Tuesday, May 24, 2011

4 Tahun Meninggal, Artis Korea Ini dikahwinkan


Pelakon Jung Da Bin mengakhiri hidupnya dengan tragis. Pelakon Korea ini ditemukan mati gantung diri di apartmennya empat tahun lalu. Pada saat itu, Jung Da Bin belum berkahwin. Maka ibunya mengahwinkan  anaknya tersebut dengan mendiang Moon Jae Sung.

Ibu Jung Da Bin menggelarkan perkahwinan kedua orang yang sudah meninggal itu  sebagai perkahwinan spiritual. Dia mengaku melakukan hal tersebut demi ketenangan anaknya dalam kehidupannya yang baru.

Sedangkan Moon Jae Sung pula sudah meninggal sejak 2002 lalu. Penyebab meninggalnya Moon Jae Sung tidak diketahui secara pasti. Lelaki itu juga belum berkahwin ketika menghembuskan nafas terakhirnya. Dari situlah, akhirnya dua keluarga ini memutuskan untuk mengahwinkan mereka meskipun keduanya sudah meninggal.

Perkahwinan itu dilaksanakan di Kyungki-do. Acara diadakan pada waktu pagi. Setelah acara itu, jasad pasangan ini akan dimakamkan bersama di Utopia Memorial di Ansung.

"Menantu saya, Moon Jae Sung (semasa hidupnya) adalah orang yang sangat baik dan penuh perhatian. Meskipun mereka tidak mengenali antara satu sama lain, tetapi mereka telah dewasa. Dan keduanya meninggalkan dunia ini ketika belum berkahwin," kata ibu Jung Da Bin.
Keluarga Moon Jae Sung juga sependapat dengan ibu Jung Da Bin. Mereka berharap perkahwinan itu akan membuat keduanya bahagia.

"Mereka meninggalkan dunia ini terlalu awal, dan itu mengganggu saya. Ini bukan perkahwinan yang nyata tapi perkahwinan spiritual," ucap abang Mong Jae Sung.


Jung Da Bin mati bunuh diri pada 10 Februari 2007. Sehingga ke saat ini masih tidak diketahui secara pasti apa yang membuat bintang 'The Legend of Gingko' ini memutuskan untuk mengakhiri hidupnya dengan ekstrem.

Tetapi, dari catatan yang tersimpan di blog peribadinya, wanita kelahiran 4 Mac 1980 ini mengalami kemurungan berpanjangan. Dalam blognya itu, Jung Da Bin mengaku dia merasa kehilangan diri dan identitinya. Dia selalu marah tanpa sebab yang jelas dan merasakan sakit yang luar biasa di kepalanya.



.

Remaja maut motosikal rempuh teksi

Seorang remaja yang dalam perjalanan ke pusat mencuci kenderaan, maut selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh belakang sebuah teksi di KM5, Batu 3, Jalan Kuantan-Gambang di sini.

Dalam kejadian 9.30 pagi semalam itu, mangsa Abdul Rahim Mohd Ayob, 18, cedera parah dileher dan disahkan meninggal dunia ketika dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan.

Lebih memilukan kejadian itu turut disaksikan bapa tiri mangsa yang juga dalam perjalanan ke pusat mencuci kenderaan berkenaan.

"Abdul Rahim dan saya bekerja di pusat mencuci kenderaan di Batu 3, Jalan Kuantan-Gambang, saya melihat kemalangan itu dan apabila menghampiri saya dapati ia membabitkan anak tiri saya," kata Muhamad Ali Abdullah kepada pemberita di sini, hari ini.

Muhammad, 38, berkata beliau sempat memangku mangsa yang ketika itu masih bernyawa.

"Sebaik sampai di hospital, saya dimaklumkan dia telah meninggal dunia," katanya.

Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Mohd Jasmani Yusoff, ketika dihubungi berkata motosikal mangsa dilaporkan melanggar bahagian teksi jenis Proton Iswara ketika kenderaan berkenaan berhenti untuk mengambil penumpang.
"Kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.



.

Moment police attacked thief with baseball bats



As traffic crawls along a busy carriageway, the gentle hum of idle motors is shattered when a shouting, bat-wielding gang launch a violent attack on a Mini.
The five attackers smash the car's windows, pile inside and haul the driver onto the tarmac... all to the tune of Tracy Chapman's hit single Fast Car.
But these aren't thugs hellbent on gangland revenge, they are experienced police officers apprehending a suspected car thief.


The incident, which happened in Edmonton, North London in June 2008, was all captured on an official police film that has led to a misconduct probe.
Five officers from Enfield Crime Squad now face charges of using unnecessary force in the 'hard stop' arrest.

Colleagues have defended the action, with one telling The Sun they acted 'in a robust but perfectly lawful manner'.
They are even accused of doctoring the film by overlaying the music to Chapman's Fast Car over it. However they claim the song happened to be playing from a nearby car radio.


