik mangsa, termasuk selaras senapang tidak hilang atau dilarikan suspek.

“Justeru, kita percaya kejadian membabitkan seorang suspek yang dikenali mangsa," katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Bentong untuk bedah siasat dan empat anak mangsa yang tinggal di Kuala Lumpur juga sudah dimaklumkan berhubung kejadian terbabit.

“Siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan polis masih mengenal pasti motif pembunuhan terbabit,” katanya.

Sementara itu, Ketua Kampung Gementi, Zulkifli Kilau, 69, berkata Muhamad adalah timbalan pengerusi surau di kampung berkenaan dan antara orang yang dihormati penduduk.

Beliau terkejut apabila mendapat tahu kejadian menimpa arwah kerana kami agak rapat dan tinggal berdekatan.



.

Ya Allah, sedihnya tengok berita ni..


“Hati ini bagaikan mahu gugur apabila mendapati objek seperti manusia yang tersangkut pada terowong itu tubuh anak saudara,” kata Abdul Azam Wahab, 23, yang menemui mayat seorang daripada tiga beradik dihanyutkan arus deras kelmarin, ketika mandi di Hutan Lipur Ulu Bendol, di sini. Semalam, mayat Nursyaza Alisa Said Ahmad, 5, ditemui pada jam 3.15 pagi manakala mayat adiknya, Nursyaza Azera, 4, ditemui pada jam 10.20 pagi.


Mayat Nursyaza Alisa dijumpai Abdul Azam kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian manakala Azira ditemui pasukan mencari dan menyelamat berdekatan Sekolah Kebangsaan Ulu Bendol, di sini.

Bagaimanapun, mayat Shakinah belum ditemui sehingga petang semalam dan operasi mencari masih diteruskan.


Menurut Abdul Azam yang baru melangsungkan perkahwinan Sabtu lalu, walaupun operasi secara rasmi dihentikan kira-kira jam 10.20 malam kelmarin, namun saudara-mara mangsa mengambil keputusan untuk terus mencari.



P/S - Semoga keluarga ni tabah..




.

Jeng..jeng....nama mereka adalah...............


Penyanyi Mariah Carey dan suaminya, Nick Cannon mengumumkan nama anak kembar mereka yang baru sahaja dilahirkan, Moroccan dan Monroe.

Pasangan bayi kembar lelaki dan perempuan itu dilahirkan di sebuah hospital di Los Angeles Sabtu lalu tepat pada ulang tahun perkahwinan mereka yang ketiga.

Pengumuman yang dibuat di dalam laman web rasmi Carey hari ini menyatakan anak perempuannya yang
diberi nama Monroe Cannon bersempena dengan ikon Hollywood yang diminatinya, Marilyn Monroe.
Anak lelakinya yang diberi nama Moroccan Scott Cannon pula kerana Scott adalah nama tengah Cannon serta nama tengah neneknya.



.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!