A source told The Sun: 'He was supposed to have had links to a gang and his brother had been killed while being chased by police. There was intelligence that he had threatened to shoot a police officer in revenge.
'The guys on the ground couldn't afford to take chances. They were hard but fair.' 


The source added: 'It is nonsense to suggest the officers doctored the video with the song Fast Car. It was playing on the radio and when things calmed down the music became audible.'
The film records the team shouting 'attack, attack' before pouncing on the black Mini.
One member smashes the windscreen with his baton while two more put through the side windows.
The suspect, in his 20s and wearing an Ikea workers jacket, is dragged to the ground and handcuffed. Blood can be seen on his face.
He was later convicted of handling stolen goods after claiming he had bought the car from a friend.
The film only came to light after anti-corruption investigators stumbled across it during a separate probe into the squad's misuse of property. 




Nine members were suspended after they were caught allegedly using confiscated cars at work, and seized televisions, Playstations and mobile phones.
A drug dealer also alleged that they used water torture on him to extract information, The Sun claims.
However none was ever charged due to lack of evidence.
The five involved in the car arrest will attend a disciplinary hearing on July 4.
A Metropolitan Police spokeswoman said: 'Misconduct charges have been served on five officers from the Enfield Crime Squad. All five face allegations of discreditable conduct.'





.

28 tahun bukan tempoh yang singkat..


Seorang perunding hospital, Ivan Brown dan pesara juruadiografi, Barbara Furlonger akhirnya berkahwin selepas bertunang selama 28 tahun, lapor sebuah akhbar semalam.

Brown, 63, dan Barbara, 55, berkahwin di Hotel Botley Park dekat kediaman mereka di sini di depan 40 rakan rapat dan anggota keluarga pada Jumaat lalu.


Pasangan itu berkenalan buat kali pertama di unit rawatan rapi Hospital Diraja Brompton di London pada 1981 dan bertunang dua tahun kemudian.

Menurut Barbara: "Saya seolah-olah tidak percaya hari itu (berkahwin) akhirnya sudah tiba dengan kami menjadi suami dan isteri. Ia telah menjadi satu pertunangan maraton."


Pasangan itu sebelum ini tidak dapat melangsungkan perkahwinan kerana kedua-dua mereka sibuk dengan kerjaya masing-masing.

"Saya tidak pernah meragui bahawa ia (perkahwinan) akan menjadi kenyataan kerana kami selalu menyatakan bahawa kami bakal berkahwin pada satu hari nanti.


"Namun, disebabkan kami berdua bekerja dalam perkhidmatan kesihatan kerajaan dan selalu dipanggil (bertugas), kami jarang mempunyai cuti rehat yang sama," kata Barbara.





.

Serupa, sama tapi berbeza orang..


Pasangan kembar seiras, Caroline Paxton dan Elizabeth Cooke begitu sukar dipisahkan.
Mereka dilahirkan selang empat minit, belajar di sekolah rendah, sekolah menengah, kolej yang sama serta lulus dengan gred yang sama untuk ijazah sama di universiti yang sama.

Pasangan kembar itu juga berkahwin pada hari yang sama dan berbulan madu di tempat yang sama.
Kedua-dua beradik itu adalah anggota polis wanita, memandu kereta model yang serupa, mempunyai rakan yang sama, masing-masing tinggal di sebuah rumah berkembar dan sering memakai pakaian yang sama, membeli hadiah dan kad hari jadi serupa tanpa dirancang.


Mereka juga melahirkan anak pertama selang beberapa bulan dan kini masing-masing mengandung anak kedua.

Paras rupa Caroline dan Elizabeth hampir sama hingga suami mereka kadang-kadang keliru hingga menyebabkan mereka tersilap mencium wanita itu.


Pernah sebelum ini seorang daripada mereka menyamar menjadi seorang lagi untuk memutuskan hubungan dengan seorang teman lelaki. Kini, perbezaan mereka hanya pada gaya rambut. ELizabeth berkata: “Kami tidak pernah merancang sesuatu bersama. Kami hanya mempunyai gerak hati seperti pasangan kembar lain dan kami tidak dapat menjelaskan bagaimana ia terjadi.

“Apabila kami keluar membeli-belah, kami sering terbeli pakaian yang sama dan pernah beberapa kali kami terbeli kad dan hadiah hari jadi serupa.


“Pernah Caroline tidak mahu memutuskan hubungan dengan seorang teman lelakinya. Saya menyamar dan melakukan untuknya. Yang mengejutkan, lelaki itu tidak tahu perbezaan antara kami.” Caroline berkata: “Orang ramai sering tersilap ketika menegur kami tetapi saya tak kisah untuk membetulkan mereka lagi. Saya hanya tersenyum dan berkata ‘ya.’ Selepas belajar di sekolah menengah dan kolej, pasangan itu tinggal bersama sebelum menamatkan pengajian dengan keputusan yang sama untuk ijazah Perniagaan Ekonomi dari Universiti Nottingham Trent pada 2003.

Mereka kemudian sama-sama menjadi anggota polis.




.

Kotak coklat berentuk hati

Lindsay Lohan mendapat arahan sekatan sementara ke atas seorang lelaki dikatakan menghantar mesej teks dengan kandungan seolah-olah mereka mempunyai hubungan romantik, kata seorang jurucakap mahkamah.

David Cocordan meninggalkan kotak coklat berbentuk hati di luar rumah Lohan dan artikel majalah mengenai aktres itu bersama namanya sendiri diconteng di atasnya, kata Lohan dalam satu dokumen mahkamah.

Dia menghubungi menerusi panggilan telefon dan mesej teks aktres “Freaky Friday” berusia 24 tahun itu lebih 100 sejak 2009, menurut dokumen mahkamah.

Seorang hakim Mahkamah Tinggi di sini meluluskan arahan sekatan ke atas Cocordan dan menetapkan 8 Jun ini untuk sebutan bagi memutuskan jika ia akan kekal.

Cocordan tidak dapat dihubungi untuk mengulas.

Polis percaya Cocordan menghidap skizofrenia dan tidak mengambil ubatnya, kata Lohan dalam dokumen itu. Dia percaya dirinya bertunang untuk berkahwin dengan aktres itu dan menghantar mesej lucah berbentuk seksual.

Lohan, pernah dianggap bakat paling meningkat Hollywood, dijatuhi hukuman penjara empat bulan selepas mengaku bersalah mencuri rantai leher berharga AS$2,500 (RM7,655) dari sebuah kedai barang kemas di sini.
Dia dijangka hanya menjalani 16-17 hari hukumannya, kemungkinan di dalam tahanan rumah bermula pertengahan Jun ini.

Berita mengenai Lohan jarang keluar selama empat tahun berikutan hukuman berulang kali ke penjara, rawatan pemulihan dadah dan bilik mahkamah.




.

Maut selepas cuci darah


Seorang pelajar Tahun Enam yang dalam perjalanan pulang ke rumah selepas selesai menjalani rawatan dialisis, maut manakala ibunya cedera parah selepas motosikal dinaiki mereka melanggar belakang sebuah lori balak, di Batu 6, Jalan Kuantan-Gambang, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 petang, mangsa Mohd Faizol Mohd Sood, 12, dari FELDA Paching Utara, di sini yang membonceng motosikal, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff, berkata ibu mangsa, Jeshiamat Jantan, 40, yang menunggang motosikal, cedera parah dan masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah lori balak dari arah Gambang menghala ke Kuantan membuat pusingan U di lokasi terbabit.

Katanya, sebaik selesai membuat pusingan U, lori terbabit kemudian terus memasuki lorong sebelah kiri dan pada masa sama, motosikal dinaiki mangsa bersama ibunya melanggar bahagian belakang lori itu.

“Akibat rempuhan itu, pembonceng motosikal meninggal dunia di tempat kejadian, manakala penunggang cedera parah sebelum dibantu orang ramai dan dikejarkan ke HTAA,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Mohd Jasmani berkata, siasatan lanjut kes itu masih dilakukan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sementara itu, bapa mangsa, Mohd Sood Mohd Yaakob, 56, berkata beliau terkejut mendapat berita kemalangan membabitkan isteri dan anaknya yang juga pelajar Sekolah Kebangsaan Wira, di Jalan Sungai Lembing, dekat sini selepas dihubungi abang iparnya jam 3 petang.

“Kali terakhir saya berjumpa arwah yang juga anak sulung dua beradik itu pada Sabtu lalu, sebelum meninggalkannya dan tidak pulang ke rumah kerana bekerja membawa bas ekspres,” katanya yang turut memaklumkan anaknya penyakit buah pinggang dan menjalani rawatan dialisis sejak awal Januari lalu.





.

Bakal sambut anak sulung


Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam menetapkan pada 14 Julai depan bagi menyemak afidavit pembelaan isteri Jimmy Shanley, Norjahan Salleh berhubung dua permohonan kembali taat dan nusyuz yang difailkan selebriti itu pada awal tahun ini.

Peguam syarie, Saadiah Din yang mewakili isteri Jimmy, Nursuhaila Eliani, 25, bagaimanapun meminta tarikh sebutan semula kes itu ditetapkan selepas bulan Julai.

Ini kerana jelas beliau, anak guamnya dijangka melahirkan bayi sulung pasangan itu pada waktu terdekat dan akan menjalani tempoh berpantang selama dua bulan.

Walaupun dibantah peguam syarie, Mohd. Noor Aizan Md. Idrus yang mewakili Jimmy namun Hakim Syarie, Saharuddin Selamat membenarkan permohonan defendan.





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!